Tuesday, July 12, 2011

Membina diri melalui penyusuan susu ibu?

Cantik tajuk di atas. Nak mengulasnya tak tau dari mana. Rasa nak diluahkan semuanya.
Sejak entry aina yang lepas berkait dengan 2 tahun penyusuan, ramai pulak yang bertanya;
"kenapa tak masukkan entry tentang perjalanan susu ibu macam blogger2 lain?"
"tak sangka aina menyusu badan, sbb entrynya jarang-jarang"

Owh.. soalan yang tak disangka. permulaannya saya ingin buat blog ini sebagai diari saya. ceritakan apa saja pengalaman untuk dikongsi bersama. namun situasi membataskan. ada yang tidak setuju, ada yang tidak suka. namun bila saya baca entry farah farhan dan suraya, saya tau sepatutnya saya tidak perlu risau tentang penyakit2 manusia, sebaliknya teruskan bercerita pengalaman2 berharga dalam hidup melalui blog ini, mana tau boleh dijadikan panduan di sebalik tatapan itu :)

Tak pe lah kawan-kawan dan sahabat.. ade rezki satu masa nanti saya akan masukkan entry tentang penyusuan susu ibu, dan apa juga proses pengalaman yang dilalui dalam kehidupan ni ye.. kalau tak berkenan dihati, bolehlah tidak singgah di blog ini lagi..

Oklah berbalik pada tajuk di atas, saya terangkan sikit sebanyak kaitan pembinaan diri dengan penyusuan susu ibu.

Sebenarnya, penyusuan susu ibu itu adalah satu proses nikmat yang Allah beri kepada seorang wanita bergelar ibu, sebagai satu cara 'mendidik' bayi susulan daripada kehidupan bayi itu di dalam rahim ibu.

Jadi, segala tingkah laku, tutur bicara, dan apa yang ada dalam minda dan hati si ibu akan diserap secara terus oleh si anak yang disusui.

Sebab itulah, kata seorang sahabat nabi, pembinaan sebuah anak itu, bermula sebelum berlangsungnya sebuah perkahwinan lagi. Proses mencari isteri, dan melayari rumahtangga, akan mempengaruhi anak yang akan dikandung, dilahirkan dan dibersarkan. Corak sebuah keluarga banyak ditentukan oleh bakal isteri yang dikahwini. Jika baik budinya, tinggi ilmunya, tidak jemu belajar ke arah kebaikan, insyaAllah, benih yang dikandung akan menjadi anak yang baik dan solehah.

Saya yakin, inilah jawapan kepada persoalan bagaimana rosaknya anak-anak zaman sekarang, sepertimana yang disebutkan oleh Prof Dr Muhaya. Besarnya tanggungjawab seorang bakal suami untuk mencari isteri yang solehah lantas membentuk keluarga.

Saya dan suami masih lagi belajar, baru dalam dunia kekeluargaan, semoga Allah merahmati dan memudahkan perjalanan kami membentuk keluarga sakinah..

Penyusuan susu ibu itu indah, dari dalam perut lagi sudah sama-sama berjanji dengan anak yang dikandung, sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu..

Apa yang saya ajar dan lakukan sewaktu anak dalam perut, begitu jugalah semasa penyusuan susu ibu berlangsung; kerana badan saya sepanjang masa 24 jam sehari akan merembeskan hormon prolaktin yang akan membentuk susu ibu;
- menjaga kelima-lima deria sedaya yang boleh, supaya tidak tersalah laku atau dengar
- mendengar kalimah-kalimah zikir yang indah, kini saya seronok insyirah sudah pandai berzikir ikut alunan yang didengar..
- menjaga emosi dan hati, kerana kedua-duanya amat penting dalam penghasilan susu ibu, juga dalam pembentukan emosi dan hati anak.

Penyusuan susu ibu berlaku secara langsung, apa yang dibuat oleh ibu, itulah juga yang akan dilakukan oleh si anak. apa yang difikirkan oleh ibu, itulah juga yang akan difikirkan oleh si anak. dan apa saja yang didengar oleh si ibu, itulah juga yang akan didengar oleh si anak.

Sesungguhnya, setiap titis susu ibu itu, mengandungi seribu satu didikan untuk si anak..

Anda yang mengalami dan merasainya, anda tentu tahu, begitu juga saya :)

Alhamdulillah.. saya bersyukur dengan prestasi sifat kendiri insyirah.. :)


Salam,

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates