Featured

Tuesday, April 27, 2010

Surprise!!


Alhamdulillah, berkat sokongan hubby, keluarga dan semua sahabat-sahabat blogger dan di luar sana, akhirnya impian saya tercapai juaa.. dari kecil saya memang suka buat satu benda ni, berniaga! siap ada impian utk ada kedai sendiri hihi. tp malangnya kos untuk set up satu kedai agak mahal dan memerlukan sumber kewangan yang kukuh.

Sikit demi sedikit saya cuba untuk tangkis pendapat sesetengah org yang risaukan saya agar dapat buang perasaan untuk berniaga itu. tp entahlah, makin dibuang, makin dekat pula rasanya. untuk itu, tanpa berlengah lagi.. saya dengan rasa rendah hati mengisytiharkan pembukaan kedai online untuk anda!

Jemputlah ke blog ini walaupun sekadar untuk berjalan-jalan dan melihat2 apa yang ada.. ada promosi yang sedang berlangsung sempena pembukaan kedai dan sempena hari lahir aina, hubby dan insyirah.. fokus kedai ini adalah kepada kesihatan dan kesejahteraan wanita, serta anak-anak... ada apa-apa persoalan jangan segan silu, silalah bertanya... :) semoga dengan bertambahnya komitmen ini, Allah memberikan kekuatan dan kesabaran dalam menempuh masa yang amat limit sekarang ini... aminn... :-)

Monday, April 26, 2010

Result exam dh keluar.. alhamdulillah!

pagi ni rasa tak sedap hati, resah jer... selalu kalau hati rasa mcm ni, ada la sbb nye... br je tadi, hati terdetik nk bukak portal pelajar space. dan ke ruang sistem maklumat pelajar.. tetiba pulak rasa nk klik satu... satu... last sekali "Keputusan Peperiksaan".. risau juga bila fikirkan tentang cabaran-cabaran dan cubaan tatkala ujian menimpa waktu nk final exam hari tu. alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi target ku mengena walaupun rezki itu bukanlah di tahap tertinggi tapi masih di tahap cemerlang untuk ku. mana taknya dengan terformat laptop hingga kesemua projek sarjana muda 2 ku terdelete.. dan mcm2 lagi masalah. alhamdulillah...

nk cerita seperkara tentang perkembangan insyirah.. sesuatu yang diluar jangkaan ku berlaku. dalam pada insyirah sentiasa di sisi menunjukkan reaksi nya, aina masih tidak pasti dengan yang satu... "adakah anak memahami dan mengerti perasaan kita?" mmg insyirah sering menunjukkan reaksi apabila diajak bergelak ketawa.. tp tentang persoalan ini selalu menergah ke ruang fikiran ku. akhirnya persoalan terjawab bila hal ini terjadi...

satu hari minggu yang lepas, aku menangis kesakitan.. terguling2... terpusing kiri, terpusing kanan. insyirah biasalah, main 5 minit, dia akan tegedek2 datang hampir kepada kita untuk memanjat tarik perhatian minta dipeluk dan dicium. tapi lain pulak jadinya dengan dia kali ni. dia datang mendekati, dekatkan muka ke muka aina mungkin cuba untuk mengerti keadaan umminya ketika itu. sungguh rasa tidak mampu tahan tangis (mmg nangis tp hujan makin lebat! hihi) bila si anak kecil yang baru saja berusia 9 bln 3 minggu tu tetiba memeluk dan mencium saya! Allah Maha Kaya.... Subhanallah.. terjawab persoalan saya selama ni... saya semakin sebak dan terus menangis sambil balas kembali pelukan insyirah.... insyirah pulak dalam dua hingga 3 kali memeluk dan menepuk2 bahu saya... tak pasti kenapa.. mungkin dia meniru cara ayahnya yang suka dukung, peluk sambil tepuk bahunya... sungguh saya amat kagum dgn ciptaan Allah ini... alhamdulillah terima kasih ya Allah!

Friday, April 23, 2010

Peritnya hati seorang ibu...


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

Wednesday, April 21, 2010

Jom amik gambar!

soalan auntie n uncle,
"baby ni dah berapa tahun?"
hihihihii...

salam.. kalu nk tau salah satu kegemaran insyirah.. hehe. tak lain tak bukan, suka bergambar! seawal 2 bln dah tau ade org nk amik gambar dia.. skrg ni lagi la, dh pandai melentuk liukkan kepala bila kita cuba letakkan sesuatu yg fokus padanya. Allah Maha Bijaksana, diberikan si anak kecil kepandaian utk mengecam kamera / telefon kamera untuk ambil gambar. tak perlu bersusah payah pujuk kata nak ambil gambar ke apa, insyirah sendiri akan buat aksi2 menarik utk diambil! seronok pulak bermain dengan si kecil yg makin memahami dan cerdik niee.. tgk sajalah gambar2nya... hehe..

elok2 je main tarik2 langsir...
ummi pegang telefon je.. diam n senyum :)

ada makanan di depan..
nk terkam camerawoman kee... makanan ni? :)

po... da ... gamik... :)

Wednesday, April 14, 2010

alhamdulillah!

alhamdulillah,
semoga kebahagiaan itu milik kami.. aminn...

salam semua... lama sungguh x update blog ni. rindu sgt2 tp kesibukan melampau menguasai diri lantaran terpaksa 'pinggirkan' seketika kerja-kerja yang berada di priority agak bawah dan tumpukan kpd priority yg agak tinggi.

Keadaan agak sibuk sejak sbln yang lepas, yang banyak menuntut kesabaran dan ketabahan saya untuk menghadapi segala liku sebagai seorang pekerja, pelajar dan suri.. alhamdulillah berkat kekuatan yang Allah beri disamping suami dan keluarga yang amat memahami, memberikan aina peluang untuk mengatur masa dan menyiapkan segala perkara. Bermula dengan tugas untuk menyiapkan tesis(tq to my BIL, dr shafry), menganjurkan majlis tahlil di rumah(tq to my luvly hubby n famili), menyiapkan tugasan pejabat (tq to my officer, en. el), dan menguruskan anakandaku insyirah yg dilanda demam, dan berulang alik pulang ke kampung kerana hal keluarga.. semuanya berlaku serentak... terima kasih banyak2 ya Allah di atas segala bantuanMu dan terima kasih juga kepada orang2 terdekat aina kerana amat memahami situasi aina. Terasa diri bahagia walau ketegangan fikiran sering terjadi..

Terlalu banyak yang ingin diceritakan, terlalu banyak yang ingin dikongsi, entah nak mula dari mana aina pun tak pasti. Namun yang pasti ada seperkara yang ingin diluah dan dikongsi dengan sume readers setia.... satu perkara yang berlegar di kepala, bukanlah menjadi satu perkara berat namun mungkin ingatan untuk semua, kita sebagai hamba di dunia tidak lepas dengan dugaan dan cabaran..

Mungkin tidak perlu aina huraikan apa yang berlaku, namun hati ini ingin berkongsi sesuatu, rahmah daripada apa yang berlaku atas diri ini. Semoga dapat diambil sebagai panduan hidup kalian yang merasakan diri dalam kesusahan dan keresahan... aina summarize di sini ye...

Yakin dan percayalah dengan Allah...
ye... cinta yang satu, cinta Ilahi.. daripada cinta Ilahi, terbit cinta sesama manusia, cinta kepada ibu bapa, cinta sesama suami isteri, cinta kepada anak, cinta kepada keluarga, cinta sesama saudara, cinta sesama manusia.. dan hasilnya terjalinlah satu ukhuwah erat antara kita. carilah cinta sejati Ilahi, kerana nikmat cintaNya tidak akan terbanding melainkan siapa yang merasainya :)

Janganlah mempercayai sesiapa kecuali Allah dan yang mempunyai pertalian darah denganmu
perkara ini berlaku pada saya... beberapa kali saya tertipu dengan mereka yg saya anggap sahabat, mereka yang lbh berumur yg saya anggap dapat memberikan saya panduan untuk menjalani alam kehidupan penuh onak duri ini, tapi, merekalah duri dalam daging dan bersifat talam dua muka yang tidak kita duga langkah dan cita-citanya..

Bersyukurlah..
apa-apapun cubalah untuk tingkatkan diri dengan satu sifat ini... dengan bersyukur, kita tidak akan menyalahkan sesiapa di atas apa yang berlaku. cuba untuk memikirkan setiap perkara yang berlaku dari sudut yang positif, dan tidak menyalahkan sesiapa. sesungguhnya dugaan itu, adalah nikmat kehidupan, tanpa kita sedar, ia adalah kifarah dosa kita yang lalu.. sedarilah bahawa Allah sayangkan kita, nak kita jadi yang lebih baik dari apa yang kita telah ada..

wanita itu fitnah
"apabila keluar seorang wanita dari pintu rumah, maka akan mengekorilah ia dengan fitnah.." bila saya teringatkan ayat ini, akan membuatkan diri saya berhati-hati, kerana di zaman yang serba canggih a.k.a makin dekat akhirat menjelang, di mana ramainya wanita maka akan timbullah pelbagai cerita berunsur fitnah dan umpatan, pakaian yang menyelimuti badan namun seolah tidak menyelimuti sepenuhnya juga akan menimbulkan fitnah.. dan segala2nya akan menimbulkan fitnah... maka berdoalah kita agar dijauhkan daripada segala fitnah dan penyebar fitnah... petua saya, setiap kali ingin keluar rumah, saya akan membaca ' bismillahillazi layadhurru ma'asmihi syaiunn fila'rgdhi walafissamai wahuwassami'ul'alim... ' insyaAllah, dijauhkan kita daripada segala kecelakaan dan kebinasaan manusia dan syaitan..

Hargailah..
ibu bapa, suami, anak, saudara mara, dan sahabat akhirat adalah orang yang perlu kita hargai dan sayangi... merekalah sebenarnya yang memandu dan membantu kita untuk mencapai tujuan hidup, yakni untuk menjadi khalifah Allah yang dicintaiNya.. yakni untuk menjadikan sikap dan perilaku kita lebih hebat dan bersemangat.

ingatlah wahai sahabatku,
berbahagialah dan carilah kebahagiaan itu kerana bila kita bahagia, kita dapat membahagiakan orang di sekeliling kita... dan bila kita menyayangi orang terdekat kita, kita akan disayangi oleh Pencinta Agung.. usah biarkan kita dihanyut rasa gundah gelana dan resah hanya kerana anasir-anasir yang tidak perlu. jalanilah kehidupan dengan rasa syukur, insyaAllah kebahagiaan abadi itu adalah milikmu... :-)

Note : gambar sekadar hiasan, hehe :)

Tuesday, April 13, 2010

anak ummi kena warded


tanggal 07-02-10... insyirah kena warded.. sebabnye, insyirah disyaki dijangkiti kuman yg tiada nama dan dengan kata orang-orang kebiasaan cam kita ni, terkena campak minor.. insyirah mula menampakkan tanda2 demam sejak 5 hari sebelum tu, bile nek mah pengasuhnya bagitau insyirah demam dan waktu malam tubuh insyirah mmg panas.. terasa bahang kita yang tidur di sebelahnya. macam2 cerita dan derita dilalui insyirah sebelum dimasukkan ke wad tapi ummi redha dan harap insyirah boleh terima setiap manusia ada kelemahannya tersendiri. cerita penuh tentang perjalanan insyirah di klinik hingga dimasukkan boleh la anak ummi refer kat blog ummi ye..


insyirah... ketenangan hati ummi... sentiasa tenang walau apa pun berlaku.. dan kerana ketenangan yang diserlahkan insyirah, air mata ummi selalu menitis akan derita yang anak ummi rasai... terima kasih ya Allah.. Kau kurniakan pada ku seorang anak yang begitu tabah menghadapi dugaan...


entah apa la yang diintai insyirah tu..

eh.. br perasan org amik gamba dia ek syg?

then teruskan bermain walau keadaan masih lesu n tak bermaya..

Monday, April 12, 2010

cubaan pakai tudung...

salam... lama sudah ummi tak update blog anak ummi ni, dekat 5 minggu.. sorry sayang, kesibukan menggalas amanah terpaksa ummi pendam rasa w.pun hati rasa melonjak nak update blog kesayangan ummi ni. ummi tak ke mana pun, cuma agak sibuk menguruskan kerja dan tugas sebagai seorang pelajar, pekerja, suri dan usahanita yg menjadikan ummi terkejar2 dek ms yg agak suntuk... alhamdulillah musim kesibukan melampau itu dah berakhir, kini hanya tinggal kesibukan biasa. tp itu tak bermakna ummi terlepas utk ambil gamba anak ummi yg comei ni heheh.. cuma tak sempat nk update blog je...

oklah insyirah tgk gambar insyirah ms auntie cuba utk pakaikan insyirah tudung yg nenek belikan ms soping kat terengganu ari tu... ye. ayah dan ummi sepakat tak mo pakaikan insyirah tudung skrg, insyaAllah tunggu satu hari yg kami dh tentukan dlm ms yg agak terdekat, biarlah ummi rs puas pakaikan segala aksesori kepala yg pelik2 dan mahal2 dl nnt kita pakai tudung ye nak! heheh.. so... enjoy the pic :)

waa... ala2 ustazah mana ni ye?

hai....

heheh senyum sayang ... :)
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates