dah 1 thn daa..
Alhamdulillah... akhirnya usia anak ummi dah menjangkau 12 bln =1 thn.. ummi rasa seronok sgt2.. kerana hingga kini ummi masih mampu tampung keperluan susu ibu pada anak ummi.. sebenarnya kenduri kesyukuran sempena ulangtahun kelahiran pertama insyirah ni diawalkan seminggu dari tarikh sebenar, atas permintaan khas pok ucu, yg kena daftarkan diri pada 2 hari sblm hari lahir insyirah..
saat2 kenduri menjelang senja, tiba2 badan insyirah panas.. sejuk.. panas.. sejuk.. insyirah demam. sangka ummi insyirah demam biasa nk tambah bulan, rupa2nya ada sebab lain.. jumpe dr hassan, dr kata insyirah nk tumbuh gigi! alhamdulillah.. doa ummi supaya gigi insyirah tumbuh lambat termakbul.. ummi ada sbb sendiri, nk mudahkan penjagaan gigi insyirah tu.. kalau kecil2 dh tumbuh gigi, ssh juga dibuatnya..
4 hari insyirah ulang demam - tak - demam - tak.. alhamdulillah hari ni dah betul2 sihat.. bila dh naik tahun ni, lain pulak ragamnya.. tak bole salah sikit dah merajuk.. nk tau camne insyirah merajuk? hehe.. insyirah suke sgt palingkan muka.. tp kejap aje. ummi n ayah ada penawarnya hehe. masuk umur 11 bln ritu insyirah dh pandai lambai tgn sambil kata "babai".. skrg ni dh jelas panggil "ayah" dan "ummi".. dalam tempoh ni juga insyirah dh pandai meniru gerak gaya tgn, kaki dan lenggok badan bila lihat sesiapa saja. ummi harap insyirah hanya pandai tiru yang baik2 saja ye nak..
gambar-gambar kenduri ari tu.. auntie2 tak bg lagi.. nntlah bile auntie dah bg, ummi upload eh.. selamat hari ulangtahun syg.. semoga anak ummi jadi anak yang solehah dan diberkati Allah selalu.. ummi halalkan semua air susu ummi untukmu sepanjang satu tahun ni...
0 komen blog nie:
Post a Comment