Featured
Showing posts with label ilmu rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label ilmu rumahtangga. Show all posts

Monday, October 05, 2015

Ujian Psikologi: Keutamaan hidup kita



Entri kali ini berkaitan dengan Psikologi Keluarga. Pasti ada antara kita yang sudah berumah tangga tidak perasan "Apakah kriteria yang mendorong kita dalam memilih pasangan di awal perkahwinan". Diharap entri ringkas ini dapat mengurangkan sedikit stress di samping bebanan tugas harian :)

Ujian Psikologi: Apa Sebab-Sebabnya Anda Memilih Pasangan Anda?

Ini suatu ujian psikologi yang sangat menarik. Ianya bukan sembarangan soalan kerana daripada jawapan yang diberikan, anda dapat mengetahui sebab-sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air Mendidih di Dapur
2. Air Paip Melimpah di Bilik Air
3. Bayi Menangis.
4. Telefon Berbunyi
5. Ada Orang Ketuk Pintu

SOALANNYA: Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan uruskan dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan. Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan. Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu. Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…
Fikir…
Jika sudah habis berfikir, sila semak jawapan anda.

Apakah ciri/sifat/perkara yang anda utamakan dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?

1. Kalau anda memilih untuk menutup air medidih: Ia menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan pasangan untuk membimbing anda.
2. Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : Ia menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.
3. Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : Ia menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.
4. Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : Ia menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.
5. Kalau anda memilih untuk membuka pintu: Ia menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Kesimpulannya, terkadang seseorang itu tidak menyangka sifat dalaman yang mendorong diri mereka. Justeru dengan pegangan agama dan akal diberi pasti boleh membimbing kita untuk kehidupan yang lebih baik. Tidak kiralah di dalam institusi kekeluargaan mahupun institusi pekerjaan. Utamakan yang utama. Terima kasih sudi luangkan masa.

Assalam,

Friday, November 01, 2013

Pendidikan hati dan emosi , tips2 peneguhan iman dalam diri anak-anak


Assalam, sedikit catatan slot Usrati, radio ikim.fm

Tetamu Undangan : Ustazah Norhafizah Musa
Tajuk : Pendidikan hati dan emosi , tips2 peneguhan iman dalam diri anak-anak;

1) Niat
-          Bermula daripada awal bangun tidur hingga tidur
-          Sekecil-kecil perkara hingga sebesar2 perkara
-          Setiap perlakuan dan tindakan yang sama mempunyai respon dan keputusan yang berbeza berdasarkan niat
-          Penerapan niat melakukan sesuatu kerana Allah
-          Contoh analogi  : Dalam sebuah kelas, tiba-tiba ada orang ketuk pintu, namun ustaz yang mengajar menyuruh anak murid yang duduk di depan pintu duduk daripada bangun, tetapi meminta anak murid di depannya buka pintu (kedudukan jauh dari pintu). Tindakan ustaz menimbulkan tanda tanya anak-anak muridnya. Usai kelas, ustaz menerangkan tindakannya. Ditanya pada anak murid yang berdekatan pintu, “apa niatmu semasa bangun hendak buka pintu?” “tiada”, jawab murid tersebut. Ditanya pula pada anak murid yang dihadapannya “apa niatmu semasa bangun hendak buka pintu” “alhamdulillah saya sempat meniatkan beberapa perkara, jika yang ada di pintu itu musafir, ku pinta Allah bukakan seluas-luasnya rumah ini untuk diduduki musafir tersebut, jika yang ada di pintu itu pencari ilmu, maka ku niatkan semoga Allah permudahkan beliau menuntut ilmu..dan lain-lain lagi”. Begitulah perbezaan perbuatan yang sama, tapi hasil yang berlainan berdasarkan niat.

              2) Solat
-          Batasan waktu untuk jd lebih baik drpd terbaik
-          Membentuk persepsi anak2 terhadap ibadah solat
-          Menggunakan masa2 sukar anak2 sebagai kesempatan utk diberi kefahaman ttg ibadah solat (manusia itu ditimpakan dgn kesusahan, keresahan dan memberi respon yang pelbagai, tamakkan kebaikan, dan Allah berikan pengecualian kepada org yg menjaga solat) jika tidak solat maka tidak akan dijaga oleh Allah

3)       3) Ilmu
-          Cintakan anak-anak dengan buku – sbg wasilah penting utk dapatkan ilmu
-          Kata-kata seorang cendikiawan : “Saya berpendapat anak-anak sedari awal perlu dibiasakan dengan ketamakan terhadap buku, melahap segala pengetahuan dalam buku”

4)      4) Penanaman jiwa kompetitif yang sihat
-          Boleh belajar menjadi orang yang menang, boleh belajar menjadi yang kalah
-          Kemahiran supaya anak boleh masuk kurikulum
-          Memupuk nilai keyakinan, keikhlasan, kesungguhan, kesungguhan
-          Penerapan jiwa yang suka bersaing dan bertanding, anak tidak malu untuk masuk bertanding
-          Kesan : jiwa yang berani, pernah berasa orang yg menang dan mensyukuri, orang yang kalah kerana kurang dekatkan diri dgn Allah 


Soalan pendengar;
Cara menyelami perasaan anak-anak dan menangani perasaan kekurangan kasih sayang dan perhatian dari kita.

Respon ustazah;

Ibu ayah yang baik perlu beri laluan kepada anak-anak utk meluahkan perasaan mereka terhadap ibu bapa mereka, daripada luahan mereka kita dapat tahu kondisi rumahtangga kita (hati ke hati, one to one, barulah disusuli dengan many to many). Perkataan “tapi” “Cuma” adalah kunci utama kepada titik jawapan yang ingin diberitahu oleh anak.  Ibu dan ayah perlu raikan perasaan dan apa yg ingin diluahkan tentang kita, berlapan dada untuk menerima luahan tersebut.. berkumpul semula dengan keluarga, selesaikan secara baik, agar mereka memahami kondisi kita, dan kita memahami perasaan dan emosi mereka.

Assalam,

Friday, August 31, 2012

Inilah Kuasa Cinta :-)


Lama sudah saya mendengar cerita ini, diceritakan oleh suami. Lama juga ingin berkongsi di blog ini, tapi asyik terlupa. Hinggalah pada suatu malam abang menunding jarinya ke arah seorang lelaki dan mengulangi cerita yang sama kembali..

Saya tahu walaupun ini hanya cerita ringkas, namun pada mana-mana hati yang mendengar, tentu merasa kagum dan terharu dengan apa yang didengar dan dilihat...

Seperti biasa, selesai solat berjemaah di surau, abang akan bersalam dengan semua jemaah dan meminta diri beransur pulang ke rumah. Namun bagi seorang jemaah lelaki ini, dilihat sering sahaja beliau terus bangun meninggalkan jemaah selesai sahaja doa yang dibacakan imam selesai. Sekali dua, tentulah tidak mendatangkan rasa hairan, namun tiap kali begitulah yang berlaku.

Satu hari, abang juga perlu bergegas keluar setelah selesai solat, sempat bertemu dengan lelaki itu. Tidak jalan 'berlenggang' seperti orang lain, lelaki itu laju saja langkahnya. Abang sempat mengikut langkahnya dan tanpa sedar spontan soalan keluar dari mulutnya. "Cepat jalan, bang.." tanya abang. "Isteri tengah tunggu kat rumah.." jawabnya. 

Kalau saya ditempat abang, saya dapat rasa ada sedikit rasa tak puas hati dengan jawapan lelaki itu..

Hari lain pula, akhirnya cerita sebenar diketahui juga. "Maaflah saya nak cepat isteri saya sedang tunggu untuk solat berjemaah dengan saya.." tenang tutur katanya. "Isteri saya disahkan lumpuh separuh badan, berkerusi roda tak dapat bangun sejak lahirkan anak kedua kami..saya kena memandikannya dan solat berjemaah dengannya."

MasyaAllah... besarnya pengorbanan lelaki ini... masih muda, namun dengan keilatan yang ditakdirkan untuk isterinya, sedikitpun tidak mengurangkan rasa kasih dan cinta di hatinya.

Benar kata orang, kita tidak tau sejauh mana kasih dan cinta seseorang kepada kita, sehinggalah terjadi sesuatu...  

Itulah kuasa cinta.. Allah mendidik hambaNya dengan ujian cinta.. jika cinta kepadaNya didahulukan, pasti kita akan dapat cinta makhlukNya, itu janji Allah!

Percaya dan Yakin pada Allah ya! :-)

Assalam,

Wednesday, July 18, 2012

Join seminar celik momz

Alhamdulillah, dalam 'keriuhan' melayan diri sendiri yang tak berapa nak keruan dek alahan yang agak 'best' hehe.. Allah beri kekuatan dan kesempatan untuk hadirkan diri ke seminar celik momz anjuran assohwah.com.

Seronok.. kali pertama dapat berjumpa dengan Prof. Dr. Muhaya dan anaknya, Dr. Atiyah dan ibu-ibu yang positif-positif. Banyak ilmu bermanfaat dapat dipelajari dan rasa diri bertuah kerana kesempatan yang diberi. Cuma agak terkilan tak bawa abang dan Insyirah bersama, kerana tidak tahu kami para isteri dapat bawa suami bersama. Takpe.. saya akan usahakan untuk bawa abang pada Seminar Bahagia dan Membahagiakan pada bulan Oktober nanti, InsyaAllah.. semoga Allah beri saya kesihatan yang baik dan kekuatan untuk hadir ke seminar tersebut.. amin.. ya rabb.

Banner Seminar Bahagia & Membahagiakan seperti berikut..
Recommended untuk semua hadirkan diri, tak kira siapa anda. bujang, dah berkahwin dan apa jua status.. ilmu yang diberi pasti bermanfaat pada diri.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, layari website assohwah.com ok.. pastikan daftar secara berkumpulan sebelum 12 september 2012 untuk tawaran harga menarik ok.. (saya tak dapat apa-apa komisyen pun.. sekadar menyebarkan perkara baik untuk dikongsi bersama heehehe... )

Assalam,

Wednesday, January 18, 2012

Mas Kahwin vs Hantaran

Assalamu'alaikum wbt..

Dah lama saya ingin perkatakan tentang hal yang satu ini.. Rakaman rancangan Bicara Mualamat Radio Ikim.Fm pada hari Rabu, 23hb November 2011 yang boleh di lihat di sini tentang isu mas kahwin dan hantaran menyuntik semangat saya untuk 'memperjuangkan' perkara ini.

Alhamdulillah isu ini juga mula diperkatakan oleh beberapa ustaz dan ustazah yang lain. Tidak hanya menjelaskan tentang "kadar mas kahwin yang berbeza antara negeri", memberi rasa tidak faham bagi yang tidak tahu hal agama dan rasa "oklah tapi hantaran tetap tinggi" bagi bakal suami.

Saya sebenarnya tidak tahu tentang besarnya isu ini di mata masyarakat Malaysia.. kerana kebetulan tidak timbul isu mas kahwin di kalangan saudara mara yang berkahwin, ada juga yang berkahwin dengan mereka di luar negeri Kelantan namun bakal ahli keluarga baru tidak mempersoalkan ketegasan pihak keluarga kami menetapkan hanya wang mas kahwin diterima oleh keluarga kami beserta barang-barang hantaran sampingan yang diletakkan atas dulang.

Terdahulu, di hari pertunangan aina juga, pihak keluarga abang bertanya soalan, "Berapa nilai hantaran?" ayah long dan ayah aina hanya menjawab, "Kami tidak kisah, ikutlah kadar kemampuan bakal suami. Cuma..... (-mood terdiam seketika-) saya mau agar semua wang yang ingin diberi dijadikan mas kahwin, cukup sekadar itu, kami tidak terima wang hantaran.." Keluarga abang yang hadir hanya terdiam, masa itu keluarga aina pun tidak tahu, diam tanda faham atau sebaliknya. Anggukan dan senyuman diterima, jadi orang-orang tua di sebelah pihak keluarga kami hanya menyambutnya tanda pihak lelaki bersetuju.

Alhamdulillah, syukur ia tidak menjadi satu isu besar walaupun baru pertama kali berlaku sebegitu. Lumrah agaknya, berkahwin dengan pasangan dari negeri timur, begitulah caranya. Tiada wang hantaran, hanya mas kahwin. Syukur kerana pihak lelaki menyambut 'cara' kami dengan gembira.

Namun, di hari pernikahan kami, bila akad disambut oleh bakal suami, terdengar bisikan2 kecil di belakang (kalangan rakan taulan) "Kalau mas kahwin pun dah banyak ni, wang hantaran pulak banyak mana ye? kalau sama, bergandalah!" bila cerita itu sampai di telinga saya, sedih rasanya. "Masih ada yang janggal tentang ilmu agama rupanya", bisik hati menenangkan diri.

Setelah berkahwin dan berbincang dengan abang, barulah saya tahu itulah kali pertama berlaku di kalangan beliau dan teman-teman rapatnya. Dan setelah mencari info, barulah saya tau juga bahawa 'besar dan tinggi' nya nilai hantaran berbanding mas kahwin di kalangan masyarakat kita. Ya Allah... hati terfikir bagaimana saya nak pertahankan perkara ini bila tiba masa anak kami akan dinikahi satu hari nanti..

"Adakah ini adat negeri kelantan..?"
"Kalau orang susah, macamana pula...?"

Soalan yang sering diajukan kepada saya bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan 'cara' kami.

"Ini soal agama, bukan adat.." -> namun kerana cetek agama, saya tidak mampu berbahas menggunakan nas Al-Quran mahupun hadith nabi..

"Nanti tak ada rasa tanggungjawab pulak bakal suami kalau tak da hantaran" -> kalau dijadikan mas kahwin tentu bakal suami akan lebih rasa bersemangat dan bertanggungjawab untuk cari rezeki bagi memberi hadiah (mas kahwin) yang dah tentu khas untuk bakal isterinya, kan?

"Tinggi martabat seorang isteri adalah yang rendah mas kahwinnya di kalanganmu.." -> rasanya semua orang pernah dengar, jika bakal suami tidak mampu, cukuplah sekadar memberi naskhah Al-Quran sebagai mas kahwin atau dalam lain-lain bentuk..

"Kenduri kahwin hanya untuk mewar-warkan tentang anak kita yang telah berkahwin dan mengelak fitnah, buatlah sekadar termampu." -> teringat saya, jemputan seorang ulama' untuk kenduri anak perempuannya, hanya jamuan makan pulut dan dibungkuskan nasi dan diedarkan untuk ahli2 masjid, betapa barakahnya perkahwinan anaknya. cakap2 orang? tak perlu fikirkan.. fikirkan tentang apa Allah kata, bukan manusia :)

Hati saya selalu berbisik, "Semoga isu ini akan dibangkitkan oleh para alim ulama'... semoga terbuka minda masyarakat dengan perbahasan yang telah diutarakan mereka.. ini isu agama, bukan adat.."

Jika bakal suami ada lebih wang, ingin membantu menampung perbelanjaan bakal isteri dan bakal mertua, eloklah kiranya 'perkara itu' berlaku antara bakal suami dan bakal isteri. Diberikan sebagai hadiah untuk membantu bakal mertua, tentu lebih menggembirakan hati bakal menantu yang tidak merasa beban dengan kaedah itu. Malah tiada unsur campur tangan di kalangan makcik-makcik dalam keluarga. Bayangkanlah perasaan 'takut', 'bosan' yang dialami oleh para lelaki sebelum meminang anak-anak perempuan kita, bagaimana kita hendak menangani isu buang anak dan seks bebas sedangkan perkara pokok ini tidak tangani terlebih dahulu. Kekuatan institusi keluarga yang kita bina bergantung kepada barakahnya permulaan kepada pembinaan keluarga itu (yakni akad nikah, kenduri perkahwinan dsb).

Dan... sebagaimana saya memperjuangkan tentang "Mengumpul sedikit wang untuk bersalin dengan Doktor Wanita di hospital Islamik" dan "Penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga 2 tahun", begitulah saya akan cuba memperjuangkan isu ini...

Nota :
"Mahar @ mas kahwin ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut."

Assalam,

Monday, August 01, 2011

Bersalin... klinik dan hospital Muslimah atau sebaliknya?

Annur Insyirah Mohd Hanizal
Lahir pada 4 Julai 2009
Hospital Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi
Salam..

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..
Alhamdulillah saya tinggal di kawasan kejiranan yang menitikberatkan Karnival Ramadhan .. seawal tiga hari lepas pelbagai aktiviti dibuat oleh surau-surau dan masjid berhampiran..
Saya bersyukur kerana diberi rezeki tinggal di kawasan yang membudayakan Islam melingkari kehidupan insan, walaupun kami hidup dalam budaya yang pelbagai.. alhamdulillah..
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk puasa pancaindera, fizikal dan rohani dengan sebaiknya dan mendapat keberkatan dariNya..

Majalah solusi, salah satu majalah kesukaan saya. Saya mula membaca majalah ini sewaktu abang membawa pulang ke rumah, dibeli ketika Solat Jumaat di Surau Annur, Bangi. Kupasan yang berunsurkan motivasi dan menitikberatkan soal fardhu ain banyak mendidik saya. Di Pesta Buku 2011 saya ambil kesempatan untuk melanggan bagi memastikan setiap bulan saya akan mendapat edisi yang diterbitkan.

Tiap-tiap bulan isu yang dibangkitkan pasti menarik perhatian. Namun terbitannya yang ke-32 dalam kolum Tanbih bertajuk "Darurat Bukan Semudah Itu" karangan Ustazah Noraslina mengambil perhatian saya. Isu yang dipaparkan tentang rawatan kehamilan dan bersalin yang dipilih oleh ibu mengandung samada mendapatkannya di klinik dan hospital kerajaan yang tidak diketahui oleh doktor wanita atau sebaliknya, ataupun mendapatkan rawatan di klinik dan hospital yang menawarkan jururawat dan doktor Muslimah.

Ramai yang mengetahui bahawa didikan dan kesempurnaan akhlak anak itu sejak dikandung ibu lagi, namun ramai yang tidak sedar bahawa 'sentuhan' tangan daripada doktor berlainan jantina sewaktu kehamilan dan proses bersalin itu, salah satu punca pengabaian tanggungjawab dan titik awal kerosakan akhlak si anak..

Saya tidak mahu mengupas isu ini lebih lanjut kerana masih banyak yang saya perlu pelajari dalam soal agama ini.. namun berdasarkan ruangan majalah solusi tersebut saya ceritakan pengalaman saya sewaktu menjalani proses kehamilan dan bersalin Insyirah insyaAllah..

Sejak saya mengetahui diri saya hamil, telah timbul soal nekad dalam diri saya untuk mendapatkan rawatan daripada doktor Muslimah, kerana saya dibelenggu dengan perasaan "tidak akan memberi kepada mana-mana lelaki lain untuk melihat mahkota saya melainkan suami saya"..

Namun kesilapan saya, saya tidak mencari ilmu berkenaan perkara itu..

Saya melalui satu saat yang agak sukar, apabila menyuarakan hasrat hati kepada sebilangan orang, jawapan yang saya dapat, ".. kalau ada kes, hospital swasta akan hantar ke hospital kerajaan juga .." ".. tak ada duit nak masuk swasta.. "saya buntu dan diam sahaja di situ. Namun dalam hati saya tetap nekad untuk mendapatkan khidmat doktor wanita..

Saya kumpul duit setiap bulan, simpan untuk bersalin.. alhamdulillah agensi saya bekalkan duit perubatan untuk rawatan pesakit luar, jadi saya gunakan untuk rawatan kehamilan..

Seterusnya, saya sudah pandai menjawab.. ".. menjadi kewajipan seorang suami untuk mendapatkan khidmat doktor wanita untuk isterinya yang hamil dan akan bersalin .." saya juga sedih bila mendapat jawapan ".. kalau duk kampung macamana? kira mudarat lah tu.." owh.. sedih bila kenangkan..

Tapi alhamdulillah, saya mendapat jawapan daripada keluaran Solusi yang lepas, saya rasa berbaloi kerana keegoan saya untuk mendapatkan khidmat rawatan daripada doktor dan jururawat Muslimah berbaloi.. saya rasa lega kerana bertindak buat tak tahu apabila diperli rakan tentang 'orang kaya banyak duit bolehlah bersalin kat swasta' berbaloi.. saya mengambil jalan yang tepat untuk diri dan anak saya, alhamdulillah..

Semoga para ibu mendapatkan jawapan daripada keluaran solusi tersebut, dan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk si anak dan menjaga aurat kita dengan kaum berlainan, niatlah kerana Allah untuk kebaikan dan kemaslahatan kita bersama, insyaAllah ada jalan penyelesaian dan hikmah disebalik syariat dan tuntutannya..


Salam,

Wednesday, February 16, 2011

Petua Harmoni Rumahtangga


Sejak dulu suka baca dan dengar perihal motivasi diri.. best.. daripada rasa negatif diri boleh bertukar jadi positif.. masa kecil2 dulu zaman sekolah ustazah ada bagitau tentang.. "..Fahami dan selami apa yang diberitahu, tidak mengira siapakah orang yang berkata2 itu.." Fikir2kan ya..

Tak boleh nak tulis panjang, ada beberapa tuntutan kerja yang perlu diselesaikan, jadi aina kongsi sedikit pengisian yang aina dapat masa dengar slot bersama Dr. Tengku Asmadi, pengasas MAP Training berkenaan soalan "Apakah 3 petua yang disarankan Dr. untuk keharmonian rumahtangga".. jawapan beliau;

pertama.. Solat Berjemaah
Untuk yang bergelar suami @ ayah, digalakkan solat berjemaah di masjid, namun carilah satu masa untuk jadi ketua @ imam solat berjemaah di rumah bersama-sama isteri dan keluarga. Selepas solat boleh selitkan waktu santai untuk berbual dan memberi sedikit nasihat / pesanan untuk isteri dan anak-anak. Kasih sayang Allah akan mengalir dalam tubuh hambaNya dan termetrilah kasih sayang diantara mereka yang berjemaah bersama-sama. Jangan jadikan anak-anak kecil penyebab suami isteri tidak solat berjemaah.. kenakalan itu perkara biasa... namun jika itu yang dilihat anak kecil dia akan sendirinya terdidik untuk solat berjemaah dikala umurnya matang kelak..

kedua.. Makan Berjemaah
Beliau tegaskan pentingnya makan berjemaah, bagaimana banyak hati menjadi satu jika kita makan bersama.. masa nilah kita boleh berbual, bertanya khabar, bergurau mesra setelah seharian suntuk kita bekerja. Hal ni ditegaskan oleh mak aina sewaktu nak mula berkahwin dulu. Mak selalu pesan biar masakan kita tak sedap dan ringkas, tapi amalkanlah keluarga kita merasa air tangan kita selalu.. dan MESTI makan bersama.. Dulu aina ikut saja kata mak, tapi sekarang dah faham kenapa mak pesan gitu :)

ketiga.. Niat
Amalkan selalu pada diri dan ahli keluarga tentang pentingnya setiap perkara dimulakan dengan Basmallah dan diniatkan kerana Allah.. pasti keceriaan dan sinar positif akan sentiasa ada dalam diri.. dan aura positif dan ceria itu akan memenuhi segenap ruang diri ahli keluarga insyaAllah..

Sebenarnya banyak kali dengar tentang pentingnya tiga perkara ni.. tapi saja je bile dengar kali ni ambil dan nak tempek dalam diari maya ni.. just untuk ingatan diri dan rakan blogger, kalau rasa ada yang tak kena, boleh ku semak kembali.. :-)

Thursday, October 28, 2010

Muhasabah diri..10 Sifat Calon Suami Yang Baik

Raya 2010 : nasnizal's hepi family :)

Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.
Jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yang mempunyai sifat-sifat berikut.

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Nota : Alhamdulillah, si dia ada kesemua ciri-ciri yang disebutkan.. terima kasih ya Allah! :-)

Thursday, October 21, 2010

Petua Berguna Untuk Isteri..

wanita ibarat bunga..
jika dijaga rapi insyaAllah mekar menguntum dan cantik dipandang :)

Petua Daripada : Dr. Fatimah Az-Zahra

Ulasan :
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya :
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Nota : Para isteri.. mari kita sama-sama amalkan.. dan panjangkan entry saya ini kepada sahabat-sahabat lain bergelar suami agar dapat dimanfaatkan oleh isteri mereka, dan panjangkan kepada sahabat-sahabat lain bergelar isteri agar dapat dimanfaatkan utk diri mereka.. insyaAllah.. semoga kita semua dapat menjadi isteri yang paling menawan di hati suami kita :)

Wednesday, October 13, 2010

Jika isteri menangis dihadapanmu,.


"hargailah ia sebelum terlewat..."

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis,
dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kau membiarkannya pergi,
dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.

Wahai suami2,
jika seorang isteri pernah menangis keranamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat
kau terperuk terlalu dalam .

Wahai suami2,
jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya...
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu...
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT
yang dirasakannya keranamu ?


Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN...
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya...
PELUKAN & CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya...

Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU, MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya...
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN...
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 hal.
Bahawa "Betapa BERHARGAnya dia".

Monday, August 30, 2010

Kisah seorang suami..


Salam semua.. saja saya paste cerita yg saya dapat dari sahabat.. untuk dijadikan pedoman kita..

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa isteri ke 'Mah...kota Medical Centre', dia mengadu kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badannya lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah. Maka bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning sickness yang teruk sekali bagi isteri saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa. Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak. Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur, kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu, sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran sehingga isteri saya terlelap. Memang kebiasaan sebelum mengandung pun saya akan membaca Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam. Bukan itu sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula dengan kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab 'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada kemudian hari adalah diluar bidang kuasa saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah, zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya yang mempunyai hubungan rapat dengan kita. Tak kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub conscius mind) adalah paling optimum ketika ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2. Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat, banyakkan berselawat, banyak bersabar. Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat anda.

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik Hanafi sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah) ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun nyenyak dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin disisi isteri hingga dia terlelap. Saya ke halaman rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang dan bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim piatu yang ditinggalkan ditengah padang rumput, sehingga sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud salasilah keturunan yang baru. Saya bertekad dalam hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya biarkan menagih kasih dirumah kebajikan. Dia tidak akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia tumpah. Oh! janganlah tumpah lagi. Sudah terlalu banyak tertumpah. Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud menyembah ilahi. Pesan guruku air mata lelaki jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya telah pun nyenyak dibuai mimpi. Inilah 'bintang timur' dalam hidup saya. Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam hidup saya, memberi harapan, keyakinan, kesetiaan dan cintanya kepada saya. Insyallah tidak lama lagi, akan muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya..

Syahdu baca kisah ni.. semoga suami-suami kita juga tergolong di kalangan orang sepertinya.. terima kasih ya Allah kerana memberiku seorang suami yang menyintaiku sepenuh hati.. dariMu ya Allah, aku dapat kekuatan hati yang paling utuh dalam diriku.. alhamdulillah..

Tuesday, July 20, 2010

Tekanan?

Salam..

Hari ni rasa sudah cukup memerah kepala dan tenaga untuk bekerja.. rasa berat kepala, kalau dapat bantal tentu terus terlena, entah2 tak sempat nk mimpi pun dek kerana terlalu penat.. hehe. Kadang sampai satu tahap itulah perasaan kita sebagai manusia, ada turun naik emosi dan perasaan hehe.

Sekadar nk melepaskan rasa penat, bukanlah nk kata apa.. harap2 bila dah tulis entry luahan perasaan dapatlah rasa kurang sedikit rasa tekanan di minda dan dapatlah pulang dgn hati yang tenang dan riang.. teringat pulak kata-kata kaunselor psikiatri HKL yang dijemput datang memberi ceramah di sambutan hari kesihatan peringkat MARDI minggu lepas, ada seorang sahabatnya, tiap kali nk pulang ke rumah, beliau akan pusing2.. singgah sebentar di kedai makan, minum2.. bila rasa emosi dan tekanan kerja dah reda, baru beliau pulang ke rumah.. ye la.. keje sebagai doktor di hospital yang penuh dgn tekanan dan menuntut pengorbanan emosi. apa yang penting saya ingin mengambil kata-katanya.. "bila buat begitu, emosi dan perasaan dan tenang, baru saya pulang jenguk anak isteri dan layan mereka sebaik2nya yang menuntut perhatian kita"

bila dengar cerita itu, terharu saya mendengar bila kenangkan ayah dan abang, tidak pernah sekali pun pulang dgn muka yang masam jauh lagi hendak bergoyang kaki buat tak layan sptmana cerita2 yang saya dgr dari isteri2 dan orang2 lain.. malah mesti senyum meleret dan cuba bercerita panjang melayan emak di dapur dan saya di rumah.. alhamdulillah.. syukur saya ke hadrat Ilahi..

dulu2.. sebelum kerja.. saya selalu 'terjebak' dgn kata-kata orang.. "keje gomen goyang kaki.. sbb tu hati sll senang".. tp saya tak perasan rupanya ayah berjaga malam menyelesaikan kerja.. tiap2 hari ayah perlu uruskan beratus2 perangai manusia bawahannya.. sehinggalah sekarang bila saya kerja.. saya tahu tekanan kerja tu macamana... bukan mempersoal keje gomen ke apa.. sebenarnya keje.. di mana2 pun ssh, ada tekanan nya tersendiri asal tanggungjawab itu digalas dgn baik... namun apa yang saya ingin tekankan, sejujurnya saya sangat kagum dgn mereka2 yang pandai mengendali tekanan...

apapun.. sebagai manusia.. kita tak terlepas daripada tekanan dan masalah.. hanya orang yang tidak waras sahaja yang tidak akan tertekan dengan masalah.. yang membezakan antara kita hanyalah cara kita menerima dan mengendali tekanan sesuatu masalah... yakin boleh! renung2kan... :)

Note : saya positif.. anda?

Wednesday, July 07, 2010

34 Tips Keibubapaan


Salam..

Dipanjangkan daripada email yang saya dapat untuk pengetahuan dalam kita mendidik anak-anak...

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (anda faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;
· Sebelum tidur
· Semasa tidur
· Selepas tidur
· Selepas riadah
· Selepas solat
· Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “ Nak, solat jangan ditinggalkan ” dan bukannya “ Nak, jadilah anak yang cemerlang ” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

Tuesday, March 24, 2009

Petua tambat hati suami

Salam.. email ni baru saja aina dapat dari seorang rakan.. semoga dapat dimanfaat oleh kita bersama :)

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

Tuesday, November 11, 2008

Semanis Kurma kembali lagi... :)


salam semua... ingat lagi tak aina pernah cite pasal episod "Semanis Kurma"? haa.. bagi sesapa yang belum tahu kewujudan siaran ni, sebenarnya ia adalah salah satu rancangan feveret aina yang disiarkan secara langsung, membincangkan topik2 alam rumahtangga, & paling best di host kan oleh ustazah idola aina, Ustazah Bahiah dan suaminya yang mula disiarkan pada bulan Ramadhan yang lepas. sapa2 yang terlepas episod yang sebelum2 ni blhla tonton kat sini

di bulan Ramadhan dulu disiarkan pada setiap hari Khamis Jam 11.00 malam, sekarang siaran telah beralih ke setiap hari Selasa, Jam 9.30, di tv9. rancangan yang mencecah selama 1 jam ni sebenarnya dah mencecah sebanyak 5 episod (termasuk hari ni punye). topik2 yang diutarakan mmg menarik dan sesuai untuk semua pembaca. untuk aina mmg banyak ilmu yang didapati, dan aina pun berharap agar all readers (especially yg dh kawen) dapat manfaatkan rancangan berilmu ni...

topik hari ni mengisahkan tentang "bulan madu..", tumpuan bukan diberi kepada pasangan yang merancang / hendak / baru berkahwin, tapi yang telah berkahwin. sambil menonton sambil menaip blog ni, so mana yang saya sempat take note bolehlah dikongsikan bersama dgn readers sume.. salah satunya sabda Nabi Muhammad S.A.W yang dibacakan oleh Ustazah Bahiah malam ni, sama kita renung dan amal2kan ek...
"isteri sentuh jari suami, suami sentuh tangan isteri, Allah leraikan dosa keduanya di celahan jari2 mereka....." dan satu lagi "isteri pandang mata suami, suami pandang mata isteri, nescaya Allah pandang suami isteri itu dengan pandangan kasih-sayangNya.. "

dan utk mengakhiri entry kali ni saya sertakan tips oleh pengacara suami isteri untuk kita semua;

kunci menjadikan rumahtangga umpama saat berbulan madu;
1. sikap romantis dan kasih sayang
- bukan datang dari barat tapi dari rumahtangga Rasullullah S.A.W.
2. jadikan diri sebagai seorang kekasih kepada pasangan masing2.
- bila bertemu dalam hati ada perasaan lain, getaran kasih sayang
3. komunikasi kasih
- kata2 indah, kata2 kasih-sayang, elakkan perkataan yang boleh sakitkan hati
4. perbanyakkan doa
- sbg cara bersyukur, kenduri kesyukuran, doa selamat
- surah Toha, ayat 1-5, melembutkan hati pasangan
5. lakukan kerja-kerja bersama
- solat berjemaah, tahajjud,
- hobi dikongsi bersama
- kerja-kerja rumah dan lain2
6. tidak abaikan kebajikan kepada kedua ibu-bapa
- doa paling dimakbulkan oleh Allah..

oklah itu saja... jangan lupe utk ikuti episod seterusnya minggu hadapan dengan topik best, "Haruan Makan Anak". hepi watching! :)

Friday, October 17, 2008

petua utk perempuan @ isteri....

sonok hati ni sbb sejak post tajuk semalam bnyk respon positif yg aina dpt drpd pembaca. thanx a lot and hopefully dpt ilmu yg diberi & dimanfaatkan oleh kita bersama insyaAllah.. :-) lagi seronok rasa hati bila baca entry abe mie nie yg khusus utk aina... terima kasih bnyk2 ye abe mie :)

abe mie and his son, umar

rasanya ramai yg tak kenal sape abe mie ni sbnrnya.. beliau adalah abang sepupu sulung kami cucu-cucu nenda dan tok ayah sblh mak aina. kbtln aina mmg tak ada abg jadi mmg aina manja ngan abg2 sepupu ni hehe.. tak perlulah aina cakap lebih2 lagi, kalu nak lbh mengenali beliau dan isteri (kak tini) bolehlah terus ke website mereka di sini dan sini.

ok berbalik pada tajuk asal. terima kasih sekali lagi utk abe mie dgn entrynya itu, mmg aina akui sebagai seorang perempuan yang baru bergelar seorang 'isteri' mmg banyak perkara yang perlu dipelajari. samalah juga dgn dear, kami setiap masa akan terus belajar dan belajar utk perbaiki hubungan dan segala yang perlu utk rumahtangga ni. konsep kami mudah, belajar sehingga ke nafas terakhir, so hopefully semua tu dapat mengeratkan tali hubungan dan keutuhan rumahtangga ni :)


haa.. agak2nya gambar buku apalah ye agaknye ni? hehe... utk semua pembaca setia, tentulah tahu aina seorang yang suka membaca kan? tp sekarang ni masa agak terbatas dengan kesibukan yg ntah dari mana dan apa ntah.. walauapapun still nak bagi readers semua tau tentang 2 buku kesayangan aina, yang dah beberapa kali baca dan masih cuba untuk praktikkan kesemua petua2 dalamnya, iaitu buku 77 Tips Melembutkan Hati Lelaki dan Kado Pernikahan Untuk Isteriku.

buku pertama mmg bagus, simple tapi padat dengan petua yang senang untuk dipraktikkan, aina mmg sarankan tiap isteri beli, baca dan praktikkan :) sure suami sayang kamu hehe! buku kedua pulak aina sarankan dibeli oleh kaum2 hawa sejak anda bergelar gadis lagi. maknanya yg dh bergelar isteri lglah digalakkan, kan? bnyk ilmu agama tentang rumahtangga yang boleh diperoleh daripada buku ni. terima kasih kpd sahabat yg kenalkan aina dgn buku ni. banyak manfaat yg aina peroleh drpdnya :)


dan kepada sahabat2 lelaki dan kaum suami, apakata anda beli dan hadiahkan 2 buah buku ni utk teman wanita, tunang atau isteri anda..... doa2kan semoga dibaca dan dipraktikkan insyaAllah untuk kesenangan dirimu juga :)

dan untuk rakan2 bergelar seorang perempuan dan isteri, jadikanlah dirimu isteri yang paling terbaik utk suamimu... apalah salahnya jika disematkan azam dalam diri untuk menjadi isteri yang terbaik di dunia dan akhirat suamimu insyaAllah azam itu akan diiringi rahmah dan dipermudahkan olehNya dalam menunaikannya ameenn .. selamat beramal :)

Thursday, October 16, 2008

kenapa.. dan mengapa wanita begitu?

lama sudah aina memikirkan topik menarik ni. ramai lelaki asik tertanya sendiri kenapa dan mengapa perempuan begitu. kadang ada juga yg berkata x dpt faham sifat sebenar org perempuan, perempuan ni complicated laa.. itu la.. ini laa.. sebenarnya itulah keunikan ciptaan Allah.. lelaki dan perempuan perasaannya sama sahaja, saling tak puas hati dan fikir kenapa dan mengapa jenis berlainan ni lain sifatnya. dah namanya 'jenis berlainan' kan! hehehe. jadi terimalah dan belajarlah untuk memahami satu sama lain. alangkan sejenis pun berlainan sifat dan karektor, apatah lagi lain jenis! betul tak?

apa2pun tahniah kepada para lelaki, para suami yg menerima kehadiran wanita / perempuan seadanya... belajarlah untuk memahami karektor seorang wanita / perempuan, percayalah anda tidak akan menyesal hehe.

sebelum bercuti panjang utk sambut hari raya hari tu, dah menjadi kebiasaan dan budaya di kalangan rakan sepejabat untuk menghantar email berbentuk ucapan kemaafan dan sambutan idulfitri. salah satu email daripada rakan sepejabat saya, seorang lelaki, En Zulkifli menarik perhatian saya kerana disamping ucapan sambutan dan kemaafan darinya, diselitkan sekali satu lampiran bertajuk 'Petua Mengasihi Isteri'. walau daripada mana punca karya tersebut, yang saya bangga adalah kerana beliau praktik dan sudi berkongsi bersama semua rakan-rakan beliau. tahniah En Zul! dan kepada pembaca lelaki sekalian, aina lampirkan dalam blog ni utk tatapan anda semua... utk pembaca perempuan, tak salah rasanya anda copy paste dan hantarkan kepada pasanganmu :-) semoga artikel ni dapat dimanfaatkan bersama :-)

us...
PETUA MENGASIHI ISTERI

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah.... betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berjalan berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam. Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Monday, September 15, 2008

Semanis Kurma...

Salam semua... di bulan puasa ni, macam2 rancangan menarik yang disiarkan kat tv tapi satu rancangan yg paling menarik perhatian aina dan juga rakan-rakan adalah Semanis Kurma, disiarkan secara langsung pada setiap hari Khamis jam 11.00 malam di tv9.

Alhamdulillah rasa syukur kerana pada waktu tersebut yang selalunya mata aina dh mula lali tanda mengantuk dan hanya tunggu disorongkan bantal akan segar dan ceria, tanda kegembiraan bertemus secara maya dengan pasangan idola romantis, Ust Bahiah dan Ust Wan Akashah yang juga merupakan host rancangan tersebut.

Sebenarnya secara tak sengaja terlihat iklan kat tv... ms tu iklannye cpt lantas aina cpt2 buka website tv9 untuk sahkan. Alhamdulillah setakat ni dah 2 episod tak miss, banyak ilmu tentang rumahtangga yang aina dapat.

Berikut adalah sedikit bingkisan yang aina dapat daripada episod ke-2, bertajuk Kahwin : Kerana Tuntutan Nafsu atau Tanggungjawab... (episod 1 tak sempat nk amik bingkisannye...)

Tetamu Undangan:
Pasangan Cat Farish & Hartini dan pasangan Juliza Adzlizan & Iskandar

Isi perbincangan:
> Sesebuah perkahwinan sepatutnye merangkumi perkara-perkara berikut, dan tanpanya akan timbullah masalah;
- ketenangan

- kasih sayang
- kasihan belas

> Setiap suami isteri perlu bertindak sebagai pembimbing, pelengkap, pelindung dan segala-galanya kepada pasangan masing-masing..

> Berkahwin muda amat digalakkan kerana bnyk perkara positif daripada negatif yang boleh ditangani.

> 5 thn pertama - proses mengenali diri sendiri dan pasangan

- setiap pasangan perlulah belajar ttg keistimewaan, kelemahan, kekuatan si dia

- akan berlaku banyak konflik untuk serasikan diri
- muzakarah antara suami isteri bnyk membantu menyelesaikan masalah

> Lelaki dan perempuan sama sahaja, punya pelbagai jenis nafsu namun jika tak dibendung boleh jadi parah.

> Kata-kata Iskandar, suami Juliza Adzlizan, yang aina sgt suka dengari;
- Senyum isteri senyumlah kita, duka isteri dukalah kita, hilanglah senyum hilanglah serinya
dan resahlah hati kita
- Kita anggap isteri sebagai sahabat maka kita tidak akan mencari orang lain utk berbincang
segala masalah.
- Haruslah kita praktikkan dalam rumahtangga (menganggap sebagai sahabat).
- Jika kita anggap isteri adalah isteri, maka akan timbullah jurang antara suami isteri.... kerana isteri tetap menjalankan tugasnya menjaga keperluan makan minum dan seks kita tapi hatinya penuh rasa sedih tetapi bila kita anggap isteri adalah sahabat,tanggungjawab akan berjalan seiring dengan perasaan kasih sayangnya....

Panggilan penonton yang mendapat perhatian saya:

Kes 1 :
Seorang pesara telah mempunyai isteri yang mempunyai beza umur 10 tahun lebih tua daripada isteri, dengan usia perkahwinan 30 tahun dan telah mempunyai 9 orang anak, setelah bersara mendapat kerja di seberang, dan berkahwin lain (orang seberang). Dengan alasan untuk mencari kelainan. Namun kini umurnya telah menjangkau 61 tahun, beliau mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin kepada kepada kedua-dua isteri dan anak-anak mereka..

Kes 2 :
Seorang suami yang telah berkahwin, berumur 35 tahun telah mempunyai 7 orang cahayamata kini meninggalkan isteri tanpa kata putus, dan melakukan perzinaan dengan perempuan lain.

Sayu, sedih, bercampur-baur masa aina dengan kedua-dua kes ni. Malah menurut ustaz dan ustazah, banyak lagi panggilan yang cuba masuk namun masa tidak mengizinkan, cuma kita lihatlah sendiri betapa.... niat untuk mendirikan masjid itu menentukan segala-galanya...

Menurut Ustaz Wan Akashah, kenapa susah untuk mencari lelaki yang bertanggungjawab;
kerana kita kini di akhir zaman, tidak perlu dipertikaikan. yang perlu disoal adalah kepada lelaki itu sendiri... Ustaz juga menyarankan agar perkahwinan itu dijalankan secara baik, maka bercerai pun biarlah cara baik.

Dan rumusannya, berikut adalah ringkasan yang perlu ada pada suami dan isteri

I- idaman - jadilah isteri idaman kepada suamimu
S- sayang dan setia kepada suami
T- tabahlah... dalam menghadapi segala rintangan dan cubaan berumahtangga
E- elok - elokkanlah dan baiki selalu pakaian dan akhlakmu
R- rendah diri dan malu kepada suami, rahsia suami disimpan
I- ilmu - jadilah seorang isteri yang berilmu .. penuhi dadamu dgn pelbagai ilmu rumahtangga

S - sabarlah... dalam menempuhi alam dan menghadapi karenah isteri, anak-anak dan keluarga
U- (tak sempat nk take note - will be update later..)
A - akhlak dengan Allah, isteri, anak2, jiran tetangga, mak ayah, rakan taulan dan semua..
M - mimpin - tidak jemu memimpin isteri dan anak2
I - ikhlas - dalam menjalankan tanggungjawabmu...

Tajuk kali ni mengenengahkan sifat bakal / suami tu sendiri dalam niatnya mendirikan dan melayari rumahtangga yang dibina. Selaku nakhoda kapal, beliaulah yang akan menentukan samada rumahtangga itu didasari oleh tuntutan nafsu ataupun tuntutan tanggungjawab... jadi kepada suami2 sekalian... tepuk dada, tanyalah iman....

Kepada isteri-isteri pula, berikut adalah doa-doa yang diberikan oleh Ustazah Bahiah untuk amalanmu...
> Surah Ali Imran ayat 31 - amalan utk isteri - amalkanlah selalu
> As-Syura ayat 19 - lembutkan hati suami yang ego......

Oklah... itu sahaja dapat aina bingkiskan daripada episod ke-2 yang lepas, bagi sesapa yang tak termiss dua-dua episod ni bolehlah tgk kat website tv9, http://www.tv9.com.my atau kat sini

Semoga kita semua tabah dalam mengharungi onak duri alam rumahtangga... aminnnn... Ya Rabbal Alaminnn.....

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates