Featured
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Wednesday, January 18, 2012

Mas Kahwin vs Hantaran

Assalamu'alaikum wbt..

Dah lama saya ingin perkatakan tentang hal yang satu ini.. Rakaman rancangan Bicara Mualamat Radio Ikim.Fm pada hari Rabu, 23hb November 2011 yang boleh di lihat di sini tentang isu mas kahwin dan hantaran menyuntik semangat saya untuk 'memperjuangkan' perkara ini.

Alhamdulillah isu ini juga mula diperkatakan oleh beberapa ustaz dan ustazah yang lain. Tidak hanya menjelaskan tentang "kadar mas kahwin yang berbeza antara negeri", memberi rasa tidak faham bagi yang tidak tahu hal agama dan rasa "oklah tapi hantaran tetap tinggi" bagi bakal suami.

Saya sebenarnya tidak tahu tentang besarnya isu ini di mata masyarakat Malaysia.. kerana kebetulan tidak timbul isu mas kahwin di kalangan saudara mara yang berkahwin, ada juga yang berkahwin dengan mereka di luar negeri Kelantan namun bakal ahli keluarga baru tidak mempersoalkan ketegasan pihak keluarga kami menetapkan hanya wang mas kahwin diterima oleh keluarga kami beserta barang-barang hantaran sampingan yang diletakkan atas dulang.

Terdahulu, di hari pertunangan aina juga, pihak keluarga abang bertanya soalan, "Berapa nilai hantaran?" ayah long dan ayah aina hanya menjawab, "Kami tidak kisah, ikutlah kadar kemampuan bakal suami. Cuma..... (-mood terdiam seketika-) saya mau agar semua wang yang ingin diberi dijadikan mas kahwin, cukup sekadar itu, kami tidak terima wang hantaran.." Keluarga abang yang hadir hanya terdiam, masa itu keluarga aina pun tidak tahu, diam tanda faham atau sebaliknya. Anggukan dan senyuman diterima, jadi orang-orang tua di sebelah pihak keluarga kami hanya menyambutnya tanda pihak lelaki bersetuju.

Alhamdulillah, syukur ia tidak menjadi satu isu besar walaupun baru pertama kali berlaku sebegitu. Lumrah agaknya, berkahwin dengan pasangan dari negeri timur, begitulah caranya. Tiada wang hantaran, hanya mas kahwin. Syukur kerana pihak lelaki menyambut 'cara' kami dengan gembira.

Namun, di hari pernikahan kami, bila akad disambut oleh bakal suami, terdengar bisikan2 kecil di belakang (kalangan rakan taulan) "Kalau mas kahwin pun dah banyak ni, wang hantaran pulak banyak mana ye? kalau sama, bergandalah!" bila cerita itu sampai di telinga saya, sedih rasanya. "Masih ada yang janggal tentang ilmu agama rupanya", bisik hati menenangkan diri.

Setelah berkahwin dan berbincang dengan abang, barulah saya tahu itulah kali pertama berlaku di kalangan beliau dan teman-teman rapatnya. Dan setelah mencari info, barulah saya tau juga bahawa 'besar dan tinggi' nya nilai hantaran berbanding mas kahwin di kalangan masyarakat kita. Ya Allah... hati terfikir bagaimana saya nak pertahankan perkara ini bila tiba masa anak kami akan dinikahi satu hari nanti..

"Adakah ini adat negeri kelantan..?"
"Kalau orang susah, macamana pula...?"

Soalan yang sering diajukan kepada saya bagi mereka yang tidak berpuas hati dengan 'cara' kami.

"Ini soal agama, bukan adat.." -> namun kerana cetek agama, saya tidak mampu berbahas menggunakan nas Al-Quran mahupun hadith nabi..

"Nanti tak ada rasa tanggungjawab pulak bakal suami kalau tak da hantaran" -> kalau dijadikan mas kahwin tentu bakal suami akan lebih rasa bersemangat dan bertanggungjawab untuk cari rezeki bagi memberi hadiah (mas kahwin) yang dah tentu khas untuk bakal isterinya, kan?

"Tinggi martabat seorang isteri adalah yang rendah mas kahwinnya di kalanganmu.." -> rasanya semua orang pernah dengar, jika bakal suami tidak mampu, cukuplah sekadar memberi naskhah Al-Quran sebagai mas kahwin atau dalam lain-lain bentuk..

"Kenduri kahwin hanya untuk mewar-warkan tentang anak kita yang telah berkahwin dan mengelak fitnah, buatlah sekadar termampu." -> teringat saya, jemputan seorang ulama' untuk kenduri anak perempuannya, hanya jamuan makan pulut dan dibungkuskan nasi dan diedarkan untuk ahli2 masjid, betapa barakahnya perkahwinan anaknya. cakap2 orang? tak perlu fikirkan.. fikirkan tentang apa Allah kata, bukan manusia :)

Hati saya selalu berbisik, "Semoga isu ini akan dibangkitkan oleh para alim ulama'... semoga terbuka minda masyarakat dengan perbahasan yang telah diutarakan mereka.. ini isu agama, bukan adat.."

Jika bakal suami ada lebih wang, ingin membantu menampung perbelanjaan bakal isteri dan bakal mertua, eloklah kiranya 'perkara itu' berlaku antara bakal suami dan bakal isteri. Diberikan sebagai hadiah untuk membantu bakal mertua, tentu lebih menggembirakan hati bakal menantu yang tidak merasa beban dengan kaedah itu. Malah tiada unsur campur tangan di kalangan makcik-makcik dalam keluarga. Bayangkanlah perasaan 'takut', 'bosan' yang dialami oleh para lelaki sebelum meminang anak-anak perempuan kita, bagaimana kita hendak menangani isu buang anak dan seks bebas sedangkan perkara pokok ini tidak tangani terlebih dahulu. Kekuatan institusi keluarga yang kita bina bergantung kepada barakahnya permulaan kepada pembinaan keluarga itu (yakni akad nikah, kenduri perkahwinan dsb).

Dan... sebagaimana saya memperjuangkan tentang "Mengumpul sedikit wang untuk bersalin dengan Doktor Wanita di hospital Islamik" dan "Penyusuan susu ibu secara eksklusif sehingga 2 tahun", begitulah saya akan cuba memperjuangkan isu ini...

Nota :
"Mahar @ mas kahwin ialah pemberian yang wajib diberikan oleh lelaki kepada perempuan yang bakal menjadi isterinya. Ia juga disebut sebagai mas kahwin. Hukumnya adalah wajib berdasarkan surah an-Nisa: ayat 4. Jumlah mahar yang wajib dibayar akan ditentukan oleh walinya jika perempuan itu masih kecil, tetapi sudah baligh atau janda boleh ditentukan oleh perempuan itu sendiri. Mahar boleh dibayar dengan pelbagai cara yang mempunyai nilai atau faedah tertentu berdasarkan persetujuan bersama seperti rumah, kebun, mengajar atau membaca al-Quran, mengajar ilmu agama, senaskah kitab al-Quran, sejadah sembahyang, pakaian sembahyang atau sebagainya. Malah ia boleh dibayar secara tunai, bertangguh atau berhutang. Jika mahar berhutang, suami wajib membayarnya setelah melakukan persetubuhan atau persetubuhan secara syubhah atau salah seorang mati. Jika suaminya mati, waris suami wajib membayarnya kepada ahli waris isterinya. Jika diceraikan sebelum bersetubuh, hutang mahar wajib dibayar separuh daripada nilainya kepada bekas isterinya, jika sudah dibayar tetapi belum bersetubuh, maka isteri wajib memulangkan separuh daripadanya. Jika isteri meminta fasakh, mereka belum bersetubuh, dan mahar masih berhutang, suaminya tidak wajib membayarnya. Jika sudah dibayar, bekas isteri wajib memulangkan kesemua jumlah mahar tersebut."

Assalam,

Thursday, August 18, 2011

Darah Haid vs Darah Istihadah

Salah satu petanda akhir zaman apabila kaum wanita didatangi darah yang tidak teratur, dan berterusan.. itu salah satu hadith yang saya sendiri tidak ingat riwayat mana, sbb tu di zaman sekolah dulu..

Saya, salah seorang yang 'terjebak' dalam permasalahan ini, sejak awal aqil baligh lagi (blh dibayangkan betapa kalutnya saya, emak dan ayah saya tentang hal ini, kan?) darah yang berhari-hari atau berbulan-bulan tanpa henti, haid yang tidak teratur, darah yang selalu datang walau hanya setitik dan macam-macam lagi kaedah dan cerita yang timbul.

Saya mendapatkan rawatan di pusat homeopathy hassan, dari sudut kedoktoran katanya ada 3 faktor utama perkara ini berlaku;
i) tekanan emosi atau perasaan
ii) pemakanan yang tidak betul / diet yang tidak seimbang
iii) sakit dalam rahim
iv) gangguan makhluk halus

Saya punya berkait dengan semua faktor di atas kecuali no (iii) alhamdulillah.. kerana tertekan akibat hendak peperiksaan, saya pernah didatangi darah selama 3 bulan tanpa henti dengan kadar darah yang bnyk seperti tertumpah darah.. saya juga pernah mengalami pengeluaran setitik, setitik akibat gangguan makhlus halus.. pemakanan saya yang tidak seimbang juga penyebab kepada masalah ini..

Oleh kerana ramai sahabat-sahabat di luar sana terutamanya pelanggan-pelanggan kami yang mempunyai masalah ini, berikut adalah penerangan kaedah menentukan samada darah yang keluar adalah haid atau tidak, berdasarkan pengetahuan dan amalan yang saya praktikkan setelah ibu dan ayah saya mencari rujukan di pejabat agama, berjumpa dengan beberapa orang ustaz dan ustazah berkait hal ini..

Penerangan berdasarkan kronologi contoh pengeluaran darah melalui gambar kalendar bulanan di bawah;
Jadual 1 : Bulan Julai 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar), Line merah (tempoh 15 hari pengeluaran darah)

Kronologi;
- Anggapan bahawa di bulan Jun 2011 ada jarak 15 hari sblm 1-07-11 (hari pertama darah keluar bln Julai 2011).
- Darah keluar pertama kali pada 01-07-11 hingga 07-07-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 3 hari.
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (11-07-11) hingga hari keempat belas (14-07-11)

Ulasan;
- Tempoh pengeluaran haid adalah 15 hari.
- Jika sekiranya telah suci, namun masih lagi keluar darah, maka akan dikira haid selagi tidak cukup tempoh 15 hari (kali kedua pengeluaran (setelah 3 hari tiada darah))
- Kiraan tempoh 15 hari haid bermula daripada hari pertama hingga hari terakhir keluar darah, termasuk waktu suci.
- Jika sekiranya tiada darah pada hari ke-15, maka tempoh haid pada bulan Julai 2011 hanya dikira sebanyak 14 hari. 15-07-11 boleh dikira sebagai hari pertama suci antara 2 haid.


Jadual 2 : Bulan Ogos - September 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar)

Kronologi Bulan Ogos 2011;
- Darah keluar pada 01-08-11 hingga 07-08-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 15 hari (08-08-11 hingga 22-08-11).
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (23-08-11) hingga (27-08-11).

Kronologi Bulan September 2011;
- Darah keluar pada 12-09-11 hingga 25-09-11 (15 hari)

Ulasan Bulan Ogos 2011;
- Oleh kerana di bulan Julai 2011 (gambar 1) tiada lagi darah keluar pada 15-07-11, maka hari bersih antara 2 haid dikira bermula pada hari tersebut.
- Tempoh bersih antara dua haid adalah 15 hari, jadi tempohnya bermula daripada 15-07-11 hingga 29-07-11, jadi jika ada keluar darah selepas itu, dikira darah haid.
- Pengeluaran darah haid adalah selama 7 hari sehingga 07-08-11. Tiada lagi darah yang keluar selepas itu bagi 8 hari berikutnya (jika ada keluar, dikira haid spt cth bulan julai 2011), maka pada 08-08-11 dikira sebagai hari suci yang pertama di antara dua haid.
- Tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari, jadi berakhir pada 22-08-11.
- Hari berikutnya, 23-08-11 adalah hari haid.

Ulasan Bulan September 2011;
- Oleh kerana tiada lagi darah keluar pada 28-08-11 hingga 06-09-11, maka 28-09-11 dikira sebagai hari pertama suci di antara dua haid.
- Jadi darah yang keluar pada 12-09-11 dikira darah haid, pengeluaran darah tidak berhenti sehingga 26-09-11, maka tempoh itu dikira haid.
- 27 dan 28 September 2011 masih lagi keluar darah, maka dikira darah istihadah, kerana telah lebih tempoh maksima haid.

Aturan mandi wajib kena masih lagi keluar darah;
-Disarankan anda mencatat waktu darah mula keluar pada hari pertama period untuk memudahkan pengiraan hari dan waktu yang sepatutnya anda mandi wajib, ditakuti jika terkurang jam boleh jadi kurang 15 hari, kalau terlebih jam boleh jadi 16 hari. Namun jika anda tidak tahu atau tak pernah alami perkara ini, bolehlah mandi wajib pada waktu Maghrib, kerana dalam Islam, waktu maghrib adalah permulaan bagi hari berikutnya.

Jika anda didatangi Istihadah, usah risau, berpuasalah dan solatlah seperti biasa, boleh membaca Al-Quran, dengan kata lain boleh laksanakan ibadah Islam seperti biasa, cuma,
** pastikan anda telah menyalin pad yakni berada dalam keadaan suci dan bersih sewaktu hendak solat.
** hendaklah mempercepatkan pergerakan diantara waktu menyalin pad, mengambil air sembahyang dan solat.
** tidak perlu risau tentang darah yang keluar setelah kita salin pad yang bersih dan semasa mengerjakan solat.
** tidak boleh menjadi imamah solat
** jika hendak berjemaah hendaklah memasuki saf ketika solat telah dimulakan (saat takbiratul ikram telah diangkat), tidak boleh beriktikaf di masjid kerana dikhuatiri titisan darah mengotori kawasan masjid.

Itulah serba sedikit penjelasan tentang darah haid dan darah istihadah, semoga mendapat manfaat ...

Salam,

Thursday, December 30, 2010

Gambaran hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy' ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Nota Ummi : Teringat ceramah Ustaz Hassan Din tentang tajuk "Tititan Siradhalmustaqim.."

Monday, October 13, 2008

puasa sunat 6 syawal

lama x update blog ni... x tau nak start dr mana hehe. well.. something happen last week.. sampai ke pagi ni senyum tu lebar lg hihi. act hari rabu last week dpt msg dr dear akan turun kl hujung minggu. terkejut + sonok dear nk balik. walaupun dh berbulan2 duk berjauhan tp rs gembira bila dgr dear nk balik tu still sama malah excitednya makin meninggi dari bln2 sblmnye hihi. so mmg pahamla perasaan shida bila dia tunjukkan rasa excited dan hepinye dia kat sini bile dpt tau her lover, dr hannan nk turun muar! hehe. tu br boypriend cik adik, kalu dah jadi hubby tau la camne perasaan bila duk jauh tauuu... :-) tp syg, punya suka dear balik sampai tak perasaan kami tak amik gamba langsung. ms dear nk naik bas balik ke perlis br perasaan, so amikla gamba tp tak leh nk publish sbb gamba aina sememeh coz tahan nangis :pskrg nk celoteh psl pe ye...? haa.. br teringat psl pose sunat 6 hari raya... pagi takdi sempatlah berbual dengan rakan sepejabat tentang pose sunat ni... tahniah la kat mereka2 yg dah berjaya habiskan puasa 6. saya pulak br dpt 2 hari. harap2nya dapat habiskan mcm org lain gak, insyaAllah..

ok kat sini ade sikit info tentang Puasa Sunat 6 Hari Syawal yang nak dikongsi bersama:
sumber dari : http://fiqh-am.blogspot.com

Apakah dalil bagi kelebihan berpuasa di bulan syawal?

Dalilnya ialah sabda Nabi s.a.w.; “Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan, kemudian ia ikuti dengan berpuasa enam hari di bulan syawal, maka ia seolah-olah berpuasa setahun” (HR Imam Muslim dari Abu Ayyub al-Ansari r.a.)

Adakah disyaratkan puasa enam hari itu dilakukan berturut-turut?

Tidak disyaratkan. Harus diselang-selikan asalkan dalam bulan Syawal dan bilangannya mencukupi enam hari. Namun yang terbaik (afdhal) ialah melakukannya berturut-turut dan lebih afdhal lagi memulainya dari dua syawal.

Jika seseorang itu mempunyai puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya, adakah harus ia berpuasa enam sebelum mengqadha puasanya?

Harus kerana puasa qadha Ramadhan memiliki waktu yang panjang untuk dilakukan iaitu sehingga Ramadhan tahun berikutnya, adapun puasa enam hari di bulan Syawal waktunya adalah terhad. Namun jika kita dapat melakukan puasa qadha terlebih dahulu, kemudian diikuti dengan puasa Syawal, itu yang terbaik kerana kita mendahulukan ibadah yang wajib ke atas yang sunat. Dan ada ulamak berpendapat; harus kita meniatkan keduanya sekali dalam satu puasa, tetapi yang terbaik kita memisahkannya kerana akan memperbanyakkan amalan kita kepada Allah.

Monday, September 15, 2008

Semanis Kurma...

Salam semua... di bulan puasa ni, macam2 rancangan menarik yang disiarkan kat tv tapi satu rancangan yg paling menarik perhatian aina dan juga rakan-rakan adalah Semanis Kurma, disiarkan secara langsung pada setiap hari Khamis jam 11.00 malam di tv9.

Alhamdulillah rasa syukur kerana pada waktu tersebut yang selalunya mata aina dh mula lali tanda mengantuk dan hanya tunggu disorongkan bantal akan segar dan ceria, tanda kegembiraan bertemus secara maya dengan pasangan idola romantis, Ust Bahiah dan Ust Wan Akashah yang juga merupakan host rancangan tersebut.

Sebenarnya secara tak sengaja terlihat iklan kat tv... ms tu iklannye cpt lantas aina cpt2 buka website tv9 untuk sahkan. Alhamdulillah setakat ni dah 2 episod tak miss, banyak ilmu tentang rumahtangga yang aina dapat.

Berikut adalah sedikit bingkisan yang aina dapat daripada episod ke-2, bertajuk Kahwin : Kerana Tuntutan Nafsu atau Tanggungjawab... (episod 1 tak sempat nk amik bingkisannye...)

Tetamu Undangan:
Pasangan Cat Farish & Hartini dan pasangan Juliza Adzlizan & Iskandar

Isi perbincangan:
> Sesebuah perkahwinan sepatutnye merangkumi perkara-perkara berikut, dan tanpanya akan timbullah masalah;
- ketenangan

- kasih sayang
- kasihan belas

> Setiap suami isteri perlu bertindak sebagai pembimbing, pelengkap, pelindung dan segala-galanya kepada pasangan masing-masing..

> Berkahwin muda amat digalakkan kerana bnyk perkara positif daripada negatif yang boleh ditangani.

> 5 thn pertama - proses mengenali diri sendiri dan pasangan

- setiap pasangan perlulah belajar ttg keistimewaan, kelemahan, kekuatan si dia

- akan berlaku banyak konflik untuk serasikan diri
- muzakarah antara suami isteri bnyk membantu menyelesaikan masalah

> Lelaki dan perempuan sama sahaja, punya pelbagai jenis nafsu namun jika tak dibendung boleh jadi parah.

