Diraikan lagi untuk sekian kalinya!
Baru sahaja selesai berlangsung, aina dan izad diraikan sempena majlis meraikan pengantin baru, persaraan dan kehadiran pegawai baru di peringkat Bahagian IS, Mardi. Adat bagi majlis sebegini, pasangan pengantin dibawa untuk diraikan bersama. Namun Izad masih lagi berada di perlis, jadi beliau tak dapat hadirkan diri..Persepsi orang luar mengatakan bekerja di badan kerajaan (MARDI badan berkanun) rileks, dapat lepak2, buat kerja sambilan untuk extra income, tapi ternyata padangan tu salah. Lambakan kerja semakin bertambah dari hari hari ke hari... Belum pun sampai masanya (awal tahun) perancangan demi perancangan dibuat bagi memastikan pada awal tahun setiap individu telah ditetapkan kerja / projek yang harus disiapkan. Begitulah tanggungjawab yang harus dipikul.
Dengan penganjuran majlis-majlis sebegini, hati tentunya rasa seronok, selain dapat bermesra, bergaul juga dapat merapatkan ukhuwah sesama rakan sekerja. Dengan gurauan dan hilai tawa, dapatlah hilangkan kejap tekanan dan bebanan kerja kami sehari-hari :-)
Dengan penganjuran majlis-majlis sebegini, hati tentunya rasa seronok, selain dapat bermesra, bergaul juga dapat merapatkan ukhuwah sesama rakan sekerja. Dengan gurauan dan hilai tawa, dapatlah hilangkan kejap tekanan dan bebanan kerja kami sehari-hari :-)
Majlis berakhir kira-kira jam 1 petang dengan sedikit jamuan, alhamdulillah rezeki kahwin bertambah lagi dengan hadiah sumbangan kelab kebajikan. Esok dah mula cuti, jadi petang ni kenalah siapkan kerja mana yang patut! hehe.. Selamat bercuti! dan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan berbangsa cina... okieess...
Note : Selamat Hari Jadi to my ex-boss.. en azwal hehe.. semoga panjang umur, dimurahkan rezeki :-)
0 komen blog nie:
Post a Comment