Semak kualiti handphone anda...
Salam semua.... Ada sesuatu yang menarik utk dikongsi pagi ni (walaupun tak pasti samada aina antara yang terawal atau terlewat mendapat info ini) tapi pengetahuan yang ada baik dikongsi bersama bukan? hehe...Bukan apa, ramai dari kita tak tau / tak menyedari kepentingan untuk periksa serial number sebelum membeli handphone.. sesuatu yang bukan mahal (bagi yang mampu), tapi apa salahnya ambil langkah2 sewajarnya supaya tak dikesali dengan pelaburan yg dibuat (bagi mereka yg tak mampu, kumpul duit semata2 utk capai hajat membeli handphone jenama yg diidam2kan...)
Bagi mereka yg dah ada / baru beli handphone... selalu aja telefon rosak, ada juga yang tak rosak2 walaupun dah beli 5 thn ke atas... so apa kata kita semak kualiti handphone anda utk ketahui perkara sebenar... hehhe...
Langkah 1
Sila taip *#06# pd kekunci handphone anda utk melihat Serial Number.
Langkah 2
Sila semak nombor apakah yg berada pada Serial Number yg bilangan ke tujuh dan lapan (XXXXXX??XXXXXX. ...)
Langkah 3
Berdasarkan perincian di bawah, sila semak dgn nombor yg ke tujuh dan ke lapan pd Serial Number handphone anda td.
Perincian 1
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 02 atau 20, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Emirates & kualiti sgt teruk .
Perincian 2
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 08 atau 80, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Germany & kualiti biasa .
Perincian 3
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 01 atau 10, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Finland & kualiti agak baik .
Perincian 4
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 00, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di negara pengeluar handphone tersebut & kualiti sangat baik .
Perincian 5
Jika nombor ke tujuh dan ke lapan adalah 13, ini bermaksud handphone anda telah dipasang di Azerbaijan & kualiti paling teruk .
0 komen blog nie:
Post a Comment