> Kata-kata Iskandar, suami Juliza Adzlizan, yang aina sgt suka dengari;
- Senyum isteri senyumlah kita, duka isteri dukalah kita, hilanglah senyum hilanglah serinya
dan resahlah hati kita
- Kita anggap isteri sebagai sahabat maka kita tidak akan mencari orang lain utk berbincang
segala masalah.
- Haruslah kita praktikkan dalam rumahtangga (menganggap sebagai sahabat).
- Jika kita anggap isteri adalah isteri, maka akan timbullah jurang antara suami isteri.... kerana isteri tetap menjalankan tugasnya menjaga keperluan makan minum dan seks kita tapi hatinya penuh rasa sedih tetapi bila kita anggap isteri adalah sahabat,tanggungjawab akan berjalan seiring dengan perasaan kasih sayangnya....

Panggilan penonton yang mendapat perhatian saya:

Kes 1 :
Seorang pesara telah mempunyai isteri yang mempunyai beza umur 10 tahun lebih tua daripada isteri, dengan usia perkahwinan 30 tahun dan telah mempunyai 9 orang anak, setelah bersara mendapat kerja di seberang, dan berkahwin lain (orang seberang). Dengan alasan untuk mencari kelainan. Namun kini umurnya telah menjangkau 61 tahun, beliau mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin kepada kepada kedua-dua isteri dan anak-anak mereka..

Kes 2 :
Seorang suami yang telah berkahwin, berumur 35 tahun telah mempunyai 7 orang cahayamata kini meninggalkan isteri tanpa kata putus, dan melakukan perzinaan dengan perempuan lain.

Sayu, sedih, bercampur-baur masa aina dengan kedua-dua kes ni. Malah menurut ustaz dan ustazah, banyak lagi panggilan yang cuba masuk namun masa tidak mengizinkan, cuma kita lihatlah sendiri betapa.... niat untuk mendirikan masjid itu menentukan segala-galanya...

Menurut Ustaz Wan Akashah, kenapa susah untuk mencari lelaki yang bertanggungjawab;
kerana kita kini di akhir zaman, tidak perlu dipertikaikan. yang perlu disoal adalah kepada lelaki itu sendiri... Ustaz juga menyarankan agar perkahwinan itu dijalankan secara baik, maka bercerai pun biarlah cara baik.

Dan rumusannya, berikut adalah ringkasan yang perlu ada pada suami dan isteri

I- idaman - jadilah isteri idaman kepada suamimu
S- sayang dan setia kepada suami
T- tabahlah... dalam menghadapi segala rintangan dan cubaan berumahtangga
E- elok - elokkanlah dan baiki selalu pakaian dan akhlakmu
R- rendah diri dan malu kepada suami, rahsia suami disimpan
I- ilmu - jadilah seorang isteri yang berilmu .. penuhi dadamu dgn pelbagai ilmu rumahtangga

S - sabarlah... dalam menempuhi alam dan menghadapi karenah isteri, anak-anak dan keluarga
U- (tak sempat nk take note - will be update later..)
A - akhlak dengan Allah, isteri, anak2, jiran tetangga, mak ayah, rakan taulan dan semua..
M - mimpin - tidak jemu memimpin isteri dan anak2
I - ikhlas - dalam menjalankan tanggungjawabmu...

Tajuk kali ni mengenengahkan sifat bakal / suami tu sendiri dalam niatnya mendirikan dan melayari rumahtangga yang dibina. Selaku nakhoda kapal, beliaulah yang akan menentukan samada rumahtangga itu didasari oleh tuntutan nafsu ataupun tuntutan tanggungjawab... jadi kepada suami2 sekalian... tepuk dada, tanyalah iman....

Kepada isteri-isteri pula, berikut adalah doa-doa yang diberikan oleh Ustazah Bahiah untuk amalanmu...
> Surah Ali Imran ayat 31 - amalan utk isteri - amalkanlah selalu
> As-Syura ayat 19 - lembutkan hati suami yang ego......

Oklah... itu sahaja dapat aina bingkiskan daripada episod ke-2 yang lepas, bagi sesapa yang tak termiss dua-dua episod ni bolehlah tgk kat website tv9, http://www.tv9.com.my atau kat sini

Semoga kita semua tabah dalam mengharungi onak duri alam rumahtangga... aminnnn... Ya Rabbal Alaminnn.....

Thursday, August 21, 2008

Cara Memagar Diri Dari Ilmu Hitam...insyaAllah...

Di bawah ini ini dinyatakan cara2 atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) -
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah



Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". [Riwayat al Bukhari]


Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur


Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W. Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]



Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri daripuaknya.'[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]


Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya" [Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalai sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allah. Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". [Riwayat al Bukhari dan Muslim] Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa : "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan Keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki,dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" [Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]


Pagar Ketujuh (7)- Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.


Saturday, August 16, 2008

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat

Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

Orang yang duduk menunggu shalat
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130).

Orang - orang yang menyambung shaf
(tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272).

Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782).

Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini).

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)

Orang - orang yang berinfak
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit' (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

Orang yang makan sahur
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

Orang yang menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)


Thursday, July 31, 2008

ujian itu.......

salam semua... sejak beberapa hari ni, saya sering dikelilingi dengan input tentang 'ujian hidup'.. tiap insan bergelar insan pasti akan melalui dan merasai ujian, dan pastinya ujian yang didatangkan Allah itu adalah untuk mereka yang berhak dan layak diuji. pagi tadi saya dapat nota tazkirah daripada sahabat saya, setelah beliau hadir sesi doa pagi di pejabatnya. bila saya baca, semua soalan yang dikemukakan mmg selalu terlintas dan terucap oleh kita. so untuk pembaca semua, saya selitkan dalam blog ni sekadar renungan dan motivasi untuk kita bersama....

Soalan : KENAPA AKU DIUJI?
Quran Menjawab : APAKAH MANUSIA ITU MENGIRA BAHAWA MEREKA DIBIARKAN SJ MENGATAKAN YG MEREKA TELAH BERIMAN? DAN SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MENGUJI ORG2 SEBELUM MEREKA....DAN SESUNGGUNYA ALLAH MENGETAHUI ORG2 YG BENAR DAN ORG2 YG DUSTA..

Soalan : KENAPA AKU DIUJI SEBERAT INI?
Quran Menjawab : ALLAH TIDAK MEMBEBANI SESEORANG ITU MELAINKAN SESUAI DENGAN KESANGGUPANNYA...

Soalan : KENAPA AKU ADA PERASAAN FRUSTRASI?
Quran Menjawab : JGNLAH KAMU BERSIKAP LEMAH DAN JGNLA KAMU BERSEDIH AHTI, PADAHAL KAMULAH ORG2 YG PALING TINGGI DARJATNYA, JIKA KAMU ORG2 YG BERIMAN

Soalan : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Quran Menjawab : DAN MINTALAH PERTOLONGAN KEPADA ALLAH DENGAN JALAN SABAR DAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG. DAN SESUNGGUNYA SEMBAHYANG ITU AMTLAH BERAT KECUALI KEPADA ORG2 YG KHUSYUK

Soalan : APA AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
Quran Menjawab : SESUNGGUNYA ALLAH TELAH MEMBELI DR ORG2 MUKMIN, DIRI, HARTA DENGAN MEMBERIKAN MEREKA SYURGA

Soalan : AKU TAK DAPAT TAHAN...
Quran Menjawab : ....DAN JGNLAH KAMU BERPUTUS ASA DARI RAHMAT ALLAH, SESUNGGUNYA TIADA BERPUTUS ASA DR RAHMAT ALLAH MELAINKAN KAUM YG KAFIR

to my bestfriend, thanks a lot for your info...

Wednesday, July 16, 2008

Hanya kerana mencungkil gigi...

Semasa Nabi Isa berjalan di satu kawasan perkuburan, ia terdengar suara dari dalam satu kubur suara lelaki yang menjerit-jerit meminta tolong dan dalam kesakitan yang amat sangat.... Nabi Isa ingin mengetahui apakah yang telah terjadi kepadanya. Sebagaimana yang kita tahu nabi Allah Isa mempunyai mukjizat boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Maka nabi Allah Isa pun memohon doa kepada Allah SWT sambil menadahkan tangannya ke langit supaya menghidupkan lelaki tersebut.

Doanya dimakbul oleh Allah SWT, maka terbelah kubur itu dan keluarlah seorang lelaki yang sedang terbakar menjerit-jerit meminta tolong. Melihat akan keadaan lelaki tersebut, maka ditanya oleh nabi Isa kepada lelaki itu apakah kamu tidak sembahyang sehingga kamu diseksa sebegini. lelaki itu menjawab.. bahawa ia tidak meninggalkan sembahyang. ditanya lagi oleh nabi Isa adakah kamu tidak berpuasa.. lelaki itu menjawab... saya berpuasa dan lelaki itu pun berkata sesungguhnya ia taat akan perintah Allah SWT.... maka ditanya oleh nabi Isa lagi apakah yang kamu lakukan sehingga kamu diseksa sebegitu rupa? Maka berceritalah lelaki itu... Saya bekerja sebagai penjual kayu api dan saya akan mencari kayu api di hutan dan menjualkannya kepada sesiapa yang hendak membelinya.

Maka pada suatu hari datanglah seorang pembeli menemuinya utk membeli kayu api lalu diberinya wang dan disuruhnya hantar ke rumahnya . Maka pergilah saya mencari kayu dihutan dan apabila sudah dapat seberkas kayu di ikatnya elok-elok dan pergi lah saya hendak menghantar ke rumah si pembeli itu..

Dipertengahan jalan, saya merasa lapar dan teruslah saya berhenti untuk makan.... selepas itu saya pun meneruskan perjalanan ke rumah pembeli kayu itu. Sedang saya berjalan, saya terasa ada sisa makanan yang terselit dicelah gigi saya. maka dicuba berbagai cara mengeluarkannya dgn lidah tetapi tak berjaya.... kemudian dicubanya dengan menggunakan kukunya...tetapi tak berjaya juga. Akhirnya saya pun dengan menggunakan kuku saya mencungkil kayu api yang dipikul itu utk dibuat mencungkil gigi.

Maka akhirnya dapatlah mengeluarkannya. Maka saya teruskan perjalanan dan setelah sampai ke rumah si pembeli itu, saya pun menyerahkan kayu api itu dan terus pulang. Oleh kerana saya tidak meminta halal akan kayu yang saya cungkil dengan kuku saya tu, maka saya diseksa selama 70 tahun sebagaimana yang tuan lihat.. Saya menyangka Allah tidak melihat akan perkara yang sekecil ini.... astaghfirullah al azim...

elok lah kita ambil ikhtibar akan riwayat ini...


Adakah kita pernah mengambil barang-barang drpd office samada drpd sekecil-kecilnya seperti paper clip, eraser dan sebagainya dan dibawa balik ke rumah untuk digunakan sendiri ataupun diberikan kepada anak-anak kita ???
Dan juga barang-barang orang lain yang kita pinjam tetapi tidak dikembalikan? Sekecil-kecil barang seperti tupperware, kaset dan sebagainya.. ..?


Sesungguhnya takutlah kita akan azab Allah kerana mati itu adalah benar...
Azab neraka itu adalah benar...

Dan syurga itu adalah benar....


Sunday, July 13, 2008

Konsep kesederhanaan dan kekayaan menurut Islam

Salam... ramai antara kita yg nak jadi kaya, tapi biasalah, bila kita usaha nak buat sesuatu yang baik terutama utk diri kita ni.. ramai la pulak yg jadi 'tukang sibuk / tukang tangkis'... mulalah keluar macam2 ungkapan itu dan ini.. ayat yg paling sinonim "buat apa lah nak kaya-kaya... bukan boleh bawak masukkubur pun..." mmg biasa didengar.

Kepada kawan-kawan yang ada dalam situasi tersebut, tak sempat nk ikuti temubual yang dikendalikan beliau di Radio24 (93.9FM) dalam rancangan "Jutawan! bersama Irfan Khairi", saya sertakan bingkisannya...

Irfan Khairi

Soalan yang diutarakan oleh IK berkenaan konsep kesederhaan dan dijawab oleh tetamu jemputan beliau, Dato Dr Fadzilah Kamsah;

IK: Dalam perspektif orang Islam, ramai yang mengatakan takpayahla kaya-kaya. Bersederhanalah. Tak perlulah menjadi jutawan.Betul ke dalam Islam itu sendiri menuntut kita dengan bersederhanadalam bentuk kekayaaan ini?

Dato Dr Fadzilah Kamsah: Ini adalah salah satu perkara yangseringkali kita terlepas pandang. Ini daripada ulama'-ulama' yang mentafsirkan dan orang ramai tahu serta ustaz-ustaz di luar sana pun beritahu kita yang kita ini adalah 'umattan wasata' ataupun kita ini adalah umat pertengahan. Maksud umat pertengahan itu kadang-kadang ditafsirkan dengan cara yang betul dan acapkali juga ditafsirkan dengan cara yang silap.

Pertengahan itu dikatakan seperti "ala, kalau kita mati nanti punkita bawa kain kapan jer bukannya boleh bawa harta benda masukkubur". Maksud bersederhana di situ adalah silap sama sekali sebabsederhana yang dimaksudkan adalah dalam satu konteks yang pernahdisebutkan oleh Nabi S.A.W iaitu: "Allah amat kasih akan hambanyayang apabila melakukan sesuatu kerja dia membuat dengan cara yangterbaik ". Itu adalah soheh riwayat al-Dailami.

Jadi kalau hadis itu kita pegang maka Allah akan sayang kepada kitasekiranya kita melakukan yang terbaik di dalam apa jua yang kitalakukan. Jadi dimana pula pendekatan sederhana itu bermaksud?

Jadi, saya bertanyakan hal ini kepada ulama'-ulama'dan ulama'mengatakan bahawa pendekatan maksud sederhana dimaksudkan denganseimbang iaitu 'balance'. Ianya juga membawa maksud bahawa kitahebat di dunia dan hebat juga di akhirat. Hebat di rumah dan hebatjuga dengan masyarakat. Itu maksud sederhana yang perluditafsirkan. Sederhana iaitu dari segikata kita perlu hebat dalamapa jua yang kita lakukan dan perlu seimbang. Kita tidak bolehterlalu hebat di dalam masyarakat sehingga rumahtangga terabai, itubukannya seimbang.

Itulah sekiranya kita mentafsirkan konsep sederhana dengan betulmaka umat Islam atau bangsa Melayu khususnya akan jadi hebat danakan jadi cemerlang dan tidak akan jadi 'jumud' atau terikat dengantekanan dengan kata-kata, "Buat apa sibuk-sibuk nak jadi kaya". Ituadalah satu pentafsiran yang salah. Bagaimana kita nak bantu danbangunkan umat sekiranya kita tidak kaya dengan cara yang Allah redha.


IK : Apa yang dituntut dalam Islam adalah supaya menjadi cemerlangdalam apa jua yang kita lakukan dan apabila kita cemerlang,pulangannya dalam bentuk wang juga akan jadi cemerlang juga.

Tuesday, July 01, 2008

Sinar Cahaya Ayatul-Qursi

Ayat Qursi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Kerana itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban salam daripada isterinya. Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Hikmah Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:

1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang fardhu, dia akan berada dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyangnya yang lain.

3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.

4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi-nabi serta Allah melimpahkan padanya rahmat-Nya.

5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.

6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid.

7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.

Note : Pesanan kepada diri sendiri dan rakan-rakan semua... jadikanlah membaca a'yatul Qursi sebagai amalan kita seharian, insyaAllah... kita akan dilindungi dan mendapat kesejahteraan hidup dunia akhirat, Amin... Ya Rabbal Alamin...

Saturday, May 10, 2008

Doa untuk jauhkan keburukan dan kejahatan manusia dan syaitan

Salam semua... banyak perkara yang telah berlaku kebelakangan ini, lantaran itu mulai minggu ini insyaAllah saya akan wujudkan satu topik baru.. "Doa minggu ini"... harapan saya semoga dgn ruangan ni dapat bantu saya dan pembaca semua mendapat manfaat dan amalkannya insyaAllah...

Setiap minggu saya akan masukkan satu doa ringkas yang diajar oleh junjungan nabi Muhammad S.A.W. supaya saya dan rakan-rakan slowly dapat amalkannya.. yg penting adalah istiqamah, iaitu kualiti daripada kuantiti, betul tak? hehe..

So minggu ni saya mulakan dengan doa ringkas, di mana kita boleh amalkannya sebagai doa harian sblm memulakan sesuatu menjelang pagi dan petang..

Antara lain manfaat doa ini ialah kita boleh membaca doa ini bila kita berada di sesuatu situasi yang boleh dikatakan kritikal dari segi keselamatan, atau kita hendak menguruskan sesuatu yang berisiko tinggi.

Doa ini jika baca di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Kalau dibaca waktu maghrib, Allah selamatkan dia sepanjang malam.

Ok, selamat berhari minggu...

Sunday, April 20, 2008

Tunaikan 10 hak...

Pesanan Imam Syafie, sesiapa yang ingin meningggalkan dunia dengan selamat, hendaklah dia mengamalkan sepuluh perkara berikut;

PERTAMA... Hak diri
-> mengurangkan tidur
-> mengurangkan makan
-> mengurangkan bercakap
-> berpada-pada pada rezeki yang ada

KEDUA... Hak malaikat maut
-> mengqada'kan kewajipan tertinggal
-> mendapatkan kemaafan daripada orang yang dizalimi
-> membuat persediaan untuk mati
-> rasa cinta kepada Allah

KETIGA... Hak kubur
-> membuang tabiat suka menabur fitnah
-> membuang air kecil merata-rata
-> memperbanyakkan solat tahajud
-> membantu orang yang dizalimi

KEEMPAT... Hak Munkar Nankir
-> tidak berdusta
-> meninggalkan maksiat
-> nasihat-menasihati

KELIMA... Hak mizan
-> menahan marah
-> banyak berzikir
-> mengikhlaskan amalan
-> sanggup menanggung kesulitan

KEENAM.. Hak sirat
-> membuang tabiat suka mengumpat
-> warak
-> suka membantu orang beriman
-> suka berjemaah

KETUJUH... Hak Malik
-> banyak menangis kerana takutkan azab Allah
-> berbuat baik kepada kedua ibu bapa
-> bersyukur dengan nikmat Allah
-> bertaubat daripada maksiat

KELAPAN... Hak Ridhwan
-> reda dengan qada Allah
-> sabar terima bala
-> syukuri nikmat Allah
-> bertaubat daripada maksiat

KESEMBILAN... Hak Rasullullah
-> berselawat ke atasnya
-> berpegang kepada syariat
-> bergantung dengan sunnah
-> menyayangi sahabat

-> bersaing mencari kelebihan Allah S.W.T

KESEPULUH... Hak kepada Allah
-> mengajak manusia ke arah kebaikan
-> mencegah manusia daripada kemungkaran
-> menyukai ketaatan
-> membenci maksiat..

note: nampaknya banyak yang belum dibuat, ade yang masih dalam proses, dan sedikit sahaja yang baru direalisasi namun masih dalam proses untuk maintain.. anda pula mcmana ye?

Thursday, March 06, 2008

erti keberkatan hidup...

sesuatu untuk difikirkan... sering kita melihat kejadian ini disekeliling kita namun mungkin kita tidak kisahkannya.... saya dapat cerita ini dari sumber terdekat, mungkin boleh membantu kita menilai diri...

Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

Wednesday, March 05, 2008

Sembahyang antara dua tanduk ibliss...??

Sekadar untuk renungan kita hari ini..

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud....
" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam ... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates