Kadar harga naik lagi?
Baru2 ni dikejutkan dengan kenaikan harga barang.. yang mana antaranya ialah minyak dan gula. Mungkin saya tidak arif untuk mempersoalkan kewajaran kenaikan harga ini.. tapi ... bila dah jadi perkara yang tidak logik pada diri sendiri.. rasa terjejas juga kan...Alkisahnya begini..
Pagi ni saya berkesempatan singgah di pekan Serdang, kerana membantu abang mengambil keretanya yang baru saja siap dibaiki dek kerana kemalangan minggu lepas di Seri Kembangan.. terasa nak makan nasi dengan lauk2 sedap di satu tempat dikenali 'padang'.. dah lama tak pekena nasi di situ.. lalu singgahlah saya sebentar di situ.. hajat di hati nk ke kedai sayap utara, tapi kerana mengejar masa saya hanya ke sayap selatan, dekat dengan kereta.
Dan nak jadi cerita, lauk kesukaan a.k.a ikan bakar belum dibakar lagi. lauk2 lain pun sama... hanya ada gulai ayam yang tak menaikkan selera... jadi saya hanya ambil ulam dan aksesori2 lain.. cuma yang tak memuaskan hati bila bayaran dibuat.. harganya sama dengan org sebelum saya... yang pinggannya penuh dengan ayam + ulam + pepedom + kentang beserta air! aduhai kak.. kok ye pun nak belasah orang keje.. mujurlah orang sblm sy tu pakai name tag 'student u' .. .kalau tak... entah leee.. hehe. bila diberi tahu tentang harga.. saya rasa macam tak mo bayar.. tp tak pandai nk bgtau.. dgn rasa berat hati saya bayar sajalah dan membawa bungkusan makanan pulang ke pejabat...
Cuba teka berapa harga makanan saya... hingga saya buat entry khas utk nya.. huhu
Iye.. harganya RM 4.50... entah apa yang sampai rm4.50.. saya pun x tau... huhu
Nota : teringat pulak cerita ceriti rakan-rakan tak puas hati dengan harga seorang peniaga sekitar pejabat niee.. hehe
0 komen blog nie:
Post a Comment