Tuesday, May 10, 2011

Selamat Hari Ibu :)

Bila dah ada macam2 komitmen, baca buku sambil memandu pun boleh :)
tapi masa jalan perlahan laa.. :)

Alhamdulillah selamat sudah jalani periksa akhir, semuanya berjalan lancar dan boleh jawab soalan dengan baik walaupun belajar di saat2 akhir, hanya bergantung pada tugasan dan sesi P&P pensyarah 2 minggu sekali. Aina masih fikir kurangnya tenaga dan kelincahan menuntut ilmu berbanding zaman di sekolah rendah dan menengah dulu.. Tapi bila abang kata biasalah, sekarang dah banyak komitmen, baruku berpijak di bumi yang nyata, bahawa diriku bukanlah pelajar sepenuh masa mcm zaman 'kecil2' dulu :)

ummi dan insyirah :)

Minggu lepas rata2 orang menyebut hari ibu. Sedar tak sedar, secara rasminya aina sudah pun 2 tahun 7 bulan menyandang jawatan ummi di dunia ni. Kejap je rasanya insyirah dah meningkat dewasa. Sekarang ayat 'insyirah dah besar tu.. bila dia nak dapat adik lagi?' yang meniti di bibir mereka yang aina jumpa. Dan jawapan rasmi 'tunggu dia 2 tahun insyaAllah' dibalas. InsyaAllah, ada rezki dan diberi kesihatan yang baik, adalah adik untuknya nanti. Bila tu, hanya Allah yang mengetahui :) tentu sekali akan dikhabarkan untuk dikongsi bersama anda :)

Mak ayah dengan cucunda mereka, insyirah

Bila cakap soal ibu, walau hanya 1 patah kata, pasti air mata bergenang, kalau banyak kata yang didengar, tentu manik air mata tu jatuh berjurai di pipi. Ye.. selain suami, mak adalah kelemahan utama aina... terasa betapa besar pengorbanannya dari semua sudut.. mengandung, melahirkan dan membesarkan. Kadang rasa nak diputar kembali masa lalu agar dapat mengganti kembali ruang2 hitam yang singgah dalam kehidupan kami dengan butir2 jernih hubungan suci. Terasa besarnya cabaran yang mesti ditempuh mak sepertimana aina alami sekarang dalam merealisasikan peranan dan amanah Allah dengan title 'ummi' ini..

Terima kasih mak... hanya itu mampu aina ungkapkan..

hadiah untuk diri sendiri, emak dan keluarga, sempena hari ibu :)

Sejak ada 2 orang mak, aina seronok.. mak yang tak pernah lokek kasihnya sebagai ibu, mak mertua pun begitu. Dapat rasa besarnya pengorbanan mak mertua kerana beri peluang aina berkahwin dengan anak yang disayangi. Sungguh, aina pun tak tau dapat ke tak berbuat sepertinya. Sangat memahami dengan situasi, membenarkan anaknya berhijrah duduk bersama isteri di sini.. daerah ini.. sikapnya seperti ibu sendiri tak pernah aina jangka, buat aina tak kekok dengannya. Terima kasih mak-mak... :)
Khas juga ucapan terima kasih untuk abang, kerana sangat memahami dan membantu dalam merealisasi isterimu jadi ummi pada anak kita :) sungguh, tak terungkap rasa terima kasih di atas sikap keperihatinanmu dalam melayan karenah isterimu sejak bergelar ummi hihi :) untuk abang, "terima kasih banyak2 hadiah yang diberi sempena hari ibu ngan birthday syg. i'm really appreciate it :) "

Hasrat dan doa saya, semoga saya akan lebih rajin untuk mencedok dan mencari ilmu tentang keibubapaan agar aina dapat jadi ummi yang terbaik untuk anak2 kami.. besar harapan aina untuk melihat anak-anak kami membesar dengan didikan islamik selari dengan bidang yang mereka ceburi.. dan besar juga harapan aina untuk menjadi yang terbaik di mata anak-anak aina... semoga bila aina dan suami telah tiada nanti, mereka pandai bawa diri, dan jadi khalifah yang dapat memegang dan menjalankan amanah Allah dengan baik... Amin.. Ya Rabbal Alamin...

Nota ummi : airmata berjurai.. apakah..?

Salam,

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates