Kenduri perkahwinan episod 1
Entry kali ini ada episod, kerana berlaku 2 minggu berturut-turut,melibatkan 5 majlis, dengan 2 pasangan pengantin..
Alhamdulillah... rezeki Allah bagi pada mak ayah,
bicara keluarga awal tahun ini bermula dengan penerimaan 2 orang menantu,
seorang perempuan, dan seorang laki bakal menantu lelaki..
28 Jan 2012 lepas, alhamdulillah majlis akad nikah adik lelaki pertama, Zubair berjalan lancar di Klang. Dengan sekali lafaz, Aisha Ishak sah menjadi miliknya.
Bertambah lagi ahli baru, daripada 10 orang adik beradik, kini menjadi 11 orang.. :)
Dan jumlah semua.. 15 orang lah semua ahli keluarga En. M. Ashaari dan Pn. Noriah :)
Saya sedar.. semua ini bukan mudah untuk dilalui ayah dan emak dalam melalui hari-hari melahir dan membesarkan kami hingga sekarang.. :-)
Pasangan lama, hehe... aina dan suami, ramai tegur gambar ini nampak kami letih, tapi tak pe, untuk adik-adik kami redah aje.. :) Terima kasih abang atas pertolongan dan khidmat yang diberi sepanjang perjalanan majlis :)Keesokan harinya, 29 Jan 2012, kenduri perkahwinan sebelah perempuan di Klang.. kami di pihak lelaki serba biru, cantik pengantin dengan pakaian hijau turqoisse nya hehe.
Perkahwinan.. medan terbaik untuk memberi... tentu sahaja banyak onak dan duri.. namun jika kita mampu melaluinya dengan hati yang positif kerana Allah.. nescaya hati akan bahagia dan kehidupan kita tenang setenangnya..
Nantikan episod 2 kenduri perkahwinan adik perempuan pula ye!
Salam bahagia ;-),
0 komen blog nie:
Post a Comment