Featured
Showing posts with label breastfeeding journey. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding journey. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Masa untuk makan :)

Salam,

Hari ni si kecil yang semakin tembam a.k.a berat tu dah berumur 6 bulan, 2 minggu dan 3 hari..
Saya ambil keputusan untuk memberinya makanan solid, saya tau banyak dugaan yang akan bermula dan disepanjang perjalanan saya untuk memberi anak kecil ini makanan. Semoga Allah permudahkan, insyaAllah :)

Stok susu saya? alhamdulillah.. masih maintain seperti sediada, 850oz dalam botol, namun yang dalam peket2 plastik malas dikira berapa oz nye.. owh saya kesuntukan masa!

Berbalik pada soal makan anak.. saya ambil langkah2 berikut;

1. Cari info sebanyak yang  boleh.
- Saya telahpun didaftarkan sebagai ahli group pages FB : Solid Food For My Baby 
pages ni sangat2 recommended untuk semua parent.. sangat banyak info yang dpt membantu anda utk beri yg terbaik utk baby :)
- Saya khatamkan beberapa kali buku karangan selebriti terkenal, Mama, saya lapar..

saya sangat2 suka buku ini.
sangat2 tak boring, apa yang ditulis dalam buku tu macam wardina bercerita..
setiap pengalaman dia dalam memberikan makanan dan minuman terbaik untuk anak-anaknya.
yang paling best ialah... beliau seorang ibu yg menyusu secara eksklusif :) tu yang saya suka :)

2. Beli pengisar makanan yang khusus

- Saya teringin nak beli jenama Avent Philips.. tapi harganya tak boleh tahan... ermm

- Saya godek2 google terjumpa juga Baby Bullet.. erm.. harganya pun boleh tahan, kecuali kalau beli made in china, dapatlah RM 135 paling murah..
- Last2 saya dan suami pergi tesco, dapatlah pengisar nie.. Mastar Blender.. (tapi saya punya warna hijauu..)
dapat RM 49.90.. ada pengisar basah, pengisar kering, dan pengisar makanan
saya akan guna pengisar makanan tu untuk blend2 solid food untuk Athiyyah..
harap2nya ok.. dan kuatlah hati untuk di bawa ke mana2 heheheheh..

3. Beli perkakas-perkakas lain

a. Bibs - banyak dah... pakai kakak punyerrr.. orang bagi pun ade hihi
b. Mangkuk, sudu dan cawan - kak ogy dah bagi hadiah, alhamdulillah..
kakak punyee... ? ade 2 set. tapi itu "kakak punyeee..!" :)
c. Weaning bottle with spoon - ermmm nantilah kita cari ye nak..
d. High chair : mm yang ni pun nantilah kita carik hehehe

Misi untuk memberi Athiyyah makan sudah bermula :)

Assalam,

Wednesday, July 17, 2013

Hasil pumping ummi hari 2 Ramadhan 1434H

Salam anak ummi,

Agak lewat ummi update, sorry yer ummi agak bz sekarang, alhamdulillah perniagaan kita pun makin maju :)

Susu hari kedua ni agak sikit, sebab ummi tak dan nak minum air 2 liter, tak ape la... masih ada rezeki anak ummi akan ummi usahakan insyaAllah :)

Alhamdulillah hasil perahan dapat 15.5 oz.. syukur.. :)

Menu ummi (malam)
- Nestum 3 in 1 perisa coklat (feveret ummi niee)
- Minum air +-2 liter
- Taufu fah
- Air soya
- Habbatus sauda 1 biji + Maajun Anggun Bistari

Menu sahur
- Nasi putih + sayur peria goreng telur + daging masak sos
- Susu natalshape
- Buah kurma 3 biji
- Air kosong 3 gelas

Alhamdulillah.. :)

Tips ummi : jaga pemakanan tak kira waktu di bulan puasa atau tak, untuk pastikan kualiti susu umi, demi anak kita ye nak :)

Thursday, July 11, 2013

Ramadhan 1434H - Hasil pumping hari 1 iftar

Salam Athiyyah..

Alhamdulillah, hingga hari ini ummi berkesempatan menyusukan anak ummi secara fully breastfeeding. Athiyyah kuat menyusu.. dan alhamdulillah ummi masih mampu memenuhi keperluan anak ummi sorang ni. Harap-harap ummi diberi kekuatan dan ketabahan untuk terus menyusu dan hasil susu ummi tetap ok sepanjang ramadhan ni insyaAllah..

Andai diberi kesempatan hajatnya nak update blog ni tentang hasil sesi perahan susu ibu di pejabat sepanjang Ramadhan ni..., untuk simpanan diri sendiri dan juga rujukan anak-anak ummi..  semoga menjadi inspirasi buat anak-anak ummi (insyaAllah andai diberi peluang mempunyai anak satu hari nanti ye) dan juga ibu-ibu di luar sana ya.. aminn

Alhamdulillah hasil perahan hari 1 dapat +- 18oz.. syukur.. :)

Menu ummi (malam)
- Nestle cereal fitness clusters + air milo
- Minum air 2 liter (caranya : asal ada masa ummi minum range setengah jam 1 gelas air dan masa bangun susukan baby waktu malam)
- Buah kurma 3 biji
- Habbatus sauda 1 biji + Maajun Anggun Bistari
- Roti gardenia 100% wholemeal (warna hijau)

Menu sahur
- Nasi goreng + ayam goreng + sayur brokoli rebus
- Susu Natalshape 
- Buah kurma 5 biji
- Air kosong 3 gelas

Tips ummi : Direct feed baby sebelah jer pada waktu malam hingga pagi hari, jadi sesi pam 1 akan dapat banyak insyaAllah :)

Tuesday, June 25, 2013

Cuti sekolah... jalan2 cari makan :)

Ini entry lama yg br di post...

Permata Hati.. 
Annur Insyirah dan Annur Athiyyah
Salam..

Dulu masa Insyirah lahir, memang betul2 duduk di rumah saja anak kecil tu sampailah usianya 5 bulan barulah keluar rumah jalan2.. elok je duduk di rumah neneknya (sebab ayahnya tak ada di selangor, posting di Gerik masa tu) sekali keluar terus shoot ke Johor hehehe. Alhamdulillah Insyirah ok.. hanya pada usianya 4 minggu, Insyirah di bawa ke Gerik untuk tinggal bersama-sama dengan ayah (umminya kuatkan hati untuk travel jauh masa tu) kemudian balik semula ke Selangor dan keluar ke klinik untuk checkup saja.

Lain pulak ceritanya dengan Athiyyah, di usia beberapa minggu dah di bawa travel jauh ke Kelantan kerana kematian tok gi nya.. (sedih dan sebak tiap kali tulis teringat mek..).. dan paling best, Athiyyah dah dibawa berjalan-jalan cari pasal selama 3 minggu berturut2! huhhh... alhamdulillah syukur Athiyyah ok.. letih, memanglah letih anak kecil itu. Dan ummi decide untuk tak ke mana-mana minggu ni (hopefully) hihi..

Mula-mula berjalan dari KL ke Batu Gajah untuk Majlis Aqiqah adik Hasya. adik Hasya adik sepupu merangkap adik susuan Insyirah dengan Athiyyah tau... ingat tu sampai bile2 :) pergi hari Jumaat malam, hari
Sabtu petang dah balik semula ke KL sebab hari Ahad ayah kerja..

Minggu seterusnya... awal cuti sekolah.. ada 3 jemputan majlis kenduri.. 1.. kenduri kawan baik ayah di rumah mertua Sungai Petani, Kedah.. 2.. kenduri kawan ummi di Temerloh Pahang.. 3.. kenduri kawen abg Ijam kat rumah mertuanya di Sungai Besar, Selangor... dan yang paling tak best bila hotel dah book tiba-tiba dapat tahu tok ayah dapat offer pergi ke Pulau Duyong, Kuala Terengganu di Terengganu... malam hari nak bertolak, elok2 dah decide nak ke Sungai Petani, tiba-tiba berubah plan ke Pulau Duyong. Dan yang pasti, ummi sangatla tak larat... harapkan nak cancel all the plans tapi ikutkan sajalah... tok ayah dah nak bersara tahun depan, tak merasa dah duk hotel best2 pasni.. hehehe..

Jadi hari Jumaat jam 10 pagi bertolak dari KL perlahan2 ke Pulau Duyong, jam 6ptg selamat sampai alhamdulillah.. hari Ahad bertolak ke Gerik, Perak untuk ambil mak dan ayah bawa ke KL.. hari Selasa pulang ke KL... kesian anak-anak ummi keletihan travel...

Dan... perantauan diteruskan dengan travel ke Bukit Gambang Resort, Pahang.. bertolak hari Jumaat petang. Plan asal nak hadir ke kenduri mek dan tok ayah Mail dulu pastu shoot ke Gambang pada hari Sabtu dibatalkan atas sebab-sebab teknikal.. Berat hati ummi, yer la sbb tok ayah mail dan mek adalah orang paling dekat dgn keluarga kita tapi apa boleh buat.. hari Sabtu malam pergi makan kat Tanjung Lumpur kedai Ana Ikan Bakar memang best :)

Gambar ihsan Mr.Google :)

Akhirnya hari Ahad pulang ke KL, maka berakhirlah dahulu episod jalan-jalan cari makan... alhamdulillah Athiyyah ok... insyaAllah travel seterusnya akan diteruskan pada bulan 9 pulak.. :-)

Assalam,

Wednesday, May 15, 2013

Shopping @ PBAKL 2013


Alhamdulillah rezeki, dapat jugak jejakkan kaki ke PBAKL 2013, bertempat di PWTC. Kalau harapkan pergi sendiri, tak tau nak pergi bila, 2 tahun lps, sanggup angkut Insyirah pagi-pagi, mandikan Insyirah kat toilet PWTC lagi hehe :) alhamdulillah, Insyirah tak bnyk ragam, sbb cik ru nya ada utk membantu :-)

Tahun ni banyak buku yang nak dibeli, tp sebab kewangan tak berapa membantu, jadi hanya renew langganan karangkraf dan beli beg sekolah Insyirah je, beli kat Ana Muslim, harga RM23.90, bolehlah... harap-harap lepas ni banyak lah syarikat lain yang ambil inisiatif untuk wujudkan produk anak-anak muslimah.. biar banyak variety yang ibu bapa boleh pilih untuk anak2 hihi :-)

So far PBAKL kali ni bolehlah ... cuma agak mengecewakan bila tak berapa friendly daripada sudut ibu yang mempunyai anak untuk disusukan, harap-harap pihak penganjur boleh pertimbangkan (akan datang) untuk banyakkan tempat berehat untuk keluarga, dan letakkan semula kerusi di toilet untuk bantu ibu-ibu menyusu seperti saya buat kerja-kerja pengepaman hihi.

Sesekali seronok bila melepas, cuma rasa sedih bila tak ramai lagi pihak yang menyokong penyusuan susu ibu.. Entah kenapa, hati terusik bila ada sekelompok wanita yang menggelakkan dan menyindir saya sewaktu saya mengepam susu di toilet (terpaksa ok.... tak ada tempat lain dahh... cari surau tak jumpa2). Saya buat demi anak, itu tanggungjawab saya sebagai seorang ibu. Mula-mula terfikir juga, mungkin mereka masih belum kahwin atau dah kahwin tapi tiada anak, tapi bila dah berlebih-lebih sindir dan kutuknya, hanya doa ku kirimkan dalam hati buat sekelompok wanita-wanita tadi, "semoga anak-anak mereka sihat-sihat sejahtera selalu..." itu sahaja pengubat hati..

Assalam,

Wednesday, April 10, 2013

Kumpul stok susu ibu



Annur Athiyyah

Salam,

Kali ni nak bercerita tentang sesi pengepaman dan pengumpulan stok susu ibu untuk Athiyyah.. sebenarnya semua ibu yang menyusu perlu membuat stok, tapi perlu itu bertukar kepada syarat wajib bagi ibu bekerjaya seperti saya hehe. Yerla.. sebagai tindakan awal yang bijak untuk persediaan kalau-kalau terpaksa tinggalkan anak atau anak terpaksa duduk berasingan dengan kita..

Sebenarnya susu perlu di pam seawal yang boleh.. seawal hari keempat atau ketujuh selepas melahirkan.. tapi atas sebab-sebab tertentu saya terpaksa mulakan proses pengepaman pada hari ke-35 kelahiran.. agak lambat memulakan, tapi saya letakkan kepercayaan yang tinggi pada diri sendiri.

Kunci kepada kejayaan? Sentiasa positif dan tenang serta Istiqamah dalam (Usaha + Doa + Tawakal) :-)

Antara tips yang saya boleh kongsikan;
- Lakukan power pumping
  Setiap hari, kalau boleh pada waktu malam atau awal pagi
  Jangan risau kalau susu tak keluar / pam angin / susu keluar sikit, insyaAllah anda akan rasa kesannya :)
- Rajin mengepam. TAPI jangan paksa diri dengan jadual yang ketat. pam saja jika ada masa terluang
- Buat tandem nursing - sewaktu anak menyusu
- Perah dan pam susu setelah selesai susukan anak

Semua susu-susu yang dipam diletakkan dalam peti sejuk (suhu biasa - tempat simpan makanan biasa, sayur buah etc). Pada waktu malam, saya akan kumpulkan dalam satu botol dan simpan dalam freezer.

Kuantiti jumlah susu yang dipam atau diperah pada awal proses amat sedikit, sekitar 0.5oz saja. Berkat usaha berterusan (mesti rajin ya! jangan biarkan vitamin 'M-malas' menguasai hihi) insyaAllah kuantiti susu akan meningkat dari semasa ke semasa..


Assalam,

Wednesday, March 13, 2013

Penyusuan susu ibu : cabaran awal kelahiran

Indahnya saat menyusukan bayi :)
Salam,

Entry kali ni dan akan datang akan cuba untuk banyak bercerita tentang pengalaman penyusuan susu ibu buat Athiyyah, saja untuk simpanan memori dan perkongsian bersama serta rujukan di masa akan datang (insyaAllah)..

Sebelum mula bercerita, ingin dikongsi bersama tentang fakta, bahawa semua ibu boleh menyusukan bayi mereka, kecuali tiga kelompok(akan diterangkan kemudian). Kata-kata seperti setiap anak ada yang tak ada susu dan ada yang tak banyak susu serta kadar susu bergantung kepada keturunan amatlah salah sama sekali.. huhh..

Cabaran utama penyusuan seawal 20 minit setelah kelahiran adalah masalah pengeluaran susu yang dikatakan sedikit, menjadikan bayi menangis dan ada kata-kata orang sekeliling yang mengatakan tidak cukup susu. Pengalaman saya bersama Athiyyah, ditakdirkan Athiyyah perlu diletakkan di bawah pengawasan doktor (dengan kata lain duduk dalam inkubator) kerana tertelan air ketuban.

Setelah selamat bersalin jam 4.28 petang, jam 5.30 petang saya selamat dihantar ke bilik wad. Ketika itu saya masih tertanya-tanya status anak saya, kerana telah dimaklumkan terlebih awal bahawa saya mahu menyusukan anak saya setelah saya dihantar ke wad. Namun tiada berita, sehingga jam 6.30 petang, nurse datang dan memberitahu anak saya ditahan, diletakkan dalam inkubator, menangis dan perlukan susu. Juga meminta izin saya untuk memberi susu tepung (kerana saya tidak boleh menyusukan baby secara direct). Saya cuba tenangkan diri, walaupun amat cemas waktu itu, dan memberitahu nurse bahawa saya tidak mahu anak diberi susu tepung walau apapun terjadi. Jam 7 petang nurse datang lagi mengatakan anak menangis, dan perlukan susu. Saya meminta pam susu untuk dipam dan diberi kepada anak, alhamdulillah nurse telah dilatih, walaupun hanya dapat beberapa titik, beliau faham, akhirnya baby tertidur, jam 8.40 malam baby disorong masuk ke dalam bilik saya.. alhamdulillah..

Itu cerita saya... apa yang saya nak kongsikan adalah perkara-perkara yang perlu anda tahu dan buat sebelum bersalin iaitu;
  • Dapatkan sebanyak mungkin info tentang penyusuan susu ibu ; a) ikutilah seminar / kursus / taklimat / SGM penyusuan susu ibu - boleh refer susuibu.com, majalah pa&ma, atau jumpa pakar atau kaunselor susu ibu terlatih b) banykkan membaca majalah pa&ma (recommended), buku-buku penyusuan susu ibu
  • 2 minggu sebelum bersalin - jumpa bidan bersalin dan lakukan urutan payudara untuk memudah dan melancarkan pengeluaran air susu
  • Belajar teknik marmet @ perahan susu ibu menggunakan tangan
Jika berlaku anak ditahan dalam inkubator atau NICU;
  • Bertenang, jangan kalut, abaikan keadaan sekeliling, dapatkan bantuan suami untuk memahami dan tenangkan emosi anda
  • Cuba untuk perah susu ibu menggunakan teknik marmet - tidak digalakkan menggunakan pam kerana susu akan tersekat di corong-corong pam
  • Mohon bantuan adik beradik / saudara mara / sahabat yang diketahui mempunyai keperibadian diri yang baik untuk mendapat sedikit bekalan susu perahan - alternatif untuk menampung keperluan susu
  • Anda perlu tahu dan maklum bahawa baby masih boleh hidup selama 1 hingga 2 hari tanpa sebarang bekalan susu kerana kandungan perutnya masih mampu menampung keperluan pemakanannya. Anak menangis kerana perlukan pelukan dan sokongan ibu dan bapa. Jangan sesekali terpedaya dengan pujukan / ugutan / kata-kata yang tidak membantu anda
Setelah anak anda selamat bersama anda;
  • Peganglah prinsip LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN atau LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN.
  • Jadi kerapkan penyusuan (on demand breastfeeding) tak kisahlah orang kata anak asik menempek dengan kita ke apa, abaikan saja :) Dalam mana-mana situasi pun baby yang baru lahir perlukan ibu. Baby tenang apabila dipeluk dan didakap oleh ibu sambil disusukan
  • Tak perlu fikir susu keluar banyak atau tidak, yang penting rangsangan daripada mulut anak akan bantu badan kita mendapat signal ke otak untuk producekan susu 
  • Kerapkan tuam tepi payudara agar salur-salur yang tersumbat (rasa urat berketul-ketul tepi payudara) dapat mengalir lancar (kaedah : urutan sekitar tepi sekeliling payudara dan di tepi ketiak)
  • Mulakan sesi memerah seawal yang boleh.. dua kali sehari, contoh 1x waktu pagi dan 1x waktu petang. Simpan susu pada sesi 1 dan sesi 2 di dalam peti sejuk (pintu biasa). Setelah suhu sama, campurkan susu sesi 2 dengan sesi 1 pada waktu malam dan masukkan di pintu sejuk beku.

Ingat, penyusuan susu ibu itulah MUDAH tetapi TIDAK MUDAH jika tiada ilmu :-)

Selamat menyusukan bayi anda :)

Assalam,

Wednesday, June 06, 2012

Bayi Tidak Mahu Minum Susu Dari Botol?

Gambar ihsan Mr. Google
Assalam,

Sedang asyik menyusun tajuk nak cerita dalam diary maya ni, saya dikejutkan dengan sms daripada seorang ex-student junior saya semasa di kolej dulu.. "Salam kak..saya ada mslh ni.. bb xnk isap susu btl..padahal susu tu susu sue.. sue perah..akak ade cadangan x?"

Maka inilah jawapannya..

Apa yang beliau(mungkin ibu-ibu lain juga) alami adalah rintangan yang biasa ibu-ibu menyusu alami bila nak train anak guna botol. Mungkin list-list kemungkinan di bawah boleh bantu beliau untuk cuba dan cari kaedah penyelesaian... paling penting ibu-ibu kena banyak sabar, cuba dan kuatkan minda dan hati.. InsyaAllah.. lambat laun ibu-ibu akan dapat jalan penyelesaiannya, ok... :)

So mari kita senaraikan masalah dan teknik penyelesaian yang mungkin

1. Nipple Confussion
Bayi sangat sensitif dengan bau ibu. Sejak dari keluar alam rahim baby akan menangis, bukan kerana lapar (fakta : bayi yang dibuang masih boleh hidup 3-4 hari tanpa bekalan makanan dan minuman.. subhanallah..) tapi kerana manjanya beliau. Sudah biasa dengan alam rahim yang sempit dan bila keluar tentulah hendak didakap mesra oleh ibu.. dulu disuap dengan tali pusat namun kini nipple ibu lah tempat yang paling selamat. Betapa besarnya kuasa Allah, memberi kebijakan sebegitu kepada bayi..

Dan kerana bijaknya baby kita, dia tahu membezakan antara yang original dan tiruan..

Mula-mula, kita kenalah bersyukur jika bayi kita menolak untuk minum dari botol.. itu adalah petanda pertama bahawa baby kita sudah boleh membezakan satu perkara :)

Mungkin teknik-teknik di bawah boleh kita;

a) Elak kita yang bagi EBM
- sebolehnya dapatkan bantuan daripada orang sekeliling seperti suami/ibu/bapa/ kakak atau orang lain yang boleh berinteraksi dengan baby untuk bagi EBM diperingkat awal. 
- sebab baby cerdik.. kenal bau kita, selagi ada bau kita selagi tu dia ngada2 nak direct feeding! ;-)

b) Try guna cup / picagari / sudu / penutup botol ubat (syringe)
- semua alat2 ni diguna sebagai kaedah permulaan untuk anak terima EBM
- ada yang bila dah ok boleh beralih ke botol pula, namun ada juga yang lebih suka teruskan guna alat yang ada tanpa guna botol untuk elak baby nipple confussion lagi.

c) Try n error cari puting yang sesuai
- bagi yang menggunakan botol, recommended puting untuk dicuba : tommie tippie / NUK / MAM/ Avent/ Dr. Brown
- puting-puting ni bentuknya seakan2 bentuk puting kita, cuma bau puting tu yang akan dipilih oleh baby..
beli satu produk, kalau tak boleh try produk seterusnya.. :)

d) Gunakan helah
Helah 1:
- biasanya baby masa dia mamai nak tido tu mungkin dia akan hisap jari, try tarik jari dia dan sumbat dengan botol. 
- ingin diingatkan bahawa kaedah ini perlu dibuat sekali nafas sahaja
- sebab biasanya kalau orang bising atau tegur dia akan lepaskan botol tu..

Helah 2: 
- baringkat baby atas peha, mengiringkan badan menghadap dada kita (posisi seperti nak bagi susu badan) selak baju dan jatuhkan pada area muka dia, then terus sumbat botol (nampak agak kejam tapi ia satu usaha berguna yang boleh diguna). cuba untuk kekalkan position supaya baby 'selesa'.

Macam-macam helah lagi yang boleh dibuat oleh para ibu dan orang-orang disekeliling.. ibu kena kreatif! :)

e) Susukan baby sebelum lapar / mamai
Saya quote cerita cikgu azleen dalam blog nya ok..

"Biasanya bayi akan tidur kan?
Bagi Afiah, biasanya beliau akan tidur lebih kurang 2 jam, dan bangun juga dalam tempoh lebih kurang yang sama.. Maksud saya 2 jam tidur, 2 jam jaga, tidur semula selama 2 jam, jaga lagi 2 jam, dan tidur semula.. Kecuali pada waktu malam , dimana Afiah akan tidur berterusan antara 4 ke 6 jam..
Jadi, apa yang saya lakukan adalah setelah Afiah tidur lebih kurang sejam, saya akan mula panaskan susunya.. Saya gunakan warmer jingle-jungle..
Selepas itu, saya akan memerhatikannya dengan lebih kerap.. Sebaik saja Afiah menunjukkan tanda-tanda yang beliau lapar dan akan tersedar dari tidur, saya akan terus memberikan beliau susu melalui botol..
Oleh kerana pada waktu ini biasanya beliau dalam keadaan separuh sedar, beliau tidak akan perasan bahawa beliau menghisap puting tiruan.. Hahaha..
Afiah kenyang tanpa tangisan.. Yezzaaaa!
Biasanya juga selepas 15 ke 30 minit, saya tetap perlu berikan Afiah breast cuma kali ini bukanlah beliau menghisap kerana lapar sebaliknya cuma menghilangkan ketagihannya saja.. Layan ajerlah.."
2. Tolak EBM .. lebih suka yang fresh

Teknik yang boleh digunakan :

Mulakan dengan memberi bayi minum susu perahan segar / fresh.. maknanya susu yang diperah pada hari yang sama.. jangan terus beri ebm yang beku.. Kerana, rasa ebm bekuk kurang enak berbanding yang segar..

Manfaatnya, ibu boleh dielak daripada bermalas-malasan mengepam yang akhirnya menyebabkan pengeluaran susu berkurangan.

Dan, selepas baby biasa dengan rasa ebm, barulah beransur-ansur memberikannya ebm yang diperah semalam, 2 hari sebelum, 3 hari sebelum dan akhirnya ebm beku.

3. Bau susu

Teknik : periksa peti sejuk / freezer

- Kadang-kadang susu ebm yang disimpan dengan produk-produk beku lain seperti lauk pauk dan makanan lain boleh menyebabkan susu ebm berbau seperti makanan yang kita simpan.
- So make sure makanan dan minuman yang disimpan bersama ebm di seal dengan sempurna. atau simpan dalam bekas yang bertutup rapat seperti tupperware. 

Akhir sekali, jika kita telah melakukan semua yang terbaik untuk baby kita, anak masih tetap tidak mahu minum susu dari botol, usahlah terburu-buru dan risau.. banyakkan berdoa pada Allah, kuatkan dan tabahkan hati dan emosi.

Perhatikan perkembangan anak untuk tempoh 2 minggu ke 1 bulan.. Selagi anak kita sihat, aktif, ceria dan berat badannya maintain (tak semestinya sebab insyirah berat tak naik2 hehhe) tiada apa yang kita perlu risau samada anak minum susu mencukupi atau tidak..

Apa yang anak kita minum itulah yang diperlukan olehnya. Penyusuan susu ibu itu mencukupi tanpa mengambil kira berapa oz yang telah diminum dalam sehari..

Keep on positive thinking, pumping dan simpan stok... insyaAllah.. doa kita akan dimakbulkan Allah kelak... ok! 

Nota ummi : rindu saat2 menyusu... akan cerita tentang macamana insyirah wean-off dengan ummi dia satu hari nanti :)

Assalam,

Thursday, January 19, 2012

Hati ibu.. Hati bapa..

Mesej Puan Haza di fb KIM
(sila klik untuk membaca lebih jelas)

Ini mesej Puan Haza, owner produk Lunatots cawangan Putrajaya di fb Kump. Ibu2 Menyusu. Syahdu saya membacanya. Jujur saya tabik kepada semua suami (termasuk abang) yang berusaha untuk mencari ilmu tentang breastfeed, mencari ubat-ubatan dan produk kesihatan tambahan seperti Maajun Anggun Bistari dan ABM Collagen untuk isteri-isteri mereka.

Saya pernah mendapat panggilan daripada seorang ayah, mencari beg penyejuk susu ibu, saya dengar suara isterinya yang baru sahaja beberapa hari bersalin di sebelah. Saya pernah juga mendapat panggilan daripada seorang suami yang mencari produk untuk membantu isterinya sihat kerana tidak sampai hati melihat keletihan isterinya. Saya sangat kagum! :)

Kepada mereka yang tidak merasa atau tidak terbuka lagi hati dan minda para suami dan bapa, jangan anda sedih, jangan anda risau, percaya Allah itu Maha Memberi, berdoa banyak-banyak agar perasaan itu timbul di hati suami kelak. Semua ini perkara baru untuk kita dan mereka, pandai-pandailah kita mencari jalan menambat hati mereka, ye! Suatu hari, mereka akan tau tidak akan luntur ego hanya kerana hal2 begini ;-)

Nota Ummi : terima kasih, abang! :)

Assalam,

Monday, November 07, 2011

Tempoh menyusu dan menceraikan susu ibu

Seronok beraya di kampung, tak ada apa yang nak dibuat jadi saya belek-belek sajalah blog kegemaran.. dah lama nak cari peluang download sesi ilmu Tanyalah Ustaz yang membincangkan secara khusus tajuk Penyusuan Susu Ibu di TV9 selama dua episod, tak berkesempatan..

Bukan apa, masih mencari jawapan yang pasti untuk tempoh maksima menyusukan anak.. dan ramai pulak yang bertanya,.. alhamdulillah dapat jawapan di blog Ustaz Hasrizal,..

jadi,
yang tak kawen atau mengandung lagi tu ambillah ia sebagai ilmu di masa hadapan..

dan,
yang dah berkahwin dan menyusukan bolehlah mengambilnya sebagai ilmu dan realisasikannya..

jawapannya ada dalam Nas Al-Quran;



“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)” [Al-Ahqaaf 46: 15]


Assalam,

Tuesday, July 12, 2011

Membina diri melalui penyusuan susu ibu?

Cantik tajuk di atas. Nak mengulasnya tak tau dari mana. Rasa nak diluahkan semuanya.
Sejak entry aina yang lepas berkait dengan 2 tahun penyusuan, ramai pulak yang bertanya;
"kenapa tak masukkan entry tentang perjalanan susu ibu macam blogger2 lain?"
"tak sangka aina menyusu badan, sbb entrynya jarang-jarang"

Owh.. soalan yang tak disangka. permulaannya saya ingin buat blog ini sebagai diari saya. ceritakan apa saja pengalaman untuk dikongsi bersama. namun situasi membataskan. ada yang tidak setuju, ada yang tidak suka. namun bila saya baca entry farah farhan dan suraya, saya tau sepatutnya saya tidak perlu risau tentang penyakit2 manusia, sebaliknya teruskan bercerita pengalaman2 berharga dalam hidup melalui blog ini, mana tau boleh dijadikan panduan di sebalik tatapan itu :)

Tak pe lah kawan-kawan dan sahabat.. ade rezki satu masa nanti saya akan masukkan entry tentang penyusuan susu ibu, dan apa juga proses pengalaman yang dilalui dalam kehidupan ni ye.. kalau tak berkenan dihati, bolehlah tidak singgah di blog ini lagi..

Oklah berbalik pada tajuk di atas, saya terangkan sikit sebanyak kaitan pembinaan diri dengan penyusuan susu ibu.

Sebenarnya, penyusuan susu ibu itu adalah satu proses nikmat yang Allah beri kepada seorang wanita bergelar ibu, sebagai satu cara 'mendidik' bayi susulan daripada kehidupan bayi itu di dalam rahim ibu.

Jadi, segala tingkah laku, tutur bicara, dan apa yang ada dalam minda dan hati si ibu akan diserap secara terus oleh si anak yang disusui.

Sebab itulah, kata seorang sahabat nabi, pembinaan sebuah anak itu, bermula sebelum berlangsungnya sebuah perkahwinan lagi. Proses mencari isteri, dan melayari rumahtangga, akan mempengaruhi anak yang akan dikandung, dilahirkan dan dibersarkan. Corak sebuah keluarga banyak ditentukan oleh bakal isteri yang dikahwini. Jika baik budinya, tinggi ilmunya, tidak jemu belajar ke arah kebaikan, insyaAllah, benih yang dikandung akan menjadi anak yang baik dan solehah.

Saya yakin, inilah jawapan kepada persoalan bagaimana rosaknya anak-anak zaman sekarang, sepertimana yang disebutkan oleh Prof Dr Muhaya. Besarnya tanggungjawab seorang bakal suami untuk mencari isteri yang solehah lantas membentuk keluarga.

Saya dan suami masih lagi belajar, baru dalam dunia kekeluargaan, semoga Allah merahmati dan memudahkan perjalanan kami membentuk keluarga sakinah..

Penyusuan susu ibu itu indah, dari dalam perut lagi sudah sama-sama berjanji dengan anak yang dikandung, sama-sama menjayakan penyusuan susu ibu..

Apa yang saya ajar dan lakukan sewaktu anak dalam perut, begitu jugalah semasa penyusuan susu ibu berlangsung; kerana badan saya sepanjang masa 24 jam sehari akan merembeskan hormon prolaktin yang akan membentuk susu ibu;
- menjaga kelima-lima deria sedaya yang boleh, supaya tidak tersalah laku atau dengar
- mendengar kalimah-kalimah zikir yang indah, kini saya seronok insyirah sudah pandai berzikir ikut alunan yang didengar..
- menjaga emosi dan hati, kerana kedua-duanya amat penting dalam penghasilan susu ibu, juga dalam pembentukan emosi dan hati anak.

Penyusuan susu ibu berlaku secara langsung, apa yang dibuat oleh ibu, itulah juga yang akan dilakukan oleh si anak. apa yang difikirkan oleh ibu, itulah juga yang akan difikirkan oleh si anak. dan apa saja yang didengar oleh si ibu, itulah juga yang akan didengar oleh si anak.

Sesungguhnya, setiap titis susu ibu itu, mengandungi seribu satu didikan untuk si anak..

Anda yang mengalami dan merasainya, anda tentu tahu, begitu juga saya :)

Alhamdulillah.. saya bersyukur dengan prestasi sifat kendiri insyirah.. :)


Salam,

Monday, July 04, 2011

PhD penyusuan susu ibu di genggaman!


Entry hari ini panjang lebar, ekspresi dua tahun telah melahirkan Insyirah :)
Tarikh keramat 4 Julai 2011, jam 3.37 petang..
Dihari dan waktu inilah, anak saya hadir di dunia.. menyinari hidup kami suami isteri.
Dan kini alhamdulillah, di tarikh dan waktu inilah juga, insyirah genap berusia dua tahun..

Beerti, genaplah sudah sesi penyusuan susu ibu ummi untuk insyirah selama 2 tahun,
dapatlah PhD di genggaman..
Walaupun hanya 'kelas kedua', ummi tetap bersyukur, tetap rasa bangga dengan pencapaian ini.
Tiada sijil, tiada cop mohor, kerana buktinya anak kami Annur Insyirah ada dihadapan kami.

Kenapa PhD ini penting pada aina? inilah sebab-sebabnya..
- ada hikmah di sebalik tuntutan kepada si bapa dalam menunaikan perintah agama, supaya menyediakan susu ibu untuk anaknya sehingga sekurang-kurangnya dua tahun, jika isteri (ibu kepada anaknya) tidak mampu, maka suami (bapa kepada anaknya) perlu mencari ibu susuan untuk melengkapi keperluan anaknya.
- ada jawapan di sebalik pertanyaan ramai pihak "bagaimana aina dan nizal didik insyirah hingga disiplin, baik dan pandai bawa diri begini?"
- ada rahsia di sebalik sesi penyusuan susu ibu berlangsung; di mana proses bimbingan dan pengajaran itu diajar dari mata ke hati, oleh ibu yang menyusukan kepada anaknya yang disusukan..
- ada tersirat seribu satu kesihatan mental dan fizikal yang bakal diperoleh si anak yang disusukan ibunya, bekalan pada hari2nya yang mendatang..
- ada keistimewaan tertentu yang tidak akan diperoleh dalam hubungan2 lain..

Saya bersyukur.. walaupun pendedahan tentang penyusuan susu ibu itu agak lambat (hanya pada usia kandungan 7 bulan) kepada ibu yang mengandung seperti saya pada ketika itu, namun saya tahu tiada istilah 'terlambat' dalam proses ini, saya boleh menyusukan hingga hari ini.

Terima kasih kepada sahabat saya, pn wardah kerana telah memperkenalkan istilah 'bf' yang disangka boyfriend pada awalnya..
Terima kasih juga kepada kak hazarina, kerana membekalkan saya keperluan2 menyusu ibu, dan hadiah buku penyusuan susu ibu bekerjaya pada saya..
Terima kasih kepada emak saya kerana cuba untuk memahami penyusuan susu ibu..
Terima kasih tak terhingga kepada abang kerana mengemaskan beg pam susu setiap pagi sebelum saya pergi kerja..

Saya tau, bagi mereka yang telah diterima kasih, hal itu kecil.. tp bagi saya besar ertinya..

Banyak yang saya belajar tentang breastfeed ini.. dan dihati saya selalu berkata.. "Kalaulah..
- ada kursus tentang persediaan menimang cahaya mata yang diWAJIBkan kepada semua bakal suami dan isteri..
- ada kursus penyusuan susu ibu yang diWAJIBkan kepada semua bakal ibu dan bapa.. sesungguhnya semua perkara perlukan ilmu untuk didamba dan dipraktikkan, bukan akademik semata2..
- pendedahan tentang kebaikan susu ibu dapat disebarluaskan dalam semua media cetak dan elektronik di seluruh dunia..
- semua ibu tahu mereka boleh menyusukan anaknya tanpa ada sebab yang membataskan,
- semua orang dapat memahami betapa penyusuan susu ibu itu adalah terlalu indah dan istimewa.."

penyusuan susu ibu itu mudah, tetapi ia tidak semudah yang disangka..
memerlukan pengorbanan dan komitmen yang besar dari seorang ibu dan bapa semata-mata untuk anaknya.. dan saya berjaya melaluinya.. alhamdulillah..

kerana.. saya pernah diperli, saya pernah dimaki, saya pernah dikata, saya pernah dihina.. saya pernah rasa sedih, saya pernah rasa kecewa, saya pernah rasa terganggu, saya pernah dihantui rasa bersalah, saya pernah rasa macam2 gangguan daripada mereka yang tidak terdedah dan cetek tentang ilmu breastfeeding..

namun.. saya tidak pernah mengalah, saya tidak rasa down, saya belajar jadi positif, saya belajar bina keyakinan diri, saya mantapkan dan gali dan terus menyebarluaskan ilmu tentang breastfeeding yang saya ada semampu yang boleh.. dalam masa yang sama insyirah dapat menikmati kelazatan dan nikmat susu ibu itu..

kepada mereka yang berkata2 itu, terima kasih tidak terhingga, kerana kata-kata itu membuatkan saya terus berazam untuk menyebarluaskan tentang kebaikan susu ibu, hasrat saya supaya ibu2 bekerjaya terus mengepam di pejabat tercapai, dan saya dapat terus bekalkan anak saya dengan susu ibu hasil perahan di pejabat tercapai, alhamdulillah :)

kepada mereka yang masih ragu2 tentang kebaikan susu ibu, yang ada sebaLinkrang permasalahan dan soalan yang tak terjawab, boleh hubungi saya untuk dibantu sedaya yang boleh.. saya cuba berdasarkan pengalaman yang telah dilalui, kerna sijil tauliah belum sempat lagi diperoleh hihi :)

dan... saya akan teruskan sesi penyusuan susu ibu kepada Insyirah sehinggalah beliau sendiri menolak secara semulajadi.. insyaAllah.. :)

Salam,

Thursday, June 02, 2011

10 Mitos Penyusuan Susu Ibu

Tenang hati melihat anak disusu...

Tugas menyusukan bayi bukanlah terlalu sukar tetapi akan menjadi sukar bila ada pelbagai 'nasihat' yg mengelirukan para ibu terutama yg baru pertama kali menyandang gelaran ibu...

Percaya atau tidak antara tip kejayaan penyusuan adalah bergantung kekuatan mental ibu itu sendiri. Hanya ibu yg memahami kesihatan tubuh badannya dan kemampuan utk memberikan yg terbaik. Campur tangan org sekeliling kadang kala boleh menyumbang kpd kegagalan menyusukan anak.. antaranya:-

1. KEBANYAKAN WANITA TIDAK MENGHASILKAN SUSU YANG CUKUP
Tidak betul! Majoriti wanita mengelurkan lebih daripada cukup susu. Alasan biasa bayi tidak mendapat susu kerana bayi tidak melekap dengan betul pada payudara ibu. Oleh itu amat penting utk ibu belajar cara kedudukan dan pelekapan betul semasa menyusu oleh mereka yg pakar.

2. TIADA SUSU BEBERAPA HARI SELEPAS BERSALIN
Alasan! Ia mmg perkara biasa krn bayi tidak melekap dgn betul pada payudara dan pastinya bayi tidak mendapat susu. Ada ibu yg merungut 'dia dah menyusu hampir dua jam tp masih menangis dan lapar bila saya lepaskannya'. Sebenarnya pada hari-hari pertama kelahiran, payudara anda tidak mengeluarkan susu yg banyak, yang hanya keluar ialah kolostrum iaitu susu awal ibu yang pekat. Bekalan susu yang diterima di dalam perut ibu sebelum keluar adalah cukup untuk bayi selama 3 hingga 4 hari. Itulah sebab mengapa bayi yang dibuang / ditinggalkan masih boleh bertahan hidup walaupun memakan hari. Rengekan bayi hanyalah kerana peralihan daripada dunia gelap sempit perut ibu kepada dunia luar yang luas, mereka perlukan sokongan kasih sayang yang disalukan melalui tali pusat di dalam perut ibu dan susu ibu di dunia luar.

3. BAYI PERLU BERADA SELAMA 20 MINIT DISETIAP PAYUDARA
Ia tidak betul. Bagaimanapun, perbezaan perlu dilakukan antara 'berada pada payudara' dan 'menyusu'. Jika bayi minum kira-kira 15-20minit pada sebelah payudara, dia mungkin tidak menyusu sebelah lagi. Jika dia minum hanya seminit pada sebelah payudara yg awal, kemudian hanya menggugis atau tidur, serta melakukan perkara yg sama bila bertukar pada sebelah payudara, maka tiada jumlah masa yg cukup boleh ditentukan.

4. BAYI YANG MENYUSU BADAN PERLU MINUM AIR MASAK
Salah!! susu ibu mengandungi semua kandungan air yg diperlukan oleh bayi yang cukup untuk menampung keperluan bayi. Bayi tidak perlu meminum atau memakan apa-apa selain susu ibu selagi umurnya tidak mencecah 6 bulan.

5. BAYI YG MENYUSU PERLU TAMBAHAN VITAMIN D
Tidak betul kecuali dlm keadaan yg luar biasanya (contohnya,jika ibu sendiri kekurangan vitamin D ketika dalam kandungan)

6. IBU PERLU CUCI PUTING SETIAP KALI HENDAK MENYUSUKAN BAYI
Susu ibu melindungi bayi daripada sebarang jangkitan. Minyak pada puting susu ibu dijadikan perlindungan antibakteria semulajadi. Membasuh puting sebelum menyusukan membuatkan penyusuan menjadi sukar selain membuang minyak perlindungan daripada puting.

7. MENGEPAM CARA TERBAIK MENGETAHUI BERAPA JUMLAH SUSU DIMILIKI
Tidak. Berapa banyak susu yang boleh dipam bergantung kepada banyak faktor paras tekanan si ibu. Bayi yg menyusu dgn baik memperoleh lebih banyak susu berbanding yg dipam oleh ibu. Ini kerana lidah bayi mengandungi pemangkin semulajadi untuk memberi signal kepada otak ibu bagi menghasilkan hormon prolaktin yang membantu menghasilkan susu ibu.

8. WANITA YG HAMIL MESTI MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Sekiranya ibu dan anak masih mahu, penyusuan boleh diteruskan. Kebanyakan wanita bertindak memberhentikan penyusuan apabila hamil kerana puting terasa sakit atau atas sbb-sbb lain tetapi dari segi perubatan tiada sebab utk tergesa-gesa memberhentikan penyusuan.

9. JIKA BAYI CIRIT BIRIT ATAU MUNTAH ATAU TIDAK BERAK, IBU PERLU MENGHENTIKAN PENYUSUAN
Ubat terbaik untuk jangkitan pada usus bayi adalah penyusuan susu ibu. Hentikan makanan lain buat sementara.. tetapi teruskan penyusuan. Adalah normal bagi bayi bawah 6 bulan yang tidak berak berhari-hari kerana tubuh bayi telah menyerap segala kandungan vitamin dan air dalam susu ibu. Ibu hanya perlu memantau suhu badan dan perilaku anak sekiranya ada apa-apa perubahan. Pastikan berjumpa dengan doktor yang menyokong penyusuan susu ibu untuk pemantauan. Teruskan penyusuan seperti biasa.

10. LEBIH MUDAH MENYUSU BOTOL BERBANDING SUSU BADAN
Ia sememangnya tidak betul! Mungkin penyusuan badan menjadi sukar bagi sesetengah wanita kerana dia tidak memulakannya dengan betul. Sememangnya penyusuan sukar pada awalnya ekoran daripada permulaan yang teruk tetapi biasanya menjadi terlalu mudah selepas itu. Contoh paling senang ketika hendak bermastautin dan keluar berjalan-jalan, ketika di rumah pengasuh atau nurseri berlaku insiden tertukar susu, dan sewaktu bayi bangun malam untuk menyusu.

Nota Ummi : Sebagai ummi rasa berbangga sebab sekarang dah ada iklan tentang kebaikan penyusuan susu ibu kat televisyen.. sepatutnya perkara ni dah lama diwarwarkan di media supaya timbul kesedaran dalam diri masyarakat dan ibu-ibu terutamanya, berharap agar mereka yang bakal menimang bayi akan ada kesedaran tentang kewajiban ini.. dan kepada ibu yang telah hentikan penyusuan, tiada istilah TERLAMBAT dalam penyusuan susu ibu, percayalah pada diri sendiri ok! Rujuk senarai hospital rakan bayi di sini

Salam,

Wednesday, April 27, 2011

Tips bawa anak jalan2

Hadiah sampingan langganan majalah karangkraf
di Pesta Buku tempoh hari


Ada sahabat yang bertanya, "macamana aina bawak anak keluar jalan2?" "susah tak nak menyusu dan uruskan diorg?" "malu la nak bagi susu depan orang" ... dan "budak tu tak meragam ker?"

Mm... memang, awal2 dulu aina agak risau bila nak bawa insyirah jalan2, terutama kalau tak ditemani ayahnya.. dan walaupun berkali2 dan bawa insyirah jalan2 tanpa ayahnya, rasa risau tu masih lagi menebal dalam diri, samalah juga bila nak bawa ke pesta buku tempoh hari..

Tapi alhamdulillah, yakin pada Allah semoga dipermudahkan segala urusan, segalanya berjalan lancar..

Untuk menjawab soalan2 tu.. sebenarnya tiada apa petua yang aina pakai pun, cuma aina cuba lakukan semua ni bila nak keluar;

- pastikan anak mendapat tidur yang cukup sebelum keluar
- beri anak makan dan susukan dia sebelum keluar
- sebelum melangkah keluar dari rumah, baca ayat "Bismillahillazi La Yadhurru..... ila akhir..." dalam hati berdoa semoga perjalanan melangkah keluar dari rumah kami dilindungi daripada gangguan dan anasir jahat iblis dan syaitan..
- mulakan perjalanan, baca lagi ayat "Bismillahillazi La Yadhurru..... ila akhir..." ulang beberapa kali dan niat dalam hati..
- cuba susukan lagi anak, atau bagi dia makan dan tidurkan dia dalam kereta hingga sampai ke destinasi

tips ibu menyusu : biasanya purata anak hendak menyusu adalah 2jam, jadi susukan dia dalam kereta, gunakan 2 jam tu untuk shopping etc.. cukup 2 jam boleh bagi susu lagi :)

ok, cara untuk menyusu di khalayak ramai;
- sambil2 pakai babywearing pun boleh..
- kalu tak pakai apa2 just cari tempat duduk dan susukanlah anak.. tutup dengan tudung, pastikan bayi dapat pengudaraan yang baik
- boleh gunakan bilik menyusu bagi tempat2 yang sediakan bilik / ruang tersebut
- gunakan saja surau :)

semoga dapat membantu :)

Salam,

Monday, March 28, 2011

Kasih ibu.. emak.. ummi

sokongan suami paling penting
sewaktu penyusuan susu ibu berlangsung..

"Hari ini, saya terpanggil bagi berkongsi satu kisah yang sangat menyentuh hati dan naluri saya sebagai seorang yang bergelar ummi, anak dan insan. Kisah ini adalah perkongsian daripada seorang DJ radio yang menjadi halwa telinga saya di dalam kereta, sepanjang menuju ke pejabat. Ini adalah kisah benar yang diceritakan oleh rakan beliau yang bertugas sebagai anggota bomba. Mungkin ada juga rakan-rakan di luar sana yang turut mendengar perkongsian ini.

Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi saya fikir, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya.

Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang.

Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi."

...

Nota ummi : Walau dah berkali2 baca cerita ni, mesti nangis.. betapa besarnya pengorbanan ibu ini.. kematiannya dalam keadaan penuh tanggungjawab, mulianya diri nya di sisi Allah.. sama2 kita berdoa semoga kita juga tergolong dalam golongan ibu sepertinya insyaAllah..

Salam,

Monday, January 17, 2011

insyirah dh 1 tahun 6 bulan 1 minggu dan 6 hari

salam..

nampak sgt tajuk kat atas tu menggambarkan perasaan seorang ummi.. hehe.
gundah gulana..
risau tak menentu..
dan.. pening..
bercampur baur.. memikirkan anak yang disusukan sekarang..

bekalan susu insyirah.. setiap hari cuba pastikan level atas mesti penuh dgn botol..
kalau tak ummi nangis puas2 dan usaha pam n perah susu
walau tahu kalau stress susu malu-malu nak keluar..

insyirah dh hampir setahun 7 bulan, maka usianya akan tinggal beberapa bulan lagi untuk genap 2 tahun.. bermakna, ummi dan insyirah akan melalui proses cerai susu.. ummi sendiri tak pasti perasaan ummi untuk melalui saat itu.. sebab tiap hari, walau ke mana saja insyirah pergi, dia akan cari 'sarang'nya kembali.. saat dia sedih, saat dia gembira, saat dia nk bergelak ketawa, dengan ummi ada 'cara'nya sendiri..

ummi harap ummi akan kuat dan tabah.. ummi halalkan setiap titis susu ummi untuk insyirah..

dilema ummi lagi.. beberapa bulan ni.. mampukah ummi tampung keperluan susu insyirah.. erm. proses mengepam susu agak tak memberangsangkan, sekali pam paling tinggi pun 2.5oz.. paling teruk 0.5oz.. paling selalu 1.5-2.0oz.. tak menentu. 4kali pam paling tinggi dapat pun 8oz.. apapun ummi bersyukur, dan berharap pemberian Allah ini berpanjangan untuk insyirah hingga dua tahun .. dan bakal adik-adik insyirah nanti..

Nota : air mata sgt mudah menitis bila fikirkan tentang susu anak ummi.. namun penguat semangat itu ada disekeliling, terima kasih semua!

Monday, December 27, 2010

Cabaran penyusuan susu ibu..

insyirah rasa selamat n selesa menyusu dalam karung khas menyusu,
hadiah mak long tini utknya..

Salam, mencari ilham, sempat sekejap menjengah ke blog su lunatots, seronok pula baca artikel beliau lalu aina ambil peluang minta izin copy artikel yang ditulis untuk Majalah Mingguan Wanita kolum Permata Hati Jan 2011 semoga dapat dimanfaat bersama oleh kita semua.. meh baca sama2 ya!

Cabaran:
Menyusun sebaik mungkin tentang susu ibu dalam ayat yang ringkas dalam 2000 patah perkataan (dalam masa 2 jam) dengan niat, ada yang terbuka hati untuk menyusukan anak dan terus menyusukan walaupun kembali berkerja.

Artikel :
Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia ialah : Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan.

Polisi ini jelas menyatakan HANYA susu ibu SAHAJA makanan bayi untuk 6 bulan pertamanya dan penyusuan masih diteruskan sehinggga anak berusia 2 tahun. Nyata susu ibu sahaja tanpa air suam mahupun susu tambahan mampu memenuhi khasiat yang diperlukan sepanjang tumbesaran bayi.

Bila dinyatakan susu ibu adalah makanan terbaik, ianya memberikan ruang yang longgar untuk ibu bapa untuk memilih susu mamalia lain. Namun apabila ditekankan bahawa hanya susu ibu satu satunya makanan yang sesuai untuk bayi mereka, ramai ibu bapa mula memahami kepentingan susu ibu.

Kolustrum adalah susu ibu awal
Susu ibu terhasil dalam bentuk KOLUSTRUM pada minggu pertama kelahiran. Kolustrum ialah susu awal yang likat dan berwarna jernih malah terhasil dalam kuantiti yang sedikit. Ramai ibu bapa beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk bayi namun hakikatnya perut bayi yang kecil (hanya sebesar ibu jari) pada 3 hari pertama tidak memungkinkan mereka minum dengan banyak seperti yang ibubapa jangkakan. Cukuplah kolustrum yang mengandungi antibodi untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit. Kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).

Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran.

Antara tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ialah ‘menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin pada tempoh awal kelahiran’. Mengikut case study, lebih awal ibu dapat menyusukan bayi selepas melahirkan, semakin panjang tempoh penyusuan tersebut dapat direalisasikan.

Hospital Rakan Bayi juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Hospital Rakan Bayi mempunyai anggota perubatan yang terlatih dan memahami kepentingan susu ibu dimana tiada susu formula mahupun botol tiruan dibenarkan dibawa di hospital.

Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir pada hari hari awal kelahiran sahaja, berikan peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.
Sebaik sahaja ibu pulang dari hospital, cabaran lain bermula. Sokongan insan sekeliling seperti ibu bapa dan keluarga mertua amat diperlukan pada waktu ketika ini. Bayi yang baru lahir biasanya kerap menangis walau hakikatnya menangis ialah satu satunya cara mereka berkomunikasi. Malangnya kebanyakan tangisan bayi ditafsirkan sebagai lapar dan keadaan ini menyebabkan bayi diberikan susu formula atau makanan tambahan lain (seperti bijirin) bagi membuatkan mereka tidur lena.

Bayi mungkin menangis kerana lapar, takut, sunyi, lampin basah, sakit mahupun mahu mendengar suara ibunya. Susukan bayi sekerap mungkin dan elakkan pemberian minuman atau makanan asing kerana usus bayi yang masih belum matang meningkatkan risiko infeksi dan penyakit sekiranya terdedah awal dengan bendasing. Bayi yang tidur lena dan lama bukan petanda yang baik kerana ia meningkatkan risiko SIDS (Sudden infant death syndrome ) dan boleh menyebabkan bengkak susu terhadap ibu. Susukannya selang 1 ke 2 jam bagi menenangkannya sekaligus melancarkan pengaliran susu ibu yang masih belum stabil.

Cadangan kaunselor : Beri sekurang kurangnya masa 9 bulan bagi bayi menerima keadaan sekelilingnya berikutan 9 bulan beliau berada didalam perut dalam keadaan yang sunyi mungkin menyebabkannya takut dan kerap menangis.

Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya

Bagi ibu yang akan kembali berkerja selepas 2 bulan usia bayi, mereka boleh mula memerah susu pada usia bayi 2 minggu. Susu boleh diperah menggunakan tangan (dengan teknik tertentu) atau menggunakan pam susu bergred hospital. Pam yang baik menyokong ibu untuk meneruskan penyusuan kerana sedutannya yang tidak menyakitkan. Ibu boleh memerah susu semasa anak tidur atau mengepam sebelah payudara semasa menyusukan anak.
Susu yang diperah boleh dilabelkan dengan tarikh dan disimpan 3 oz satu bekas didalam peti sejuk. Susu ibu tahan selama 3 bulan didalam peti ais 2 pintu. Cadangan kaunselor : Ibu mendapatkan sekurang kurangnya 20 botol 3 oz = 60 oz sebelum kembali berkerja.
7 hari sebelum masuk berkerja, ibu boleh mula menghantar bayi ke -rumah pengasuh bagi melatih bayi minum susu ibu perahan (SIP) sewaktu ibu pergi berkerja. Ibu boleh memulakan dengan 3 jam (pada hari pertama) dan jumlah jamnya ditingkatkan hari demi hari.

Untuk hari pertama berkerja, ibu boleh meninggalkan 5 bekas 3 oz = 15 oz susu ibu untuk anak mereka kepada pengasuh. Susu ibu ini perlu direndam didalam bekas air suam sebelum diberi kepada bayi. Bayi yang minum susu ibu akan minum dalam kuantiti yang sedikit namun kerap.

Sepanjang berkerja di ofis (katakan 10 jam), ibu perlu mengepam 3 jam sekali 20 minit sebelah payudara sepanjang di ofis. Pengepaman di ofis ini penting untuk membekalkan susu kepada bayi sekaligus memberitahu badan ibu untuk terus menghasilkan susu. Ini kerana jika tiada (atau kurang) signal yang dihantar kepada badan, badan akan berdikit dikit menghasilkan kurang susu. Signal terhadap badan boleh dihasilkan dalam 2 bentuk iaitu bayi menyusu secara terus dengan ibu dan yang kedua ialah ibu mengepam selang 3 jam.

Jarak yang terlalu jauh antara tempoh pengepaman juga boleh menyebabkan susu ibu berkurangan (seperti mengepam hanya sekali sepanjang 10 jam). Makanan tambahan mahupun suntikan hormon boleh membantu penyusuan susu selagi badan menerima 2 signal yang dinyatakan seperti diatas.

Perbincangan bersama majikan adalah diperlukan bagi menjayakan penyusuan susu ibu kerana ibu perlu keluar mengepam selang 3 jam dan keadaan ini mungkin mengambil waktu berkerja. Kebanyakan majikan semakin menyedari kepentingan penyusuan susu ibu terhadap keluarga amat menyokong penuh tindakan ibu dimana mereka berbesar hati menyediakan bilik penyusuan khas untuk ibu mengepam susu.

Mengikut beberapa kajian yang dijalankan oleh jabatan human resource, ibu yang menyusukan anak lebih jarang mengambil cuti kerana anak sakit berbanding ibu yang menyusukan anak dengan susu formula. Ianya satu kelebihan untuk majikan dan syarikat itu sendiri berikutan produktiviti yang meningkat dengan penyusuan susu ibu.

Penyusuan susu ibu diketahui umum memberikan antibodi yang ada didalam badan ibu kepada bayi. Keadaan ini adalah berfaedah kepada bayi kerana sudah memiliki antibodi tanpa perlu sakit terlebih dahulu.

Ramai ibu susah hati dengan 2 tahun kerana risaukan mereka tidak menghasilkan susu yang mencukupi sepanjang tempoh itu. Sokongan suami, keluarga, pengasuh bayi dan rakan sekeliling amat diperlukan dalam menjayakan usaha ini. Bayi yang minum susu ibu tidak minum susu sebanyak bayi yang minum susu formula. Ini berikutan kuantiti 3 oz yang diminumnya untuk sekali minum adalah mencukupi untuk fungsi normal badannya. Susu ibu yang dihasilkan ibu berubah komposisinya mengikut cuaca dan usia bayi. Kebaikan susu ibu ialah ianya bersesuaian dan berkadaran langsung dengan keperluan bayi pada ketika itu.

Seperti yang dinyatakan diatas, bayi yang baru lahir dengan perut yang kecil hanya memerlukan kolustrum susu ibu yang sedikit. Malah susu ibu akan semakin banyak jika bayi semakin kerap dan banyak menyusu.

Penyusuan melalui botol (sewaktu ibu keluar berkerja) tidak dapat dijadikan kayu ukur dalam menentukan berapa banyak bayi perlu minum kerana biasanya bayi akan minum lebih banyak dari yang diperlukan. Ini berikutan ketidakbolehan mereka mengawal aliran susu daripada botol dan tindakan menggerakkan rahang melekakan mereka (lalu menyebabkan mereka menghabiskan susu dengan banyak).

Cadangan kaunselor kepada pengasuh, elakkan memberikan bayi susu pada setiap kali mereka berbunyi sebaliknya cuba tukar lampinnya, pujuk/tepuk perlahan lahan atau ajar bayi menghisap jarinya.

Pada permulaannya, penyusuan susu ibu akan sedikit rumit apabila ianya masih asing dikalangan wanita berkerjaya namun selepas beberapa bulan, ibu dan keluarga akan mula terbiasa dan merasakan kepraktikalitiannya. Ibu bapa yang sedang menantikan kehadiran cahayamata dicadangkan menghadiri Kelas Penyusuan Susu Ibu yang sering dianjurkan oleh kaunselor dan konsultan laktasi di Malaysia.

Tuntutan kerja rumah & menyusukan anak sering bertembung dan ibu akan lebih cepat berasa letih dan memberhentikan penyusuan susu ibu.

Kerana itu perhatian dan sokongan suami amat diperlukan demi meneruskan penyusuan selama mungkin. Seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran mengenai kewajipan menyusukan anak sehingga 2 tahun, kerjasama semua pihak amat dituntut.

Bagi ibu yang tidak dapat menyusukan anak (mungkin atas faktor kesihatan), mereka digalakkan mencari ibu susuan untuk menyusukan bayi mereka. Ini kerana hanya susu manusia yang bersesuaian dengan perkembangan tubuh badan dan otak bayi manusia yang mana susu mamalia lain hanya memenuhi kriteria perkembangan anak mamalia tersebut.

Mengikut Akademi Pakar Kanak Kanak Amerika, bayi yang disusukan dengan susu ibu akan mencapai pertumbuhan yang lebih cepat berbanding jika disusukan dengan susu formula. Ini kerana pertumbuhan bayi dirangsang pada setiap kali proses penyusuan berlangsung. Tahukah anda bahawa bayi menggunakan 44 otot semasa menyusu dengan ibunya berbanding 4 otot ketika menyusu dari botol? Ini menyebabkan bayi yang menyusu susu ibu lebih cepat bercakap, berpusing, meniarap, merangkak seterusnya bertatih dan berjalan. Malah jarak pandangan mata yang tercapai oleh bayi baru lahir ialah antara payudara dengan mata ibu ketika menyusu. Interaksi dan sentuhan berterusan semasa ibu dan bayi sedang menyusu menggalakkan pertumbuhan fizikal dan emosi bayi yang baik.

Penyusuan susu ibu menjadikan anda benar benar ibu bila mana hanya anda yang boleh menyusukan anak anda (semasa ibu dirumah) dan bayi disusukan dengan susu ibu biarpun ibu keluar berkerja.

Selamat Membaca dan Mempraktikkan!

Tuesday, August 17, 2010

Salam Ramadhan..


Salam.. alhamdulillah hari ni kita dah sampai ke hari yang ke tujuh berpuasa. Bagi aina bulan puasa tahun ni amatlah dinanti sbb inilah kali pertama kami suami isteri dapat menyambut dan insyaAllah berpuasa penuh satu bulan bersama.. itu yang tak sempat nk update blog.. nk sambut puasa mcm nk sambut raya! hehe.

Alkisahnya 2 tahun lepas hubby tiada di sisi.. pergi menyahut seruan untuk sambung belajar di utara tanahair.. semua pun tahu kan. tahun lepas pula, dia posting di grik.. dapat berpuasa selama 7 hari lebih kurang dgn hubby. mmg sayu rasa hati akhirnya dapat sambut bersama-sama.. alhamdulillah..

Buat teman-teman sahabat bergelar ibu.. semoga tabah dgn perjalanan puasa.. ingat tentang satu.. PUASA TIDAK AKAN MENGURANGKAN KADAR PRODUKSI SUSU KITA.. tau. Bagi sesiapa yang masih berasa dlm situasi yang sebaliknya, cuba cari artikel dan rancang pola pemakanan waktu berbuka dan bersahur. Bagi diri saya, ms berbuka dan bersahur, bnykkan makan buah kurma dan minum air kosong bnyk2.. insyaAllah kadar produksi tu akan maintain mcm di bulan2 yang lain..

Dan bagi pelanggan setia butik kami yang mengamalkan MAB.. jangan risau dengan pengambilan MAB di bulan puasa.. tidak akan menjejaskan apa2. pesanan saya sama saja dengan ibu menyusu.. minum air dan buah kurma bnyk2.. pastikan pola makanan sewaktu berbuka dan bersahur adalah berkhasiat.. Ada juga yang bertanya untuk hentikan sementara pengambilan, tapi saya tidak mengesyorkan kerana ia seolah2 akan kembalikan tubuh ke keadaaan yang asal. Setia dengan pemakanan, bnykkan minum air dan buah kurma.. insyaAllah.. tubuh anda akan lebih sihat ye..

Oklah semua.. bnykkan ibadah di bulan puasa ini, semoga amalan-amalan kita akan diberkati dan diterima olehNya. Salam Ramadhan dari aina sekeluarga!

Nota : Bagi pelanggan butik kami.. silalah selalu singgah di butik untuk promosi Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang!

Friday, August 06, 2010

Hari susu ibu sedunia..


Alhamdulillah.. 5 ogos 2010 a.k.a semalam, buat kali pertama aina dapat menyertai sambutan hari susu ibu sedunia.. sejuta penghargaan diberikan kepada Puan Pengarah a.k.a majikan kerana memberi peluang aina dan rakan-rakan sekerja menyertai sambutan tersebut. Ada forum, ada jualan dan pameran susu ibu.. paling best ms segmen 'Luahan Rasa Bapa ke Bapa', walaupun kalangan audien 95% adalah perempuan, harap2nya mesej akan sampai ke pasangan mereka.. sangat seronok..

Bercakap tentang pengalaman saya mempraktik susu ibu.. alhamdulillah hingga kini, insyirah dah berumur 1 tahun 1 bulan, saya masih menyusukan insyirah.. ingat lagi ms mula2 mengandungkan insyirah, saya tidak membeli apa-apa pun majalah keibubapaan kerana menganggap semuanya akan berlalu secara semulajadi.. jadi semua persediaan saya buat tanpa rujukan dan aturan yang sepatutnya.. dgn kata lain telahan saya adalah salah! (beringatlah para ibu bapa.. nak jadi ibu bapa perlu cari ilmunya...bukan buat telahan sendiri..)

alhamdulillah Allah masih memberi peluang kepada saya.. persoalan tentang breastfeeding(bf) mula saya kenal oleh sahabat saya, pn wardah (tq so much my dear :)) bertanyakan satu soalan yang saya ingatkan seloroh berbunyi ".. nanti awak nk bf ke x? .." jawapan saya "eh.. bf apanya. saya kan dah berbadan dua ni hehehe.." begitu ceteknye ilmu saya pada masa itu menganggap bf = boyfriend... -nak jadi cerita sahabat saya ni suke bergurau tak kena tempat! hehehe- setelah itu diterangkan maksud sebenar.. dlm tempoh kandungan dah masuk 7 bln, air mata saya keluar menangis kenapa saya tidak didedahkan dgn perkara ini.. (biasalah salahkan pihak klinik-hospital-mak ayah) saya cepat2 cari artikel.. dan tanpa berfikir panjang terus menempah pam spectra daripada kak sifu saya, kak haz, risau kalau baby keluar awl daripada waktunya..

alhamdulillah juga, saya dapat susukan insyirah dalam tempoh setengah jam slps bersalin. saya agak kekok a.k.a tidak tau apa2.. cuma berbekalkan kata-kata kak haz, "make sure minta baby pas bersalin n susukan baby dlm tempoh setengah jam pas bersalin nnt susu akan kuar sendiri" .. kronologinya insyirah menangis tanda lapar, nurse kat situ bertanya "puan nak susukan sendiri atau saya bagi susu?" tanpa banyak kata saya terus menjawab "saya nak baby".. alhamdulillah... Allah permudahkan saya, insyirah pandai melekap sendiri.. walaupun saya hampir2 putus asa kerana susu tidak keluar dan insyirah meronta2.. rupa2nya itulah lumrah alam...

satu hari saya akan rindukan saat2 ini..

bila terkenang usia insyirah lagi 11 bulan nak capai 2 tahun, air mata saya akan bergenang... persoalan di hati akan timbul "..mampukah aku tampung keperluan susu untuk insyirah untuk bulan2 yang ada ini..?" dan "macamana saat2 aku nak tempuh ms bercerai susu nanti.."

dugaan semasa menyusu... sangat banyak.. sakit bengkak susu.. puting sakit, berdarah, gatal2.. susu down, susu perahan yang disimpan makin sedikit.. dan kadar let down refleks saya menurun dan kadang tiada langsung! tak cukup dengan sikap manusia dengan macam2 telahan, cemuhan dan macam2 lagi daripada orang sekelilling.. hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya untuk membudayakan susu ibu di pejabat.. dan mengawal emosi saya bila berhadapan dengan orang2 sekeliling yang tidak percaya dgn susu ibu.. yang sibuk nak bagi air kosong n benda2 lain dalam tempoh insyirah 6 bln dan macam2 lagi.. apa yang saya mampu kata dan buat? ... ye... saya berdoa semoga semua susu tepung yang nak disuakan ke mulut insyirah akan termuntah kembali.. dan saya hanya lambat2kan dan buat2 tak tahu bila disuruh bg susu kambing kat insyirah bila insyirah kena demam kuning hehehhee... (last2 kena marah sbb susu kambing yg ori tu basi gitu jerrr.. hehe). owh dugaan sangat2 bnyk.. tp dh bnyk lupe sbb saat manis tu lagi bnyk :-)

kebaikan susu ibu? haa.. sgt2 la banyak.. hehe. utk bayi, sentiasa sihat dan cergas.. insyirah tak pernah demam yang lama, kalau ada pun siang demam, malam dah ok, begitulah sebaliknya. anak yang cerdik, jauh berlainan daripada anak seusia yang lain yang tak menyusu ibu. cergas dan aktif tu sudah tentu.. sangat manja dgn saya dan suami (tapi bila ditempat lain atau orang lain tau berdikari n bawa diri). utk saya sbg ibu, saya kini dh semakin mahir dalam proses pengurusan stress (sbb kalau stress susu malu2 nak keluar hehe), pengurusan masa saya lebih efektif (sbb saya perlu bahagikan masa saya sbg seorang pekerja, pelajar, suri rumahtangga, ummi dan anak..) kerana bayi yang menyusu ibu suke sangat menyendeng dgn saya hehe, dan paling best saya kena belajar untuk disiplinkan diri untuk tidak menghampiri perkara2 negatif apatah lagi memakan benda tidak halal kerana semua pembentukan sikap dan makanannya akan terhasil melalui pembentukan air susu dalam tubuh saya.. banyak lagi la kelebihan susu ibu.. nak tanya calling2 la saya ye.. hehe.

dari sudut lain saya sangat bersyukur kerana... saya dikatakan perintis yang mempraktikkan kaedah perahan dan simpanan susu ibu di pejabat.. saya memberi suntikan semangat kepada para ibu yang sedang mengandung untuk meneruskan penyusuan hingga dua tahun bila mereka dah bersalin kelak, dan saya dapat memberi kesedaran kepada para bapa agar menggalakkan penyusuan susu ibu kepada isteri untuk anak-anak mereka, alhamdulillah! kini saya dapat merasa satu kepuasan bila dapat lihat adik2.. sahabat2.. rakan taulan... dan saudara mara yang menyusukan bayi mereka, itulah perasaan yang sangat manis bergelar kaunselor susu ibu tak bertauliah! hehe

niat dan hasrat saya, semoga budaya menyusukan bayi secara eksklusif sehingga usia bayi 2 tahun menjadi budaya masyarakat Malaysia, aminnn... insyaAllah!

Nota : fikir2kanlah.. susu tepung dikatakan terbaik dari New Zealand.. tapi fakta yang sebenar, kat negara tersebut dilarang keras sama sekali untuk menjual @ mengiklan @ mempamer susu tin2 susu tepung kecuali di farmasi yang khusus sahaja! dan .. paling best.. semua ibu di sana diwajibkan memberi bayi mereka dengan susu ibu.. kita kat sini???

Tuesday, November 10, 2009

mampukah aku?

dakapan anakku..

salam.. dari minggu lepas saya cuba untuk menjawab beberapa pertanyaan dan soalan yg sering diaju kepada saya untuk dijawab.. "...boleh ke.." "...sanggup ke.." kebanyakan soalan ada patah kata tu.. kadang sy jawab.. kadang saya lebih suka ambil pendekatan senyum dan diamkan diri sahaja..

ramai mempertikaikan tentang keputusan saya untuk fully breastfeeding dan berCD's.. pertikaian itu atas dasar-dasar (yg bagi saya kurang munasabahnye) berikut :

1. saya masih belajar
jwpn sy : masih ramai ibu yg masih sibuk dari saya dan belajar dihujung minggu tp berjaya! malah pelajar cemerlang mempunyai 6 org anak dan beliau breastfeed! dgn kekuatan dan support yg diberi suami beliau sanggup turun naik tangga dr kelas ke tmpt anak2nya menunggu utk susukan babynya! jadi.... takkan saya tak bole?

2. hubby jauh dr pandangan
jwpn sy : owhh... itu bukanlah alasan.. malah bg sy inilah jalan untuk saya selesa fully susu & ber CD.. sbb tidak akan dipertikaikan oleh sesapa! bila hubby tgk sy berjaya.. br dia percaya, tul tak wahai kaum Adam? hehe.. alhamdulillah dapat support sepenuhnya dari hubby walaupun dia pernah kata "tak yah la wat pelik2 dr org lain..." "tul ke baby tak yah makan benda lain sampai 6 bln? kenyangnye?" heheheh.. kira ok la sbb sy pun pernah terpk gitu ;-)

3. kat opis bz
jwpn sy : org lain pun bz... lebih bz dr saya.. sekurang2nya saya dapat belajar untuk manage dan disiplinkan masa dan diri saya .. alhamdulillah.. :-)

4. kelebihan berbanding kekurangan?
jwpn sy : mana ada kekurangan dalam berCD dan susu ibu! kalau anda bijak dan pandai mengira, tentu tahu betapa jimatnye berCD dan fully breastfeed. nak susun sume kelebihan saya tak sempat nk tulis.. jadi bacalah kat blog pengasas lunatots ni.. dlm blog tu jugak bole tahu kelebihan2 menyusukan baby..

dan... persoalan paling besar... ketidakhadiran hubby di sisi.. mampukah saya?
jwpn saya : erm... sukar untuk digambarkan tentang perasaan saya. namun saya akur kehendak dan ketentuan Ilahi dan percaya dugaan hidup berjauhan ni.. ade hikmahNya.. saya yakin dan percaya dengan usaha yang berterusan insyaAllah kami akan dapat hidup bersama membesarkan Insyirah dan adik2nya dengan baik.. amin... :)

sekadar jenaka dan tambah kekuatan diri.. saya suka baca email dari seorang warga MARDI ni...

"....
Saya juga sekadar berkongsi cerita lama sedikit!

Saya mula bertugas dengan MARDI Cameron Highlands pada April 1973,
selepas mendapat Diploma Pertanian dari Kolej Pertanian Malaya (batch terakhir
sebelum dinaiktaraf kepada Universiti Pertanian Malaysia). Saya adalah RA kepada
En. Koh Weng Wah (RA) dan Dr. Lim Guan Soon (RO di Serdang). Buat penyelidikan
kawalan biologi diamond backed moth. Kerja empat bulan (tak sempat nak confirm)
dapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran B.Sc. di University of California @ Davis
dan M.Sc. di Iowa State University (ISU) in Ames. Tengah-tengah buat M.Sc., MARDI
offer buat Ph.D. dan saya teruskan program Ph.D. di universiti yang sama.

Balik penghujung tahun 1980 join MARDI sebagai RO di Stesen MARDI Bumbong Lima.
Kahwin dengan pensyarah UPM pada Julai 1983 (dia baru aja balik dari ISU). Maka
bermulalah kehidupan saya sebagai Weekend Husband! Isteri saya tinggal di Lorong
Gurney, KL dan saya balik jengok isteri saya 2 minggu sekali, sebab seminggu lagi saya
balik jenggok kedua orang tua saya di Alor Setar, Kedah.

Mintak pindah ke Serdang, tak dapat. Pada September 1984, saya dipindahkan ke Stesen
MARDI Tanjong Karang sebagai Ketua Stesen menggantikan Dr. Joseph Samy. Isteri saya
semasa itu tinggal di Bandar Baru Bangi, di sebelah rumah arwah Dr. Md. Isa Awang.
Di Tanjong Karang saya balik 2 kali seminggu (petang hari Rabu dan hari Sabtu - kerja
sekerat hari).

Saya dipindahkan ke Bahagian Buah-buahan, Serdang pada Februari 1991. Tapi malangnya
isteri saya sudah pergi balik ke ISU untuk membuat program Ph.D.nya bersama sepasang
anak-anak kami dan seorang gaji, sehari selepas Christmas 1989.

2 tahun kemudian barulah saya dapat melawat mereka setelah diberi peluang oleh
pihak MARDI untuk menjalankan attacment dengan Corn Insect Laboratory, USDA @ Ankeny,
Iowa (lab yang saya gunakan semasa membuat Ph.D. saya) selama 2 bulan, tapi saya tinggal
sana 3 bulan (sebab projek tak sempat siap). Selepas isteri saya balik dengan Ph.D. pada
penghujung 1992 (2 hari sebelum Christmas), maka barulah kami tinggal sebagai keluarga
di No. 2, Jalan 3/6J, Bandar Baru Bangi sehingga ke hari ini! Hampir 10 tahun berjauhan
baru dapat bersama! Hasilnya dapat seorang anak lelaki lagi.

Sebab itulah No. 2 membawa banyak makna bagi diri saya (2 minggu sekali, 2 kali seminggu
& 2 tahun sekali, 2 bulan di Ankeny, Rumah No. 2 dll...... Tapi isteri he.. he... masih satu juga!
Saya bersyukur yang saya berjauhan semasa saya muda dan bertenaga lagi. Tapi kalau
sekarang ini, dah berumur, saya rasa tak larat lagi.

Saya tahu ramai pegawai-pegawai MARDI yang berjauhan dengan pasangan/keluarga
masing-masing. Bersabarlah. Saya percaya pihak pengurusan MARDI sedang berusaha
untuk membawa anda semua bersama keluarga, terutamanya mereka yang mempunyai
pasangan yang juga bekerja di MARDI. Yang bekerja dengan agensi lain juga, saya percaya
mesti ada jalannya. Hendah seribu daya.. Takpa... absence makes heart grow fonder.
Sesekali jumpa...... ada ummph!! "

note : doa2kan rayuan permohonan pertukaran hubby dr perak ke selangor diluluskan dan berjaya ye..

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates