Featured

Tuesday, May 19, 2009

apa nak jadi...

Artikel ni dipetik daripada akhbar.. apalah nak jadi dengan zaman sekarang... kepada semua yang bergelar wanita / perempuan / anak dara / mak dara... berhati2lah.... minta dijauhkan daripada terkena di kalangan sanak saudara dan rakan taulan kita... na'uzubillah min zalikh...


Dua bersaudara dirogol 9 lelaki

Remaja ditinggalkan di bangsal getah berhampiran pusat perkelahan

GRIK: Hasrat dua remaja perempuan bersaudara keluar makan malam bersama teman mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dirogol secara bergilir-gilir sembilan lelaki di sebuah bangsal getah berhampiran Pusat Perkelahan Lata Ulu Lawin dekat sini, Rabu lalu.

Kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun keluar dari rumah keluarga mereka di Kati, Kuala Kangsar apabila seorang daripadanya menghubungi teman lelakinya untuk mengajak makan di pekan Lenggong dan dibawa membonceng motosikal oleh teman lelaki mangsa dan rakannya.

Bagaimanapun, mereka dibawa ke Lawin Selatan, Grik sejauh lebih 50 kilometer dari rumah mereka.

Sumber polis berkata, apabila tiba di bangsal ladang getah itu kira-kira jam 10.30 malam, kedua-dua gadis berkenaan dirogol teman lelaki dan rakannya. Beberapa ketika kemudian, tujuh lagi lelaki yang menaiki motosikal tiba di situ dan merogol mereka secara bergilir-gilir.

Kedua-dua mangsa kemudian ditinggalkan di bangsal itu sehingga keesokan paginya dan berjalan kaki keluar ke jalan raya di Felda Lawin Selatan sebelum meminta bantuan penduduk kampung.

Mangsa yang bersaudara sepupu sudah tidak bersekolah dan bekerja sebagai jurujual di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar itu kemudian dibawa keluarga masing-masing untuk membuat laporan polis di Balai Polis Kati pada jam 1.30 pagi, Jumaat lalu.

Menurut sumber, polis merampas beberapa helai pakaian dan kain yang ditemui di tempat kejadian selepas menerima laporan untuk dijadikan bahan bukti.

Ketua Polis Daerah Grik, Superintendan Mahad Nor Abdullah, ketika ditemui di sini, semalam mengesahkan kejadian itu, berkata polis sedang memburu mereka yang terbabit dalam kejadian rogol berkumpulan itu.

"Dengan bantuan maklumat yang diterima daripada mangsa, polis sudah berjaya menahan tiga lelaki berusia awal 20-an di rumah masing-masing iaitu seorang Jumaat lalu dan dua pada malamnya.

"Polis masih memburu enam lagi suspek dan percaya akan dapat menahan mereka dalam tempoh terdekat kerana sudah mempunyai maklumat mengenai mereka," katanya.

Wednesday, May 13, 2009

kena tag lagi.. tak sukenyee..

salam... hehe lama tak muncul.. sbnrnya bukan pe, bnyk benda yg nk diceritakan tp tertangguh / tak sempat / tak da mood disebabkan bnyk perkara.. tp yg paling tak menghidupkan perasaan nk update blog sbb cable kamera digital yg menghilang tak jupe2... sediy... ingat nk beli yg baru laa.. bnyk gamba2 tak boleh nk copy masuk pc... huhu :(

oklah sejak akhir2 ni ramai pulak kengkawan yg tagged aina.. maka agenda pertama kali ni kita jawab dl tag2 yg dh dikenakan...

pertama.. oleh kak emi ;
sebenarnya pernah kena dan telahpun jawab tagged ni.. oleh pn wardah, thn lepas kat sini. tp untuk tidak menghampakan hajat kak emi aina copy paste je la ayat2 dan gambar2 kesukaan tu kat sini ye.. hehe

"
so... inilah gambarnya... yg paling aina sayang, yg paling aina terharu, yg paling aina akan ingati saat2 ni..... kat mana-mana pun aina letak gamba ni sbb rasa amat bermakna, perasan x dlm blog ni pun ade? hehehe.... the reason why.... inilah saat aina disentuh buat kali pertama oleh suami iaitu saat majlis membatalkan air sembahyang setelah akad nikah, sambil dipeluk erat dan dipandang mesra penuh kasih sayang oleh mak aina... sayu sgt hehe :-) kalu perasan kat tepi cik imah, cicit nenda pertama sblh mak :)

utk gamba potret yg paling aina suka pulak.... hmmm.... inilah dia :-)

gamba ni diambil oleh rakan sepejabat saya masa majlis kenduri sambut menantu yang diadakan kat rumah hubby di grik, perak... aina sgt sukakan gamba ni sbb... bnyk kisah di sebalik perjalanan sesi penggambaran ni berlangsung menyebabkan kami sgt2 keletihan, namun akhirnya kami dpt timbulkan mood bergambar dlm gambar ni hehehe :) "

ok.. kedua; oleh pn wardah yang suh jawab soklan2 nie... so layan jer laaa...

1. Anda rasa anda hot?
mmg musim panas pun skrg ni... panas.. panas.. panas... segalanya panas :)
sama gak tak jawab soklan kot.. :)

2. Upload gambar kegemaran anda.
mm ada gambar kegemaran yg baru.. tp dlm kamera .. sedihnye.. :( tp takpe nnt la upload blk bile dh bole import masuk lappy ek.. so soklan ni di'KIV'kan dl.. sblm ni gamba kat atas tu le.. gamba ms majlis batal air semayang ms akad nikah lepas :)

3. Kenapa anda suka gambar ini?
pun sama akan dijawab kemudian :)

4. Bila kali terakhir makan pizza?
2/5 yg lepas.. hubby belanje :)

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
ntah bnyk sgt lagu.. sbb ramai yg menyanyi skrg ni. naik pening pun ade hehe

6. Apa yang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
siapkan keje laa.. tetiba je bos nk wat meeting pg sok... selain br je view fp kak rinn belek kek kenit yg dia watt... nmpk sedap jee...

7. Selain nama sendiri anda suka dipanggil dengan panggilan apa?
selain aina.. na, kak long, dan of course panggilan spesel dr hubby, sayang :)

8. Tag lagi 6 orang.
haaa.. ni yg best.. org2 yg terkena tag adelaa...
1. kak ha
2. kak tini
3. abe mie
4. kak emi
5. emi
6. ipah

ok... next agenda... cite pasal ulang tahun kelahiranku.. hehe
-> alhamdulillah, buat pertama kalinya dalam hidup aina berpeluang untuk sambut hari ulang tahun yg ke-28 (dah tua laa..) dgn hubby... sblm ni tak pernah berpeluang.. ye la kami pun br nk masuk 3 tahun kenal, thn lepas hubby kat perlis, thn sblm tu plak atas alasan teknikal so tak leh la kuar dating hehe.. jasadnya ada dpn mata adalah hadiah paling berharga utk aina.. dan terima kasih utk pizza yg sedap itu ye dear.. :)
-> time kasih juga pada kengkawan yg wish dan bagi hadiah.. tak sangka tua2 pun ade lagi org yg nk wish besday hehe. apepun i'm happy alhamdulillah..

oklah dah panjang rsnya berceloteh... berenti la dl ye.. sambung nnt :) doa2la cable kamera leh jupe balik... huhu


Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates