Featured

Saturday, April 26, 2008

SEBAB-SEBAB HATI TIDAK BAHAGIA..

..... SALAH SATUNYA ADALAH KERANA ADANYA MAZMUMMAH DI DALAM HATI.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :


1. Pemarah
Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer.. bawak2lah senyum.. tentu org tak takut nak dekat punyer..)


2. Pendendam
Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (Ini kes dendam kesumat lahh nie..)
3. Hasad dengki
Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil
Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma)

** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.


5. Tamak
Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air lautb& walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugakb&lagipun org tamak selalu rugi..

** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar
Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan.. cthnyer time keja banyak.. tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego
Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen).. pasal semua org ader egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut

8. Riak
Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. b_Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita adab&

9. Cinta dunia
Tidak dapat menderita, b&dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. erhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. b_Ebiler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah

** Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulannya....
Yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.

****Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA.****

Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya

Friday, April 25, 2008

Contoh bahayanya wirid yang bukan dari Nabi S.A.W

Para pengamal tarekat kesufian, persilatan, rawatan perbomohan dan lain-lain boleh ambil cerita ini sebagai ikhtibar:

Quote :

Kesan zikir silat dan rawatan kaedah Reiki

Saya pernah menulis keadaan di mana apabila saya merawat, saya terasa bahagian belakang bawah leher saya yang terasa sedikit kebas dan bergetar. Saya simpulkan simptom ini sebagai kehadiran jin saka semasa merawat.

Apabila saya isytiharkan perang besar-besaran terhadap jin saka pada bulan Januari yang lalu, saya agak kecewa dengan R&D saya kerana masih ada lagi getaran berkenaan.

Setelahmana saya ditemukan dengan teknik tarik dan perlunya melepaskan engagement saya lakukan kepada diri saya sendiri. Semasa merawat puan K belakang saya bergetar. Saya minta izin puan K untuk transfer getaran dibelakang saya kepadanya. Mula2 saya declare yang saya bersumpah bahawasanya saya hanya bergantung harap bantuan dan pertolongan ALLAH sahaja. Saya juga katakan saya melepaskan diri dari sebarang amalan yang membolehkan jin berada di badan saya.

Selepas declaration saya tarik dan transfer kepada puan K. Puan K kerasukan dan tingkah-lakunya menunjukan dia dia dirasuk jin yang gagah. Saya tanya dia siapa, dia kata dialah yang menjadikan saya gagah dan kuat selama ini. Tersentak saya! saya katakan saya tak gagah dan tak kuatpun. Dia kata "awak lupa bagaimana awak boleh lompat 20 orang semasa bersilat dulu?"

Barulah saya teringat pesanan guru silat saya semasa bersekolah di Ipoh dulu. Guru saya menyuruh saya membaca surah al-Ikhlas sebanyak 10,000 kali untuk kuat. Saya amat tidak menyangka zikir yang sepatutnya memberikan saya pahala yang banyak berakhir dengan jin pendamping yang tak boleh dikeluarkan sebelum ini.


Saya teringat semasa menuntut hemeopathy, saya ponteng kelas bersama beberapa rakan lain kerana kursus sehari dalam rawatan Reiki peringkat advance. Saya masih ingat tentang teknik membayangkan tulisan-tulisan reiki dan amalan sedut warna di waktu pagi dan petang.

Saya sekali lagi declare "jika amalan reiki saya mengundang jin... saya berputus dengannya". Kemudian belakang saya ada getaran yang kecil. Saya transfer masuk botol dan minta puan K lihat jin dalam botol berkenaan. Puan K nampak jin dalam botol berkenaan sedang menggerakan tangannya seperti amalan reiki, sahlah itu jin reiki.

AlhamduliLLAH, saya sudah sebulan tidak ada denyutan lagi. Mudah2an itulah yang terakhir.

Sumber: AKRINE

AWAS! Terdapat beberapa amalan perawat ini yang dikuwatiri merupakan suatu amalan yang ditegah dalam agama walaupun tidak disebut secara khusus. Sila jangan dapatkan rawatan daripadanya.

Semoga beliau menginsafi diri dan mendapat keredhaan Alloh nantinya. InsyaAlloh.

Monday, April 21, 2008

Gambaran diri anda?

Salam... aina baru saja melewati bait2 tulisan dalam laman web seorang kawan.. ada perkara menarik yang menarik perhatian saya ... makna-makna abjad dalam ejaan nama. setelah disemak, nama saya bolehlah dikategorikan begini...

N - You like to work, but you always want a break.
O - You are very open-minded.
R - You are a social butterfly.
U - You feel like you have to equal up to people's standards.
L - Love is something you deeply believe in.

A - You can be very quiet when you have something on your mind.
I - You are always smiling and making others smile.
N - You like to work, but you always want a break.
A - can be very quiet when you have something on your mind.

manakala nama hubby aina pula dikategorikan begini...

M - Success comes easily to you.
O - You are very open-minded.
H - You are not judgmental.
D - You have trouble trusting people.

H - You are not judgmental.
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
N - You like to work, but you always want a break.
I - You are always smiling and making others smile.
Z - You're always fighting with someone
A - You can be very quiet when you have something on your mind.
L - Love is something you deeply believe in.

tapi ini hanya sekadar pandangan, entah benar ataupun tidak hanya empunya diri dan mereka disekelilingnya yang tahu. malah seseorang (sikap, perwatakan dan pembawaan) boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor lain antaranya kedudukan dalam keluarga (anak yang keberapa), tarikh lahir, warna kegemaran, angka kegemaran, cara hidup dan sebagainya. apapun, anggap ia sebagai pencetus semangat positif ke arah pemantapan kendiri yang lebih baik daripada dulu dan sekarang!

Sunday, April 20, 2008

Tunaikan 10 hak...

Pesanan Imam Syafie, sesiapa yang ingin meningggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut;

PERTAMA... Hak diri
-> mengurangkan tidur
-> mengurangkan makan
-> mengurangkan bercakap
-> berpada-pada pada rezeki yang ada

KEDUA... Hak malaikat maut
-> mengqada'kan kewajipan tertinggal
-> mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi
-> membuat persediaan untuk mati
-> rasa cinta kepada Allah

KETIGA... Hak kubur
-> membuang tabiat suka menabur fitnah
-> membuang air kecil merata-rata
-> memperbanyakkan solat tahajud
-> membantu orang yang dizalimi

KEEMPAT... Hak Munkar Nankir
-> tidak berdusta
-> meninggalkan maksiat
-> nasihat-menasihati

KELIMA... Hak mizan
-> menahan marah
-> banyak berzikir
-> mengikhlaskan amalan
-> sanggup menanggung kesulitan

KEENAM.. Hak sirat
-> membuang tabiat suka mengumpat
-> warak
-> suka membantu orang beriman
-> suka berjemaah

KETUJUH... Hak Malik
-> banyak menangis kerana takutkan azab Allah
-> berbuat baik kepada kedua ibu bapa
-> bersyukur dengan nikmat Allah
-> bertaubat daripada maksiat

KELAPAN... Hak Ridhwan
-> reda dengan qada Allah
-> sabar terima bala
-> syukuri nikmat Allah
-> bertaubat daripada maksiat

KESEMBILAN... Hak Rasullullah
-> berselawat ke atasnya
-> berpegang kepada syariat
-> bergantung dengan sunnah
-> menyayangi sahabat

-> bersaing mencari kelebihan Allah S.W.T

KESEPULUH... Hak kepada Allah
-> mengajak manusia ke arah kebaikan
-> mencegah manusia daripada kemungkaran
-> menyukai ketaatan
-> membenci maksiat..

note: nampaknya banyak yang belum dibuat, ade yang masih dalam proses, dan sedikit sahaja yang baru direalisasi namun masih dalam proses untuk maintain.. anda pula mcmana ye?

Friday, April 18, 2008

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah tersebut "SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM" diulang sebanyak 7 kaliuntuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan MahaKuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:

1) YA-ALLAH YA-RAHIM, ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang soleh dan mencintai islam
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang beriman kesihatan zahir batin
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, makbulkanlah semua hajatku, dan redhaikanlah aku.....

AMINnnnn.

Wednesday, April 16, 2008

rezeki baru :-)

salam semua... alhamdulillah.. syukur dipanjatkan kepada-Nya.. hari ni saya dapat dua rezki yang tak disangka... saya dapat teman rumah baru.. adik hidayah .. namanya sama cam adik aina hehe... dan juga kini sudah dapat pakai line internet streamyx yang aina mula langgan minggu lepas. sayang juga orang tersayang tiada di sisi di waktu ini, tapi tak pelah, sekurang-kurangnya waktu dia balik nanti dapatlah kurangkan bebannya yang terpaksa pergi ke CC untuk dapatkan maklumat...

terima kasih pada rakan saya, cik T, sudi beri tunjuk ajar untuk install streamyx ni. kalu tak, sampai bila-bila lah agaknya saya tak pandai install kalau asik bergantung kepada orang kan.. ok lah jugak beliau ada hal so terpaksa guide aina melalui telefon aje. pepun thanks a lot nnt aina belanje ek...

dan keduanya.. thanks to cik opss.. pn wardah sudi kenalkan adik dayah kepada aina. tak lah perlu dirunsingkan lagi tentang ketiadaan teman serumah, dan tak perlulah lg aina susahkan orang-orang sekeliling terutamanya kawan-kawan yang tak merungut membantu menemani dikala keseorangan di rumah...

alhamdulillah.. segala pujian dipanjatkan kepada-Nya... :-)

note : bersyukurlah kita sebagai hamba di atas kesemua ketentua-Nya......


Tuesday, April 15, 2008

Rahsia Surah AL-KAUTHSAR

Bismillah..........hirohma...nir'rohhimm.....
"Inna a'kthoina'kalkautsar, fashallilirabbikawanhar, innashania'ka huwal abtar".

Surah Al-Kauthsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1 ) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.


3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.


4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.


5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.


6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.


7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t . akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Thursday, April 10, 2008

Starbucks HARAM

JAKIM Announcement

Starbucks HARAM, ISO 9002 JABATAN IMEGRESAN HALIMAH BINTI HAMZAH PASUKAN PETUGAS PROGRAM MS ISO9002 JABATAN IMIGRESEN MALAYSIA.

Please note that all chocolate, vanilla and coffee drinks at Coffee Bean and Starbuck contains E471 (Emulsifier 471), mono di-glycefideswhich is from animal origin (pork). Raspberry Frap uses cherries that has been dip n alcohol & the tiramisu contains RUM.

Call JAKIM 03 - 8886 4000 for more information. Thank you.

Note : Kepada kawan-kawan... sampaikanlah kepada rakan-rakan yang lain.. sebagai menyempurnakan tanggungjawab kita sbg seorang Muslim...

Pembohongan seorang ibu!

Sesuatu yang kita perlu renungi sempena hari ibu... cerita berkisar pembohongan seorang ibu...

" Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.

Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : 'Makanlah nak ibu tak lapar.' – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.

Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : 'Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan.' – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : 'Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula.' Ibu tersenyum dan berkata : 'Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi.' – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : 'Minumlah nak, ibu tak haus!!' – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : 'Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki.' – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : 'Jangan susah-susah, ibu ada duit.' – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; 'Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang.' – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.

Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : 'Jangan menangis nak, ibu tak sakit.' – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.

Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.

Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…"

... Cuba kawan-kawan fikirkan... adakah ini ayat yang biasa menjengah ke pendengaran kita tiap kali? .... mm....

Note : Buat bakal dan sedang menjalani kehidupan bergelar ibu... Selamat Hari Ibu! Semoga dilimpahkan segala rahmah mawaddah buatmu.. amin!

Monday, April 07, 2008

New born baby.. tahniah kak emi!

salam semua.. hari ni aina dapat berita baik dr seorang kwn rapat ms keje kat dbkl dl.. kak emy.. baru je melahirkan seorang baby yg sgt come... :-)

Diberi nama muhammad emran reza bin mohamad shah reza, sedap sungguh nama.. panjang nak isi borang mesti lebih2 columnya ni ;-)

Baby muhammad emran reza ni dilahirkan pd 29 mac 2008 jam 11 pm, di pusat perubatan naluri kuala lumpur.. seberat 3.25 kg.. kebetulan sama pulak beratnya dgn aina ms lahir dl hehe...

neway tahniah kak emi! doakan utk aina juga yee...

Banyak untung kalu kenal lelaki...

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan.Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna-menyempurnakan lengkap-melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.


Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates