Featured

Thursday, January 24, 2008

Cerita hari ini.. "Kenapa Allah menghilangkan lidah ikan?"

ikan.. oh ikan...

Rasululllah s.a.w bersabda: " sejahat-jahat manusia pada hari kiamat
nanti ialah orang yang bermuka dua. Barangsiapa bermuka dua di dunia maka di hari kiamat kelak dia akan mempunyai dua lidah dari lidah dari lidah api neraka jahannam".Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "tidak akan masuk syurga orang yang suka membesar-besarkan cerita".

Pabila ditanya apa hikmahnya, Baginda s.a.w menjawab: " sesungguhnya Allah s.w.t telah menciptakan semua makhluk itu mempunyai lidah, sama ada yang boleh berkata-kata ataupun yang tidak boleh berkata-kata.

"Salah seorang sahabat pun bertanya, "kenapa ikan tidak mempunyai lidah?" Sabda Rasulullah s.a.w: " Setelah Allah selesai men ciptakan Adam a.s. maka diperintahkan sekelian malaikat agar tunduk sujud kepadanya. Semua malaikat patuh pada perintah itu kecuali iblis laknat.
Oleh kerana iblis enggan sujud, maka Allah melaknatnya serta mengusirnya keluar dari syurga dan dihapuskan rupanya yang elok itu lalu dihantar iblis itu ke bumi. Apabila diturunkan ke bumi, iblis terus menuju ke laut. Pertama sekali yang dijumpai oleh iblis ialah ikan.

Iblis pun menceritakan akan keburukan serta kekurangan Adam kepada ikan, katanya, "sesungguhnya Adam itu amat suka memburu dan membunuh binatang-binatang yang ada di lautan dan juga di daratan".Apabila ikan mendengar kata-kata iblis itu ia pun segera menghebahkannya kepada binatang laut yang lain berita tentang Adam a.s. Oleh kerana Allah tidak menyenangi perbuatan ikan inilah lalu dihilangkannya lidah ikan agar tidak lagi dapat menyampaikan berita yang tidak sebenarnya. Oleh itu, marilah kita "jaga" lidah kita supaya tidak hilang seperti lidah ikan.

Note : Pengajaran dari cerita ini... berkatalah yang baik-baik, kerana kata-kata yang baik itu adalah sedekah.

Tuesday, January 22, 2008

Iklan jawatan kosong MARDI

Bagi sesiapa yang berminat dipersilakan untuk membuat permohonan dengan melayari... http://www.mardi.my/jawatan/

Musim berlalu tapi masih ada yg bertanya...

Huhh.. nampaknya perlu dijawab di sini la jugak wahai kawan-kawan, rakan-taulan hehe.. sepertimana sahabat saya cik wardah yang akhirnya menjawab segala macam pertanyaan yg juga diajukan kepada saya... mcmaana... best ker... seronok ker..? hehe.. persoalan yg tak mampu dan sukar untuk dijawab.. tersalah jawab malu dibuatnya... apapun alhamdulillah syukur.... hanya itu ungkapan yang mampu diluahkan... jadi dengan rasa rendah diri dan mohon doa daripada semua agar kebahagiaan yang saya dan suami ini kekal selamanya...

Di hadapan kaunter Hotel Genting

Persoalan kedua yg mana ramai juga yang bertanya... tak pegi honeymoon ker.. honeymoon kat ner? malu juga dibuatnya.. tapi persoalannya, sejauhmana kepentingan dan kebenaran di sebalik 'pergi honeymoon' ni..? ada yg mengatakan membazir saja.. ade pula kata honeymoon mana-mana dan bila-bila pun boleh, sama saja....


Bergambar di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai Baru, Melaka

Walauapapun jawapannya, bagi aina, terpulang kepada individu... bagi yang melihat dan berfikir dari sudut positif, positif la jawabnya.. begitulah sebaliknya... Untuk kami, alhamdulillah musim honeymoon dimanfaatkan sebaiknya lantaran kami tidak pernah 'berdating berkasih' sebelum diijab-kabul... mungkin juga benar kata sesetengah pihak, musim bulan madu memberi peluang kepada pasangan untuk lebih saling mengenali dengan lebih rapat setelah berkahwin.... Terpulang kepada anda untuk menilainya! pesan saya, take it positively!

Thursday, January 17, 2008

sambung belajar dan keje!

mm sedapnye kek!

musim kenduri kendara dah berlalu, skrg tiba masanya untuk kembali seperti dulu hehe... alhamdulilah izad dah berjaya menempatkan diri kat institut perguruan perlis, menyambung impian dan cita-citanya untuk bergelar pendidik. tahniah diucapkan untuk hubby, didoakan rezki perkahwinan ini dapat menjadikan beliau lebih berjaya menggapai impian.

sementara hubby menyambung pengajiannya di sana, aina pula di sini mula sibuk dengan lambakan kerja dan rutin harian yang menuntut penggunaan masa yg efisien. hampir 3 bln (secara tak rasmi) meninggalkan tugasan di pejabat, masih bnyk yang perlu disiapkan dan dibaiki. selaras dengan tahun dan status baru, jadi niat, azam dan semangat baru dicipta untuk peningkatan potensi diri :-) dan kini bersedia untuk menempuh alam studi + kerja + hidup dengan lebih yakin!!!!

Thursday, January 03, 2008

Sebulan berlalu....

Salam... aina mohon maaf kepada pembaca setia blog ni.. terutamanya en hannan yang setia menunggu utk berita2 terbaru.. bukan apa, sejak pindah umah baru ni masih belum berkesempatan utk update. kebetulan baru je masuk kije ari ni.. kenduri sebelah pengantin lelaki baru saja dijalankan pd 23hb yg lepas, a.lillah semuanya berjalan lancar...

ketibaan pengantin... come pengapitnye hehehe

Mengingati majlis kenduri yang lepas, gembira rasa hati bila rasa diri disayangi... terkejut juga kalangan rakan taulan bila tahu mereka hadir 2 kali ganda daripada yang dijangka! kejutan juga untuk aina bila dapat tahu rombongan pengantin perempuan ke gerik mencecah 80 orang! dari sekecil2 baby hinggalah sedewasa tok sepupu (2-3 pupu) a.lillah rasa diri disayangi semua... sanggup mereka redah highway dan jalan yg tak berapa ok dari kl/selangor dan kelantan.... terima kasih banyak2.... tentu saja menjadi kenangan utk kami berdua terutamanya aina :-)

puteri2ku, kak laila dan pa memeriahkan suasana

Majlis kenduri berakhir awal, dapatlah pengantinnya berehat sementara menunggu malamnya untuk majlis potong kek dan buka hadiah. Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan keluarga baru yang ceria dan hepi.. bertuah rasa diri kerana punya keluarga, suami dan keluarga mertua yang sangat baik :-)

bestnye hubby suapkan hehe

"wei hadiah kawe ni... hehe"

Hari raya aidiladha yang lepas merupakan hari raya pertama bersama suami... rasa syukur dan gembira ke hadrat Ilahi atas kurniaanya-Nya.. walaupun mengambil masa yang lama utk sampai ke kelantan.. (18 jam tu) tp segala penat lelah hilang begitu saja, mana tak nya sesampai je kat kelantan adik dah heboh mek sediakan bilik pengantin utk kak na! hehehe..

dengan hubby dpn hotel genting

Dua hari selepas kenduri di gerik, kami berangkat pulang. Kebetulan kak ogy dan keluarga nak ke kuantan, ajak kami ikut konvoi sekali. Malamnya kami singgah di genting.. berehat seketika sementara meneruskan perjalanan masing2 keesokan harinya....

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates