Kediaman baru
|
Selamat Tinggal A-8-7... |
Alhamdulillah.. setelah lama menanti, rumah kediaman milik sendiri akhirnya siap diubahsuai dan dalam proses untuk berpindah dari rumah lama. Hampir 5 tahun tinggal di kuarters, macam-macam yang telah dilalui. Ye la, nama lagi kuarters, blok kediaman tidak sama dengan blok-blok apartment lain yang ada di kawasan itu. Mungkin kerana namanya kuarters, tiada rasa pemilikan, kurang inisiatif untuk menjaga seperti kediaman sendiri. Kotor, dan lif selalu rosak selalu berlaku. Merasalah turun naik tangga 8 tingkat dengan perut yang besar kerana sarat mengandung sewaktu mengandungkan Insyirah dulu. Namun di situlah kebahagiaan hidup berumahtangga kami suami isteri tercipta, di situlah segala cerita suka duka awal 5 tahun pertama perkahwinan dicoretkan.. kami takkan lupakan memori tu.. (
mood sedih... chewaah..)
|
End of 2011.. sewaktu pembinaan |
Ahad lepas, akhirnya tarikh keramat itu tiba juga. Barang-barang rumah yang difikirkan hanya sedikit muat juga dalam lori yang besar (
tu macam tanda barang banyak sebenarnya). Itupun abang dah berulang alik beberapa hari mengangkut barang-barang yang berkaca dan sensitif. Lepas angkut dengan lori, ada la juga beberapa trip lagi abang terpaksa ulang-alik bawa barang dari apartment ke rumah baru. Alhamdulillah rumah lama dan baru berdekatan aje, kalau jauh, jenuh juga dibuatnya hehe. Cuma menguruskan dan berpindah dalam tempoh sarat mengandung, besar juga cabarannya. Alhamdulillah Allah beri saya kesihatan yang agak baik untuk melakukan semua ni...
Sebenarnya, sejak saya mula berkerja di MARDI, target saya untuk beli rumah sendiri (
sebab masa tu target pertama untuk beli kereta dah tercapai), jadi saya beli rumah untuk disewa dulu, dan tangguhkan dahulu beli rumah untuk diduduki kerana belum berkahwin. Bila berkahwin abang pula ada rezeki sambung pengajian dan menjadi guru, saya perlu bersabar menunggu abang untuk tunggu posting confirmation.. 3 tahun menunggu, alhamdulillah akhirnya abang ditukarkan ke SK BBB Fasa 2, dekat aje dengan rumah mak terus saya ajak abang survey dan beli rumah yang sesuai diduduki, risau harga rumah melambung lagi. Alhamdulillah rumah yang dibeli ni, pada masa tu, bila dengarkan harga, ramai yang kata mahal, tapi bagi orang yang tahu tentang nilai rumah tahu rumah kami adalah murah pada masa pembelian itu dengan bukaan, dan utiliti yang ada dalam rumah tu.. alhamdulillah ... :-)
Macam selalu, nak buat apapun, kena paksa diri buat research, survey agar tahu apa yang perlu dibuat dan tidak ditipu dan dapat harga yang patut. Sama juga bila nak beli rumah, nak renovate dan masuk rumah, kena dahulukan mana yang penting dan mana yang kurang penting. Banyak maklumat dan info yang boleh dapat daripada blog dan majalah-majalah.. Pesanan saya, paling penting perancangan, menabunglah dari awal.. jika nak berkahwin dulu kita dah mula simpan rm100 sebulan dan tak berhutang, sama jugalah dengan beli rumah baru.. barulah hidup terancang dan tidak terbeban. Buat dulu mana yang major, bagi saya tidak perlu tergesa-gesa membeli perabut baru, pakailah dulu apa yang ada, perabut beli sedikit-sedikit bila ada lebihan duit terkumpul ya :-)
Jutaan terima kasih kepada abang, mak dan ayah, adik-adik, sahabat handai yang membantu saya merealisasikan impian saya.. InsyaAllah jika panjang umur, jemputan untuk majlis kesyukuran yang akan diadakan pada hujung tahun ni akan menyusul, tarikhnya belum ada lagi, tunggu saja invitation di laman FB ya! Jumpa di rumah baru kami.. InsyaAllah :)
Nota Ummi : berat hati tinggalkan sahabat di rumah lama.. huhu...
Assalam,