Monday, July 26, 2010

Cabaran dan tekanan kini...


Alhamdulillah.. usia insyirah dh menjangkau 1 tahun lebih, dan aku masih lagi mampu untuk menampung keperluan susu insyirah walaupun tidak susu perahanku tidak 'semeriah' dulu2.. ye.. insyirah kini dah mula makan makanan pejal.. segala jenis makanan orang tua dia nk makan.. dan dengan itu bila dia ingin tido, bila masa dia mengada2 nak bermanja n bila dia rasa gatal2 gusi baru dia berlari2 anak dtg padaku..

Saja ingin mencoret catatan ntah apa-apa... aina kini kembali bergelar pelajar.. pelajar yang menuntut pengorbanan masa untuk menggali ilmu.. jauh 25km, 2 minggu sekali perlu hadir ke kelas menuntut ilmu. Hati sebenarnya rasa gundah gulana.. rentetan kehadiran diri ke kelas yang lepas tanpa selang waktu rehat yang lama menyebabkan diri berkejar ke sana kumari untuk mengepam susu dan hasilnya.. kurang memuaskan..

Dan kini.. perasaan tu datang kembali.. walaupun membuat keputusan untuk tidak hadir ke kelas pertama sebelum ni kerana hal penting yang perlu diuruskan, hujung minggu ni tetap kena hadir juga.. kelas pagi hingga malam.. adakah diri ini mampu untuk menyimpan stok perahan susu..

Tekanan.. kini bertambah lagi, kerana tuntutan sebagai umat Islam akan bermula dalam 2 minggu lagi.. puasa.. harapanku sebagai ummi... semoga aku tabah n kuat dan hasil perahan susuku seperti sediakala...

"Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... Aku halalkan setiap titis air susuku yang mengalir ditubuhnya, jadikanlah dia seorang anak yang solehah dan beriman... aminnn ya rabbal alamin....."

Nota : semoga ibu-ibu berkerjaya di luar sana kuat n tabah menjalani amalan puasa... kuatkan semangat, positifkan diri, bahawa susu perahan anda akan tetap seperti sediakala... insyaAllah!

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates