Featured
Showing posts with label perkara menarik... Show all posts
Showing posts with label perkara menarik... Show all posts

Monday, March 03, 2014

Healthy Juices


Carrot + Ginger + Apple - Boost and cleanse our system.

Apple + Cucumber + Celery - Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.

Tomato + Carrot + Apple - Improve skin complexion and eliminate bad breath.

Bitter gourd + Apple + Milk - Avoid bad breath and reduce internal body heat.

Orange + Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.

Pineapple + Apple + Watermelon - To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.

Apple + Cucumber + Kiwi - To improve skin complexion.

Pear & Banana - regulates sugar content.

Carrot + Apple + Pear + Mango - Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization .

Honeydew + Grape + Watermelon + Milk - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and str engthen body immunity.

Papaya + Pineapple + Milk - Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.

Banana + Pineapple + Milk - Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation 


Assalam,

Friday, October 25, 2013

Warehouse Sales..End Year Sales..

Bagi peminat sales :)

Hari ni....jom! :)





Assalam,

Wednesday, October 23, 2013

Kalendar cuti sekolah dan cuti lain2 Tahun 2014

Sempat menjenguk ke tak Tahun 2014 ke tak ... itu hanya Allah yang tahu..
Tapi..perancangan tu tetap perlu.. kan?

Jom plan cuti2.. :)

Owh...Insyirah sudah besar...tahun depan dia akan bersekolah.. yeaayyy!!! :)

Assalam,

Wednesday, April 24, 2013

Testimoni... ipad Islamic

Baru-baru ni beli ipad Islamic versi terbaru.. cadangnya untuk alihkan perhatian Insyirah drpd terus leka dan melasakkan diri guna tab note 10.1 yang sgt2 saya sayang sbb tu hadiah istimewa drpd abang.

Dengan harga RM40... kami suami isteri agak kecewa dengan 'mainan' baru produk China ni..

- awal-awal lagi Insyirah tanya, "..ummi, kenapa tak boleh buat macam ni? macam tab ummi.." maksudnya tak boleh nak swipe macam kita guna tab
- kalau dah target untuk kanak-kanak, sepatutnya pembuat barang ni lebih peka, yakni bukan guna suara dewasa, tapi gunalah suara kanak-kanak yang lagi mudah untuk ditarik perhatian..
- butang volume. nak kuatkan atau perlahankan pada butang yang sama, jadi kalau anda nak perlahankan volume anda kena tekan sampai volume paling kuat terlebih dahulu, begitulah sebaliknya.. hehehe bagus2x
- markah yang saya berikut : 1/10 .... huhu..

Saya pasti, harganya jauh lebih / lagi murah jika dibeli di pasar malam... tp sebab terlalu ghairah dengan tawaran di internet, inilah faedahnya :-)

Saya juga berniaga, jadi kenapa peniaga-peniaga, teliti dan kenali dululah produk yang anda ingin jual, bukan hanya bertujuan untuk mendapatkan keuntungan dunia semata...

Salam,

Tuesday, April 17, 2012

Pureen Stock Clearance kembali lagi!

Sekadar mempromosikan bagi pihak ibu-ibu...
Jom serbu! hehehe..


Assalam,

Monday, March 26, 2012

Mata Lebah vs Mata Lalat

"Mata lebah walau di tempat busuk tetap dicari bunga yang wangi dan segar, dititip madu ditempat tinggi, apabila diambil oleh kita menjadi satu nikmat kesihatan dan bahagia.."

- VERSUS -

"Mata lalat walau di taman yang cantik dan wangi tetap mencari sampah yang kotor dan busuk, andai dihinggap pada minuman atau makanan kita akan tersebarlah najis dan kekotoran itu, lantas sakitlah kita..."
Dengan kata lain,

Mata lebah, walau dihadapkan dengan perkara yang sukar dan dugaan atau cabaran hidup yang besar, tetap akan berfikiran positif kerana yakin dengan Allah bahawa tiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah besar disebaliknya.. hasil daripada sifat positif itu, akan mengeluarkan aura positif bagi orang sekeliling dan dirinya, lantas akhirnya dengan sabar mencari jalan dan menyelesaikan setiap perkara itu hingga kejayaan dan kebahagiaan akhirnya dikecapi :)

Tetapi....

Mata lalat, walau berada di tempat atau suasana terbaik tetap akan mencari dan berfikir negatif terhadap sesuatu. Dirinya hanya akan menimbulkan aura negatif di sekeliling nya, boleh jadi kuman atau virus yang bahaya dalam suatu kelompok masyarakat atau agensi. Seringkali kegagalan dan kekecewaan akan melanda dirinya..

Fikir-fikirkan...

Adakah kita tergolong dalam mata lalat atau mata lebah? :)

Assalam,

Friday, March 23, 2012

Cerita teladan : sang burung dan kawan-kawannya

Saya suka dengar segmen Motivasi Pagi di radio, baru-baru ni dengan Ustaz Badli Shah Alaudin, sejak beliau jadi penceramah jemputan, tiba-tiba rating pendengar segmen tersebut tinggi. Beliau hanya membawa cerita-cerita ringan untuk dibicara dan direnung-renungkan, namun menjentik minda dan jiwa yang mendengar :-)

Salah satu cerita yang menarik perhatian saya.. tentang sang burung.. mari kita amati bersama..

Pada suatu pagi yang sejuk, seekor burung berterbangan di awan.. cuaca terlalu sejuk, hingga burung tersebut membuat keputusan supaya segera mencari tempat berteduh.

Terbang dan terbang lagi... sang burung akhirnya hinggap di suatu tempat..

(Baru saja melepaskan lelah yang ada, tiba-tiba sang burung terkejut kerana badannya dilencunkan dengan sesuatu. Owh.. tahi... pusing kanan, pusing kiri, rupa-rupanya sang burung ini hinggap di tempat lembu menginap rupanya...) - pengajaran 1

(Syukur dalam hati sang burung kerana dalam kegelisahan 'bermandikan' tahi lembu itu, )-pengajaran 2(
datang seekor kucing mengelap2 badannya... gembiranya sang burung itu kerana ada kawan yang membantu membersihkan tubuhnya. namun, setelah bersih, akhirnya burung itu di makan oleh kucing tersebut.. ) - pengajaran 3



Pengajaran daripada kisah teladan ini;
1. Belum tentu tempat yang kita rasa selesa betul-betul selesa, kita harus sentiasa berwaspada dan meletakkan kebergantungan kita pada Allah agar sesuatu yang kita peroleh itu mendapat keredhaan-Nya..

2. Minda positif akan memberikan maklumbalas yang positif terhadap apa sahaja yang berlaku lantas mewujudkan rasa syukur kepada Allah. Musibah yang datang tentu ada hikmah besar yang Allah ingin beri atau tunjukkan kepada kita. Kadang-kadang musibah lah pencetus kemajuan kita :-)

3. Berwaspadalah kepada mereka yang berbuat baik kepada kita, belum tentu yang berbuat baik pada kita itu, adalah kawan atau sahabat kita..

Assalam,

Friday, October 28, 2011

Oh! Puan Aishah Ibrahim!

Pagi ni rajin sedikit, saya buka dan semak email-email yang dah lama bersarang. Email teratas (maknanya yang pertama lah tu..) bertajuk Assalamualaikum. Penghantarnya Puan Aishah Binti Ibrahim. Sangka saya ada kenalan lama yang dapat jumpa saya di fb atau pelanggan baru yang hendak memborong barang di butikna, tapi rupanya tidak. Ini adalah email nya..

Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan.Aishah Binti Ibrahim from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan.Aishah Binti Ibrahim.
Reply to: puan.aishah1@hotmail.my


Saya search tentang email di google, terjumpa entry di blog seseorang tentang hal ni.

Tak serik-serik lagi rupanya... tak tahulah "Puan Aishah" ni tahu ke tak apa yang dibuatnya. Menipu tu satu la... apa yang ditipu tu... kalau lah takdir Allah menjadi betul apa yang "ditelah"nya.

Semoga dapat disebarkan kepada yang lain tentang penipuan ini..

Assalam,

Thursday, October 06, 2011

Tips Perkahwinan

Sesuatu yang boleh dikongsi bersama...
Terima kasih kawan yang tag aina .. semoga dapat dimanfaatkan.. :)

Kali pertama bersentuhan saat kami bergelar suami isteri..

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Sumber dari; Ustaz Azhar Idrus

Assalam,

Thursday, May 19, 2011

Pendidikan diri dan keluarga

Ihsan imej dari : Google

Alhamdulillah, ada pendekatan terbaru dalam perkongsian ilmu di pejabat, setiap pagi hari Jumaat, dimulakan dengan sesi kuliah jumaat oleh rakan setugas. Setelah itu dikongsikan melalui email rancangan-rancangan yang boleh diikuti di media sebagai didikan yang boleh diambil sebagai perkongsian ilmu untuk diri sendiri dan ahli keluarga.

Pernah dengar kata pujangga, kalau kita nak tau sifat dan keperibadian seseorang, lihatlah apa yang dia baca, lihat dan dengar..

Ada juga orang bertanya pada aina, apa slot yang best untuk dikongsi untuk cari ilmu kendiri, motivasi dan keibubapaan, jadi aina senaraikan di sini ye.. alhamdulillah setakat ni tak pernah ketinggalan, kalau ketinggalan akan cuba sedaya upaya untuk cari kembali di internet.. harap boleh dijadikan perkongsian dan diamalkan oleh kita bersama ye :)

Media : Radio Ikim.fm

Segmen : Motivasi Pagi
Waktu : Setiap hari jam 7.30 pagi

Segmen : Destinasi,
Waktu : Setiap hari, jam 5.15-6 ptg
- Isnin : Keluarga Sakinah, Jemputan : Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Sidek Baba
- Selasa : Mahligai Kasih, Jemputan : Y.Bhg. Prof. Dato' Dr.Zaleha Kamaruddin
- Rabu : Permata Hatiku, Jemputan : Dr Tengku Asmadi
- Khamis : Islam Agamaku, Jemputan : Para saudara-saudara baru
- Jumaat : Dauratul Ta'lim, Jemputan : Y.Bhg. Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri

Segmen : D'dapur
Waktu : Jumaat, 10 pagi
Jemputan : Y.Bhg. Chef Sabbri

Segmen : Islam Itu Indah
Waktu : Selasa, 10 pagi
Jemputan : Y.Bhg. Prof. Dr. Muhaya Mohamad

Media : Televisyen
TV9
Segmen : Semanis Kurma
Waktu : Khamis, 10 malam
Kelolaan : Y.Bhg. Dato' Siti Bahyah Mahamood

Segmen : Tanyalah Ustazah
Waktu : Jumaat, 10 malam (U)
Kelolaan : Jemputan para ustazah

Segmen : Tanyalah Ustaz
Waktu : Setiap hari, jam 7 pagi
Kelolaan : Jemputan para ustaz

TV3
Segmen : Al-Kuliyyah
Waktu : Setiap Jumaat, jam 5 ptg
Kelolaan : Y.Bhg. Ustaz Fauzi

Astro OASIS
Segmen : Indahnya Iman
Waktu : Setiap hari, jam 7 petang hingga 9 malam

Sebenarnya banyak lagi slot2 rancangan yang best kat media kita, hanya kita yang perlu menapis dan memilih rancangan2 yang elok untuk dijadikan tatapan kita dan keluarga.. Walau mula2 kita rasa berattt jer nak mulakan, cuba saja pasang tak dengar pun tak pe.. lama2 kita akan rasi sendiri ... dan akan dengar dan rasa tak best kalau tertinggal insyaAllah.. :)

Salam,

Tuesday, April 05, 2011

Emosi yang cerdas


Pagi itu bukan pagi yang mudah. Mahu saja Amir memuntahkan kemarahannya. Isterinya, Solehah di sebelah diam tak terkata. Terus laju dia masuk ke dapur selepas mengelap sisa-sisa kopi yang tumpah di atas meja, mengutip cawan dan piring yang berserakan.

Amir diam, dahinya berkerut. Dadanya terasa sesak, kepala terasa panas. Ringan saja tangan mahu diayunkan kepada Hasbullah, anak kecil 3 tahun yang baru saja menumpahkan kopi pada pelan bangunan yang baru disiapkan susah payah semalam. Hasbullah, sedar akan kemarahan bapanya, terkulat-kulat di hujung meja. "Kan mama dah cakap, duduk diam-diam tadi." bisik Solehah pada Hasbullah, kesal.

Apakah kesudahan nasib Hasbullah?

Adakah dia akan...

1. Dipukul Amir sekuat-kuatnya sebagai balasan atas kedegilan dan kenakalannya?
2. Dipukul Amir pada tapak kaki dengan rotan, sebagai syarat, tanda mengajar yang dia sebenarnya melakukan satu kesalahan yang tidak wajar diulang lagi.
3. Dibiarkan Amir, kerana dia masih budak tidak mengerti apa-apa pun.

Kejadian tersebut mungkin satu hal yang kecil, tapi apa agaknya kesannya terhadap peribadi Hasbullah 20 tahun kelak?

Dari pilihan 1,
Hasbullah mungkin jadi seorang lelaki yang dominant. Dia tidak suka dibangkang, keras kepala dan merasakan dia saja betul. Atau mungkin dia menjadi seorang yang tidak yakin diri, sentiasa malu dan tidak mampu untuk bercakap di khalayak ramai. Mungkin dia membesar, menjadi seorang anak yang gerun terhadap ayahnya, atau mungkin juga, berdendam.Mungkin.

Dari pilihan 2,
Hasbullah membesar sebagai anak yang baik. Dia tidak perlu lagi kata mak ayah untuk melakukan sesuatu sebab dia bijak menimbangkan sendiri. Tiap keputusan, tindakan yang diambil, akan dikira pahala dan dosa. Sebagai pemimpin, dia lebih adil dan sentiasa mengambil inisiatif untu mendengar pandangan pihak yang berlainan.Mungkin.

Dari pilihan 3,
Hasbullah tidak boleh dilarang langsung. Setiap kehendak, perlu ditunaikan. Kereta, telefon bimbit, laptop semuanya hendak yang canggih-canggih sahaja. Dia tidak tahu yang mana keperluan dan yang mana kemahuan. Kepimpinan? Dia berat sebelah, keputusan yang dibuat mesti menyebelahi kawan-kawannya. Kronism.Mungkin.

Kecerdasan Emosi; Satu Keperluan

Kenapa saya mewujudkan situasi ini? Inilah yang dipanggil Kecerdasan Emosi atau Emotional Intelligence.(EQ)

Psikologist Peter Salover menyenaraikan EQ sebagai kualiti yang membolehkan seseorang memahami perasaan orang lain, empati, dan kebolehan menguruskan emosi agar seimbang dengan hidup. Copper dan Sawaf pula mendefinisikan EQ sebagai kebolehan merasa, memahami dan menggunakan kekuatan dan ketajaman emosi dengan berkesan sebagai satu sumber tenaga, maklumat, hubungan dan pengaruh.

Sebenarnya Al-Quran telah menitik beratkan hubungan sesama manusia sejak awal lagi, jauh lebih awal sebelum EQ diistilahkan.

“Berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu” (QS. Al-Qasas: 77).

Emosi kita memberi kesan kepada sekeliling

Berbalik pada situasi, Amir dan Hasbullah. Kegagalan Amir menguruskan EQ, bakal membuatkan Hasbullah menjadi seorang dewasa yang gagal. Bagaimana pula dengan Hasbullah? Dia bukan mangsa kegagalan ayahnya, bahkan dia sendiri mempunyai kawalan terhadap diri sendiri. Dia sendiri berupaya merubah corak hidupnya, meskipun mungkin di awal hidupnya banyak dipengaruhi oleh ajaran Amir. Bagaimana dengan kita, sedar atau tidar, perangai kita sendiri membawa pengaruh pada peribadi orang sekeliling kita. Kita kedekut, orang lain kedekut balik. Kita pemarah , orang lain lagilah marah. Sedar tak, yang orang sekeliling kita, adalah cermin kepada diri kita sendiri?

Dalam Islam, pembangunan insan sangat dititik beratkan. Apa gunanya, kalau kita berjaya sebagai manusia, tapi tidak sebagai insan? Kalaulah dalam segerombolan kambing, hanya satu yang cantik bulunya, gemuk dan bermutu dagingnya, yang lain kurus, berkudis dan sakit, adakah kita anggap gerombolan kambing itu berkualiti? Kambing yang bermutu itu tidak akan dapat merubah apa-apa.

Sebab itu, dalam ummah, kita perlukan "kambing-kambing yang cantik bulunya, gemuk dan berkualiti" tadi. Bagaimana hendak dapatkan ramai "kambing-kambing berkualiti" ni?Mestilah dari penjagaan yang rapi.Lalu apatah lagi untuk melahirkan golongan manusia yang berkualiti.Sudah semestinya perlu didikan yang mantap sedari kecil lagi.

Apa peranan golongan yang berkualiti ini dalam masyarakat? Mereka sebagai guru, sebagai pemimpin, sebagai doktor, sebagai suri rumah, sebagai tukang jual sayur sekalipun. Bayangkan, kita berada dalam kelompok yang-orang yang tinggi EQnya, bayangkan, betapa harmoninya kehidupan kita. Sesak di trafik jam, boleh berbalas senyuman dengan kereta sebelah, lambat menunggu giliran di hospital kerajaan, kita boleh ucapkan syukur diberi lebih masa untuk berzikir.

Memetik kata-kata Al-Razi, seorang sufi tersohor benua Asia,

"Hendaklah engkau pelihara 3 perkara yang menjadi panduan orang mukmin iaitu, jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau susahkan dia. Jika engkau tidak suka akan dia, maka janganlah engkau mendukakan dia. Dan jika engkau tidak hendak memuji dia, maka janganlah engkau mencela dia."

Semoga kita sama-sama menerima manfaat dari pengurusan EQ yang berjaya.

Salam,

Monday, March 14, 2011

Khasiat Budu Terbongkar (Wikipedia)

Sumber dari: Wikipedia

Budu yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki glutathione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.

Hidangan budu bersama nasi kerabu

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya, kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Pemakanan budu turut bertindak membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa, penyebab utama gejala flatulensi dan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. 2 kelompok vitamin yang terdapat pada budu iaitu, vitamin larut air (vitamin B kompleks) dan vitamin larut lemak (vitamin A, D, E dan K).

Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin). Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Hidangan ikan bakar cicah budu.. purrghh..

Kadar vitamin B12 dalam budu adalah di antara 1.5 sehingga 6.3 mikrogram per 100 gram bagi setiap satu hidangan atau 2 sudu besar. Jumlah ini jauh lebih cukup untuk keperluan badan manusia dalam sehari. Dengan adanya vitamin B12 para pengamal diet (jaga badan) tidak perlu lagi merasa khuatir akan kekurangan vitamin B12 di dalam badan.

Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas. Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.


Penyakit jantung koroner (PJK) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan. Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hiperkolestrolemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium. Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari jumlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research.

Berbanding serat di dalam ikan-ikan atau sumber protein lain, serat pada budu lebih mudah untuk dicernakan, kerana ia telah disepara cerana oleh bakteria. Dari apa yang dinyatakan ini jelas sekali bahawa khasiat serta kebaikan sepiring budu yang dimakan bersama hidangan nasi pagi, tengahari dan malam melampau jangkauan yang anda fikirkan. Budu seumpama cecair pelbagai vitamin yang memenuhi segala keperluan untuk tubuh badan.


Tuesday, July 06, 2010

9 Penemuan Orang Islam Yang Mengkagumkan

Kita selalu didoktrinkan apa ilmu yang hebat dihasilkan dari orang Barat, malah dari Jepun juga sehingga kita terlupa bahawa sebenarnya orang-orang Islam dahulu adalah lebih banyak membuat penemuan henat dalam sains dan teknologi mendahului Barat. Tahukan anda bahawa kehidupan moden kita masakini adalah tak lepas dari penemuan-penemuan ilmuwan muslim.

Inilah penemuan muslim yang luar biasa:

1. Pembedahan

Dr Al Zahrawi @ isuhangat

Sekitar tahun 1000, seorang doktor Islam, Al Zahrawi menerbitkan 1500 halaman ensiklopedia bergambar tentang operasi bedah yang digunakan di Eropah sebagai rujukan perubatan selama lebih dari 500 tahun. Diantara banyak penemuan, Zahrawi yang menggunakan larutan usus kucing menjadi benang jahitan, sebelum menangani operasi kedua untuk memindahkan jahitan pada luka. Dia juga yang dikatakan menciptakan sepasang alat pembedahan.


2. Kopi

kopi yemen @ isuhangat

Saat ini warga dunia meminum sajian khas tersebut tetapi, kopi pertama kali dibuat di Yaman pada sekitar abad ke-9. Pada awalnya kopi membantu kaum sufi tetap terjaga ibadah larut malam. Kemudian dibawa ke Qairo oleh sekelompok pelajar yang kemudian kopi disukai oleh seluruh kerajaan. Pada abad ke-13 kopi menyeberang ke Turki, tetapi baru pada abad ke-16 ketika kacang mulai direbus di Eropah, kopi dibawa ke Itali oleh pedagang Venice.

3. Mesin Terbang

Abbas ibn Firnas @ isuhangat

Abbas ibn Firnas adalah orang pertama yang mencuba membina sebuah pesawat terbang dan menerbangkannya. Di abad ke-9 dia mereka sebuah perangkat sayap dan secara khusus berbentuk kostum burung. Dalam percubaannya yang terkenal di Cordoba Sepanyol, Firnas terbang tinggi untuk beberapa saat sebelum kemudian jatuh ke tanah dan mematahkan tulang belakangnya. Rekaannya yang dibuatnya secara tidak terduga menjadi inspirasi bagi seniman Italia Leonardo da Vinci ratusan tahun kemudian.

4. Universiti

Fatima al-Firhi @ isuhangat

Pada tahun 859 seorang puteri muda bernama Fatima al-Firhi mendirikan sebuah universiti tingkat pertama di Fez Maroko. Saudara perempuannya Miriam mendirikan masjid indah secara bersamaan menjadi masjid dan universiti al-Qarawiyyin dan terus beroperasi selama 1.200 tahun kemudian. Hassani mengatakan dia berharap orang akan ingat bahwa belajar adalah inti utama tradisi Islam dan cerita tentang al-Firhi bersaudara akan menginspirasi wanita muslim di mana pun di dunia.

5. Aljabar

aljabar @ isuhangat
Kata aljabar berasal dari judul kitab pakar matematik terkenal Parsi abad ke-9 ‘Kitab al-Jabr Wal-Mugabala’, yang diterjemahkan ke dalam buku ‘The Book of Reasoning and Balancing’. Membangun akar sistem Yunani dan Hindu, aljabar adalah sistem yang mempersatukan untuk nombor rasional, nombor tidak rasional dan gelombang magnitud. Pakar Matematik Islam yang lainnya Al-Khawarizmi juga yang pertama kali memperkenalkan konsep angka menjadi bilangan yang boleh menjadi kekuatan.

6. Optik

kejayaan Islam @ isuhangat

“Banyak kemajuan penting dalam pembelajaran optik datang dari dunia Islam” ujar Hassani. Diantara tahun 1,000 SM, Al-Haitham membuktikan bahawa manusia melihat objek dari refleksi cahaya dan masuk ke mata, bertentangan dengan teori Euclid dan Ptolemy bahawa cahaya dihasilkan dari dalam mata sendiri. Ahli Fizik hebat Islam yang lainnya juga menemui fenomena pengukuran kamera di mana dijelaskan bagaimana mata gambar dapat terlihat dengan hubungan antara optik dan otak.

kejayaan besar muslim@ isuhangat

7. Muzik

muzik Islam @ isuhangat
Pemuzik muslim kelihatan signifikan di Eropah. Di antara banyak instrumen yang hadir ke Eropah melalui timur tengah adalah gambus dan rahab, nenek moyang biola. Skala not muzik modern juga dikatakan berasal dari alfabet Arab.

lute @ isuhangat

8. Berus Gigi

berus gigi@isuhangat

Menurut Hassani, Nabi Muhammad SAW mempopularkan penggunaan berus gigi pertama kali pada tahun 600. Menggunakan ranting pohon Siwak, untuk membersihkan gigi dan menyegarkan nafas. Bahan kandungan di dalam Siwak juga digunakan dalam ubat gigi moden.

9. Takal/ Crank

takal @ isuhangat

Banyak dasar sistem otomatik moden pertama kali berasal dari dunia Islam, termasuk pemutar yang menghubungkan sistem. Dengan menukarkan gerakan memutar dengan gerakan lurus, pemutar memungkinankan objek berat terangkat relatif lebih mudah. Teknologi tersebut ditemukan oleh Al-jazari pada abad ke-12, kemudian digunakan dalam penggunaan basikal hingga kini.

Thursday, February 18, 2010

Maha Suci ALLAH - Sungai dalam Laut

salam... baru-baru ni aina ada dapat email drpd seorang sahabat... aina mmg sukekan alam flora.. dan dpt email ni. sungguh menakjubkan! Maha Suci Allah... meh kita baca email nie...

http://img705.imageshack.us/img705/2058/alam1.jpg

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

http://img11.imageshack.us/img11/83/alam2.jpg

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

http://img163.imageshack.us/img163/358/alam3.jpg

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

http://img683.imageshack.us/img683/953/alam4.jpg

Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera...

Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam akhirnya terbukti pada abad 20. Mr.. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

http://img704.imageshack.us/img704/9840/alam5.jpg

Allahu Akbar.....! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita, Mexico. Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.

http://img62.imageshack.us/img62/4384/alam6.jpg

Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT..

Friday, June 12, 2009

iktibar untuk semua..

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera..


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.. Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam); "Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Masyaallah… Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie… Adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya…. Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami-2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi…

Tuesday, June 02, 2009

Kisah Jam


Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetak paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?". "Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?". "Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" "86,400 kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan. "Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" "Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Banyak sangat tu" Jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian berkata kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetak satu kali setiap detik?". "Naaaah, kalau itu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh antusias. Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetak satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetak sebanyak 31,104,000 kali.

Moral of the story:

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang semula kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun. Jangan berkata "tidak" sebelum Anda pernah mencubanya.

Note :

Teringat pulak aina pada seorang rakan bernama Sheha Said, semasa di tingkatan 3 dl beliau pernah kata kalau orang minta tlg kita selesaikan masalah matematik walaupun kita tak tau jgn kata tak tau selagi tak cuba.. sejak dari hari tu cuba implemen apa yg beliau kata ternyata berjaya hehe :-)


Monday, June 01, 2009

Nak Tahu Sebab Anda Pilih Pasangan Anda??

Salam semua.. baru-baru ni saya dapat satu artikel yang mengudi minda psikologi saya.. sy mmg seronok dan cita-cita asal mmg mengarah ke bidang kaunseling. skrg jadi 'kaunselor bawah tanah' je laa hehe.. benda-benda yang berkenaan dgn permainan minda ni kadang ok, kadang mitos kadang kebetulan tapi ada manfaaat yang boleh kita peroleh daripadanya.. kpd semua readerss... trylaa.. uji diri anda! jawab soklan ni hehe..

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...

Fikir...

Fikir...
Fikir...

Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan? -sejujur2nya listkan keputusan anda...
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : mungkin menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : mungkin menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : mungkin menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : mungkin menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : mungkin menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.

note : nak tau jawapan saya? hehe.. ni lah jawapan aina : 3-1-2-4-5.. anda pulak mcmana?

Friday, December 19, 2008

Kisah "Kasih Sayang", Kejayaan" dan "Kekayaan"

Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang dan berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya: "Saya tidak fikir saya mengenali anda semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar. Silalah masuk ke rumah saya dan makan sesuatu". "Adakah suami awak ada dirumah"?, mereka bertanya. "Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar". "Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab.

Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut. "Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk ke dalam sekarang"!


Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam. "Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama", mereka menjawab. "Mengapa begitu"?, wanita itu ingin tahu. Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan: "Namanya ialah Kekayaan", Dia bangkit sambil menunjuk kearah kawan yang seorang lagi. "Dia adalah Kejayaan dan saya adalah Kasih Sayang". Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah ke dalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput ke dalam rumah".


Wanita itu masuk semula ke dalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya"!! dia berkata, "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita dengan kekayaan"!! Isterinya bersetuju.


"Abh, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan"?Kebetulan, menantu perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangnya : "Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang"! "Biarlah kita mengikut nasihat menantu kita tuh", kata suami itu kepada isterinye. "Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kite".


Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan tetamu kami".

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah. Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutnya. Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kajayaan : "Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali"? Mereka semua menjawab : "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau Kejayaan yang lain akan akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, kemana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya.

Moral of The Story : DIMANA ADA KASIH SAYANG, DISITU JUGA ADA KEKAYAAN DAN KEJAYAAN!!


Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates