Cerita teladan : sang burung dan kawan-kawannya
Saya suka dengar segmen Motivasi Pagi di radio, baru-baru ni dengan Ustaz Badli Shah Alaudin, sejak beliau jadi penceramah jemputan, tiba-tiba rating pendengar segmen tersebut tinggi. Beliau hanya membawa cerita-cerita ringan untuk dibicara dan direnung-renungkan, namun menjentik minda dan jiwa yang mendengar :-)Salah satu cerita yang menarik perhatian saya.. tentang sang burung.. mari kita amati bersama..
Pada suatu pagi yang sejuk, seekor burung berterbangan di awan.. cuaca terlalu sejuk, hingga burung tersebut membuat keputusan supaya segera mencari tempat berteduh.
Terbang dan terbang lagi... sang burung akhirnya hinggap di suatu tempat..
(Baru saja melepaskan lelah yang ada, tiba-tiba sang burung terkejut kerana badannya dilencunkan dengan sesuatu. Owh.. tahi... pusing kanan, pusing kiri, rupa-rupanya sang burung ini hinggap di tempat lembu menginap rupanya...) - pengajaran 1
(Syukur dalam hati sang burung kerana dalam kegelisahan 'bermandikan' tahi lembu itu, )-pengajaran 2(datang seekor kucing mengelap2 badannya... gembiranya sang burung itu kerana ada kawan yang membantu membersihkan tubuhnya. namun, setelah bersih, akhirnya burung itu di makan oleh kucing tersebut.. ) - pengajaran 3

Pengajaran daripada kisah teladan ini;
1. Belum tentu tempat yang kita rasa selesa betul-betul selesa, kita harus sentiasa berwaspada dan meletakkan kebergantungan kita pada Allah agar sesuatu yang kita peroleh itu mendapat keredhaan-Nya..
2. Minda positif akan memberikan maklumbalas yang positif terhadap apa sahaja yang berlaku lantas mewujudkan rasa syukur kepada Allah. Musibah yang datang tentu ada hikmah besar yang Allah ingin beri atau tunjukkan kepada kita. Kadang-kadang musibah lah pencetus kemajuan kita :-)
1 komen blog nie:
betul3x
Post a Comment