Featured
Showing posts with label ilmu wanita. Show all posts
Showing posts with label ilmu wanita. Show all posts

Wednesday, July 18, 2012

Join seminar celik momz

Alhamdulillah, dalam 'keriuhan' melayan diri sendiri yang tak berapa nak keruan dek alahan yang agak 'best' hehe.. Allah beri kekuatan dan kesempatan untuk hadirkan diri ke seminar celik momz anjuran assohwah.com.

Seronok.. kali pertama dapat berjumpa dengan Prof. Dr. Muhaya dan anaknya, Dr. Atiyah dan ibu-ibu yang positif-positif. Banyak ilmu bermanfaat dapat dipelajari dan rasa diri bertuah kerana kesempatan yang diberi. Cuma agak terkilan tak bawa abang dan Insyirah bersama, kerana tidak tahu kami para isteri dapat bawa suami bersama. Takpe.. saya akan usahakan untuk bawa abang pada Seminar Bahagia dan Membahagiakan pada bulan Oktober nanti, InsyaAllah.. semoga Allah beri saya kesihatan yang baik dan kekuatan untuk hadir ke seminar tersebut.. amin.. ya rabb.

Banner Seminar Bahagia & Membahagiakan seperti berikut..
Recommended untuk semua hadirkan diri, tak kira siapa anda. bujang, dah berkahwin dan apa jua status.. ilmu yang diberi pasti bermanfaat pada diri.

Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, layari website assohwah.com ok.. pastikan daftar secara berkumpulan sebelum 12 september 2012 untuk tawaran harga menarik ok.. (saya tak dapat apa-apa komisyen pun.. sekadar menyebarkan perkara baik untuk dikongsi bersama heehehe... )

Assalam,

Thursday, August 18, 2011

Darah Haid vs Darah Istihadah

Salah satu petanda akhir zaman apabila kaum wanita didatangi darah yang tidak teratur, dan berterusan.. itu salah satu hadith yang saya sendiri tidak ingat riwayat mana, sbb tu di zaman sekolah dulu..

Saya, salah seorang yang 'terjebak' dalam permasalahan ini, sejak awal aqil baligh lagi (blh dibayangkan betapa kalutnya saya, emak dan ayah saya tentang hal ini, kan?) darah yang berhari-hari atau berbulan-bulan tanpa henti, haid yang tidak teratur, darah yang selalu datang walau hanya setitik dan macam-macam lagi kaedah dan cerita yang timbul.

Saya mendapatkan rawatan di pusat homeopathy hassan, dari sudut kedoktoran katanya ada 3 faktor utama perkara ini berlaku;
i) tekanan emosi atau perasaan
ii) pemakanan yang tidak betul / diet yang tidak seimbang
iii) sakit dalam rahim
iv) gangguan makhluk halus

Saya punya berkait dengan semua faktor di atas kecuali no (iii) alhamdulillah.. kerana tertekan akibat hendak peperiksaan, saya pernah didatangi darah selama 3 bulan tanpa henti dengan kadar darah yang bnyk seperti tertumpah darah.. saya juga pernah mengalami pengeluaran setitik, setitik akibat gangguan makhlus halus.. pemakanan saya yang tidak seimbang juga penyebab kepada masalah ini..

Oleh kerana ramai sahabat-sahabat di luar sana terutamanya pelanggan-pelanggan kami yang mempunyai masalah ini, berikut adalah penerangan kaedah menentukan samada darah yang keluar adalah haid atau tidak, berdasarkan pengetahuan dan amalan yang saya praktikkan setelah ibu dan ayah saya mencari rujukan di pejabat agama, berjumpa dengan beberapa orang ustaz dan ustazah berkait hal ini..

Penerangan berdasarkan kronologi contoh pengeluaran darah melalui gambar kalendar bulanan di bawah;
Jadual 1 : Bulan Julai 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar), Line merah (tempoh 15 hari pengeluaran darah)

Kronologi;
- Anggapan bahawa di bulan Jun 2011 ada jarak 15 hari sblm 1-07-11 (hari pertama darah keluar bln Julai 2011).
- Darah keluar pertama kali pada 01-07-11 hingga 07-07-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 3 hari.
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (11-07-11) hingga hari keempat belas (14-07-11)

Ulasan;
- Tempoh pengeluaran haid adalah 15 hari.
- Jika sekiranya telah suci, namun masih lagi keluar darah, maka akan dikira haid selagi tidak cukup tempoh 15 hari (kali kedua pengeluaran (setelah 3 hari tiada darah))
- Kiraan tempoh 15 hari haid bermula daripada hari pertama hingga hari terakhir keluar darah, termasuk waktu suci.
- Jika sekiranya tiada darah pada hari ke-15, maka tempoh haid pada bulan Julai 2011 hanya dikira sebanyak 14 hari. 15-07-11 boleh dikira sebagai hari pertama suci antara 2 haid.


Jadual 2 : Bulan Ogos - September 2011
Keterangan : Line kuning (darah keluar)

Kronologi Bulan Ogos 2011;
- Darah keluar pada 01-08-11 hingga 07-08-11 (7 hari).
- Kemudian suci daripada darah selama 15 hari (08-08-11 hingga 22-08-11).
- Darah kembali keluar pada hari ke sebelas (23-08-11) hingga (27-08-11).

Kronologi Bulan September 2011;
- Darah keluar pada 12-09-11 hingga 25-09-11 (15 hari)

Ulasan Bulan Ogos 2011;
- Oleh kerana di bulan Julai 2011 (gambar 1) tiada lagi darah keluar pada 15-07-11, maka hari bersih antara 2 haid dikira bermula pada hari tersebut.
- Tempoh bersih antara dua haid adalah 15 hari, jadi tempohnya bermula daripada 15-07-11 hingga 29-07-11, jadi jika ada keluar darah selepas itu, dikira darah haid.
- Pengeluaran darah haid adalah selama 7 hari sehingga 07-08-11. Tiada lagi darah yang keluar selepas itu bagi 8 hari berikutnya (jika ada keluar, dikira haid spt cth bulan julai 2011), maka pada 08-08-11 dikira sebagai hari suci yang pertama di antara dua haid.
- Tempoh suci antara dua haid adalah 15 hari, jadi berakhir pada 22-08-11.
- Hari berikutnya, 23-08-11 adalah hari haid.

Ulasan Bulan September 2011;
- Oleh kerana tiada lagi darah keluar pada 28-08-11 hingga 06-09-11, maka 28-09-11 dikira sebagai hari pertama suci di antara dua haid.
- Jadi darah yang keluar pada 12-09-11 dikira darah haid, pengeluaran darah tidak berhenti sehingga 26-09-11, maka tempoh itu dikira haid.
- 27 dan 28 September 2011 masih lagi keluar darah, maka dikira darah istihadah, kerana telah lebih tempoh maksima haid.

Aturan mandi wajib kena masih lagi keluar darah;
-Disarankan anda mencatat waktu darah mula keluar pada hari pertama period untuk memudahkan pengiraan hari dan waktu yang sepatutnya anda mandi wajib, ditakuti jika terkurang jam boleh jadi kurang 15 hari, kalau terlebih jam boleh jadi 16 hari. Namun jika anda tidak tahu atau tak pernah alami perkara ini, bolehlah mandi wajib pada waktu Maghrib, kerana dalam Islam, waktu maghrib adalah permulaan bagi hari berikutnya.

Jika anda didatangi Istihadah, usah risau, berpuasalah dan solatlah seperti biasa, boleh membaca Al-Quran, dengan kata lain boleh laksanakan ibadah Islam seperti biasa, cuma,
** pastikan anda telah menyalin pad yakni berada dalam keadaan suci dan bersih sewaktu hendak solat.
** hendaklah mempercepatkan pergerakan diantara waktu menyalin pad, mengambil air sembahyang dan solat.
** tidak perlu risau tentang darah yang keluar setelah kita salin pad yang bersih dan semasa mengerjakan solat.
** tidak boleh menjadi imamah solat
** jika hendak berjemaah hendaklah memasuki saf ketika solat telah dimulakan (saat takbiratul ikram telah diangkat), tidak boleh beriktikaf di masjid kerana dikhuatiri titisan darah mengotori kawasan masjid.

Itulah serba sedikit penjelasan tentang darah haid dan darah istihadah, semoga mendapat manfaat ...

Salam,

Monday, August 01, 2011

Bersalin... klinik dan hospital Muslimah atau sebaliknya?

Annur Insyirah Mohd Hanizal
Lahir pada 4 Julai 2009
Hospital Az-Zahrah, Bandar Baru Bangi
Salam..

Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak..
Alhamdulillah saya tinggal di kawasan kejiranan yang menitikberatkan Karnival Ramadhan .. seawal tiga hari lepas pelbagai aktiviti dibuat oleh surau-surau dan masjid berhampiran..
Saya bersyukur kerana diberi rezeki tinggal di kawasan yang membudayakan Islam melingkari kehidupan insan, walaupun kami hidup dalam budaya yang pelbagai.. alhamdulillah..
Semoga kita semua diberi kekuatan untuk puasa pancaindera, fizikal dan rohani dengan sebaiknya dan mendapat keberkatan dariNya..

Majalah solusi, salah satu majalah kesukaan saya. Saya mula membaca majalah ini sewaktu abang membawa pulang ke rumah, dibeli ketika Solat Jumaat di Surau Annur, Bangi. Kupasan yang berunsurkan motivasi dan menitikberatkan soal fardhu ain banyak mendidik saya. Di Pesta Buku 2011 saya ambil kesempatan untuk melanggan bagi memastikan setiap bulan saya akan mendapat edisi yang diterbitkan.

Tiap-tiap bulan isu yang dibangkitkan pasti menarik perhatian. Namun terbitannya yang ke-32 dalam kolum Tanbih bertajuk "Darurat Bukan Semudah Itu" karangan Ustazah Noraslina mengambil perhatian saya. Isu yang dipaparkan tentang rawatan kehamilan dan bersalin yang dipilih oleh ibu mengandung samada mendapatkannya di klinik dan hospital kerajaan yang tidak diketahui oleh doktor wanita atau sebaliknya, ataupun mendapatkan rawatan di klinik dan hospital yang menawarkan jururawat dan doktor Muslimah.

Ramai yang mengetahui bahawa didikan dan kesempurnaan akhlak anak itu sejak dikandung ibu lagi, namun ramai yang tidak sedar bahawa 'sentuhan' tangan daripada doktor berlainan jantina sewaktu kehamilan dan proses bersalin itu, salah satu punca pengabaian tanggungjawab dan titik awal kerosakan akhlak si anak..

Saya tidak mahu mengupas isu ini lebih lanjut kerana masih banyak yang saya perlu pelajari dalam soal agama ini.. namun berdasarkan ruangan majalah solusi tersebut saya ceritakan pengalaman saya sewaktu menjalani proses kehamilan dan bersalin Insyirah insyaAllah..

Sejak saya mengetahui diri saya hamil, telah timbul soal nekad dalam diri saya untuk mendapatkan rawatan daripada doktor Muslimah, kerana saya dibelenggu dengan perasaan "tidak akan memberi kepada mana-mana lelaki lain untuk melihat mahkota saya melainkan suami saya"..

Namun kesilapan saya, saya tidak mencari ilmu berkenaan perkara itu..

Saya melalui satu saat yang agak sukar, apabila menyuarakan hasrat hati kepada sebilangan orang, jawapan yang saya dapat, ".. kalau ada kes, hospital swasta akan hantar ke hospital kerajaan juga .." ".. tak ada duit nak masuk swasta.. "saya buntu dan diam sahaja di situ. Namun dalam hati saya tetap nekad untuk mendapatkan khidmat doktor wanita..

Saya kumpul duit setiap bulan, simpan untuk bersalin.. alhamdulillah agensi saya bekalkan duit perubatan untuk rawatan pesakit luar, jadi saya gunakan untuk rawatan kehamilan..

Seterusnya, saya sudah pandai menjawab.. ".. menjadi kewajipan seorang suami untuk mendapatkan khidmat doktor wanita untuk isterinya yang hamil dan akan bersalin .." saya juga sedih bila mendapat jawapan ".. kalau duk kampung macamana? kira mudarat lah tu.." owh.. sedih bila kenangkan..

Tapi alhamdulillah, saya mendapat jawapan daripada keluaran Solusi yang lepas, saya rasa berbaloi kerana keegoan saya untuk mendapatkan khidmat rawatan daripada doktor dan jururawat Muslimah berbaloi.. saya rasa lega kerana bertindak buat tak tahu apabila diperli rakan tentang 'orang kaya banyak duit bolehlah bersalin kat swasta' berbaloi.. saya mengambil jalan yang tepat untuk diri dan anak saya, alhamdulillah..

Semoga para ibu mendapatkan jawapan daripada keluaran solusi tersebut, dan cuba untuk memberikan yang terbaik untuk si anak dan menjaga aurat kita dengan kaum berlainan, niatlah kerana Allah untuk kebaikan dan kemaslahatan kita bersama, insyaAllah ada jalan penyelesaian dan hikmah disebalik syariat dan tuntutannya..


Salam,

Friday, October 22, 2010

Kepada semua yang bergelar wanita..

Thursday, October 21, 2010

Petua Berguna Untuk Isteri..

wanita ibarat bunga..
jika dijaga rapi insyaAllah mekar menguntum dan cantik dipandang :)

Petua Daripada : Dr. Fatimah Az-Zahra

Ulasan :
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. ('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan). Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

Caranya :
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga.

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
(56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan.

Nota : Para isteri.. mari kita sama-sama amalkan.. dan panjangkan entry saya ini kepada sahabat-sahabat lain bergelar suami agar dapat dimanfaatkan oleh isteri mereka, dan panjangkan kepada sahabat-sahabat lain bergelar isteri agar dapat dimanfaatkan utk diri mereka.. insyaAllah.. semoga kita semua dapat menjadi isteri yang paling menawan di hati suami kita :)

Tuesday, November 11, 2008

Semanis Kurma kembali lagi... :)


salam semua... ingat lagi tak aina pernah cite pasal episod "Semanis Kurma"? haa.. bagi sesapa yang belum tahu kewujudan siaran ni, sebenarnya ia adalah salah satu rancangan feveret aina yang disiarkan secara langsung, membincangkan topik2 alam rumahtangga, & paling best di host kan oleh ustazah idola aina, Ustazah Bahiah dan suaminya yang mula disiarkan pada bulan Ramadhan yang lepas. sapa2 yang terlepas episod yang sebelum2 ni blhla tonton kat sini

di bulan Ramadhan dulu disiarkan pada setiap hari Khamis Jam 11.00 malam, sekarang siaran telah beralih ke setiap hari Selasa, Jam 9.30, di tv9. rancangan yang mencecah selama 1 jam ni sebenarnya dah mencecah sebanyak 5 episod (termasuk hari ni punye). topik2 yang diutarakan mmg menarik dan sesuai untuk semua pembaca. untuk aina mmg banyak ilmu yang didapati, dan aina pun berharap agar all readers (especially yg dh kawen) dapat manfaatkan rancangan berilmu ni...

topik hari ni mengisahkan tentang "bulan madu..", tumpuan bukan diberi kepada pasangan yang merancang / hendak / baru berkahwin, tapi yang telah berkahwin. sambil menonton sambil menaip blog ni, so mana yang saya sempat take note bolehlah dikongsikan bersama dgn readers sume.. salah satunya sabda Nabi Muhammad S.A.W yang dibacakan oleh Ustazah Bahiah malam ni, sama kita renung dan amal2kan ek...
"isteri sentuh jari suami, suami sentuh tangan isteri, Allah leraikan dosa keduanya di celahan jari2 mereka....." dan satu lagi "isteri pandang mata suami, suami pandang mata isteri, nescaya Allah pandang suami isteri itu dengan pandangan kasih-sayangNya.. "

dan utk mengakhiri entry kali ni saya sertakan tips oleh pengacara suami isteri untuk kita semua;

kunci menjadikan rumahtangga umpama saat berbulan madu;
1. sikap romantis dan kasih sayang
- bukan datang dari barat tapi dari rumahtangga Rasullullah S.A.W.
2. jadikan diri sebagai seorang kekasih kepada pasangan masing2.
- bila bertemu dalam hati ada perasaan lain, getaran kasih sayang
3. komunikasi kasih
- kata2 indah, kata2 kasih-sayang, elakkan perkataan yang boleh sakitkan hati
4. perbanyakkan doa
- sbg cara bersyukur, kenduri kesyukuran, doa selamat
- surah Toha, ayat 1-5, melembutkan hati pasangan
5. lakukan kerja-kerja bersama
- solat berjemaah, tahajjud,
- hobi dikongsi bersama
- kerja-kerja rumah dan lain2
6. tidak abaikan kebajikan kepada kedua ibu-bapa
- doa paling dimakbulkan oleh Allah..

oklah itu saja... jangan lupe utk ikuti episod seterusnya minggu hadapan dengan topik best, "Haruan Makan Anak". hepi watching! :)

Thursday, October 16, 2008

kenapa.. dan mengapa wanita begitu?

lama sudah aina memikirkan topik menarik ni. ramai lelaki asik tertanya sendiri kenapa dan mengapa perempuan begitu. kadang ada juga yg berkata x dpt faham sifat sebenar org perempuan, perempuan ni complicated laa.. itu la.. ini laa.. sebenarnya itulah keunikan ciptaan Allah.. lelaki dan perempuan perasaannya sama sahaja, saling tak puas hati dan fikir kenapa dan mengapa jenis berlainan ni lain sifatnya. dah namanya 'jenis berlainan' kan! hehehe. jadi terimalah dan belajarlah untuk memahami satu sama lain. alangkan sejenis pun berlainan sifat dan karektor, apatah lagi lain jenis! betul tak?

apa2pun tahniah kepada para lelaki, para suami yg menerima kehadiran wanita / perempuan seadanya... belajarlah untuk memahami karektor seorang wanita / perempuan, percayalah anda tidak akan menyesal hehe.

sebelum bercuti panjang utk sambut hari raya hari tu, dah menjadi kebiasaan dan budaya di kalangan rakan sepejabat untuk menghantar email berbentuk ucapan kemaafan dan sambutan idulfitri. salah satu email daripada rakan sepejabat saya, seorang lelaki, En Zulkifli menarik perhatian saya kerana disamping ucapan sambutan dan kemaafan darinya, diselitkan sekali satu lampiran bertajuk 'Petua Mengasihi Isteri'. walau daripada mana punca karya tersebut, yang saya bangga adalah kerana beliau praktik dan sudi berkongsi bersama semua rakan-rakan beliau. tahniah En Zul! dan kepada pembaca lelaki sekalian, aina lampirkan dalam blog ni utk tatapan anda semua... utk pembaca perempuan, tak salah rasanya anda copy paste dan hantarkan kepada pasanganmu :-) semoga artikel ni dapat dimanfaatkan bersama :-)

us...
PETUA MENGASIHI ISTERI

1. Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".

2. Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.

3. Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.

4. Tolong terbalikkan stokin atau seumpamanya untuk memudahkan isteri mencuci. Tolong buang sampah tanpa disuruh.

5. Bila keluar out station, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.

6. Tunjukkan kepimpinan yang baik, suami adalah ketua rumahtangga dan pendidik.

7. Berdiskusi dari semasa kesemasa, jangan ketepikan pendapat isteri.

8. Sentiasa kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

9. Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan pendapat orang lain, tetapi hendaklah secara rational bukannya mengiyakan semuanya...... sekiranya pendapat isteri anda salah.... betulkan.

10. Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa kesemasa.

11. Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

12. Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.

13. Pamerkan kasih sayang bila dikhalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.

14. Bila berjalan berpegang tangan, jangan biarkan tangan longlai.

15. Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali-sekala.

16. Bila makan diluar, jangan harapkan isteri sahaja yang memilih tempat untuk makan.

17. Sabar bila isteri terlambat sedikit atau dengan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai atau menukar rancangan.

18. Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain dikhalayak ramai.

19. Lebihkan isteri anda dari anak-anak.

20. Belikan hadiah kecil dari semasa kesemasa seperti minyak wangi dan jam. Kad-kad ucapan juga dapat mengeratkan lagi hubungan kasih sayang dengan isteri.

21. Bila Hari Raya tiba nanti jangan hanya bagi 'angpau' kepada anak-anak sahaja . Tetapi bagilah juga kepada isteri anda. Tak kira lah berapa jumlahnya dan tak kisahlah samada dia bekerja atau surirumah tangga sahaja. Anda pasti seronok lihat isteri gembira.

22. Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang, terutamanya dari orang yang disayangi. Oleh itu tunjukkan sifat keperihatinan dan kasih sayang yang tiada nilai kepada mereka. Bila mereka rasa terhibur dan bahagia mereka akan menjadi seorang pasangan yang amat setia dan cinta sepenuh hati. Sekiranya kasih sayang yang mutlak telah didambakan kepada orang yang disayanginya, segala pengorbanan akan dilakukan tanpa memberi sebarang nilai-itulah perempuan.

23. Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada dizaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar e mail untuk bertanyakan khabar atau paling minima mengucapkan ‘Hai’ untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu. Bagi mereka walaupun satu ungkapan atau satu ayat, ia merupakan sesuatu yang sangat berharga dan begitu bahagia menerimanya.

24. Berkongsilah masalah dengan mereka, cuba dengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.

25. Jangan kamu ambil remeh temeh pada perkara yang amat penting bagi mereka. Mereka sangat kuat ingatan terhadap tarikh-tarikh penting, contohnya hari ulangtahun. Apa salahnya buat ‘surprise’ sekali sekala kepada orang yang kita sayangi. Mereka akan dapat rasakan yang kamu betul-betul menyayanginya.

26. Perempuan terkenal dengan sifat manjanya. Mereka sering ingin melakukan sesuatu bersama orang yang disayangi. Mereka akan meminta bantuan kamu walaupun mereka mampu melakukannya. Jangan menolak sekiranya kamu tiada halangan ketika itu. Inilah masanya untuk kamu menonjolkan ke’macho’an kamu!

27. Pujuklah mereka dan tenangkan mereka sekiranya mereka dalam kesusahan. Ketika ini mereka benar-benar inginkan kamu disisi mereka.

28. Jangan kedekut memberi pujian kepada mereka kerana mereka berhak mendapat pujian.

29. Berbincanglah kamu selagi kamu boleh berbincang dan berbincanglah bersama-sama dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Jangan kamu menggunakan kuasa veto kamu dalam membuat keputusan.

30. Cuba memahami keinginannya dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara terus terang tentang apa yang mereka inginkan, kadang-kadang mereka suka berkias dan memberi contoh ‘cerita orang lain’ kepada kamu. Jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran kamu untuk memenangi hati mereka.

31. Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar.. lahirlah sifat amarah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puas hati. Mereka akan ‘meletup’ pada suatu hari. TETAPI kamu jangan sama-sama meletup. Kamu juga jangan lupa dalam diri kamu wujud satu sifat kepimpinan untuk menyelesaikan masalah yang timbul dalam keadaan yang terkawal Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang. Ditahap ini kesabaran, toleransi dan komunikasi amat penting. Lakukan dalam keadaan ketika mereka sudah 'sejuk'. Mungkin kamu juga boleh 'cool'kan diri kamu dengan berfikir secara positif contohnya mengapa mereka cemburu… itu kerana mereka SAYANGkan kamu!

Tuesday, July 01, 2008

Khasiat EPO

Salam... untuk rakan-rakan pembaca bergelar perempuan hehe... alhamdulillah aina temui sesuatu yang sgt berharga yg dah lama aina cari... EPO atau nama sebenarnya "evening primrose oil", sesuatu yang bagus untuk amalan pemakanan seharian kita, khusus bagi mereka yang mementingkan kesihatan dan kecantikan diri.

Berikut adalah petikan daripada sumber forum internet pakar sakit puan terkenal, Dr Hamid Arshat,
di sini;

Sumber dari : Pharmacist & Medical Doctor Online.... Ruangan Sembang2 Medical
Minyak EPO 1000mg berkualiti untuk kesihatan dan kecantikkan;
  • Membantu mengawalatur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid- panas badan, perpeluhan, sejuk, kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri - bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kilit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah
pokok asal evening primrose

Buat eksperimen pada diri sendiri, setelah sebulan makan EPO ni, kesannya saya telah saya rasai. Alhamdulillah dengan izin Allah saya gembira kerana EPO ni membantu saya mengawal emosi berhadapan dengan pelbagai tekanan sekeliling dalam kehidupan seharian. Kesan berikutnya saya perasan keguguran rambut mula berkurangan. Begitu juga kelemumur yang kini semakin kurang.

So kepada semua pembaca wanita terutama yang menghadapi masalah2 perempuan ni, anda amatlah digalakkan memakan EPO untuk kesejahteraan diri dan keluarga anda insyaAllah... pelbagai produk ada kat pasaran namun rakan-rakan semua digalakkan untuk membeli produk halal yang terjamin kualiti kebersihan dan penghasilannya ok :-)

Sekian dulu.... kena sambung kerja hehe

Monday, April 07, 2008

Banyak untung kalu kenal lelaki...

Jika suami anda menyendiri dan menjauhkan diri, ketahuilah dia dalam keadaan tertekan. Boleh jadi ada tekanan di tempat kerjanya, boleh jadi oleh kereta yang dimilikinya, atau boleh jadi beberapa kerenah anda yang menjadi menyebabnya.

Apabila lelaki menyendiri, kita boleh simpulkan dia sedang tertekan,berbeza dengan anda, dalam keadaan tertekanlah segala rahsia akan diceritakan.Anda melakukan begitu untuk meraih simpati.

Meskipun begitu, usahlah risau, ia sekejap saja. Emosi pada orang lelaki umpama getah, sekejap saja telah kembali ke bentuk asal walaupun tadinya terhenyak pipih. Berbeza dengan anda bukan? Tatkala anda tertekan, emosi anda umpama ombak. Ombak memang tidak pernah reda, kalau reda pun mengambil masa yang lama.

Apabila lelaki suka menyendiri dan berdiam diri, biasanya disebabkan imejnya yang tergugat. Biarkan sahaja untuk tempoh-tempoh tertentu. Usah 'gatal-gatal' sangat memujuk. Kadang-kadang lelaki hanya perlukan 'tempoh bertenang' sebelum mengambil langkah seterusnya. Anda kelam-kabut, maka itu anda mudah marah, cemburu dan merajuk apabila berdepan dalam situasi begini. Ohhh, itu silap.

Lelaki selalunya dapat menyesuaikan diri apabila menghadapi kesukaran, berbeza wanita biasanya cukup risau dalam keadaan demikian. Dan usah risau sangat kalau lelaki anda cuba berjauhan dari anda dalam keadaan-keadaan demikian sebab semula jadinya lelaki terasa selesa berjauhan dengan keluarga. Ini tentu berbeza sekali dengan anda, yang suka dan berasa tenang bersama keluarga?

Mengapa lelaki begitu? Itulah bukti kekuasaan ALLAH. DIA menjadikan perbezaan yang ketara antara lelaki dengan wanita, agar apabila disatukan, terjalinlah satu bentuk kekuatan lantaran saling sempurna-menyempurnakan lengkap-melengkapi. Semua kekurangan isteri akan dipenuhi oleh suami dan semua kekurangan suami akan dipenuhi pula oleh isteri.

Lihat perbezaan sebagai sebab untuk sempurna menyempurnakan bukan jurang kedegilan untuk tidak mahu memahami.

Lelaki itu cara fikirnya makro, iaitu dia melihat secara keseluruhan, sedangkan anda para wanita mempunyai penilaian bersifat mikro iaitu melihat sesuatu secara terperinci. Maka itu, usah hairan, terkadang suami selamba dengan masalah yang anda rasakan cukup berat. Anda telah kering air mata sedangkan dia masih belum menitis walau sebutir pun air mata.

Jika berlaku pertengkaran selalunya dia akan melawan habis-habisan dan anda pula mengalah dan pura-pura setuju demi perhubungan. Usah terasa teruk sangat dengan keadaan ini, lelaki memang begitu, sentiasa mahu menang dan mahu sentiasa dilihat menang walaupun hatinya mengakui kesilapannya dan mahu berubah mengikut apa yang anda perkatakan.

Walaupun anda tahu anda benar dan anda tidak pernah berbuat salah,akhirilah semua pertengkaran dan perselisihan dengan anda yang meminta maaf. Anda mahukan dia yang meminta maaf? Usah harap. Lelaki memang berat untuk meminta maaf terutama daripada pasangannya. Ikut kajian, wanita lebih mudah meminta maaf dalam keadaan apa jua dan atas hal apa jua, maka gunakan kelebihan ini untuk lebih mudah meminta maaf walaupun tidak bersalah.

Satu lagi yang anda patut tahu tentang lelaki ialah mereka memang suka memberi arahan bagaikan ketua yang mempunyai kuasa. Usah dilawan, tapi layanlah hati sendiri dengan berleter hingga anda sendiri berasa puas.Tapi awas, jangan sampai berleter di hadapannya, itu boleh memburukkan keadaan.

Kata orang, wanita sinonim dengan leteran. Kalau tak pandai berleter bukan wanita namanya. Ya, teruskan saja berleter, hamburkan semua yang menekan kepala. Cuma mohon berleter di dalam bilik yang tertutup, sebab kucing pun pening dengan leteran anda.


Lelaki memang rimas dengan leteran dan cepat naik darah apabila asyik dileteri. Lihatlah betapa berbezanya anda dengan suami. Tidakkah anda setuju jika saya katakan, adalah amat beruntung jika anda tahu lebih banyak tentang lelaki?

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.Perempuan yang gagah,adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Monday, September 24, 2007

Memandangkan kes adik Nurin heboh diperkatakan, saya nak share doa yang diberi oleh rakan saya. Moga-moga ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kita dan keturunan kita.

Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah baca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja Zalim ketika itu. Menurut Ustaz Wan Sohor Bani Leman (dlm kuliyah yang rakan saya hadiri) doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapatkan perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir.

Mudah-mudahan Allah makbulkan doa hambanya yang meminta pertolongan dariNya. Amin...

1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


Nota:
Kalimah yang bergaris menandakan perbezaan antara doa untuk diri sendiri dan doa untuk anak perempuan.


Monday, September 03, 2007

Berhati-hati dengan cermin dua arah!

BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN 2 ARAH ?

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah(orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja.

Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?

Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).

Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !
Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah TEST KUKU JARI. Tidak perlu membayar.

Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari PERKOSAAN VISUAL" !

Note : psn kat sume kengkawan selalulah bawak kain basahan kalu pi mana-mana....

Tuesday, August 14, 2007

Nasihat Untuk Wanita...

Praktikkan nasihat di bawah, insyaAllah andalah wanita yg hebat! Aminn..

  • Untuk membentuk bibir yang hebat... ucapkanlah kata-kata kebaikan
  • Untuk mendapatkan mata yang indah... carilah kebahagiaan pada setiap orang yang anda jumpai
  • Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing... berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan
  • Untuk mendapatkan rambut yang indah... mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari
  • Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah... berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.....

Dalam kata lain.....

  • Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  • Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  • Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.
  • Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu..........

Wednesday, May 30, 2007

malu... keistimewaan wanita

“Apakah istimewanya wanita sehingga begitu kuat menarik perhatian lelaki…” Kebiasaan kita mendengar, lelaki diistilahkan sebagai kumbang dan wanita pula sebagai bunga, kalau kumbang suka kepada bunga, lelaki tentulah suka kepada wanita. Sejak remaja lagi keinginan lelaki kepada wanita sudah berputik. Lalu wanita menjadi sasaran usikan lelaki, baik di sekolah, di jalan2 raya, di pasar raya, di perhentian bas dan bahkan boleh dikatakan di mana-mana ruang dan peluang.

Selagi usikan itu tidak diberi perhatian oleh wanita itu mereka akan terus mencuba dan terus mencuba.Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud;“Terdapat 99 bahagian tarikan pada wanita berbanding lelaki, lalu Allah kurniakan ke atas mereka sifa malu.” (Hadith riwayat Bauhaqi).Wanita walau apa pun yang dilakukan akan mendapat perhatian lelaki. Jika berbuat baik akan dikagumi, apabila berbuat jahat diminati, apabila memakai pakaian menutup aurat dilihat menawan, apabila berpakaian seksi dilihat menggoda, dan pelbagai lagi menarik perhatian.Oleh sebab itu Allah swt mengurniakan sifat malu kepada wanita. Dengan sifat malu itu mereka akan berfikir panjang sebelum melakukan sebarang tindakan. Kalau hendak berbuat jahat dia akan memikirkan kalau2 ada orang yang akan nampak, hendak mendedahkan aurat dia takut kalau orang mengganggunya dan dan hendak berjalan seorang dia takut kalau ada orang mengusiknya.

Begitulah peranan malu yang boleh membantu dalam tindak tanduk seorang wanita. Tetapi kalau tidak tahu malu? Tentulah mereka tidak akan memikirkan semua itu. Pedulikan apa orang kata, pedulikan kalau orang tengok, tidak kisah kalau orang mengganggu dan mengusik, bahkan mereka merasa senang, seronok dan bahagia apabila dalam keadaan sebegitu.Dalam sebuh hadith riwayat Bukhari, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud; “Jika engkau tidak malu, buatlah sesuka hatimu.” Hadis ini merupakan sindiran dalam tegahan. Sifat malu itu adalah pokok akhlak yang mulia dan budi pekerti yang terpuji. Tidak payah diletakkan sifat malu ini di atas neraca syariat, malah neraca akal pun sudah mengakui malu sebagai satu sifat yang perlu ada dalam diri manusia.

Barangkali wanita hari ini kebanyakannya tidak tahu malu atau kurang malu. Atas sebab itu mereka sanggup melakukan apa saja dosa dan maksiat. Atau barangkali sifat malu yang dikurniakan Allah itu sudah tidak berfungsi sepenuhnya. Kalau demikian bererti kurangnya iman di dada mereka. Jelasnya mereka tidak takut kepada Allah, tidak gerun kepada neraka Allah, dan idak cintakan syurga Allah. Mereka langsung tidak takut dengan hukuman yang bakal Allah timpakan ke atas mereka. Apabila kurangnya iman di dada, maka sifat malu secara automatik akan hilang. Inilah realiti yang tidak boleh dinafikan, buktinya boleh diliha dimana2 sahaja. Melalui media cetak, media elektronik dan bahkan dihadapan maa kita sendiri berbagai ragam kemungkaran berlaku tidak terkecuali dilakukan oleh wanita.

Sayang…wanita yang sepatutnya lebih istimewa daripada lelaki, menjadi serendah-rendahnya hanya disebabkan sifat malu tidak berfungsi sepenuhnya.Tetapi percayalah, kalau semua wanita boleh mengekalkan sifat malunya, tentulah mereka akan berpakaian sopan, berakhlak mulia dan ketika itu mereka akan disegani oleh semua pihak. Dengan ini akan terhindarlah gejala buruk yang selalu menimpa kaum wanita.Sesungguhnya setiap insan itu pasti melakukan kesalahan…dan sebaik2 manusia yang melakukan kesalahan adalah mereka yang bertaubat.

Petikan : Muslimah, m/s 9 (bil.183)
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates