Featured

Saturday, August 30, 2008

Jom masak nasi ayam

Alhamdulillah, hari ni genap sembilan bulan perkahwinan kami.. pejam celik, pejam celik, kejap je masa berlalu.. syukur alhamdulillah saya masih ada kekuatan daripada-Nya untuk menempuhi hidup ini.. syukur juga dikurniakan keluarga, saudara-mara dan rakan taulan yang memahami.. hati tiba-tiba rasa sayu.. memikirkan lapan bulan hidup berjauhan dengan suami tersayang.. teringat kata-kata seorang sahabat saya yg dah lama makan garam, "onak duri kehidupan ni, kadang bila kita dah lalui, barulah kita tahu yg kita boleh lalui dan bila semuanya kembali pada keadaan yang sepatutnya kita akan senyum sendiri terkenang betapa kuatnya kita.. ms tu kita akan panjatkan rasa syukur kehadratNya.." alhamdulillah syukur...

oklah.. aina sekadar berkongsi pengalaman dengan anda hehe.. kita tinggalkan dulu segala yang berkait dengan emosi dan perasaan ok. dah seminggu tak sempat nk update blog memandangkan keadaan tidak mengizinkan (buat2 sibuk kot hehe).

malam tadi kebetulan sahabat aina, pn wardah bertandang kat umah. plan asal datang hari ni bersama-sama dengan sahabat2 office nya yang lain terpaksa dibatalkan kerana masing-masing ada hal yang tak dapat dielakkan. so pagi tadi aina sempatlah buatkan nasi ayam utk dijamu..

terlupe nak amik gamba awal2 so ms diorg tgh makan le amik hehe

sapa-sapa yang nk resipi nasi ayam turun-temurun keluarga aina.. inilah dia... selalunya aina main campak2 jer, so kalau boleh jgn ikut exactly figure yg aina bagi, ambillah ikut sekadarnya... resipi ni aina sediakan utk 6 orang..

Bahan2
-------
1 ekor ayam - dibelah 4 - dicuci dan toskan
4 pot/cawan nasi (pot yg disediakan dlm beras tu)
5 ulas cili besar / 8-10 biji cili api kalau nak lagi pedas tambah lagi kuantitinya ye
setengah inci kunyit
2 sudu besar kicap manis
5 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos cili

*bahan A*
halia (sebesar setengah ibu jari / setengah inci) - dimayang halus
1-2 ulas bawang putih - dimayang halus
2-3 ulas bawang merah - dihiris halus

*bahan B*
5-6 biji bunga cengkih
1 bunga lawang
1 biji buah pelaga
3-4 cm kulit kayu manis

bahan hiasan
timun
tomato
daun salad
daun sup

Cara Membuat;
---------------
inilah rupe nasi ayam aina :-)

Persediaan Nasi
- basuh beras dan toskan
- tumbuk kunyit hingga lumat
- gaulkan kunyit dengan beras tadi dan perapkan (boleh diganti dengan pewarna kuning jika tiada)

Sup Ayam
- panaskan minyak, tumis bahan A hingga kekuningan
- masukkan bahan B, tumis sehingga naik bau
- setelah naik bau, sekiranya menggunakan minyak yang banyak, buang minyak dari periuk (bagi mengelak lebihan minyak)
- masukkan air ke dalam periuk
- masukkan ayam yang telah siap dibasuh
- setelah kuah sup menggelegak, tapis bahan2 A dan B kemudian gaulkan dengan beras yg diperap tadi.
- sukat dengan cawan kuah sup tadi, masukkan dalam periuk nasi kemudian tanakkan.

Ayam Goreng
- ayam yang telah direbus tadi dikeluarkan daripada rebusan sup kemudian toskan.
- lumurkan sedikit kicap masin + kicap manis, kemudian perap seketika
- panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam tersebut (utk seketika sahaja)

Sos Pencicah
- Kisar cili api / cili besar menggunakan pengisar kering
- Masukkan garam secukup rasa, sos cili, 3-4 sudu besar sup ayam
- gaulkan kesemua bahan

Perasa Kicap
- Kicap yang digunakan utk perap ayam diambil sedikit kemudian dicampurkan sedikit sup ayam dan sedikit sos pencicah, gaulkan

Ok... dah siap.. bolehlah dihidangkan bersama timun + tomato + daun salad.. manakala hirisan daun sup boleh ditambah dalam sup ayam / nasi bergantung kepada kesukaan anda :-)

Sesiapa yang berminat, saya sedia utk menerima tempahan dari anda :-) sila hubungi saya untuk perbincangan lanjut ok :-)


Monday, August 25, 2008

Iman Saffa Mohd Borhan

Rasanya belum terlambat lagi untuk aina wish tahniah kepada sahabat aina, Pn Norzalina (Ina) kerana selamat melahirkan baby nya yang pertama, Iman Saffa Binti Mohd Borhan..

Pn Aina & Pn Ina
sewaktu majlis meraikan aina sebagai pengantin baru yang lepas

Ina rakan sepejabat aina, dikenali juga kembar aina walaupun kami sendiri sampai sekarang tak pasti di mana sebenarnya persamaan antara kami.. tak kisah la walau apapun persamaan antara kami, tapi aina banyak belajar daripadanya.. alhamdulillah dapat seorang sahabat yang baik sepertinya.. dan semoga tempias beliau dapat baby ni akan terkena kat aina satu hari nanti insyaAllah... ameeennn... :-)

Lena diulit mimpi...

Walaupun tak berkesempatan untuk melawat beliau dan baby kerana kesihatan saya yang tidak berapa baik, alhamdulillah dapat juga aina tatap wajah cute baby Iman yang mmg come melalui kiriman email oleh kak ida, rakan sepejabat kami.

Tgk tu lebatnye rambut dier...
Comenye muka dier... geram aunty tgk hehehe

So kepada Ina, selamat berehat dan berehatla sepuas-puasnya ye... nnt nak masuk keje.. rindu dan tak saba nak jupe awak dan baby.. insyaAllah nnt kita jupe ye.. dapatlah saya tatap wajah baby dekat2 bila awak pulang kl nnt hehehhe...

Saturday, August 23, 2008

Resipi : kuih keria

Jumaat lepas saya pulang agak lewat, singgah di pameran MAHA untuk beli barang-barang yang telah dilist lepas tengok2 hari ahad lepas. hajat di hati nak jalan2 dengan rakan serumah dan kawan-kawan terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.

Hasilnya... saya memborong barang-barang hingga mencecah 10 kg! jauh tu nak kena bimbit semua plastik ke tempat kete! tapi demi membelikan barang-barang utk org2 tersayang dan diri sendiri saya kuatkan hati.... nak jadi cite... dalam kesibukan memunggah tu ... saya tak perasan brooch kesayangan saya tertanggal dan jatuh... sedih sgt sebab tak dpt jejak kembali brooch tu... langsung hilang mood nak terus menjelajah pameran MAHA dan terus pulang ke rumah.. bukan apa, brooch tu adalah salah satu barang kesayangan aina dan paling penting ia adalah salah satu barang hantaran waktu kahwin dulu... sedih sgt... :-(

Pulang dengan rasa sedih dan kecewa, sesampai kat rumah cuba berlagak ceria walaupun asik teringat2 kat brooch kesayangan tu.. alhamdulillah, sebaik saja sampai kat umah saya lihat dua orang adik-adik saya tu khusyuk membongkokkan diri sambil buat sesuatu...

bila ditanya, rupa2nya mereka sedang buat kuih keria. salah satu kuih kesayangan aina hehehe.. tp kalu beli kat kedai bukan ubi yang banyk, tp tepung :-( kali ni mmg nmpk cantik, sedap dan buat tak saba nk makan sebab kuih keria kali ni dibuat daripada ubi vitato :-) cik linda yang bawa balik dari ofis... so kepada mereka yang ingin buat kuih keria, ini lah cara-caranya ...

ni dah masuk 2nd phase.. proses membentuk gegelang,
1st face kena rebus dan lenyek2kan ubi tadi, ade bekas2nya jer :-)

tabur2 sikit tepung gandum, untuk mengelak daripada gegelang tu melekat sesama sendiri...

seterusnya, panaskan minyak dan goreng gegelang tadi.
ade orang suka garing, ade orang tak suka. so terpulanglah kepada selera diri sendiri ye..

bila dah agak2 garing mengikut citarasa tu,
sejatkan dan gaul dengan gula yang telah dikisar

geram jer... tgk yg dah siap digaul hehehe...

inilah dia hasilnya.... meh kita makan :-)

bagi mereka yang gemar gula yang banyak mcm saya,
masukkan ajer gegelang tadi dalam gula yang dimasak hehe..


Thursday, August 21, 2008

Cara Memagar Diri Dari Ilmu Hitam...insyaAllah...

Di bawah ini ini dinyatakan cara2 atau amalan yang boleh di lakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam.? Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda.Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

Pagar Pertama (1) -
Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah



Amalkan memakan tamar (kurma) 'Ajwah dan jika boleh makan bersama dengan Tamar Madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendapatkan kedua-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah S.A.W. yang berbunyi: "Barangsiapa yang memakan tujuh biji tamar 'Ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu". [Riwayat al Bukhari]


Pagar Kedua (2) - Berwuduk sebelum tidur


Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T. kepada mereka.

Sabda Rasulullah S.A.W. Ertinya: "Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu. Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan ada bersamanya seorang Malaikat. Malaikat tersebut tidak akan pernah terlalai walau pun sedetik untuk mengucapkan doa: 'Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci'[Riwayat at Tabraaniy dengan sanad yang baik]



Pagar Ketiga (3) - Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan.Bersikap sambil lewa terhadap solat berjemaah menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a.,Rasulullah S.A.W. telah bersabda :Ertinya: 'Mana-mana kampung mahupun kawasan kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan. Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah. Sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri daripuaknya.'[Riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik]


Pagar Keempat (4) - Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari sihir

Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah- mudahkannya. Sifat mempermudah- mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tak ubah seperti bumi yang ketandusan akibat kesan tindakbalas hasil perlakuan syaitan tersebut. Ibnu Mas'ud r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. pernah diberitahu tentang perihal seorang lelaki yang tidur hingga ke Subuh dengan tidak mengerjakan solat malam, maka Rasulullah S.A.W. pun bersabda: Ertinya: "Sesungguhnya syaitan telah kencing didalam telinganya" [Riwayat al Bukhari dan Muslim]

Pagar Kelima (5) - Membaca doa perlindungan apabila masuk di dalam tandas

Tandas adalah tempat kotor dan merupakan rumah bagi syaitan. Oleh itu ia akan cuba sedaya upaya menggunakan kesempatan yang ada untuk menguasai seseorang muslim setiap kali orang itu masuk ke tandas. Di dalai sebuah buku seorang mangsa sihir telah melapurkan bahawa dia pernah memasuki tandas dengan tidak membaca doa perlindungan. Seketika kemudian dia telah dirasuk oleh syaitan.

Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuki tandas, baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata : Ertinya: "Dengan nama Allah. Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan". [Riwayat al Bukhari dan Muslim] Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan atau betina.


Pagar Keenam (6) - Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa : "Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikannya dan kebaikan yang telah Engkau selubungi keatasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan Keburukan yang telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini ke atasku dan lindungilah dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki,dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya" [Riwayat Abu Daud dan menurut al Albaaniy sanadnya baik]


Pagar Ketujuh (7)- Berwuduk sebelum tidur,membaca ayat-ayat al Kursi dan berzikir kepada Allah sehingga terlelap

Dalam satu hadis sahih telah menceritakan bahawa syaitan telah berkata kepada Abu Hurairah: "Barangsiapa yang membaca ayat-ayat al Kursi sebelum tidur,dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke waktu pagi'.


Tuesday, August 19, 2008

Aktiviti Hujung Minggu..

Salam ... lama tak update blog nie. saya mohon maaf kepada peminat setia blog ni tapi terlalu bnyk perkara dan aktiviti berlaku minggu lepas membuatkan saya tidak punya kesempatan utk update blog nie. Bermula dengan kesibukan jadi petugas MAHA, studi dan kerja yang agak bnyk membuatkan kesihatan aina tak berapa ok, demam memanjang hehe... jumaat lepas cuba tukar rajah background blog ni, lain pulak jadinya... sediy... huhu :-(

mm.. oklah. kita cite sikit aktiviti hujung minggu lepas. hari jumaat petang setelah dapat satu panggilan pulang saja dari office saya dah niat nk kemas2 rumah dan buat apa yang patut setelah seminggu membiarkan rumah tidak terurus begitu sahaja (kerana kesibukan melampau hehehe). sebenarnya malam tu aina dan cik dayah dapat teman rakan serumah yang baru, cik linda. nak dapat orang baru, tentulah kemas umah setakat mana yang bole, elakkan malu hehe.. so... to cik linda, welcome to our nice house, hopefully u'll enjoy stay in it okiess.. :-)

sebelah malamnya kerja-kerja saya pun bermula... menelaah kerja-kerja pejabat yang dibawa balik kerumah. tidak sedar jam dah cecah 3 pagi, saya cuba lelapkan mata walaupun kepala rasa berat.... tapi, sepertimana programmer-programmer lain, selagi tak siap keje dan teringat dateline mmg tak lena tido punye... jam 8 pagi saya tersedar dan terus tatap laptop didepan mata. kadang terlena sekejap, bila tersedar, sambung kembali... seharian memerah otak menyiapkan kerja-kerja pembangunan sistem hingga tidak sedar hari sudah senja.. sedar-sedar sahaja cik linda pulang dari melawat MAHA 2008..


igauan kerja-kerja ofis menghantui saya, jadi malamnya saya teruskan usaha siapkan kerja-kerja saya. alhamdulillah... usaha saya tidak sia2.. kerja saya hampir siap menjelang subuh. jam 10.30 pagi, saya dapat panggilan daripada adik-adik ajak pergi ke ekspo MAHA 2008.. kata mereka setelah zohor, jadi saya ambil masa untuk berehat dan kami bertolak jam 2 petang. saya ni bukanlah nak melawat sgt MAHA tu sbb hampir setiap hari pergi ke sana kerana bertugas, tapi saya sukakan waktu-waktu bersama adik-adik dan mak ayah...


keluargaku.. tak cukup dua org ni hehe

hubungan antara keluarga semakin rapat lantaran terlalu banyak perkara berlaku sejak akhir-akhir ni... dan.. sepanjang lawatan, kami gembira sentiasa walaupun sangat letih berjalan ke sana sini..

inilah dia dugong (dalam bekas berkaca)

banyak jugaklah tempat kami lawati, hall A (agensi kerajaan), hall C(produk pertanian dan IKS) dan hall D (produk IKS). lepas asar kami ke tempat ternakan, rodeo, tumbuh-tumbuhan dan pokok-pokok, serta pameran mesin-mesin pertanian.

haa.. akhirnya aina dapat masuk gak dlm lensa kamera hehe

dalam keghairahan kami mengambil gambar dengan mesin-mesin pertanian yang jadi bahan pameran di petang tu, emak ditawarkan oleh pihak PORIM (kelapa sawit) untuk menjadi salah seorang peserta pertandingan mengendali jentera pemungut buah kelapa sawit.. tgk sajalah lagak mak kesayangan kami mengendalikan mesin tersebut hehe.

lagak terakhir mak kendali mesin masa pungut buah kelapa sawit yg terakhir :-)

and.. i'm very proud of her, akan menyahut apa sahaja cabaran dan beliau berjaya akhirnya! heheh

pemenang bertuah hari ini... my lovely mum hehehhe (ida menyibuk jer tu.. hehe)

kami keluar dari tapak ekspo jam 8.30 malam dan terus menuju ke alamanda untuk makan bersama dan shopping. aina akhirnya tak mampu dah nk melawan keletihan, akhirnya jam 10.30 mlm, terus pulang ke rumah kuarters setelah singgah turunkan adik-adik di rumah mak...


Sunday, August 17, 2008

Under constructions

salam... malam ni try insert new update.. tp tak perasan pulak tertekan kat settings dan layout.... waaa.. rasa nak nangis bila template berubah serta merta! sediynyeee.... bantuan pn wardah hasilkan 3 column blog hilang begitu sahaja... aina pun tak taw nape tertekan.. huwaaa... harap2nya dapat kembalikan 3 column blog iteww.... :-(

Saturday, August 16, 2008

Orang - orang yang Didoakan oleh Malaikat

Allah SWT berfirman, "Sebenarnya (malaikat - malaikat itu) adalah hamba - hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah - perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang dihadapan mereka dan yang dibelakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa'at melainkan kepada orang - orang yang diridhai Allah, dan mereka selalu berhati - hati karena takut kepada-Nya" (QS Al Anbiyaa' 26-28)

Inilah orang - orang yang didoakan oleh para malaikat

Orang yang tidur dalam keadaan bersuci
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa 'Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan karena tidur dalam keadaan suci'" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/37)

Orang yang duduk menunggu shalat
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah salah seorang diantara kalian yang duduk menunggu shalat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia'" (Shahih Muslim no. 469)

Orang - orang yang berada di shaf bagian depan di dalam shalat
Imam Abu Dawud (dan Ibnu Khuzaimah) dari Barra' bin 'Azib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada (orang - orang) yang berada pada shaf - shaf terdepan" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih Sunan Abi Dawud I/130).

Orang - orang yang menyambung shaf
(tidak membiarkan sebuah kekosongan di dalam shaf). Para Imam yaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu bershalawat kepada orang - orang yang menyambung shaf - shaf" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhib wat Tarhib I/272).

Para malaikat mengucapkan 'Amin' ketika seorang Imam selesai membaca Al Fatihah. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Jika seorang Imam membaca 'ghairil maghdhuubi 'alaihim waladh dhaalinn', maka ucapkanlah oleh kalian 'aamiin', karena barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang masa lalu" (Shahih Bukhari no. 782).

Orang yang duduk di tempat shalatnya setelah melakukan shalat
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat akan selalu bershalawat kepada salah satu diantara kalian selama ia ada di dalam tempat shalat dimana ia melakukan shalat, selama ia belum batal wudhunya, (para malaikat) berkata, 'Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia'" (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir menshahihkan hadits ini).

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, " Para malaikat berkumpul pada saat shalat shubuh lalu para malaikat ( yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga shubuh) naik (ke langit), dan malaikat pada siang hari tetap tinggal. Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu shalat 'ashar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga shalat 'ashar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal, lalu Allah bertanya kepada mereka, 'Bagaimana kalian meninggalkan hambaku ?', mereka menjawab, 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan shalat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan shalat, maka ampunilah mereka pada hari kiamat'" (Al Musnad no. 9140, hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Ahmad Syakir)

Orang yang mendoakan saudaranya tanpa sepengetahuan orang yang didoakan
Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Ummud Darda' ra., bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, "Doa seorang muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa sepengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, maka malaikat tersebut berkata 'aamiin dan engkaupun mendapatkan apa yang ia dapatkan'" (Shahih Muslim no. 2733)

Orang - orang yang berinfak
Imam Bukhari dan Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidak satu hari pun dimana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali 2 malaikat turun kepadanya, salah satu diantara keduanya berkata, 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak'. Dan lainnya berkata, 'Ya Allah, hancurkanlah harta orang yang pelit' (Shahih Bukhari no. 1442 dan Shahih Muslim no. 1010)

Orang yang makan sahur
Imam Ibnu Hibban dan Imam Ath Thabrani, meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bershalawat kepada orang - orang yang makan sahur" (hadits ini dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Shahih At Targhiib wat Tarhiib I/519)

Orang yang menjenguk orang sakit.
Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Ali bin Abi Thalib ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70.000 malaikat untuknya yang akan bershalawat kepadanya di waktu siang kapan saja hingga sore dan di waktu malam kapan saja hingga shubuh" (Al Musnad no. 754, Syaikh Ahmad Syakir berkomentar, "Sanadnya shahih")

Seseorang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain
Diriwayatkan oleh Imam Tirmidzi dari Abu Umamah Al Bahily ra., bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah diantara kalian. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya bershalawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain" (dishahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Kitab Shahih At Tirmidzi II/343)


Sunday, August 10, 2008

gadget terbaru?

new gadget for my house .. will be 'teman setiaku'.. hehe.. lama sudah mencari radio cd yg menepati citarasa saya... kecil + comel + can play cd audio + cd mp3 + harga murah + brand ok... so.. inilah hasilnya! :-) philips radio cd player dgn harga RM99 hehehe..


thanks to my housemate, cik dayah yang sudi temankan aina mencari dan terus mencari radio cd player ni.. tak la risau sgt pasni nak mainkan cd kat mana (since laptop dh takde... dh kena amik ngan urusetia utk kegunaan MAHA). yang bestnye tempat yg paling aina tak mau masuk dan mmg ssh nak masuk, pujuk punya pujuk last2 mengalah juga pada cik dayah dan alhamdulillah rezeki memihak kepada saya akhirnya :-)

okla... badan sudah rasa amatlah letih.. want to rest right now...

Saturday, August 09, 2008

PJJ...

just arrived from class ... badan rasa penat dan keletihan tapi semangat nak update blog membuak hihi. so terus on laptop dan on streamyx :-) teringat jer kat tiga perbualan telefon yang saya dapat hari ni...

panggilan pertama, jam 11 pagi:

tina : assalamualaikum kak na! haii... kat mana ni? tina nak gi umah nak jupe kak na...
me : w'salam wbt.. hai.. pekabar? loorrr.. kak na ade kelas la hari ni..
tina : owh... kat umah abe ni. nnt nak gi antar cik ngah klia, so alah balik ingat nk singgah umah kak na. kalu kak na takdok tak po la.. cik su ado, kan? sapa lagi ada umah...?
me : mm... sori bnyk2.. kelas kak na sampai malam hari ni. cik su, afiq, ngan adik ade kat umah. yang lain tak dok. kak da keje, ptg karang balik. ati gi kuantan, ayah su ada kursus tapi tak pasti dia balik bila. ari ni kot. ...
tina : mm tak po la.. nnt kita jupo. ane ngan kak pah pun ada kat kl. so kitorg pakat nk gi sama2. br meriah skit.. :-) waktu bila ok ek? kalu pas asar ok tak?
me : mm... ok.. ado rezki nnt kito leh jupo insyaAllah.. a'a gi pas asar ok gak.
tina : ok kak na.. tina nk call cik su ni.. nk oyat nk gi umah..
me : ok.. kem salam kat cik ngah ye.. bye.. assalamualaikum...
tina : ok.. bye.. w'salam...

panggilan kedua, jam 3.45 ptg:

ane : salam kak na, duk mana? meh la rumah. ane dah sampai ni.
me : w'salam, owh ye ke.. sori.. k.na dlm kelas ni..
ane : kelas sampai kul bape? ane tido umah malam ni.
me : wah.. bestnye. tp kelas kak na sampai malam kul 10 paling awl habis. insyaAllah tgkla mcmana...
ane : ok lah.. nnt borak. ok bye.
me : bye.. assalamualaikum...

panggilan ketiga, jam 10.45 malam:

ida : salam kak na, duk mana ni? ane duk tunggu ni.
me : on day way balik dari kelas. br je tubik (keluar) ni...
ida : ni ha ane nk ckp
ane : salam kak na. duk mano? meh la umah borak2..
me : w'salam.. kak na on day way balik umah, tp tak gi umah mak kot.. sbb kena bc buku. pg sok ade test.. br je tau.. :-(
ane : oo ye ke.. ala.. mm ok la..
me : sori ek.. k.na br tau laa.. next time ok kita jupe borak2... bila nk blk kelate? subuh2 pg sok ko?
ane : ok. tak po. next time kita jupo borak2.. hehe.. sok pg blk...
dan tiba2 line terputus.. sbb bateri hp aina dh nak abis...

hmmm.. ketiga2 perbualan telefon tadi antara aina dan adik-adik sepupu... sebenarnya rasa bersalahla jugak tak dapat jumpa saudara-maraku [edit pd 13-08-08 just for u kak tini] yang datang berkumpul beramai-ramai kat umah mak hari ni... ipah (tak sempat call, on day way balik dr melaka ke perlis), tina, dan hannan (ane), abe mie kak tini sekeluarga..

namun itulah relaliti hidup yang perlu dihadapi oleh aina dan insan-insan lain yang bergelar pelajar jarak jauh, pelajar separuh masa. masa amat berharga bagi kami, di hujung minggu saat masing-masing bersama keluarga dan lena diulit mimpi di tengah malam, kami semua bersengkang mata mengadap buku, alat tulis dan laptop siapkan assignment dan hadir kelas....

namun apapun aina bersyukur.. punya satu keluarga besar yang mmg rapat antara satu sama lain. di antara kami anak beranak sepupu ni, kalu ada apa-apa cepat sahaja tersebar, tp yg bestnya rahsia akan tersimpan baik tanpa peringkat-peringkat orang tua dapat tau.. hehe. ntahlah mungkin saya sgt rindukan kampung yg menyebabkan rasa bersalah itu timbul walaupun kami semua amat memahami satu sama lain :-) skrg ni kami berhajat utk buat famili reunion tp tak tau lah bila hajat tu termakbul.... dan harapnya ikatan persaudaraan kami ni akan semakin rapat dari hari ke hari walaupun masing-masing dh punye komitmen baru (kahwin dan sebagainya..)

oklah... jam dah menunjukkan pukul 12:05pagi... time tu solat, supper and sleep.. pagi sok kena bangun awal nk bc buku sbb ade test .... wish me luck ok! gudnitee..


Thursday, August 07, 2008

MAHA 2008 EVENT


mmm.. hari ni nak cite pasal apa ye? dalam kereta, on day way balik ke rumah macam2 terfikir di kepala, nak masukkan entry kat blog hari ni. hmm skrg ni kat mana-mana ruang kat pejabat aina (MARDI) sibuk memperkatakan tentang MAHA 2008. walaupun sebagai staff MARDI aina dan rakan-rakan agak terasa dengan sikap sesetengah pihak yang mengetepikan nama agensi kami dalam mempromosikan event kali ni, tapi tak mengapalah secara tak langsung sebenarnya event ni telah memasyhurkan nama MARDI tu sendiri :-) malah ramai pihak mengatakan penganjur MAHA 2008 adalah MARDI... sebenarnya bukan... ibu kami, MOA sebenarnya :-)

so kepada semua pembaca, rakan taulan dan sahabat saya, dengan segala hormatnya anda semua dijemput untuk menghadiri MAHA 2008 yang bertempat di tapak kekal pameran pertanian di Serdang, Selangor, bersebelahan dengan ibu pejabat MARDI, berdekatan dengan UPM dan Jabatan Pertanian.

mcm2 projek naiktaraf tapak pameran diadakan hasil daripada sambutan luar biasa pengunjung pada MAHA 2006 yang lepas. lebih 7000 tapak kereta dalam tapak pameran disediakan, jalan-jalan menuju ke tapak MAHA pula dah dilebarkan, dan mcm2 kemudahan infrastruktur baru dibina.
kepada mereka yang berminat untuk mengunjungi pameran ni, berikut adalah info ringkas pameran;

peta tapak maha

Tempat;

Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) Selangor
(Bersebelahan dengan ibu pejabat MARDI)
Tarikh;

11-23 Ogos 2008

Masa;
10 pagi hingga 7 petang
Info tambahan kepada pelawat;

- jumlah pintu masuk : 2 (pintu depan dan pintu belakang)
- digalakkan memakai selipar / kasut / sandal tumit rendah bagi kaum perempuan, dan pakaian cotton (bagi mengelak daripada kepanasan) dan berseluar , membawa payung (kawasan pameran sangat luas), dan membawa air mineral (cuaca panas).
- terdapat 15 trim (bas mini henti-henti) yang akan bawa pelawat ke setiap stesen
(so tak payah la risau psl cuaca panas dan kena jalan jauh hehe)

bagi rakan-rakan yang datang, bolehlah kita jumpa.. telefon saya ye... leh la kita jupe and borak2 .. kalu nk suh aina jadi tourist guide tu sshla skit, sbb kitorg kat MARDI ni pun tak familiar dgn kawasan pameran tu hehehe
. for those who want to know further about this event... can go to this website...


Wednesday, August 06, 2008

thinking and keep thinking......

i'm keep thinking......

salam.... huhh.. jam dah menunjukkan 00:11 minit pagi... huwaaa... sekian lama tak bekerja sebegini 'teruk' hehe. tapi terfikir juga saya, agak-agaknya bagaimanalah situasi rakan-rakan lain yg bergelar 'programmer'? kalau bukan programmer pun, yang kejenya seangkatan dengan maksudnye laa... yang saban hari memerah kepala menggunakan otak untuk dijana dan terus menjana utk dapatkan idea dan berkomunikasi dengan tool yang dipanggil komputer.

terus terang saya masih baru dengan bahasa 'php'... kepada rakan-rakan saya yang tak sinonim dengan perkataan ni... sebenarnya php adlh salah satu method of programming yg digunakan oleh orang-orang seperti saya untuk menjana kod bagi berkomunikasi dengan sistem, dan akhirnya terciptalah modul itu... sistem itu dan ini... ssh juga nk definisikan dengan lebih mendalam tapi begitulah maksudnya lebih kurang :-)

inilah 'bahasa'
yang baru mula ku berkenalan dgnnya :-)

dua minggu ni kesihatan saya pun tak berapa terjaga lantaran mengambil risiko (kalu bos baca mesti kena ni hehehe) untuk menyiapkan satu sipi sub-modul sistem menggunakan bahasa php nih. sblm ni saya yang biasa dengan programming language lain sepertimana rakan-rakan, benda baru tentulah ambil masa juga hendak belajar. tapi tak sangka pulak kerja yang diberi perlu disiapkan dalam masa yang singkat! huwaaa... rasa nak nangis tiap kali cuba untuk dapatkan output yang dikehendaki dan inilah programmer's life.... 24 jam mengadap pc! (bak kata ibu2 dan bapa2 hihi)

ada orang kata keje gomen ni... sonok.. rilek... tapi lain pulak dgn saya :-) bukanlah saya nk mengadu, sekadar bercerita pada sesapa yang suka ambil risiko... multitasking amatlah dikehendaki dalam diri seseorang untuk bekerja dalam badan kerajaan! dan baru saya tau keje saya sekarang mampu peroleh rm4-10k kalu keje kat private! -> menurut kata seorang rakan saya laa.. -> waaaa... terkejut den... but if and i wish i could get this number as my salary (one day insyaAllah..), then i can bring my hubby go to honeymoon for the second time hehehe ;-)

huhu... saya dah mula cakap mengarut, kerana risaukan keje yang tak siap2 ni... esok kena sambung lagi.. dan utk rakan-rakan2, bekerjalah selagi terdaya, wish u and me all da best and gudluck!


Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates