Featured

Wednesday, March 13, 2013

Penyusuan susu ibu : cabaran awal kelahiran

Indahnya saat menyusukan bayi :)
Salam,

Entry kali ni dan akan datang akan cuba untuk banyak bercerita tentang pengalaman penyusuan susu ibu buat Athiyyah, saja untuk simpanan memori dan perkongsian bersama serta rujukan di masa akan datang (insyaAllah)..

Sebelum mula bercerita, ingin dikongsi bersama tentang fakta, bahawa semua ibu boleh menyusukan bayi mereka, kecuali tiga kelompok(akan diterangkan kemudian). Kata-kata seperti setiap anak ada yang tak ada susu dan ada yang tak banyak susu serta kadar susu bergantung kepada keturunan amatlah salah sama sekali.. huhh..

Cabaran utama penyusuan seawal 20 minit setelah kelahiran adalah masalah pengeluaran susu yang dikatakan sedikit, menjadikan bayi menangis dan ada kata-kata orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu. Pengalaman saya bersama Athiyyah, ditakdirkan Athiyyah perlu diletakkan di bawah pengawasan doktor (dengan kata lain duduk dalam inkubator) kerana tertelan air ketuban.

Setelah selamat bersalin jam 4.28 petang, jam 5.30 petang saya selamat dihantar ke bilik wad. Ketika itu saya masih tertanya-tanya status anak saya, kerana telah dimaklumkan terlebih awal bahawa saya mahu menyusukan anak saya setelah saya dihantar ke wad. Namun tiada berita, sehingga jam 6.30 petang, nurse datang dan memberitahu anak saya ditahan, diletakkan dalam inkubator, menangis dan perlukan susu. Juga meminta izin saya untuk memberi susu tepung (kerana saya tidak boleh menyusukan baby secara direct). Saya cuba tenangkan diri, walaupun amat cemas waktu itu, dan memberitahu nurse bahawa saya tidak mahu anak diberi susu tepung walau apapun terjadi. Jam 7 petang nurse datang lagi mengatakan anak menangis, dan perlukan susu. Saya meminta pam susu untuk dipam dan diberi kepada anak, alhamdulillah nurse telah dilatih, walaupun hanya dapat beberapa titik, beliau faham, akhirnya baby tertidur, jam 8.40 malam baby disorong masuk ke dalam bilik saya.. alhamdulillah..

Itu cerita saya... apa yang saya nak kongsikan adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu dan buat sebelum bersalin iaitu;
  • Dapatkan sebanyak mungkin info tentang penyusuan susu ibu ; a) ikutilah seminar / kursus / taklimat / SGM penyusuan susu ibu - boleh refer susuibu.com, majalah pa&ma, atau jumpa pakar atau kaunselor susu ibu terlatih b) banykkan membaca majalah pa&ma (recommended), buku-buku penyusuan susu ibu
  • 2 minggu sebelum bersalin - jumpa bidan bersalin dan lakukan urutan payudara untuk memudah dan melancarkan pengeluaran air susu
  • Belajar teknik marmet @ perahan susu ibu menggunakan tangan
Jika berlaku anak ditahan dalam inkubator atau NICU;
  • Bertenang, jangan kalut, abaikan keadaan sekeliling, dapatkan bantuan suami untuk memahami dan tenangkan emosi anda
  • Cuba untuk perah susu ibu menggunakan teknik marmet - tidak digalakkan menggunakan pam kerana susu akan tersekat di corong-corong pam
  • Mohon bantuan adik beradik / saudara mara / sahabat yang diketahui mempunyai keperibadian diri yang baik untuk mendapat sedikit bekalan susu perahan - alternatif untuk menampung keperluan susu
  • Anda perlu tahu dan maklum bahawa baby masih boleh hidup selama 1 hingga 2 hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya. Anak menangis kerana perlukan pelukan dan sokongan ibu dan bapa. Jangan sesekali terpedaya dengan pujukan / ugutan / kata-kata yang tidak membantu anda
Setelah anak anda selamat bersama anda;
  • Peganglah prinsip LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.
  • Jadi kerapkan penyusuan (on demand breastfeeding) tak kisahlah orang kata anak asik menempek dengan kita ke apa, abaikan saja :) Dalam mana-mana situasi pun baby yang baru lahir perlukan ibu. Baby tenang apabila dipeluk dan didakap oleh ibu sambil disusukan
  • Tak perlu fikir susu keluar banyak atau tidak, yang penting rangsangan daripada mulut anak akan bantu badan kita mendapat signal ke otak untuk producekan susu 
  • Kerapkan tuam tepi payudara agar salur-salur yang tersumbat (rasa urat berketul-ketul tepi payudara) dapat mengalir lancar (kaedah : urutan sekitar tepi sekeliling payudara dan di tepi ketiak)
  • Mulakan sesi memerah seawal yang boleh.. dua kali sehari, contoh 1x waktu pagi dan 1x waktu petang. Simpan susu pada sesi 1 dan sesi 2 di dalam peti sejuk (pintu biasa). Setelah suhu sama, campurkan susu sesi 2 dengan sesi 1 pada waktu malam dan masukkan di pintu sejuk beku.

Ingat, penyusuan susu ibu itulah MUDAH tetapi TIDAK MUDAH jika tiada ilmu :-)

Selamat menyusukan bayi anda :)

Assalam,
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates