Featured
Showing posts with label panduan hidup. Show all posts
Showing posts with label panduan hidup. Show all posts

Tuesday, June 30, 2015

Entry pertama di tahun 2015 - ujian personaliti


Alhamdulillah.. masih diberi ruang untuk bernafas oleh Allah, dan diberi peluang oleh Nya untuk bertemu dengan Ramadhan bersama anak-anak tersayang.

Teringin nak update blog yang dah bersarang, teringin nak update aktiviti anak-anak, tapi banyak yang membatasi. Akhir-akhir ni banyak betul gejala dan perilaku yang luar biasa berlaku di sekeliling kita. Sukar untuk update diari anak-anak sendiri.

Oklah.. nak masukkan ujian personaliti ni.. masuk kerja dapat email untuk buat ujian personaliti untuk tambahbaik diri, apa salahnya dikongsi bersama. Cubalah, hayati dan fahami diri, boleh juga dianalisi untuk perubahan ke arah kebaikan, insyaAllah.
___________________________________________________________________________

UJIAN PERSONALITI
Ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..
Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nya selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan 
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang sahaja/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan. 

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa? 
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)] 

Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh. 
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti. 
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada? 
(cupboard/ kertas / kayu / logam) 

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan) 

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam) 

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari) 

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut taufan datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?

Dah catit semua? secara spontan ok... jom lihat tafsirannya..

Assalam,

Thursday, April 19, 2012

Bersederhanalah....

Assalam, dan salam sejahtera..

Artikel ustaz hasrizal benar-benar menjentik minda saya. Kecil-kecil dahulu selalu terperasan sendiri, apa yang diungkap pasti akan kembali pada diri. Yang selalu sedar bila kata-kata negatif dilontarkan. Walau ia tidaklah memberi kesan yang besar pada diri, namun ia banyak membantu dan mengajar saya agar sentiasa berhati-hati dengan mulut dan hati tiap kali bereaksi dengan sesuatu keadaan dan berbicara.

Namun sejak dewasa, memasuki alam pekerjaan dan dunia rumahtangga, semakin luas pergaulan, semakin banyak bicara dan karenah manusia yang dihadapi, semakin saya memahami maksud 'terkena tulah sendiri'. Alhamdulillah peranan yang dimainkan oleh emak saya amat besar dalam hidup kami anak-anaknya, lantaran sejak kecil lagi kami diasuh agar berhati-hati dengan setiap kata hati dan mulut, agar kena pada tempat, keadaan dan kelompok manusia yang dituju. Agar marahnya kerana Allah, agar tegurannya berbentuk positif kerana kasihi sesama manusia, agar tidak terguris hati manusia.


Cuma... keadaan kadang mengganggu. Pusing ke kanan, atau pusing ke kiri, ada sahaja yang tidak kena dipandangan manusia... 'sekeping hati' yang hidup di dalam dada seorang yang bergelar wanita kadang terguris di fitnah dan di kata itu dan ini..

Namun.. kekuatan itu hadir dengan tarbiah dan kelazatan nikmat hidup yang Allah beri lantaran sifat sabar dan redha dalam hati.

Cuma kadang-kadang terfikir sendiri, mengapa manusia selalu menyalahkan orang lain dan sekeliling andai kata-kata yang dilontarkan kembali pada diri sendiri?

Mungkinkah tiada nilai muhasabah dalam diri?
Mungkinkah tiada rasa bersalah atas apa yang dicelotehi?
Mungkinkah tiada rasa kesal dengan kata-katanya yang pernah mengguris hati?

Saya tidak tahu... saya hanya mampu berdoa agar diberi kekuatan, kesabaran dan berlapang dada menerimanya..

Kerana saya tahu...

Kebahagiaan dan kesihatan itu rezeki yang tidak ternilai..
Kelazatan cinta Allah itu juga rezeki yang tiada tolok bandingnya..
Ketenangan itu rezeki yang mudah diperolehi, namun sukar dirasai..

Jadi, marilah kita sama-sama bermuhasabah diri dan membina aura positif dalam diri dan orang di sekeliling kita ... :-)

Assalam,

Monday, March 26, 2012

Mata Lebah vs Mata Lalat

"Mata lebah walau di tempat busuk tetap dicari bunga yang wangi dan segar, dititip madu ditempat tinggi, apabila diambil oleh kita menjadi satu nikmat kesihatan dan bahagia.."

- VERSUS -

"Mata lalat walau di taman yang cantik dan wangi tetap mencari sampah yang kotor dan busuk, andai dihinggap pada minuman atau makanan kita akan tersebarlah najis dan kekotoran itu, lantas sakitlah kita..."
Dengan kata lain,

Mata lebah, walau dihadapkan dengan perkara yang sukar dan dugaan atau cabaran hidup yang besar, tetap akan berfikiran positif kerana yakin dengan Allah bahawa tiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah besar disebaliknya.. hasil daripada sifat positif itu, akan mengeluarkan aura positif bagi orang sekeliling dan dirinya, lantas akhirnya dengan sabar mencari jalan dan menyelesaikan setiap perkara itu hingga kejayaan dan kebahagiaan akhirnya dikecapi :)

Tetapi....

Mata lalat, walau berada di tempat atau suasana terbaik tetap akan mencari dan berfikir negatif terhadap sesuatu. Dirinya hanya akan menimbulkan aura negatif di sekeliling nya, boleh jadi kuman atau virus yang bahaya dalam suatu kelompok masyarakat atau agensi. Seringkali kegagalan dan kekecewaan akan melanda dirinya..

Fikir-fikirkan...

Adakah kita tergolong dalam mata lalat atau mata lebah? :)

Assalam,

Friday, March 23, 2012

Cerita teladan : sang burung dan kawan-kawannya

Saya suka dengar segmen Motivasi Pagi di radio, baru-baru ni dengan Ustaz Badli Shah Alaudin, sejak beliau jadi penceramah jemputan, tiba-tiba rating pendengar segmen tersebut tinggi. Beliau hanya membawa cerita-cerita ringan untuk dibicara dan direnung-renungkan, namun menjentik minda dan jiwa yang mendengar :-)

Salah satu cerita yang menarik perhatian saya.. tentang sang burung.. mari kita amati bersama..

Pada suatu pagi yang sejuk, seekor burung berterbangan di awan.. cuaca terlalu sejuk, hingga burung tersebut membuat keputusan supaya segera mencari tempat berteduh.

Terbang dan terbang lagi... sang burung akhirnya hinggap di suatu tempat..

(Baru saja melepaskan lelah yang ada, tiba-tiba sang burung terkejut kerana badannya dilencunkan dengan sesuatu. Owh.. tahi... pusing kanan, pusing kiri, rupa-rupanya sang burung ini hinggap di tempat lembu menginap rupanya...) - pengajaran 1

(Syukur dalam hati sang burung kerana dalam kegelisahan 'bermandikan' tahi lembu itu, )-pengajaran 2(
datang seekor kucing mengelap2 badannya... gembiranya sang burung itu kerana ada kawan yang membantu membersihkan tubuhnya. namun, setelah bersih, akhirnya burung itu di makan oleh kucing tersebut.. ) - pengajaran 3



Pengajaran daripada kisah teladan ini;
1. Belum tentu tempat yang kita rasa selesa betul-betul selesa, kita harus sentiasa berwaspada dan meletakkan kebergantungan kita pada Allah agar sesuatu yang kita peroleh itu mendapat keredhaan-Nya..

2. Minda positif akan memberikan maklumbalas yang positif terhadap apa sahaja yang berlaku lantas mewujudkan rasa syukur kepada Allah. Musibah yang datang tentu ada hikmah besar yang Allah ingin beri atau tunjukkan kepada kita. Kadang-kadang musibah lah pencetus kemajuan kita :-)

3. Berwaspadalah kepada mereka yang berbuat baik kepada kita, belum tentu yang berbuat baik pada kita itu, adalah kawan atau sahabat kita..

Assalam,

Thursday, October 06, 2011

Tips Perkahwinan

Sesuatu yang boleh dikongsi bersama...
Terima kasih kawan yang tag aina .. semoga dapat dimanfaatkan.. :)

Kali pertama bersentuhan saat kami bergelar suami isteri..

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10. KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11 .KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

12. KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13. KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

Sumber dari; Ustaz Azhar Idrus

Assalam,

Tuesday, April 05, 2011

Emosi yang cerdas


Pagi itu bukan pagi yang mudah. Mahu saja Amir memuntahkan kemarahannya. Isterinya, Solehah di sebelah diam tak terkata. Terus laju dia masuk ke dapur selepas mengelap sisa-sisa kopi yang tumpah di atas meja, mengutip cawan dan piring yang berserakan.

Amir diam, dahinya berkerut. Dadanya terasa sesak, kepala terasa panas. Ringan saja tangan mahu diayunkan kepada Hasbullah, anak kecil 3 tahun yang baru saja menumpahkan kopi pada pelan bangunan yang baru disiapkan susah payah semalam. Hasbullah, sedar akan kemarahan bapanya, terkulat-kulat di hujung meja. "Kan mama dah cakap, duduk diam-diam tadi." bisik Solehah pada Hasbullah, kesal.

Apakah kesudahan nasib Hasbullah?

Adakah dia akan...

1. Dipukul Amir sekuat-kuatnya sebagai balasan atas kedegilan dan kenakalannya?
2. Dipukul Amir pada tapak kaki dengan rotan, sebagai syarat, tanda mengajar yang dia sebenarnya melakukan satu kesalahan yang tidak wajar diulang lagi.
3. Dibiarkan Amir, kerana dia masih budak tidak mengerti apa-apa pun.

Kejadian tersebut mungkin satu hal yang kecil, tapi apa agaknya kesannya terhadap peribadi Hasbullah 20 tahun kelak?

Dari pilihan 1,
Hasbullah mungkin jadi seorang lelaki yang dominant. Dia tidak suka dibangkang, keras kepala dan merasakan dia saja betul. Atau mungkin dia menjadi seorang yang tidak yakin diri, sentiasa malu dan tidak mampu untuk bercakap di khalayak ramai. Mungkin dia membesar, menjadi seorang anak yang gerun terhadap ayahnya, atau mungkin juga, berdendam.Mungkin.

Dari pilihan 2,
Hasbullah membesar sebagai anak yang baik. Dia tidak perlu lagi kata mak ayah untuk melakukan sesuatu sebab dia bijak menimbangkan sendiri. Tiap keputusan, tindakan yang diambil, akan dikira pahala dan dosa. Sebagai pemimpin, dia lebih adil dan sentiasa mengambil inisiatif untu mendengar pandangan pihak yang berlainan.Mungkin.

Dari pilihan 3,
Hasbullah tidak boleh dilarang langsung. Setiap kehendak, perlu ditunaikan. Kereta, telefon bimbit, laptop semuanya hendak yang canggih-canggih sahaja. Dia tidak tahu yang mana keperluan dan yang mana kemahuan. Kepimpinan? Dia berat sebelah, keputusan yang dibuat mesti menyebelahi kawan-kawannya. Kronism.Mungkin.

Kecerdasan Emosi; Satu Keperluan

Kenapa saya mewujudkan situasi ini? Inilah yang dipanggil Kecerdasan Emosi atau Emotional Intelligence.(EQ)

Psikologist Peter Salover menyenaraikan EQ sebagai kualiti yang membolehkan seseorang memahami perasaan orang lain, empati, dan kebolehan menguruskan emosi agar seimbang dengan hidup. Copper dan Sawaf pula mendefinisikan EQ sebagai kebolehan merasa, memahami dan menggunakan kekuatan dan ketajaman emosi dengan berkesan sebagai satu sumber tenaga, maklumat, hubungan dan pengaruh.

Sebenarnya Al-Quran telah menitik beratkan hubungan sesama manusia sejak awal lagi, jauh lebih awal sebelum EQ diistilahkan.

“Berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu” (QS. Al-Qasas: 77).

Emosi kita memberi kesan kepada sekeliling

Berbalik pada situasi, Amir dan Hasbullah. Kegagalan Amir menguruskan EQ, bakal membuatkan Hasbullah menjadi seorang dewasa yang gagal. Bagaimana pula dengan Hasbullah? Dia bukan mangsa kegagalan ayahnya, bahkan dia sendiri mempunyai kawalan terhadap diri sendiri. Dia sendiri berupaya merubah corak hidupnya, meskipun mungkin di awal hidupnya banyak dipengaruhi oleh ajaran Amir. Bagaimana dengan kita, sedar atau tidar, perangai kita sendiri membawa pengaruh pada peribadi orang sekeliling kita. Kita kedekut, orang lain kedekut balik. Kita pemarah , orang lain lagilah marah. Sedar tak, yang orang sekeliling kita, adalah cermin kepada diri kita sendiri?

Dalam Islam, pembangunan insan sangat dititik beratkan. Apa gunanya, kalau kita berjaya sebagai manusia, tapi tidak sebagai insan? Kalaulah dalam segerombolan kambing, hanya satu yang cantik bulunya, gemuk dan bermutu dagingnya, yang lain kurus, berkudis dan sakit, adakah kita anggap gerombolan kambing itu berkualiti? Kambing yang bermutu itu tidak akan dapat merubah apa-apa.

Sebab itu, dalam ummah, kita perlukan "kambing-kambing yang cantik bulunya, gemuk dan berkualiti" tadi. Bagaimana hendak dapatkan ramai "kambing-kambing berkualiti" ni?Mestilah dari penjagaan yang rapi.Lalu apatah lagi untuk melahirkan golongan manusia yang berkualiti.Sudah semestinya perlu didikan yang mantap sedari kecil lagi.

Apa peranan golongan yang berkualiti ini dalam masyarakat? Mereka sebagai guru, sebagai pemimpin, sebagai doktor, sebagai suri rumah, sebagai tukang jual sayur sekalipun. Bayangkan, kita berada dalam kelompok yang-orang yang tinggi EQnya, bayangkan, betapa harmoninya kehidupan kita. Sesak di trafik jam, boleh berbalas senyuman dengan kereta sebelah, lambat menunggu giliran di hospital kerajaan, kita boleh ucapkan syukur diberi lebih masa untuk berzikir.

Memetik kata-kata Al-Razi, seorang sufi tersohor benua Asia,

"Hendaklah engkau pelihara 3 perkara yang menjadi panduan orang mukmin iaitu, jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau susahkan dia. Jika engkau tidak suka akan dia, maka janganlah engkau mendukakan dia. Dan jika engkau tidak hendak memuji dia, maka janganlah engkau mencela dia."

Semoga kita sama-sama menerima manfaat dari pengurusan EQ yang berjaya.

Salam,

Wednesday, March 23, 2011

Paradigma anda?


Akhirnya dapat juga dengar ikim.fm di pejabat..
Sangat seronok.. bnyk input bermanfaat diperoleh setiap hari.

Salah satu slot yg aina suka; Bersama Prof Dr. Muhaya jam 10 pagi setiap hari Selasa.

Cite hari ni, berkait tentang paradigma; berikut input yang sempat aina catit (prof cakap laju sgt bnyk input, ada yang tak sempat nk catit..)

* Paradigma :
-cara kita berfikir, cara emosi @ interpretasi kita terhadap sesuatu dan cara kita bertindak.
-menentukan tahap kesihatan, kebahagiaan dan kerohanian diri kita (emosi, fizikal, mental, jasmani, rohani)
-menentukan hubungan kita dengan manusia - cari dan bezakanlah manusia yg memberi kita nutrien yang sihat, dekatkan hubungan dengan mereka kerana sifat mahmudah akan sama tersemai pada diri kita, elakkan dan jauhi manusia yang memberi kuman @ virus yang boleh menimbulkan masalah (pengumpat, suka bercerita tentang diri sendiri dan pelbagai lagi sifat mazmumah)
- pentingkanlah pendidikan duniawi dan akhirat agar seiring, simpanan, dan sedekah..

* Saranan penting prof pada semua;
-hormatlah kepada semua makhluk Allah; tak kira sesama manusia, haiwan, tumbuh-tumbuhan dan semua yang ada di sekeliling kita
-berbuat baiklah
-berlemah lembutlah dari segi pertuturan dan tingkahlaku
-support apa yang benar - bersandarlah pada undang2 Allah bukan undang2 manusia..

* Dua jenis kesedaran yang ada pada diri manusia;

i) kesedaran ego (MESTI dijauhi namun inilah yang paling bnyk dlm manusia)
- ego
- cepat marah / melenting
- tidak suka mendengar cakap orang lain / suka mencebik
- sangat suka fikir tentang apa orang kata
- kesedaran ketuhanan yang sangat rendah - sangat mudah putus asa
- suka menegakkan benang yang basah
- tidak memikirkan semua aspek apabila ingin marah
- hanya fikir kepuasan diri apabila marah

ii) kesedaran Allah
- pentingkan kasih sayang walaupun ingin marah
- hidup berkasih sayang dan penuh kecintaan pada Ilahi

*Prinsip utama hidup... kasih sayang... love... Ilahi akarnya nescaya akan dapat cinta lain.
L - Listen .. dengarlah apa yang diungkap dan dicerita
O - overlook .. kekurangan tidak nampak, dan melihat kebaikan pada semua orang
V - voice .. menghargai sekeliling
E - effort .. berkasih sayang sesama manusia dan makhluk Allah.

* Prinsip marah...
Marah lah di tempat yang betul..
Marah lah pada orang yang betul..
Marah lah dengan niat yang betul.. samada untuk kepentingan diri ataupun Allah
Marah lah dengan sebab yang betul.. marah kerana agama, tapi bukan peribadi manusia

* Anak2 kecil kita sepatutnya didedahkan dengan lagu seperti ini...
Anak ummi Insyirah (gantikan nama insyirah dengan nama bayi anda)
Jagalah aurat
Jagalah aqidah

Jagalah ibadah

Selamat dunia akhirat..


alangkah eloknya jika dijadikan amalan, daripada dibuai dengan lagu2 lain yang belum tentu berunsurkan islamik..

terakhir.. kata2 hikmah Prof.. Sabar itu pahit, tetapi buahnya manis... jadi belajarlah untuk sabar dalam sabar...

Semoga dapat manfaat daripada sedikit cebisan yang dapat dicoretkan melalui slot Prof Dr Muhaya...


Salam,

Wednesday, November 10, 2010

Islamkah Kita??


Salam...

Artikel ni dicopy dan paste from blog Otak dan Lutut... Adalah tanggungjawab aina dan semua untuk menyebarkannya....

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu.. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.

Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu.

Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, 'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'

Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..

Butir asal permohonan..

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam CinaKristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.

Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.

Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung dikepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi. Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun.. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah, nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata? eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar).. Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar isytiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu,Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan... Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan.. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazahsaudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur merekabertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besaritu ya Rasullullah?' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak?Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar.Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, merekatetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnyakehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan artikel ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali,artikel ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

Note: Nauzubillah.. inilah salah satu kerunsingan yg aina hadapi.. semoga dijauhkan daripada kaum keluarga dan orang-orang disekelilingku.. aminn ya rabb!

Friday, July 09, 2010

Awas! Ramalan Sotong Boleh Membawa Kufur..

sotong john oh sotong john..

Di pagi yang hening ni.. dipanjangkan tulisan sahabat saya.. nauzubillah.. moga kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang keji dan mungkar.. amin..

Assalamu'alaikum wbt dan salam hormat. Sekadar tazkirah ringkas di ruang forum ini. Firman Allah S.W.T di dalam ayat 65, Surah An-Naml maksudnya: "Katakanlah lagi: Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan Allah! Dan tiadalah mereka menyedari bilakah masing-masing akan dibangkitkan hidup semula (sesudah mati)."

Disebut juga di dalam hadith Riwayat Imam Muslim, maksudnya: "Barangsiapa yang mendatangi tukang tenung, lalu dia menanyakan tentang sesuatu, tidak diterima Allah solatnya selama 40 malam."

Disebut juga di dalam hadith lain oleh Imam Ahmad, maksudnya: " Barangsiapa mendatangi tukang ramal atau tukang nujum / bomoh / dukun lalu membenarkan kata-katanya maka sungguh dia telah kufur terhadap wahyu yang diturunkan kepada Muhammad."


Itu adalah antara dalil-dalil larangan mendatangi, bertanya serta meminta ramalan akan sesuatu perkara. Menerusi Buletin Utama TV3, masyarakat kita telah dihidangkan ramalan sotong kurita bernama Paul dari Jerman berkenaan pasukan mana yang akan menang jika melibatkan perlawanan dengan pasukan Jerman.

Sekiranya pertama kali tertonton ramalan itu, janganlah mempercayainya.
Kemudian, janganlah ternanti-nanti ramalan berikutnya oleh sotong kurita itu kerana ia boleh menyebabkan kita jatuh ke lembah kekufuran. Menang kalahnya pasukan Jerman, apa kaitan sotong itu dengan perlawanan bola sepak? Maka ramalan begini adalah tertolak.

Sotong itu tidak mengetahui perkara ghaib. Perkara pada masa akan datang hanya Allah saja yang tahu. Jika benar pun ramalan-ramalan yang tidak berdasarkan sebab zahir sesuatu perkara itu terjadi, harus ianya adalah daripada bangsa Jin yang mencuri-curi dengar berita langit.


Di dalam hadith Riwayat Imam Muslim disebutkan, maksudnya: Dari 'Aisyah, dia berkata; "Aku pernah bercerita kepada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, bahwa para tukang tenung berkata begini dan begitu dan kadang kami lihat kenyataannya memang benar." Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wasallam: " Kata-kata yang benar itu ditangkap oleh bangsa jin, lalu dibisikkannya ke telinga tukang tenung dan ditambahkan ke dalamnya dengan seratus kedustaan."

Sama-samalah kita menegur rakan-rakan kita yang telah terpercaya dan jatuh minat dengan ramalan si Paul.
Perbanyakkan istighfar dan pelajarilah lagi, apa yang boleh menyebabkan akidah kita rosak dan bagaimana untuk menjauhinya. Selalulah berdoa dengan doa di bawah, yang diriwayatkan hadithnya oleh Imam Ahmad: اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ أَنْ أُشْرِكَ بِكَ وَأَنَا أَعْلَمُ، وَأَسْتَغْفِرُكَ لِمَا لاَ أَعْلَمُ Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu, agar tidak menyekutukan kepadaMu, sedang aku mengetahuinya dan minta ampun terhadap apa yang tidak aku ketahui.”

Monday, May 10, 2010

Dosa-Dosa & Facebook


salam... aina baru dapat satu email drpd seorang sahabat... utk dikongsi oleh semua pembaca2, untuk renungan dan tatapan kita semua.. yang telah dan akan mempunyai akaun facebook, friendster, twitter dan yang sewaktu dengannya... baca yeee..

Semenjak empat bulan terlibat dalam menyampaikan mesej kebaikan, melarang kemungkaran melalui facebook. Disedari terdapat beberapa cara penggunaannya yang patut ditegah dan boleh jatuh perbuatan tersebut kepada haram, malah berganda-ganda haramnya.

Perlakuan dan perbuatan melalui facebook yang boleh mengundang dosa terlalu banyak, namun di kesempatan ini, cukup saya senaraikan enam perkara, iaitu :-

1) Mendedah keaiban suami, isteri di facebook.

Terdapat beberapa kes yang dilihat sama ada secara langsung atau tidak langsung, pemilik facebook meluahkan perasaan sedih, kecewa, benci, marah terhadap pasangan di ruang status mereka. Mendesak suami atau isteri juga melalui status facebook. Kemudian, status tersebut
mendapat komentar pelbagai dari rakan-rakan mereka. Sebagai contoh, ada yang secara terbuka mendesak suami membeli rumah, kereta, pinggan mangkuk, perabot, pakaian dan sebegainya melalui status mereka. Tertekanlah suami serba salah.

Sebagaimana yang disebut oleh ramai specialist di dalam bidang rumah tangga, kebanyakan wanita suka berkongsi dan meluahkan perasaan mereka kepada orang lain sebagai pelepas kepada beban yang ditanggung. Adakalanya ia mungkin bukan bertujuan untuk menjatuhkan suaminya, bukan pula untuk tujuan membuka aib suami atau untuk mencari penyelesaian. Pendedahan itu hanya sebagai pelepas tekanan di dalam diri.

Namun, tanpa disedari perbuatan tersebut tergolong dalam mengumpat yang diharamkan oleh Islam. Semua perlu memahami bahawa mereka tidak boleh sewenangnya bercerita perihal rumahtangga atau pasangan mereka secara terbuka sama ada melalui facebook atau kepada rakan di pejabat dan sebagainya. Sebarang masalah yang sudah tidak dapat diselesaikan
olehnya, hanya dibenarkan untuk diluahkan kepada seseorang yang diyakini punyai autoriti seperti ibubapa, mertua dan adik beradik yang diyakini boleh berperanan membantu, bukan berpotensi mengeruhkan lagi keadaan. Boleh juga dikongsikan secara tertutup kepada pihak ketiga seperti Qadhi, Mufti, para ilmuan sama ada Ustaz, Ustazah atau Kaunselor Rumahtangga.

Pendedahan masalah dan info yang boleh mengaibkan suami (dan isteri) TIDAK DIBENARKAN sama sekali disebarkan melalui facebook. Apabila ia dilakukan, ia dengan mudah sekali boleh mengundang dosa. Terdapat sebahagiannya info tidak secara langsung mengaibkan pasangan,
tetapi selaku pembaca, kita dapat ‘membaca' dan mengetahui secara tersirat bahawa si pemilik sedang ‘perang dingin' dengan pasangannya. Ada juga yang difahami, suaminya sedang gagal memenuhi apa yang diingininya, bersifat kurang baik kepadanya dan sebagainya. Ingatlah
semua, rumahtangga adalah amanah, jangan meruntuhkannya melalui facebook.

Beramanahlah, berikan suami dan isteri anda password facebook anda, agar mereka sentiasa boleh meneliti mesej-mesej yang dihantar kepada anda. Boleh juga pasangan berperanan selaku penyemak dan memadam (delete) mana yang perlu jika dimasukkan secara emosi tanpa
pertimbangan aqal yang wajar.

2) Terlebih gambar

Ramai di kalangan wanita hari ini sudah mempunyai facebook, mungkin sudah menjadi lumrah wanita yang biasanya inginkan kecantikan dan pujian terhadap kecantikannya. Oleh itu, semakin ramai wanita yang memuatkan gambar mereka, sama ada jarak dekat, sangat dekat ( sehingga
memenuhi kotak gambar) dan jauh (beramai-ramai atau seorang diri). Ditambah pula lagi dengan gaya, aksi dan fesyen yang pelbagai.

Agak pelik juga kerana sebahagian mereka sudah bersuami dan kelihatan suami mereka memberikan sepenuh keredhaan atas tayangan gambar sedemikian kepada khalayak, tanpa sebarang rasa cemburu dan prihatin. Lebih merbahayakan, ramai pula lelaki yang menontonnya, sebahagiannya memberikan pujian, malah ada yang berani bergurau senda, dan membuat
‘lamaran' nafsu.

Lebih pelik, tuan punya facebook yang sepatutnya mampu mengawal dan memadam sebarang komen kurang etika, kelihatan membiarkan sahaja lamaran nafsu (seperti ajakan berdating, kahwin-padahal telah bersuami) tersebut di ruangan komentar gambarnya, tanpa rasa bersalah.

Berterusan bercanda mereka melalui ruang komentar, si lelaki dan wanita ada juga yang telah beristeri dan bersuami, cuma atas tiket kawan lama, sepejabat dan sebagainya, hal tersebut dibiarkan. Malah jika kedua-duanya masih bujang sekalipun, ia tetap BERDOSA dan SALAH
di sisi Islam kerana ia termasuk dalam kategori larangan Allah ‘janganlah kamu menghampiri zina'.

Saya bimbang, ramai pula lelaki yang menjadi dayus dek kerana gambar isteri terdedah aurat ( atau menutup aurat kurang sempurna) ditayang sehabisnya di facebook. Baca perihal ciri lelaki dayus di sini .

3) Penyamaran

Lelaki menyamar sebagai wanita untuk menjadi friend dan seterusnya mendapat maklumat wanita. Ada dilaporkan juga, sebahagian lelaki berang kerana tidak diluluskan menjadi ‘friend' seseorang wanita. Akibatnya, si lelaki tidak mendapat kemudahan akses kepada gambar-gambar wanita tersebut. Bagi membolehkannya mendapat akses, terdapat lelaki yang mula menyamar menjadi wanita, meletakkan gambar mana-mana wanita yang boleh dijumpai secara mudah tertebaran di interent, diletakkan sebagai dirinya. Melalui cara itu, lelaki ini
berjaya menjadi friend dan menonton seluruh gambar wanita terbabit dan berbuat apa yang disukainya dengan gambar itu.

Si wanita yang pada asalnya merasa selamat kerana merasakan dirinya telah menapis sebaiknya, rupanya masih terdedah gambarnya kepada yang orang yang tidak sepatutnya. Kerana itu, walau anda hanya membenarkan friend untuk menatapi gambar anda, pastikan kemua gambar tersebut masih terhad dan terjaga.

4) Download gambar untuk simpanan dan tatapan.

Dimaklumkan juga, akibat dek kerana gambar wanita yang terlalu ‘bersepah' difacebook, terdapat lelaki berhati buas yang memuat turun gambar tersebut dan disimpan sebagai koleksi peribadinya. Justeru, sedarlah, mana-mana wanita yang dikurniakan Allah punyai ‘rupa' yang
menurut pandangan ramai sebagai elok dan menawan. Golongan sebegini amat perlu sekali lebih berwaspada lebih daripada mereka yang lain.

Malangnya, golongan sebegini kelihatan lebih ghairah menjaja gambar mereka untuk mendapat lebih banyak pujian dan ...'DOSA'. Simpan sahajalah gambar-gambar 'kiut' (cute) anda, cukuplah ia buat tatapan suami. Cukuplah pujian rakan sekeliling yang benar-benar mengenali
anda. Tidak perlulah tamakkan pujian manusia luar.

Tunggu sahajalah pujian para malaikat dan bidadari di Syurga nanti, terlampau tidak sabarkah wahai diri? Sedarilah, ke'kiut'an anda mungkin menjadikan sebuah rumahtangga hancur, kecemburuan wanita lain, kerana boleh wujud gejala suami yang membanding-bandingkan wajah dan tubuh anda dengan isterinya. Jika itu berlaku, pemilik gambar mendapat saham dosa.

5) Tagging gambar tanpa izin dan gambar silam yang membuka aurat.

Tagging atau menandakan sesuatu gambar yang disiar merupakan satu fungsi mudah untuk menyebarluaskan gambar seseorang termasuk diri sendiri kepada kenalan dan rakan. malangnya fungsi ini menjadi sumber dosa yang banyak juga dewasa ini. Isu ini juga pernah ditulis oleh beberapa penulis lain seperti Ust Abu Umair dan Sdr Shahmuzir. Saya ingin menegaskan lagi tulisan mereka.

Ini adalah kerana, terdapat ‘trend' menyebarkan gambar-gambar lama, dan kemudian meletakkan tagging kepada individu di dalam gambar. Perlu disedari, setiap gambar yang di'tag', akan muncul dan boleh dilihat oleh semua friend, dan rakan kepada friend tersebut juga boleh
menontonnya.

Ini boleh menjadi dosa, kerana :-

a- Sebahagian individu di dalam gambar terbabit mungkin dahulu tidak menutup aurat, tetapi kini telah menutup aurat. Justeru penyebaran gambarnya yang tidak menutup aurat adalah haram.

b- Individu terbabit berada di dalam rumah, bersama keluarga, justeru penutupan auratnya tidak begitu sempurna kerana di dalam rumah sendiri atau di dalam keadaan ‘candid', tetapi akibat ketidakperihatinan sebahagian ahli keluarga terhadap hal aurat. Gambarnya yang sedemikian tersebar. Sepatutnya, kita yang di'tanda' boleh dengan segera delete 'tag' itu, hasilnya walau gambar masih tersiar tetapi ia tidak mempunyai sebarang pengenalan. Itu paling
kurang boleh dilakukan oleh individu yang prihatin dan berawas-awas. Namun malangnya, sebahagian pemilik facebook tidak sedar mereka boleh ‘untagged' nama mereka. Malah kalau mereka boleh untagged sekalipun, penyebaran gambar sedemikian tetap salah dan berDOSA di dalam Islam.

c- Gambar mengaibkan orang lain. Gambar yang disiarkan itu, walaupun menutup aurat, tetapi dalam situasi mengaibkan. Mungkin ia tidak mengaibkan individu yang menyiarkannya kerana dia dalam keadaan baik dan bagus. Namun rakannya berada dalam situasi mengaibkan,
tambahan pula dia kini merupakan ‘seseorang' yang terhormat, punyai kedudukan baik di mata masyarakat,. Apabila gambar sedemikian disiarkan, ia mencemar nama baiknya. Penyiaran sebegitu sama seperti mengutuknya secara langsung di khalayak ramai, sama ada sengaja atau
tidak, semua perlu sedar..anda mungkin bebas menyiarkan gambar anda, namun gambar orang lain. Keizinan perlu diperolehi terlebih dahulu sebelum siaran dibuat.

6. Mengutuk diri sendiri & kebaikan

Adakalanya terdapat juga wanita-wanita berpenampilan cukup solehah, berpakaian extra caution dalam bab aurat sewaktu zaman universiti atau sekolahnya. Namun sesudah masuk ke alam pekerjaan dan perkahwinan, imejnya berubah begitu drastik dengan make up cukup jelas
menghiasi wajah, baju bekerlipan warnanya, yang tebal dahulu sudah jadi nipis, adakalanya tidak sempurna dan macam-macam lagi. Alasannya? Seribu satu macam. Suami pula mungkin bukan dari jenis yang cermat untuk menegur dan menasihat.

Yang menyedihkan, apabila tersiar gambar lamanya yang berpakaian extra caution lagi sopan di facebook, disiarkan oleh rakan-rkana lama. Tuan punya tubuh, kelihatan tanpa malu dan segan mengutuk dirinya sendiri sama ada secara langsung atau tidak langsung. Lahirlah kata-kata,
‘zaman aku ekstrem', ‘zaman solehah', ‘waktu innocent', zaman-zaman suci', 'itu zaman kuno dulu', 'itu masa duduk bawah tempurung' dan lain-lain frasa yang sepertinya.

Tanpa disedarinya, ia mendedahkan keaiban dirinya sendiri, apabila berkata zaman solehah, bermakna kini adakah dia mengaku tidak lagi solehah?, kini tidak suci?. dan lain-lain. Ia juga sekaligus seolah mengutuk pemakaian sopan dirinya dahulu. Ingatlah wahai diri, jika
tidak mampu istiqamah atas pakaian dan penampilan dahulu, janganlah sampai mengutuknya. Kerana ia sama seperti mengutuk pakaian yang sopan lagi baik, seolah mendahulukan yang kurang baik.

KESIMPULAN

Itulah facebook, ia boleh menjadi sumber pahala, jika diguna dengan betul, boleh menjadi pemudah azab jika digunakan tanpa ilmu dan limitasi. Berhati-hatilah dan berpada-padalah pemilik facebook.

Niat untuk mendekatkan ukhuwwah antara rakan lama, sekolah dan sebagainya tidak sama sekali boleh menghalalkan sembangan mesra, gurauan senda di antara suami dan isteri orang, antara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Ia hanya akan membawa kepada kemudaratan dan keruntuhan rumahtangga. Janganlah lagi mempermainkan nama 'ukhuwah' untuk berbuat dosa.

Ukhuwwah itu hanya terhad sesuatu yang membawa kepada ingatan kepada Allah, mengajak kebaikan dan menjauh kemungkaran. Lihatlah surah al-Hujurat dan fahamkan kalam Allah sebaiknya akan erti ukhuwwah di kalangan mukmin.

Sekian.

Semoga kita semua mendapat manfaat dan menginsafkan diri saya dan rakan pembaca andai kita terlena @ terleka seketika...

Wednesday, April 14, 2010

alhamdulillah!

alhamdulillah,
semoga kebahagiaan itu milik kami.. aminn...

salam semua... lama sungguh x update blog ni. rindu sgt2 tp kesibukan melampau menguasai diri lantaran terpaksa 'pinggirkan' seketika kerja-kerja yang berada di priority agak bawah dan tumpukan kpd priority yg agak tinggi.

Keadaan agak sibuk sejak sbln yang lepas, yang banyak menuntut kesabaran dan ketabahan saya untuk menghadapi segala liku sebagai seorang pekerja, pelajar dan suri.. alhamdulillah berkat kekuatan yang Allah beri disamping suami dan keluarga yang amat memahami, memberikan aina peluang untuk mengatur masa dan menyiapkan segala perkara. Bermula dengan tugas untuk menyiapkan tesis(tq to my BIL, dr shafry), menganjurkan majlis tahlil di rumah(tq to my luvly hubby n famili), menyiapkan tugasan pejabat (tq to my officer, en. el), dan menguruskan anakandaku insyirah yg dilanda demam, dan berulang alik pulang ke kampung kerana hal keluarga.. semuanya berlaku serentak... terima kasih banyak2 ya Allah di atas segala bantuanMu dan terima kasih juga kepada orang2 terdekat aina kerana amat memahami situasi aina. Terasa diri bahagia walau ketegangan fikiran sering terjadi..

Terlalu banyak yang ingin diceritakan, terlalu banyak yang ingin dikongsi, entah nak mula dari mana aina pun tak pasti. Namun yang pasti ada seperkara yang ingin diluah dan dikongsi dengan sume readers setia.... satu perkara yang berlegar di kepala, bukanlah menjadi satu perkara berat namun mungkin ingatan untuk semua, kita sebagai hamba di dunia tidak lepas dengan dugaan dan cabaran..

Mungkin tidak perlu aina huraikan apa yang berlaku, namun hati ini ingin berkongsi sesuatu, rahmah daripada apa yang berlaku atas diri ini. Semoga dapat diambil sebagai panduan hidup kalian yang merasakan diri dalam kesusahan dan keresahan... aina summarize di sini ye...

Yakin dan percayalah dengan Allah...
ye... cinta yang satu, cinta Ilahi.. daripada cinta Ilahi, terbit cinta sesama manusia, cinta kepada ibu bapa, cinta sesama suami isteri, cinta kepada anak, cinta kepada keluarga, cinta sesama saudara, cinta sesama manusia.. dan hasilnya terjalinlah satu ukhuwah erat antara kita. carilah cinta sejati Ilahi, kerana nikmat cintaNya tidak akan terbanding melainkan siapa yang merasainya :)

Janganlah mempercayai sesiapa kecuali Allah dan yang mempunyai pertalian darah denganmu
perkara ini berlaku pada saya... beberapa kali saya tertipu dengan mereka yg saya anggap sahabat, mereka yang lbh berumur yg saya anggap dapat memberikan saya panduan untuk menjalani alam kehidupan penuh onak duri ini, tapi, merekalah duri dalam daging dan bersifat talam dua muka yang tidak kita duga langkah dan cita-citanya..

Bersyukurlah..
apa-apapun cubalah untuk tingkatkan diri dengan satu sifat ini... dengan bersyukur, kita tidak akan menyalahkan sesiapa di atas apa yang berlaku. cuba untuk memikirkan setiap perkara yang berlaku dari sudut yang positif, dan tidak menyalahkan sesiapa. sesungguhnya dugaan itu, adalah nikmat kehidupan, tanpa kita sedar, ia adalah kifarah dosa kita yang lalu.. sedarilah bahawa Allah sayangkan kita, nak kita jadi yang lebih baik dari apa yang kita telah ada..

wanita itu fitnah
"apabila keluar seorang wanita dari pintu rumah, maka akan mengekorilah ia dengan fitnah.." bila saya teringatkan ayat ini, akan membuatkan diri saya berhati-hati, kerana di zaman yang serba canggih a.k.a makin dekat akhirat menjelang, di mana ramainya wanita maka akan timbullah pelbagai cerita berunsur fitnah dan umpatan, pakaian yang menyelimuti badan namun seolah tidak menyelimuti sepenuhnya juga akan menimbulkan fitnah.. dan segala2nya akan menimbulkan fitnah... maka berdoalah kita agar dijauhkan daripada segala fitnah dan penyebar fitnah... petua saya, setiap kali ingin keluar rumah, saya akan membaca ' bismillahillazi layadhurru ma'asmihi syaiunn fila'rgdhi walafissamai wahuwassami'ul'alim... ' insyaAllah, dijauhkan kita daripada segala kecelakaan dan kebinasaan manusia dan syaitan..

Hargailah..
ibu bapa, suami, anak, saudara mara, dan sahabat akhirat adalah orang yang perlu kita hargai dan sayangi... merekalah sebenarnya yang memandu dan membantu kita untuk mencapai tujuan hidup, yakni untuk menjadi khalifah Allah yang dicintaiNya.. yakni untuk menjadikan sikap dan perilaku kita lebih hebat dan bersemangat.

ingatlah wahai sahabatku,
berbahagialah dan carilah kebahagiaan itu kerana bila kita bahagia, kita dapat membahagiakan orang di sekeliling kita... dan bila kita menyayangi orang terdekat kita, kita akan disayangi oleh Pencinta Agung.. usah biarkan kita dihanyut rasa gundah gelana dan resah hanya kerana anasir-anasir yang tidak perlu. jalanilah kehidupan dengan rasa syukur, insyaAllah kebahagiaan abadi itu adalah milikmu... :-)

Note : gambar sekadar hiasan, hehe :)
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates