diari minggu ini...
salam... lama tak menulis blog.. asik2 masukkan artikel.. saban hari banyak artikel yang diperoleh, kisah dan idea pun pelbagai, jadi banyak yang ingin dikongsi, cuma kekangan masa dan keadaan line internet yang kurang memuaskan membataskan saya untuk menulis dan mengemaskini artikel.hari ni aina cuba untuk selesaikan semua tugas di pejabat memandangkan hari esok akan bercuti. cabaran kerja semakin hari semakin meningkat, kadang timbul rs putus asa dan lemah semangat. tuntutan kerja yang semakin menimbun kadang membuatkan kita tenang dalam tekanan... cuma proses melangsaikannya menuntut pengorbanan yang lebih dari kita! betul tak??... terfikir tentang kata-kata idola saya, Dr Irfan Khairi tentang karier / kerja dalam artikelnya.. :-) sememangnya saya masih cuba mencari sesuatu yang boleh dijadikan karier dan kerja saya!
lusa hari pilihanraya, sejak hari penamaan calon hingga hari ini, dan semestinya sampai bila2.. (kisah yang tidak akan tamat) sana sini sibuk memperkatakan tentangnya. masing-masing cuba mempertahankan tanda sokongan padu terhadap parti dan wakil rakyat tempat mereka membuang undi.. juga tempat mereka menginap kini. dengan hujah, alasan dan kata-kata balasan satu sama lain.
lain pula dengan saya yg kini mula membaca dan cuba mengkhatamkan 5 buah buku, semuanya sebagai persediaan untuk menjalankan tugas sebagai ketua tempat mengundi-KTM. buat kali kedua, saya bertugas sbg KTM dibawah kawasan P.122, parlimen Seputeh. besar tanggungjawab yang akan digalas, oleh itu kami semua yang akan bertugas telah terlibat dengan taklimat oleh pejabat pegawai pengurus sejak bulan Julai 2007 lagi. kali kedua taklimat diadakan pada hari rabu minggu lepas. esok (jumaat) aina dan mereka yang terlibat akan berkumpul di sekolah sri mega seawal jam 9 pagi untuk taklimat ketiga dan selesaikan urusan menyusun atur meja dan kerusi sebagai persediaan awal sebelum menjelang hari pilihanraya.
cerita seterusnya.... kelmarin aina dapat panggilan daripada kak ogy, kakak ipar sulung aina. katanya beliau dan famili akan pulang ke perak untuk menunaikan kewajian sbg seorg rakyat m'sia hehe... sambil tu transit kat kl sblm teruskan perjalanan. ye la, dari JB ke Grik mmg jauh.. kali ni rumah aina jadi pilihan untuk menumpang rehat. kali pertama menerima tetamu dari keluarga hubby, risau dan malu juga aina dibuatnya, ye la rumah orang baru berumahtangga, apa lah sangat yang ada. tak keruan juga dibuatnya, malam tadi mengemas rumah tak sedar dah lewat malam :-)
okeihh.. masuk bab terakhir.. ntah kenapa sejak akhir-akhir ni aina rs kurang semangat, rs cepat letih, sensitif, mungkin kerana aina rindu!!!.... ye .. rindu pada Yang Satu... rindu pada si dear... rindu pada kesemuanya !!!
2 komen blog nie:
rindu itu adalah...anugerah dari Allah. Insan yang berhati nurani..punyai rasa rindu!! :)
yaa... rindu itu amat indah...
Post a Comment