Featured
Showing posts with label celoteh penulis. Show all posts
Showing posts with label celoteh penulis. Show all posts

Wednesday, January 08, 2014

Salam tahun baru 2014 Masihi

Planningg... planning... :)

Assalam,

Lama sudah blog ni tak diupdate, Banyak cerita nak tulis, tapi tersimpan sbg draf saja.
Aduhai..teruk benar rasanya.

Boleh tak azam baru nak update blog sekerap yang mungkin....hehe. InsyaAllah, untuk anak-anak tersayang moga blog ni dapat dibaca selalu agar ummi sudah tiada.

Tahun 2013 telah berlalu, terasa masa amat pantas.. hasrat untuk mendapat baby baru tercapai, dari sudut kerjaya pula, agak kurang puas hati kerana projek yang disandang akhirnya ditangguhkan oleh kerana demand customer yang tersasar daripada objektif asal. Rasa tahun 2012 lagi mencabar + sibuk dengan 13 projek yang jawatan2 yang disandang.

Pengalaman yang menarik dapat jadi ketua tempat mengundi untuk PRU 13, pegang jawatan sebagai KTM kali kedua selepas PRU 12 lepas. Mungkin kali terakhir berkhidmat untuk PRU kerana ayah akan bersara tahun ini, saya pun tak pasti..

Tahun 2014.. banyak azam baru... dari aspek kerohanian, emosi, mental, dan juga kewangan.. cuba untuk jadi yang terbaik untuk suami, anak-anak, mak ayah dan keluarga insyaAllah..

Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan menempuhi liku2 dan ranjau kehidupan akan datang..Aminn Ya Rabbal 'Alaminn..

Assalam,

Thursday, August 15, 2013

Salam Hari Raya Idulfitri :)


Salam,

Baru perasan blog ni dah lama bersarang.. hihi
Sejak dua menjak ni, hanya sempat menjengah dan semuanya dalam disimpan sbg 'draf' hihi
Saya masih cuba berusaha untuk manage dan arrange masa-masa yang ada, 24 jam sehari..
InsyaAllah.. ada berita gembira untuk anda dari saya :)

Assalam,

Tuesday, June 25, 2013

Cuti sekolah... jalan2 cari makan :)

Ini entry lama yg br di post...

Permata Hati.. 
Annur Insyirah dan Annur Athiyyah
Salam..

Dulu masa Insyirah lahir, memang betul2 duduk di rumah saja anak kecil tu sampailah usianya 5 bulan barulah keluar rumah jalan2.. elok je duduk di rumah neneknya (sebab ayahnya tak ada di selangor, posting di Gerik masa tu) sekali keluar terus shoot ke Johor hehehe. Alhamdulillah Insyirah ok.. hanya pada usianya 4 minggu, Insyirah di bawa ke Gerik untuk tinggal bersama-sama dengan ayah (umminya kuatkan hati untuk travel jauh masa tu) kemudian balik semula ke Selangor dan keluar ke klinik untuk checkup saja.

Lain pulak ceritanya dengan Athiyyah, di usia beberapa minggu dah di bawa travel jauh ke Kelantan kerana kematian tok gi nya.. (sedih dan sebak tiap kali tulis teringat mek..).. dan paling best, Athiyyah dah dibawa berjalan-jalan cari pasal selama 3 minggu berturut2! huhhh... alhamdulillah syukur Athiyyah ok.. letih, memanglah letih anak kecil itu. Dan ummi decide untuk tak ke mana-mana minggu ni (hopefully) hihi..

Mula-mula berjalan dari KL ke Batu Gajah untuk Majlis Aqiqah adik Hasya. adik Hasya adik sepupu merangkap adik susuan Insyirah dengan Athiyyah tau... ingat tu sampai bile2 :) pergi hari Jumaat malam, hari
Sabtu petang dah balik semula ke KL sebab hari Ahad ayah kerja..

Minggu seterusnya... awal cuti sekolah.. ada 3 jemputan majlis kenduri.. 1.. kenduri kawan baik ayah di rumah mertua Sungai Petani, Kedah.. 2.. kenduri kawan ummi di Temerloh Pahang.. 3.. kenduri kawen abg Ijam kat rumah mertuanya di Sungai Besar, Selangor... dan yang paling tak best bila hotel dah book tiba-tiba dapat tahu tok ayah dapat offer pergi ke Pulau Duyong, Kuala Terengganu di Terengganu... malam hari nak bertolak, elok2 dah decide nak ke Sungai Petani, tiba-tiba berubah plan ke Pulau Duyong. Dan yang pasti, ummi sangatla tak larat... harapkan nak cancel all the plans tapi ikutkan sajalah... tok ayah dah nak bersara tahun depan, tak merasa dah duk hotel best2 pasni.. hehehe..

Jadi hari Jumaat jam 10 pagi bertolak dari KL perlahan2 ke Pulau Duyong, jam 6ptg selamat sampai alhamdulillah.. hari Ahad bertolak ke Gerik, Perak untuk ambil mak dan ayah bawa ke KL.. hari Selasa pulang ke KL... kesian anak-anak ummi keletihan travel...

Dan... perantauan diteruskan dengan travel ke Bukit Gambang Resort, Pahang.. bertolak hari Jumaat petang. Plan asal nak hadir ke kenduri mek dan tok ayah Mail dulu pastu shoot ke Gambang pada hari Sabtu dibatalkan atas sebab-sebab teknikal.. Berat hati ummi, yer la sbb tok ayah mail dan mek adalah orang paling dekat dgn keluarga kita tapi apa boleh buat.. hari Sabtu malam pergi makan kat Tanjung Lumpur kedai Ana Ikan Bakar memang best :)

Gambar ihsan Mr.Google :)

Akhirnya hari Ahad pulang ke KL, maka berakhirlah dahulu episod jalan-jalan cari makan... alhamdulillah Athiyyah ok... insyaAllah travel seterusnya akan diteruskan pada bulan 9 pulak.. :-)

Assalam,

Friday, May 17, 2013

Beg dan barang2 kesayangan dah kena kebas....

7 Mei 2013.. hari yang agak mendukacitakan aku. Kerana mata yang dah tak tertahan sakit (timbul nanah yang agak besar di mata sblh kiri) aina ambil keputusan untuk pergi ke klinik homeopathy di PKNS Bangi. Tak lah awal mana (tapi kalau dah dekat market tu kira awal la) jam 9 pagi sudah sampai, dapat sbg pesakit yg pertama, habis urusan di klinik terus keluar dari premis jam 10 pagi, terkejut bila tengok cermin pintu kereta bahagian belakang dah retak!. Terus teringat beg pam susu dan buka pintu habis terburai cermin kereta... terlihat dua beg kesayangan dah selamat diambil oleh orang-orang tak bertanggungjawab. 

Sasaran 1 : beg pam susu (sebijik macam ni tp warna hitam tidak bercorak)  

Sasaran 2 : beg tangan (letak di bahagian bawah beg pam ditutupi dengan baju t-shirt
Beg pam susu yang baru saja dibeli untuk adik pakai masa bertugas di SPR lesap bersama-sama pam susu kesayangan, medela FS... alhamdulillah Allah masih beri saya peluang kerana IC dan semua kad bank ada bersama dalam simpanan saya waktu saya naik ke klinik. Namun sedih kerana dalam handbag itulah tersimpan 3 bentuk cincin (cincin risik, tunang dan kahwin) serta rantai tangan yang mak bagi pada Insyirah lesap bersama-sama handbag...

Handbag yang hilang satu-satunya hadiah daripada abang sempena majlis konvokesyen ijazah pada tahun lepas dan juga hadiah hari lahir saya, satu-satunya pemberian yang saya amat syg... teringat lagi kata-kata abang masa beli beg ni "... dapat tahan 1 tahun pun x pe.." rupanya memang cukup2 1 tahun nikmat kebahagiaan memiliki beg itu hilang di tangan pencuri... 

Namun masih ada rezeki saya, tab note 10.1 pemberian abang tidak diambil (mungkin tak perasan kerana warna sama dengan warna pelapik kereta)... kalau tak tentu kecewa tak mampu nak kata apa..

Allah menguji saya dengan kehilangan barang-barang kesayangan... alhamdulillah saya 'dirompak' sebegitu, kata ayah, tentu keadaan lebih parah kalau saya keluar kereta bawa handbag berjalan menuju ke dalam kompleks PKNS, kalau diragut mungkin akan melibatkan nyawa dan tubuh saya yang baru saja bersalin, ye.. Allah itu Maha Mengetahui, ketentuanNya penuh hikmah yang tidak terjangkau dek fikiran kita..

Sedih, memang sedih... semua barang-barang kesayangan hilang sekelip mata, namun syukur nyawa masih ada di tubuh dan dapat melihat mak ayah, suami, anak-anak... semua tu nikmat tak terbanding untuk diucapkan... alhamdulillah.. :-)

Bila aina ingat-ingat balik, aina lupa nak baca doa "Bismillahillazi La Yadhurru.. .. ila akhir" masa keluar dari rumah dan keluar dalam keadaan tergesa-gesa. ya... itu kesilapan paling besar..

Dan, bila buat report di balai polis, jumpa pegawai penyiasat, pak polis tu siap pesan suruh pakai beg warna-warni macam karton... dan kalau nak pakai yg macam korporat pun letaklah kat bonet kereta.. sebab, beg sekolah yang dilihat seolah-olah beg laptop pun dikebas 'orang itu'! hihi... semoga kita semua lebih berhati-hati dan ingat Allah sentiasa, ya :-)

Assalam,

Wednesday, May 15, 2013

Shopping @ PBAKL 2013


Alhamdulillah rezeki, dapat jugak jejakkan kaki ke PBAKL 2013, bertempat di PWTC. Kalau harapkan pergi sendiri, tak tau nak pergi bila, 2 tahun lps, sanggup angkut Insyirah pagi-pagi, mandikan Insyirah kat toilet PWTC lagi hehe :) alhamdulillah, Insyirah tak bnyk ragam, sbb cik ru nya ada utk membantu :-)

Tahun ni banyak buku yang nak dibeli, tp sebab kewangan tak berapa membantu, jadi hanya renew langganan karangkraf dan beli beg sekolah Insyirah je, beli kat Ana Muslim, harga RM23.90, bolehlah... harap-harap lepas ni banyak lah syarikat lain yang ambil inisiatif untuk wujudkan produk anak-anak muslimah.. biar banyak variety yang ibu bapa boleh pilih untuk anak2 hihi :-)

So far PBAKL kali ni bolehlah ... cuma agak mengecewakan bila tak berapa friendly daripada sudut ibu yang mempunyai anak untuk disusukan, harap-harap pihak penganjur boleh pertimbangkan (akan datang) untuk banyakkan tempat berehat untuk keluarga, dan letakkan semula kerusi di toilet untuk bantu ibu-ibu menyusu seperti saya buat kerja-kerja pengepaman hihi.

Sesekali seronok bila melepas, cuma rasa sedih bila tak ramai lagi pihak yang menyokong penyusuan susu ibu.. Entah kenapa, hati terusik bila ada sekelompok wanita yang menggelakkan dan menyindir saya sewaktu saya mengepam susu di toilet (terpaksa ok.... tak ada tempat lain dahh... cari surau tak jumpa2). Saya buat demi anak, itu tanggungjawab saya sebagai seorang ibu. Mula-mula terfikir juga, mungkin mereka masih belum kahwin atau dah kahwin tapi tiada anak, tapi bila dah berlebih-lebih sindir dan kutuknya, hanya doa ku kirimkan dalam hati buat sekelompok wanita-wanita tadi, "semoga anak-anak mereka sihat-sihat sejahtera selalu..." itu sahaja pengubat hati..

Assalam,

Monday, April 15, 2013

Ummi mula kerja!

Salam,

Hari ni, 15 April 2013 dengan rasa berat hati tinggalkan Athiyyah pergi kerja. Ye... kerja. setelah 2 bulan lebih bercuti bersalin...

Perasaan..? bercampur baur, kerana sudah 3 hari tak cukup tidur.. Athiyyah betul2 merajuk, malam berjaga, siang tidur lena tak kira apa yang berlaku. Kali pertama bawa kereta setelah hampir 10 minggu bercuti daripada memandu, memang terasa pelik bercampur pening hihi..

Saya, masih lagi bersangka baik dengan kebanyakan orang, semoga perasaan sangka baik ini berpanjangan hingga bila-bila...
Tapi sepanjang perjalanan saya terfikir, alangkah bahagianya kalau saya dapat capai impian yang satu itu... yee... saya bertekad untuk mencapai impian itu satu hari nanti! supaya saya tidak terbelenggu dengan keadaan terpaksa dan perasaan yang bercampur baur ini.. dan saya bertekad untuk berusaha ke arah itu,  InsyaAllah :)

Assalam,

Thursday, April 11, 2013

Berita baik, berita buruk...

Assalam..

Dalam keadaan diri menghitung untuk buat keputusan samada nak bercuti 2 atau 3 bulan, macam2 terjadi.. mula-mula, rasa berdebar untuk terima anak buah yang baru... alhamdulillah adik selamat bersalin anak perempuan diberi nama Hasya Faiqah 28 Mac yang lalu. bukan berdebar apa, risau kalau adik tak mampu nak hadapi cabaran awal penyusuan susu ibu.. namun alhamdulillah berjaya diatasi. Kepada mereka yang hendak bersalin, amalkan petua / kaedah mudah ini, tuam sekeliling payudara anda mengikut arah lawan jam untuk membantu saluran-saluran susu ibu berfungsi.. insyaAllah air susu akan keluar..

Annur Athiyyah 
Hasya Faiqah

Selain dapat title anak buah baru, adik Hasya merupakan anak susuan kami suami isteri, alhamdulillah... saya dapat lihat riak muka suami gembira dengan 'gelaran' itu.. sebenarnya hasrat untuk jadikan anak buah sebagai anak susuan dah saya bagitahu abang semasa mengandungkan Athiyyah lagi. mungkin saya tak dapat bagi anak yang ramai untuk abang, tapi bila anak buah dijadikan anak susuan, masalah aurat sudah tiada lagi, malah 'bilangan' anak pula bertambah, alhamdulillah.. :-)

Beberapa hari dapat berita baik, emak dan ayah dihubungi oleh ayah long untuk segera pulang ke kampung, keadaan mek (tok perempuan sebelah mak) yang tidak memberangsangkan memaksa mak dan ayah pulang, dan saya dan suami perlu menjaga adik dan baby baru. Alhamdulillah mujurlah tali pusat dan tanggal, mudahlah sikit uruskannya.. namun yang tak best bila bacaan adik Hasya tinggi, terpaksa tinggal di wad.. bermulalah episod adik yang perlu mengepam susu untuk dihantar ke wad... jadi kepada ibu dan bakal ibu yang bergelar suri rumah, rancang dan pam lah susu anda, belum tentu anda tinggal di rumah, bayi anda sentiasa bersama anda.. bila pam, boleh simpan untuk kecemasan, kalau tak diguna, beri sahaja pada anak susuan :)

Hati saya resah tak menentu bila dapat panggilan 'last call' daripada sepupu kami.. tapi apakan daya, saya tak dapat berbuat apa-apa2.. hanya mampu berdoa agar diberi kesempatan dapat berjumpa mek kali terakhir sebelum dia pergi.

Situasi adik Hasya yang tidak memberangsangkan (bacaan suhu darah semakin tinggi) dan keadaan ibunya yang tidak memberangsangkan memaksa saya hubungi mak agar dapat pulang ke rumah semula. Mak bersetuju untuk bawa saya dan anak serta zubair pulang ke kampung melawat mek. Saya faham situasi abang yang bekerja sebagai cikgu tak boleh bercuti lama, alhamdulillah suami izinkan. Namun kita hanya merancang, Allah penentu segala-galanya... Jam 6.45 pagi hari Sabtu (6 April 2013) saya dapat panggilan daripada mak menyatakan mek telah pergi disambut Ilahi jam 6 pagi tadi. Perasaan bercampur-baur, dengan mertua yang baru datang malam tu (untuk bawa ayah checkup pada hari Isnin) dan ingin pulang ke kampung.. alhamdulillah abang izinkan, saya dapat lihat riak wajah abang yang ralat kerana tidak dapat bersama kami... sayang faham, abang...



Teringin sekali mendengar kata-kata supaya abang membawa kami pulang ke kampung.. tp apa daya saya...

Mak ayah ambil keputusan untuk terus gerak ke kampung, sementara saya pula perlu menunggu ati yang baru bertolak daripada Johor.. hati rasa resah, berdebar, sedih.. jenazah akan dikebumikan selepas asar, tapi adakah kami akan sempat sampai bila hanya bertolak jam 1.20 petang dari Sg Ramal... masa tu hanya Allah yang tau betapa kesalnya saya abang tidak dapat bersama..

Akhirnya dapat berita mek telah selamat dikebumikan jam 4 petang, kesal bercampur sedih tak dapat mencium dan menatap mek untuk kali terakhir.. Athiyyah dan Insyirah sangat baik dan mudah diurus dalam kereta, mungkin memahami situasi sukar umminya.. 

Hanya Al-Fatihah dapat ku kirim andai teringat mek... mek terlalu banyak jasanya kepada saya... menjaga saya selama 2 bulan di awal kelahiran, memanjakan saya dan cucu-cucunya yang lain.. saya amat berbangga dengan sepupu-sepupu, anak dan menantu-menantu mek, di awal hingga akhir, merekalah yang uruskan jenazah mek tanpa campur tangan orang luar...



Semoga ikatan hati, ikatan persaudaraan antara kami sekeluarga bertaut erat walaupun satu tali telah pergi, tinggallah tok ayah tali penghubung kami semua...



Al-Fatihah untuk mek...


Assalam,

Thursday, November 22, 2012

Jom Pergi MAHA 2012 :)

Acara yang ditunggu-tunggu MAHA 2012 kembali.. hehe :) (Seronok sebab dah plan nak borong bnyk barang ;) )

Alhamdulillah setelah beberapa kali penganjuran MARDI, akhirnya MARDI diberi peluang untuk menjadi penganjur MAHA bagi tahun 2012.

Banyak produk pertanian dan macam-macam aktiviti yang akan diadakan, layari laman web MAHA untuk maklumat seterusnya ok..

Kepada mereka yang nak datang tu, nasihat saya..
- Pakai kasut / selipar yang selesa, tidak bertumit tinggi..
- Bawa barang-barang keperluan seminima yang mungkin (payung lipat, purse kecil sahaja, air botol mineral dll)
- Rancang perjalanan anda....
* sebolehnya datanglah awal untuk mendapat parking dan tidak tersekat dalam jammed..
* anak-anak diberi makan dan minum secukupnya terlebih dahulu untuk mengelak terlampau letih sesampai ke tapak MAHA,  
* lihat dan download map sebelum datang... rancang nak pergi mana dulu untuk mengelak keletihan dan rungutan :)

Saya menyarankan agar lawatan dibuat dalam 3 hari.. rancanglah aktiviti yang anda ingin sertai dan tapak pameran yang anda ingin lawati..

Paling penting, hormatilah dan ikuti arahan petugas, petugas-petugas adalah kalangan warga MARDI, fahamilah keletihan yang mereka alami, dan cuba bertolak ansur sekiranya ada apa-apa masalah, kerana dijangkakan pengunjung MAHA 2012 kali ini adalah 3 juta orang :-) Jujurnya saya tabik kepada semua petugas-petugas MAHA 2012 di atas komitmen dan kerja yang telah dilakukan oleh mereka.. :)

Jom pakat ramai-ramai pergi MAHA...! :-)

Assalam,

Thursday, November 08, 2012

Dah nak akhir tahun dah..

Assalam,
Gambar terbaru di I'dulAdha
Rindu nak berblog, tapi tak berkesempatan, dalam hati ada sedikit ura-ura rasa nak beli tab atau ipad rasa selesa nak online di mana saja, tapi situasi tak mengizinkan ditambah Insyirah yang agak rajin mengeksplore segala barang-barang ummi dan ayahnya, kami suami isteri pendamkan dahulu niat. Mungkin ada rezeki nanti termakbul hajat satu hari nanti, insyaAllah :)
Insyirah di I'dulAdha... dah tukar baju daa...
Agak sedikit letih dengan perpindahan rumah baru di awal bulan, kemudian minggu seterusnya saya buat keputusan untuk menawarkan diri ikuti kursus teambuilding di kem BTN Maran, Pahang. Masa tu kali pertama tinggalkan Insyirah, walaupun berat hati tapi saya paksa diri demi adiknya yang bakal lahir (seboleh mungkin saya akan cuba untuk tak tinggalkan anak kerana berharap penyusuan susu ibu dapat berjalan lancar nanti..) alhamdulilllah Insyirah ok.. Minggu ketiga kami sekeluarga pulang ke Kelantan menyambut AidilAdha, ada sedikit rasa excited sebab semua anak-anak mak balik kampung kali ni kecuali adik no 5 yang terpaksa batalkan di saat-saat akhir kerana keuzuran suaminya.. dan akhirnya minggu lepas saya terpaksa terbang ke Langkawi menghadiri mesyuarat.. Alhamdulillah Allah beri saya kekuatan walaupun perut dah semakin membesar dan kaki dah mula membengkak..

Tahun ni terasa masa sangat-sangat cepat berlalu, sekejap je rasanya dah nak akhir tahun.. harap-haranya dapat catch-up segala kerja yang mesti dibereskan sebelum akhir tahun (sebab tahun depan dah di bawah seliaan pegawai dan projek lain..) dengan jadual yang agak pack.. masih juga berharap agar dapat uruskan segala urusan peribadi, apalagi kalau bukan mendeko2 rumah, berjalan-berjalan dan persiapan untuk bersalin dengan lancar dan baik, terutamanya persiapan untuk penyusuan susu ibu... saya amat-amat berharap semoga halangan-halangan dan sejarah yang berlaku semasa Insyirah dahulu tidak lagi berulang, amin..

Assalam,

Monday, October 01, 2012

Kediaman baru

Selamat Tinggal A-8-7...
Alhamdulillah.. setelah lama menanti, rumah kediaman milik sendiri akhirnya siap diubahsuai dan dalam proses untuk berpindah dari rumah lama. Hampir 5 tahun tinggal di kuarters, macam-macam yang telah dilalui. Ye la, nama lagi kuarters, blok kediaman tidak sama dengan blok-blok apartment lain yang ada di kawasan itu. Mungkin kerana namanya kuarters, tiada rasa pemilikan, kurang inisiatif untuk menjaga seperti kediaman sendiri. Kotor, dan lif selalu rosak selalu berlaku. Merasalah turun naik tangga 8 tingkat dengan perut yang besar kerana sarat mengandung sewaktu mengandungkan Insyirah dulu. Namun di situlah kebahagiaan hidup berumahtangga kami suami isteri tercipta, di situlah segala cerita suka duka awal 5 tahun pertama perkahwinan dicoretkan.. kami takkan lupakan memori tu.. (mood sedih... chewaah..)

End of 2011.. sewaktu pembinaan

Ahad lepas, akhirnya tarikh keramat itu tiba juga. Barang-barang rumah yang difikirkan hanya sedikit muat juga dalam lori yang besar (tu macam tanda barang banyak sebenarnya). Itupun abang dah berulang alik beberapa hari mengangkut barang-barang yang berkaca dan sensitif. Lepas angkut dengan lori, ada la juga beberapa trip lagi abang terpaksa ulang-alik bawa barang dari apartment ke rumah baru. Alhamdulillah rumah lama dan baru berdekatan aje, kalau jauh, jenuh juga dibuatnya hehe. Cuma menguruskan dan berpindah dalam tempoh sarat mengandung, besar juga cabarannya. Alhamdulillah Allah beri saya kesihatan yang agak baik untuk melakukan semua ni...

Sebenarnya, sejak saya mula berkerja di MARDI, target saya untuk beli rumah sendiri (sebab masa tu target pertama untuk beli kereta dah tercapai), jadi saya beli rumah untuk disewa dulu, dan tangguhkan dahulu beli rumah untuk diduduki kerana belum berkahwin. Bila berkahwin abang pula ada rezeki sambung pengajian dan menjadi guru, saya perlu bersabar menunggu abang untuk tunggu posting confirmation.. 3 tahun menunggu, alhamdulillah akhirnya abang ditukarkan ke SK BBB Fasa 2, dekat aje dengan rumah mak terus saya ajak abang survey dan beli rumah yang sesuai diduduki, risau harga rumah melambung lagi. Alhamdulillah rumah yang dibeli ni, pada masa tu, bila dengarkan harga, ramai yang kata mahal, tapi bagi orang yang tahu tentang nilai rumah tahu rumah kami adalah murah pada masa pembelian itu dengan bukaan, dan utiliti yang ada dalam rumah tu.. alhamdulillah ... :-)

Macam selalu, nak buat apapun, kena paksa diri buat research, survey agar tahu apa yang perlu dibuat dan tidak ditipu dan dapat harga yang patut. Sama juga bila nak beli rumah, nak renovate dan masuk rumah, kena dahulukan mana yang penting dan mana yang kurang penting. Banyak maklumat dan info yang boleh dapat daripada blog dan majalah-majalah.. Pesanan saya, paling penting perancangan, menabunglah dari awal.. jika nak berkahwin dulu kita dah mula simpan rm100 sebulan dan tak berhutang, sama jugalah dengan beli rumah baru.. barulah hidup terancang dan tidak terbeban. Buat dulu mana yang major, bagi saya tidak perlu tergesa-gesa membeli perabut baru, pakailah dulu apa yang ada, perabut beli sedikit-sedikit bila ada lebihan duit terkumpul ya :-)

Jutaan terima kasih kepada abang, mak dan ayah, adik-adik, sahabat handai yang membantu saya merealisasikan impian saya.. InsyaAllah jika panjang umur, jemputan untuk majlis kesyukuran yang akan diadakan pada hujung tahun ni akan menyusul, tarikhnya belum ada lagi, tunggu saja invitation di laman FB ya! Jumpa di rumah baru kami.. InsyaAllah :)

Nota Ummi : berat hati tinggalkan sahabat di rumah lama.. huhu...

Assalam,

Monday, September 03, 2012

"Merdeka"kah Kita?

?

Sabtu lepas saya dan keluarga mertua menghadiri majlis perkahwinan adik ipar lelaki (tahniah Asri :).. selamat sudah.. hehe). Bila selesai dan pulang dari majlis, kami singgah di masjid untuk tukar lampin dan bagi Insyirah main-main sekejap di taman permainan berhadapan surau tersebut.

Leka temankan Insyirah bermain buai sambil lihat kereta yang banyak di jalan (masjid tersebut di tepi jalan raya sahaja) dan bacaan Al-Quran di masjid tanda waktu azan selanjutnya semakin hampir, saya terdengar bunyi seolah-olah dentuman yang kuat. Terus mata melihat ke arah kejadian. Seorang anak muda lelaki dan perempuan yang menaiki motosikal (tak pasti jenama apa) tergolek dan terpelanting ke arah belakang kerana dilanggar sebuah kereta dari arah jalan bertentangan yang ingin masuk ke perkarangan masjid.

Kereta yang terlanggar mereka terus masuk ke perkarangan dan meletak serta mematikan enjin kereta. Pintu sebelah hadapan terbuka, lalu keluarlah seorang lelaki tua yang kurang upaya (berjalan tidak sempurna terhenjut-henjut dan berbadan bongkok) berbaju melayu, bersongkok dan berkain pelekat berusaha untuk ke arah anak-anak muda yang jatuh tadi, mungkin rasa bersalah kerana 'pemandu' beliau melanggari mereka. Diikuti oleh seorang pemandu perempuan berpakaian telekung berbaju kurung serta anak kecil mereka berjalan laju ke arah mereka. Dan ahli-ahli jemaah masjid lain serta pekerja-pekerja Indah Water berpusu-pusu ke arah anak-anak muda itu.

Kedua-dua anak muda tadi telahpun bangun daripada 'perbaringan' mereka, duduk di penghadang longkang (jalan masuk) di tepi jalan. Setibanya lelaki tua yang tadi terhenjut-henjut berjalan, terus sahaja beliau menyapa dengan baik anak muda (lelaki) yang jatuh tadi.Tapi... apa yang terjadi,

Usahlah hendak menjawab salam dengan baik oleh lelaki tua tadi, diherdik dan dimarahi pula orang tua itu. Saya melihat anak muda perempuan pun sama, usahkan hendak menyambut salam yang dihulur oleh pemandu perempuan yang tidak sengaja melanggarinya tadi, dijeling-jeling dan dimarahinya pula. Setelah urusan bayaran dan penebusan dibuat, lelaki dan perempuan tua tadi beredar ke arah masjid kerana azan telah berkumandang. Sedihnya saya, melihat anak-anak muda itu.. lelakinya berambut panjang, pakaian seolah tidak terurus, percakapannya kasar, hanya anak muda perempuan itu sahaja yang 'agak elok' pakaianya... saya cuba berfikir positif, namun sebagai seorang manusia, terfikir juga ke mana anak-anak muda ini hendak pergi dengan pakaian sebegitu di waktu azan maghrib berkemundang...

Kejadian itu, berlaku sehari selepas tarikh hari kemerdekaan negara kita....

Merdekakah kita sebenarnya? Fikir-fikirkan..... :-)

Assalam,

Thursday, August 30, 2012

Selamat Hari Raya Idulfitri 1433 Hijriah

Gambar ihsan Mr. Google

Assalamualaikum..

Gambar raya masih tak ada yang sesuai untuk diupload. Satu-satunya gambar yang diambil dengan famili guna kamera kakak ipar pun masih belum dapat dilihat. Kamera sendiri pula.. terlupa dek kerana kesibukan melayan tetamu yang datang hehe.

Alhamdulillah, Allah berikan aina kesihatan untuk melalui perjalanan yang memakan masa. Paling gembira bila mula saja hari raya pertama, simptom-simptom trimester pertama mengandung beransur kurang, memberi saya peluang untuk membantu mertua bersiap sedia dengan kedatangan tetamu dan beraya rumah sanak saudara.

Tentang perjalanan.. tahun lepas dari Kelantan ke Gerik makan masa 7 setengah jam, tapi tahun ni perjalanan dari Gerik ke Kelantan makan masa 9 jam! nampaknya tahun depan kami kena cari plan lain.. hehe.. sesiapapun tentu tak suka habis masa di atas jalan, kan? Alhamdulillah Insyirah anak yang baik, tak banyak karenahnya..

Perjalanan balik dari Kelantan ke KL pula, bersama mak ayah dan adik ketiga. Sepatutnya ramai lagi yang turut serta, tapi kerana masalah masing-masing, adik kedua dan kelima tak dapat pulang ke kampung tahun ni. Kami pulang ke KL hari Sabtu lepas, hajat untuk bertolak awal pagi ditangguhkan kerana perlu selesaikan urusan tok ayah dan mek. Perjalanan dari Kg Padang Luas bermula jam 10.00 pagi, ayah decide untuk ikut LPT, dan akhirnya sampai di KL jam 10 malam.. Perjalanan santai, singgah sana sini (beli ikan, jalan-jalan tepi pantai dan beli keropok) jadi tak lah terasa sangat 'letih'nya.

Namun, walaupun dah ada lebuhraya, perjalanan melalui jalan lama Bentong-Kuala Krai yang berliku, dan macam-macam pengalaman yang telah dilalui, tetap di hati.... :-)

Assalam,

Wednesday, June 27, 2012

Alhamdulillah.. :-)

Cerita ni berlaku seminggu yang lepas, di sebuah klinik...

Doktor : Assalamualaikum, ye puan aina, ada apa saya boleh tolong?
Pesakit : Wa'alaikumsalam doktor, mm.. saya senak-senak perut, selalu pitam dan sakit kepala, lepas tu rasa  tak sedap badan..
Doktor : (mood senyum) Puan mengandung ke?
Pesakit : Ermm.. ? saya tak check pulak
Doktor : Ok, sebelum saya buat pemeriksaan lanjut, kita buat UPT dulu ye...
Pesakit : (tak sempat doktor nak teruskan ayat) Tapi doktor... anak saya yang pertama ni dulu (sambil tunjuk jari ke arah insyirah) 9 minggu baru nampak doktor.. bla..bla..bla..bla..
Doktor : Takpe, kita buat dulu, kalau betul tak mengandung, kita buat pemeriksaan lanjut ye puan. Puan jangan risau..
Pesakit : Ok (dalam nada kebingungan)

15 minit kemudian...

Doktor : Puan, cuba puan tengok betul2.. ada berapa garisan tu? (sambil tersenyum)
Pesakit : (menunduk ke arah bekas kecil) Hehe.... alhamdulillah... (tengok tu, tak jawab soalan)

Doktor : Ok, sekarang kita check details ya. bla.. bla.. blaa... Kandungan puan dah 6 minggu, puan dijangka bersalin pada 15 Feb 2013. Tahniah puan..
Pesakit : Terima kasih doktor.. (sambil senyum tersipu-sipu malu)
Doktor : Ok. saya akan bagi ubat bla..bla..bla...bla.. puan nak panggil suami masuk ke?
Pesakit : Tak pe, tak payahlah doktor

Doktor : Puan nak ke sample UPT ni?
Pesakit : Tak pe, tak payahlah doktor

Selepas habis sesi bersama doktor, pesakit keluar dengan keadaan gembira + kebingungan.. dan menyesal kerana tak ambil sample UPT yang doktor nak bungkus tadi.. hehe.

Alhamdulillah, saat yang ditunggu-tunggu selama ini telah tiba.. syukur tak terkata rasa gembira di hati. Setelah Allah uji kami sekeluarga dengan keguguran seminggu sebelum Hari Raya Idulfitri yang lepas.. setelah melalui zaman berpantang tanpa zuriat di sisi, kini kandungan telah mencecah 7 minggu 1 hari, doakan semoga perjalanan ibu mengandung ini selamat hingga bersalin..

Assalam,

Tuesday, May 29, 2012

Alhamdulillah.. ijazah dalam genggaman!


Assalamualaikum,

Lama betul tak update diari ni.. dah bersarang dah.. hehe.
Agak sibuk dengan pelbagai perkara, urusan peribadi, keluarga dan kerja.
Dan semestinya saya amattt rindu pada diari ini. hehe.

Banyak betul yang hendak dicoretkan sebagai simpanan diri, kerana banyak betul peristiwa yang berlaku dalam bulan Mei 2012 ni. tapi tak apalah.. tulis sikit-sikit.. hopefully dapat cerita satu persatu buat tatapan anak di masa hadapan :)


8 Mei 2012.. tarikh bersejarah untuk aina.. lama sudah aina tunggu untuk dapatkan segulung ijazah ini..

Daripada bergelar seorang anak gadis, bekerja di bawah dua agensi, hingga bergelar isteri orang dan ibu kepada Annur Insyirah... alhamdulillah akhirnya penat lelah saya berbayar dengan Majlis Konvokesyen Yang Ke-48.. agak istimewa kerana konvo kali ni bersama adik saya yang kelima, Norul Hidayah, fakulti yang sama, di bawah Academic Advisor (a.k.a abang ipar saya hehe) yang sama.. cuma course yang berlainan. Aina pengkhususan Sistem Maklumat, adik pula pengkhususan Multimedia.


Dua kali konvo, dalam dua keadaan dan situasi diri yang berbeza.

Pertama kali dulu sewaktu diploma, saya seorang anak gadis, lebihkan kawan dan orang lain daripada keluarga. Hati mak ayah dan adik-adik terusik.. sedih sekali bila teringatkan peristiwa dulu. Dan kerana itu, saya selalu berdoa pada Allah agar diberi kekuatan untuk habiskan pengajian dan seterusnya ada rezeki untuk menghadiri konvo kali kedua.. dan yang pasti, tumpuan saya untuk mak ayah, yang sentiasa ada di samping saya susah dan senang..

Alhamdulillah hasrat saya termakbul.. .saya sangat2 gembira :-)

Ucapan terima kasih yang amat istimewa buat mak ayah, abang, adik-adik, sahabat-sahabat seperjuangan... banyak betul budi baik dan bantuan yang telah diberi sepanjang perjuangan saya menuntut ilmu... dan tak akan mungkin dilupakan..


Ayah.. terima kasih kerana berusaha untuk membantu k.na menghadiri majlis suai-kenal dan hantar borang di hujung minggu setelah saya membuat keputusan untuk sambung belajar.. pergi balik johor dalam masa sehari dengan kesihatan diri yang kurang baik pada waktu itu.. saya sangat terharu..

Mak... terima kasih kerana pagi-pagi lagi telah sediakan makan minum untuk k.na sebelum pergi ke utm... bila balik sediakan makan minum k.na dan sediakan sajian untuk k.na bila k.na studi... bila dah ada anak, mak lah tolong jaga insyirah waktu saya perlu pergi belajar dan abang kerja..

Abang.. terima kasih kerana menjaga insyirah dan uruskan rumahtangga sepanjang ketiadaan sayang pergi belajar.. Ada masa, aina tidak punya stok susu di rumah, abanglah yang ke hulu ke hilir menemani saya, tolong saya jaga insyirah di surau atau bilik sementara saya masuk ke kelas..

Adik-adik.. terima kasih kerana membantu k.na jaga insyirah, dan ikut k.na ke kelas tolong jaga insyirah di surau sementara menanti k.na masuk kelas.. kerana stok susu yang amat berkurangan waktu itu...

Ramai yang bertanya seronokkah belajar.. apa perasaan saya bergelar pekerja + pelajar PJJ + isteri?
Buat mereka yang bertanya dan sahabat-sahabat yang ingin menyambung pengajian.. inilah jawapan saya...
"Apapun yang kita hendak buat berdasarkan NIAT kita. Biarlah kerana Allah.. kerana menuntut ilmu setinggi yang boleh itu jihad dan tinggi nilainya di sisi Allah.. berfikiran positif sentiasa, pasti cabaran sukar yang dihadapi sepanjang pengajian dapat dilalui dengan tenang dan tabah.. InsyaAllah.."

Assalam,

Wednesday, May 02, 2012

Alhamdulillah... syukur :-)


Assalamualaikum dan selamat pagi rakan-rakan pembaca semua :-)

Alhamdulillah, Allah beri saya kesempatan untuk mengecap nikmat hidup hingga ke saat ini. Syukur dan gembira rasanya hati bila tanggal 2 Mei 2012 saya masih lagi dapat bernafas menghirup udara segar di pagi hari. Tambahan bila ada abang dan anak di sisi.

Bulan Mei tahun 2012 ni banyak memberi berita gembira kepada saya. Hari ni jam 3.00 petang saya dilahirkan.. dan seminggu lagi saya akan memiliki sesuatu yang diperjuangkan selama 7 tahun kebelakangan ini. Akan datang, ada lagi peristiwa yang akan mengiringi, syukur alhamdulillah.. :-)

Pagi ni, dalam perjalanan ke pejabat, ditemani slot motivasi pagi di radio ikim.fm, terkenang kembali saat-saat dari kecil, remaja dan kini meningkat dewasa orang di sekeliling membuat pelbagai aktiviti istimewa khas untuk menyambut hari lahir saya. Saya masih ingat mak masak makanan kegemaran sy, datang bersama ayah dan adik-adik di hujung minggu di asrama waktu bersekolah di sekolah menengah dahulu. Juga sewaktu disambut oleh adik-adik yang di bawah jagaan saya sewaktu di asrama dulu.

Bila masuk ITD di Kelantan, lain pula cara adik-adik dan kawan-kawan buat surprise birthday party untuk saya. Dibaling tepung, telur kampung dan bedak... hehehe.. macam-macam :-)

Terima kasih mak ayah, terima kasih adik-adik, terima kasih sahabat dan semua kawan-kawan, terima kasih adik-adik yang pernah satu dorm dan rumah dulu :-)

Sekarang dah menginjak dewasa, dah berumahtangga, dah ada yang punya dan dah ada anak, lain pula caranya.. :-)

Terima kasih buat abang tersayang atas hadiah yang diberi :-)

Dan.. walaupun saya tau saya tak berkesempatan untuk buka fb hari ini kerana dah kena block, terima kasih banyak-banyak atas ucapan dan ingatan semua.. i'm really appreciate it ;) saya akan cuba reply semua ucapan insyaAllah :)

Terima kasih Allah ... :-)

Assalam,

Thursday, April 19, 2012

Bersederhanalah....

Assalam, dan salam sejahtera..

Artikel ustaz hasrizal benar-benar menjentik minda saya. Kecil-kecil dahulu selalu terperasan sendiri, apa yang diungkap pasti akan kembali pada diri. Yang selalu sedar bila kata-kata negatif dilontarkan. Walau ia tidaklah memberi kesan yang besar pada diri, namun ia banyak membantu dan mengajar saya agar sentiasa berhati-hati dengan mulut dan hati tiap kali bereaksi dengan sesuatu keadaan dan berbicara.

Namun sejak dewasa, memasuki alam pekerjaan dan dunia rumahtangga, semakin luas pergaulan, semakin banyak bicara dan karenah manusia yang dihadapi, semakin saya memahami maksud 'terkena tulah sendiri'. Alhamdulillah peranan yang dimainkan oleh emak saya amat besar dalam hidup kami anak-anaknya, lantaran sejak kecil lagi kami diasuh agar berhati-hati dengan setiap kata hati dan mulut, agar kena pada tempat, keadaan dan kelompok manusia yang dituju. Agar marahnya kerana Allah, agar tegurannya berbentuk positif kerana kasihi sesama manusia, agar tidak terguris hati manusia.


Cuma... keadaan kadang mengganggu. Pusing ke kanan, atau pusing ke kiri, ada sahaja yang tidak kena dipandangan manusia... 'sekeping hati' yang hidup di dalam dada seorang yang bergelar wanita kadang terguris di fitnah dan di kata itu dan ini..

Namun.. kekuatan itu hadir dengan tarbiah dan kelazatan nikmat hidup yang Allah beri lantaran sifat sabar dan redha dalam hati.

Cuma kadang-kadang terfikir sendiri, mengapa manusia selalu menyalahkan orang lain dan sekeliling andai kata-kata yang dilontarkan kembali pada diri sendiri?

Mungkinkah tiada nilai muhasabah dalam diri?
Mungkinkah tiada rasa bersalah atas apa yang dicelotehi?
Mungkinkah tiada rasa kesal dengan kata-katanya yang pernah mengguris hati?

Saya tidak tahu... saya hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan, kesabaran dan berlapang dada menerimanya..

Kerana saya tahu...

Kebahagiaan dan kesihatan itu rezeki yang tidak ternilai..
Kelazatan cinta Allah itu juga rezeki yang tiada tolok bandingnya..
Ketenangan itu rezeki yang mudah diperolehi, namun sukar dirasai..

Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan membina aura positif dalam diri dan orang di sekeliling kita ... :-)

Assalam,

Monday, April 02, 2012

Di manakah nilai iman kita?


Sekadar bercerita...

Satu petang saya ke sebuah hypermarket.. setelah puas mengira dan memilih barang, tiba masa untuk membuat bayaran di kaunter bayaran. Kebetulan tak ramai orang di kaunter, saya pilih saja kaunter yang kosong. Kedengaran sok.. sek.. sok.. sek.. dua orang petugas perempuan kaunter A dan B berbual (bermaksud saya beratur di kaunter A, membelakangi petugas kaunter B yang berbual dengan petugas A tempat saya membuat bayaran).

Alangkah terkejutnya saya.. tiba-tiba keluar ayat ni daripada petugas kaunter A, "... tu aku pakai tuala. kalau aku bogel..? haa maunya.... bla.. bla.. bla.." Ya Allah... terkejut, terkedu. Saya tak pasti apa reaksi yang perlu saya beri. Tegur? owh... budak-budak sekarang bukan boleh ditegur.. Yang pasti muka saya merah... marah, sedih, malu bercampur-baur dalam hati. Hampir saja saya tinggalkan tempat itu dan terus menuju keluar dari tempat tersebut. Tapi saya terpaksa kuatkan hati 'membiarkan saja' perkara itu, dan terus membayar dalam jumlah yang mencukupi lantas berlalu pergi..

Di dalam hati... saya berfikir, di manakah tahap nilai iman masyarakat Islam kita?

Hingga ke malam hari, mood memikirkan masa depan anak dara saya terngiang-ngiang di fikiran.. semoga Allah memberi saya dan abang kekuatan dalam memberi didikan Islam dan keteguhan iman yang sesempurna mungkin.. dalam membentuk anak-anak kami sebagai penghuni syurga kelak... amin...

Assalam,
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates