Featured
Showing posts with label love family. Show all posts
Showing posts with label love family. Show all posts

Thursday, July 23, 2015

Salam Eidulfitri 2015M

My Lovely Family :)
Annur Insyirah dan Annur Athiyyah :)
Ayah dan anak teruna hencem :)

Assalam,

Monday, September 23, 2013

Suka gambar nie :)

Salam diari.., 

Banyak sungguh cerita yang nak diupdate tapi masa agak mencemburui..
Masa yang ada cuba untuk update website baru kami, hanifani.com, alhamdulillah :)
Ada masa terluang ni nak update gambar2 famili yg sy sangat2 suka nie... :) 

Ni gambar raya 2013
At Kg Paloh Rambai, Ketereh, Kelantan
 Gambar keluarga juga :) at rumah Ati
Latest gambar
Alhamdulillah setelah setahun book rumah, dapat juga bawa menantu2 baru mak yang baru (Ayah Da, Mak Ngah dan Ayah Noh)
Lokasi : Rumah peranginan DBKL, Cameron Highlands
14-16 September 2013 :)




Assalam,

Friday, May 03, 2013

Ianya tak sampai 10 hari...

Ini entry yang telah lama di drafkan... baru sahaja disambung taip dan dipaparkan untuk simpanan dan kenangan penulis...

Lama saya draft post kali ni. Tak sanggup nak taip. Bila taip sikit, airmata bergenang, pergi ke toilet, lepaskan kesemua airmata yang tak sabar-sabar nak keluar.

Tak sampai 10 hari mek pergi tinggalkan anak menantu, cucu dan cicit-cicitnya, kami terpaksa terima berita kehilangan tok ayah.. tok ayah yang sangat2 penyayang terhadap isteri, anak, cucu cicit nya dan semua orang sekeliling, lemah lembut tutur kata budi bicara, pergi selama-lamanya..

Arwah seorang yang sangat rendah hati, konsisten bangun malam mengerjakan ibadah sunat.. bibirnya hanya mengucapkan zikir dan bacaan ayat-ayat Al-Quran, telitinya beliau dalam menjaga dirinya sewaktu ingin menyembah yang Esa... beliau akan pastikan dirinya mandi, dan berpakaian cantik (kopiah, kain solat bergosok) sebelum solat.. dan kerana itulah hidupnya teratur.. cara duduk, makan, dan semuanya...

Sebenarnya perasaan saya berkata tok ayah dah tak lama, hanya menunggu mek timbul bila balik ke kampung masa mek meninggal hari tu.. sayu rasanya hati bila kucup dahi tok ayah, berat hati nak tinggalkan tok ayah untuk balik ke KL.. seolah tak akan bertemu lagi dengannya... dan perkara itu memang betul2 terjadi...

Kini kedua-dua orang permata hati anak, menantu dan cucu-cucu telah pergi... pergi meninggalkan kami selama-lamanya...

Lepas ni..

Tiadalah lagi orang yang akan sibuk-sibukkan diri bila dengar anak bongsunya nak balik kampung...
Tiadalah lagi orang yang akan hafal kesemua tarikh-tarikh penting anak menantu dan cucu-cucunya..
Tiadalah lagi orang yang akan mula-mula telefon bertanya jam berapa kami sampai di KL bila pulang.
Tiadalah lagi orang yang akan suka merasa makanan baru... belajar perkara baru...
Tiadalah lagi orang yang akan bercerita macam-macam kepada cucu-cucunya... terutama cerita tentang kucing hitam mak..

Saya tahu, besar impaknya bila arwah mek dan tok ayah pergi meninggalkan kami... walau saya tak dapat menatap wajah kedua-duanya buat kali terakhir, namun hanya Allah yang tahu betapa teringinnya saya mencium mereka buat kali terakhir namun apakan daya... yang pasti, tiap kali teringat, doa dan AlFatihah saya sedekahkan buat mereka, moga kedua-dua arwah diletakkan bersama orang-orang yang beriman..

Semoga Allah mencucuri rahmah ke atas roh-roh mereka, Alfatihah...

Assalam,

Tuesday, February 26, 2013

Selamat datang ke dunia.. Annur Athiyyah :)

Puteri kedua saya dan suami,

Nama : Annur Athiyyah Binti Mohd Hanizal
DOB : 9 Februari 2013, 4.28 petang
Pusat Perubatan Islam Az-Zahrah, Bangi
Berat : 3.40 kg, normal delivery..

"Innii u’iidzuka bikalimaatillaahit taammati min kulli syaythaanin wa haammatin wamin kulli ‘aynin laammatin. Ertinya:“Kumohon perlindungan untukmu(anak) dengan kalimah2 Allah yang sempurna daripada segala gangguan dan daripada segala binatang dan dari sorotan mata yang dapat membawa akibat buruk kepada apa yang dilihatnya.”(hadis riwayat Bukhari)"






Salam semua,

Lama sungguh blog ni bersarang, penuh sarang-sarangnya .. hehe. bukan tiada apa yang nak dicerita, tapi masa dan keadaan tak mengizinkan.. minggu akhir kehamilan, aina diserang sakit seolah-olah lumpuh kaki kanan... berlaku kerana keadaan baby yang dah 'turun' dan masuk ke salur, dengan erti kata lain dah bersedia untuk keluar melihat dunia.. keadaan baby yang sedikit menurun menghimpit kelenjar di pinggul kanan menyebabkan salur darah dan urat terganggu, dan akhirnya pada hari Khamis 31 hb januari lepas, lepas angkat insyirah aina terus jatuh tak mampu bangun...

Erm.. cerita seterusnya, tentang kelahiran puteri kedua kami.. Annur Athiyyah..

Pagi sabtu tu, badan rasa sangat lemah dan tak larat, tapi kerana telah berjanji dengan adik untuk pergi ke rumahnya menjamu selera (masa tu teringin sangat makan lasagna) gagahlah juga bangun. Asalnya berhajat untuk masuk bilik air, tiba-tiba keluar cecair. Tergerak hati untuk ambil dan bau, cuba untuk hubungi sahabat dan mak untuk bertanya adakah itu namanya air ketuban. Bergegas abang siapkan insyirah dan ambil barang-barang yang perlu untuk terus ke klinik. Sempat lagi insyirah bertanya, "ummi, adik dah nak keluar ke?" hehehe...

Sampai kat klinik, nurse buat pemeriksaan CTG dan salur, alhamdulillah baby ok, bukaan pula dah 4cm rupanya. Dr. noraini tiada, jadi akan diganti dengan Dr. Fazlina, dan atas persetujuan bersama, jam 11.45 dihantar ke labour room. Kelahiran kali ini agak unik, kerana aina ambil keputusan untuk tidak mengambil apa-apa ubat tahan sakit, alhamdulillah selamat melahirkan puteri kedua kami jam 4.28 petang, terima kasih abang sudi menemani awal hingga akhir, mak ayah dan adik-adik yang tolong jagakan insyirah..

Kini berada di rumah mak untuk tempoh awal berpantang, insyaAllah jika diizinkan akan kongsi pengalaman menyusukan puteri kami untuk ilmu dan tatapan anak-anak kelak.. :-)

Assalam,

Wednesday, February 08, 2012

Kenduri perkahwinan episod 2

Keluarga besar kami... di majlis perkahwinan adik lelaki dan perempuan kami (Bangi) bersama -sama dengan cik su dan ayah su(kiri), emak ayah, dan mak da.

Alhamdulillah... kedua-dua adik lelaki dan perempuan aina telah selamat diijabkabulkan..
Norul Hidayah a.k.a 'aru' selamat dinikahkan oleh ayah kami pada hari Jumaat, 3 Feb 12 selepas solat Jumaat.
Kenduri perkahwinan menyambut menantu diadakan pada keesokan harinya, 4 Feb 12 (Sabtu)..
Dan kenduri menyambut menantu di sebelah Batu Gajah diadakan di Perak pada 5 Feb 12 (Ahad)
Walaupun agak sedikit penat, kami sekeluarga bersama-sama berkonvoi ke Kelantan untuk melawat mek dan tok ayah yang sedang sakit.. dan selamat pulang kembali ke bangi pada hari Selasa... alhamdulillah... layan ajelah gambar-gambar ni ehh... :)

Pengantin lelaki, Zubair dan Aisha dan pengantin perempuan, Aru dan Noh bersama-sama mak ayah dah Insyirah (mesti.. hehe)

Kami yang serba hijau di majlis akad nikah aru...

Kami di majlis bertandang aru di Batu Gajah, Perak..
Kami dan pengantin.. hehe...

Saya tak tahu kenapa saya sebak, tiap kali lihat gambar-gambar perkahwinan adik-adik saya... mungkin banyak yang telah dilalui keluarga kami terutamanya mak ayah yang telah melahirkan dan membesarkan kami, mungkin juga telah banyak cabaran dan dugaan yang telah aina dan abang lalui, selalu berdoa agar adik-adik kami tidak melalui cabaran getir yang kami lalui dan agar perjalanan rumahtangga yang dibina oleh mereka manis-manis belaka... amin...

Assalam,

Monday, January 30, 2012

Kenduri perkahwinan episod 1

Entry kali ini ada episod, kerana berlaku 2 minggu berturut-turut,
melibatkan 5 majlis, dengan 2 pasangan pengantin..
Alhamdulillah... rezeki Allah bagi pada mak ayah,
bicara keluarga awal tahun ini bermula dengan penerimaan 2 orang menantu,
seorang perempuan, dan seorang laki bakal menantu lelaki..
28 Jan 2012 lepas, alhamdulillah majlis akad nikah adik lelaki pertama, Zubair berjalan lancar di Klang. Dengan sekali lafaz, Aisha Ishak sah menjadi miliknya.
Bertambah lagi ahli baru, daripada 10 orang adik beradik, kini menjadi 11 orang.. :)
Dan jumlah semua.. 15 orang lah semua ahli keluarga En. M. Ashaari dan Pn. Noriah :)
Saya sedar.. semua ini bukan mudah untuk dilalui ayah dan emak dalam melalui hari-hari melahir dan membesarkan kami hingga sekarang.. :-)
Pasangan lama, hehe... aina dan suami, ramai tegur gambar ini nampak kami letih, tapi tak pe, untuk adik-adik kami redah aje.. :) Terima kasih abang atas pertolongan dan khidmat yang diberi sepanjang perjalanan majlis :)
Keesokan harinya, 29 Jan 2012, kenduri perkahwinan sebelah perempuan di Klang.. kami di pihak lelaki serba biru, cantik pengantin dengan pakaian hijau turqoisse nya hehe.
Perkahwinan.. medan terbaik untuk memberi... tentu sahaja banyak onak dan duri.. namun jika kita mampu melaluinya dengan hati yang positif kerana Allah.. nescaya hati akan bahagia dan kehidupan kita tenang setenangnya..

Nantikan episod 2 kenduri perkahwinan adik perempuan pula ye!

Salam bahagia ;-),

Thursday, January 12, 2012

Tirai 2012..

Ummi, Insyirah dan ayah :)

Assalam anak ummi, lama rasanya ummi tak update blog anak ummi ni. Macam2 ummi nak cerita, tapi ummi tak sempat, kadang2 bila kita terkejar2 dalam menyiapkan banyak perkara, terasa nikmat masa lapang itu sangat berharga. Sebab itu, kita kena belajar jadi seorang yang sentiasa positif dan berlapang dada, insyaAllah hati akan sentiasa tenang ye nak :)

Oklah.. membuka tirai 2012 ni, saja ummi nak titipkan cerita tentang pertemuan ayah dan ummi.. Saja ummi nak bercerita, sebab ummi nak anak ummi tau asal usul perkahwinan kami, semoga anak ummi sentiasa bersyukur dan menghargai keluarga kita. 30-11-11 yang lepas, jam 4.53 petang, alhamdulillah genap 4 tahun ummi dan ayah selamat diijabkabulkan. Ummi masih ingat detik2 itu sampai sekarang, kalau insyirah nak tau apa yang jadi, insyirah boleh tengok CD yang ada dalam album perkahwinan kami ye :)

Anak ummi, pertemuan ayah dan ummi mulanya diatur oleh keluarga. En. Azam, sahabat nenek di pejabatnya, juga merupakan jiran sebelah rumah ayah di Serdang. Ayah direkemen oleh En. Azam kepada nenek untuk dikenalkan kepada ummi. Setelah nenek dan tok ayah bersetuju dengan akhlak dan budi baik ayah yang diceritakan oleh En. Azam, mereka sampaikan berita beserta sekeping gambar ayah kepada ummi. Ummi yang pada masa itu tidak berkawan dengan sesiapa, menerima salam perkenalan daripada ayah, tanggal 28 Julai 2006, jam 11.30 mlm.. dengan hanya 3 mesej di telefon..

Sejak dari hari itu, kami hanya bertanya khabar dan menyampaikan berita melalui telefon sahaja, tanpa bersua muka.. 2 minggu berbalas mesej, akhirnya ummi bersetuju untuk memberi gambar melalui email kepada ayah..

Satu hari, ayah mesej pada ummi, ingin berjumpa di luar, tidak keruan ummi dibuatnya. Jujur ummi katakan, ummi belum bersedia pada masa itu. Hanya baru menerima ayah sebagai seorang kawan biasa sahaja. Atas bantuan sahabat ummi, ummi hanya membalas sms ayah dengan ayat begini, "..Kalau nak jumpa saya, kena jumpa orang tua saya dulu."... namun benar kata orang, jika betul orang serius ingin berkawan dengan kita, tentu dia tidak akan menolak permintaan untuk bertemu dengan orang tua. Keesokan malamnya, untuk pertama kali, ayah dan ummi bertemu, hanya bersua untuk seketika, selebihnya ayah hanya berbual dengan nenek dan tok ayah.

Dan mungkin kerana jodoh kami, juga kerana tok ayah sangat2 berkenan dengan cerita2 yang telah diberitakan oleh En. Azam, dan juga berkenan dengan ayah bila pertama kali bersua, tok ayah terus sahaja bertanya pada malam itu, samada ayah benar2 sukakan ummi dan ingin mengambil ummi sebagai suri hidup, dan perancangan ayah seterusnya. Rasa lembik lutut ummi bila dengar semua tu, hehe.

Dari situlah semuanya bermula, nak... kami hanya bertemu bertemankan makcik2 insyirah, hanya apabila ada apa2 barang yang ingin disampaikan. Lokasi pertemuan? hehe.. Masjid UPM, Serdang.. sampai sekarang, kalau lalu situ, ummi akan senyum sorang2.. :) Dengan ayah ni, ummi tak merasa dating sebelum kahwin... Tapi itulah uniknya ayah, dia banyak mengingatkan tentang hubungan kami yang belum sah di sisi agama dan menghadkan jika mula terlebih. Mungkin anak ummi boleh ambil ia sebagai panduan bila mula berkenal2an kelak ye.. Jika mereka sayang kita, mereka akan jaga maruah kita, jaga adat dan agama, dan menghadkan jika mula terlebih dari sudut bicara atau laku.

Terlalu banyak perkara berlaku sebelum dan di awal perkahwinan nak, itulah resam hidup.. pertemuan dua buah keluarga yang sedikit berbeza, namun alhamdulillah ayah seorang yang sangat fleksibel dan amat memahami, kami bersama-sama selesaikan masalah yang timbul alhamdulillah.. :)

Nak... ummi selalu berdoa, semoga anak ummi akan bertemu jodoh seperti kami, pertemuan kami hanya kerana Allah... kami tidak mengenali sesama sendiri, hanya mengikut takdir Allah.. hanya solat istikharah dan hajat pemudah keputusan.. kami hanya mula berkenalan dan bercinta setelah berkahwin..

Nak...
Ayahmu bukan seorang yang sempurna, namun ummi senang hati kerana beliau sudi belajar.. :)
Ayahmu bukan seorang yang romantik, namun itulah yang buat ummi rasa istimewa, ummi lah orang pertama merasa sifat romantik yang dipelajarinya.. :)
Ayahmu bukan sahaja suami ummi, tapi dialah ayah terbaik kepada anak ummi yang comel ini :)
yahmu amat sukar dimengerti kesedihannya, kerana jarang sekali wajahnya duka kerana sentiasa ceria gembirakan hati ummi.. :)

Nak... bila ingin berumahtangga, janganlah mencari pasangan kita, tapi carilah bakal ayah atau ummi kepada anak-anak kita... biarpun ada banyak ciri yang perlu ada pada pasangan kita, namun ketahuilah apabila kita utamakan yang tinggi agama dan akhlaknya maka akan berbahagialah kita kelak... kebahagiaan itu ketenangan, dari cinta Ilahi lah terbit cinta sesama insan, di situlah ketenangan abadi, maka jagalah cinta kita dengan Allah serta raihlah ia.. syurga dunia itu apabila rumahtangga itu dipenuhi mawaddah dan rahmah.. dan betapa besarnya nikmat bercinta selepas berkahwin, kerana, selama manapun kita rasa kita kenal seseorang, masih ada lagi yang kita tidak tau selagi kita tidak berkahwin. ingat semua ni ye.. :)

Selamat malam, nak.. :)

Tuesday, September 20, 2011

Selamat Hari Lahir Ayah :)

Seperti yang dikata orang, sy sangat ingin menjadi loving person sepertinya :)

As salam,

Lama sungguh tak update blog ni, hehe. Bukan tiada cerita untuk diberitakan, tapi hati ini berhenti seketika daripada menulis kerana mencari damai pada peristiwa yang berlaku seminggu sebelum hari lebaran menjelang... apa-apapun saya sekeluarga redha atas ketentuan Ilahi, saya yakin segala kejadian yang berlaku ada hikmahnya... yang paling penting, antaranya hubungan kami sekeluarga semakin rapat, kasih sayang yang ada bertaut erat InsyaAllah...

Selamat Hari Raya Idulfitri buat semua rakan taulan yang rajin singgah di blog insan yang kerdil ini. Tak sangka ada pengikut tersendiri biarpun blog ini hanyalah sebuah diari untuk diri sendiri dan bekalan untuk suami dan anak-anak tersayang andai jasad sudah tiada di dunia.. Maafkanlah segalah salah dan silap saya, kadang saya tidak perasan, kita hanya manusia yang penuh dengan kesilapan sesama insan, moga dari titik kesilapan itu berakhir dengan titik kemaafan, hati kita akan jadi sejernih air yang mengalir... betapa bersihnya tali persaudaraan yang terjalin.. :)

InsyaAllah ada rezeki saya akan buat entry lain untuk hari raya ye.. sebab tak sempat lagi copy gambar-gambar raya dari kamera ayah.. hihi.
Ayah yang sentiasa tersenyum....
tiada siapa tahu duka dihatinya..

Sebut pasal kamera ayah, teringat hari ni, 20 September 2011, hari lahir ayah tersayang... lama sudah ayah lahir, 55 tahun, saya percaya telah banyak perkara suka duka yang beliau lalui. Hingga kini saya kagum dgn sikap-sikap mahmudah yang ada pada dirinya, paling kagum dia bersangka positif dan berbuat baik pada semua orang, terutama ibu dan mak... tidak pernah sekalipun saya dengar beliau tinggi suara dengan maknya, apatah lagi mak kami. Kami ni biasalah sbb anak-anak, kalau tak dimarahi, maka akan lenconglah akhlaknye nanti :)

Bercakap pasal ayah, saya tau, saya tak akan dapat ayah sepertinya.. semakin lanjut usianya, saya kadang semakin takut dan risau.. saya pernah bermimpi buruk tentang kematiannya sewaktu di usia 13 tahun, di asrama puteri sekolah pula tu... beberapa selepas itu pun masih lagi bermimpi perkara yang sama... hakikatnya saya tidak pasti samada saya dapat membalas jasa-jasa baik ayah dengan sisa hidup yang ada.. dalam hati sentiasa bermohon agar tuhan dapat memberi ruang kepada saya untuk membalas budi baiknya.. tanpa ayah, siapalah kami ini..

Ayah dengan cucunya, Annur Insyirah :)

Semoga ayah dilimpahi rezki, kasih sayang Ilahi dan manusia di sekelilingnya hingga akhir hayatnya.. aminnn ya rabbal a'lamin...

Semoga hasrat saya untuk membuat sesuatu yang istimewa untuk ayah hujung minggu ni berjaya, InsyaAllah.. :)

Salam,

Wednesday, July 27, 2011

Semoga selamat pergi dan pulang semua..

Sessi taklimat oleh owner travel agent, Andalusia Sdn Bhd..

Tadi, aina memohon kebenaran officer untuk keluar sebentar menghantar mak ayah yang akan pergi ke Tanah Suci mengerjakan umrah KLIA. lama sungguh tak ke sana, suasana KLIA nampak agak 'hambar' dari luar..

Sempatlah snap beberapa keping gambar untuk kenangan terutamanya buat cucunda tersayang.. doakan semoga perjalanan umrah mak ayah, mak long dan ayah long dan anak mereka dimudahkan dan mendapat keberkatan Allah ye..
kami di ruang menunggu a.k.a pentas KLIA sementara menantikan sesi taklimat.
entah apa motif gambar ini diambil abe mie, saya pun tidak tau :)
ayah dan emak yang romantik.. sy sukeee.. :)
ayah isi perut sementara menunggu waktu taklimat
mak long dan ayah long yang akan turut serta menziarah Tanah Suci
taklimat diakhiri dengan bacaan doa..
si anak kecil comel ummi yang sama-sama mendoakan :)

Nota Ummi : teringin nak pergi sama, insyaAllah ada rezki dapatlah jejak Tanah Suci satu hari nanti :)

Salam,

Tuesday, July 26, 2011

Cik Ru Insyirah Dah Jadi Tunang Orang :)

Cik Ru (panggilan insyirah pada adik perempuan keempat saya, Norul Hidayah), adalah perancang dan orang yang bertanggungjawab untuk persediaan, tiap kali ada majlis yang melibatkan 2 keluarga.
Kali ni, buat pertama kali, majlis yang akan diadakan adalah untuk dirinya sendiri.
Untuk kami sekeluarga, memang dah tau akan kemeriahan dan kega'gah'an majlis yang akan berlangsung, hehe.
Tapi kami tak kisah, sbb dah banyak titik peluhnya habis berhempas pulas untuk kami2 semua :)
Inilah dia tunang orang itu, cik ru dan mak andamnya :)
Gambar setelah selesai majlis dan sesi outdoor photoshoot.
Puas hati mak andamnya kerana mekap still ok walaupun dah berjam2 mekap dipakai dan duduk di bawah terik panas matahari.
Ada cerita di sebalik mekap dan andaman untuk aru ni.
Dua hari mak andamnya tidak tidur malam menyiapkan veil yang akan dipakai.
Dan berminggu contoh mekap yang dicuba sebelum mendapat kelulusan mak dan ayah.
Akhirnya 'corak mekap' ini juga yang dipersetujui. Entah ke berapa kali percubaan, kami tak tau :)
Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi jika berminat :)
Bergambar beramai-ramai sebelum pihak keluarga lelaki berangkat pulang.
Kata ati, "Jelesnya... ati tak ada gambar macam ni. fotographer ati dulu tak pandai.."
Tapi kata kak na, "Jgn begitu. bersyukurlah sbb gambar na dulu lagila.. tak ada photographer, hanya syafiq yang ambil, tambah best lagi tersalah pengantin lelaki! Diambilnya gambar kawannya yang gelap gulita dan comel huhuhu :) "
Insyirah yang jadi rebutan setiap kali ada 'waktu terluang'
Anak dan cucu sulung, begitulah.. :)
Namun alhamdulillah ummi dan ayah tak pening kerana status itu :)
Owh insyirah ... pandai sungguh bergaya..
Dan buat pertama kalinya.. ketujuh2 anak emak dan ayah bergembira bergambar bersama...
Alangkah baiknya jika ada sifat syukur dan redha sentiasa.. hidup pasti gembira walau apapun melanda! :)
Pengantin lama yang sentiasa baru.. :)
Contoh teladan buat anak-anak dan menantu.. :)

Salam,

Tuesday, July 19, 2011

Selamat Datang Ke Dunia Baru

Entry hari ini khas untuk adik perempuan saya, norul syahida.
Telah melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mei yang lalu. Tapi gambar baru saja dapat dr photographer, jadi barulah dapat buat entry untuknya.
Jomlah kita layan aje gambar-gambar yang ade ye..
Entah apa yang dikalutkan, dan entah apa yang direlakskan oleh anak2 sulung mak ayah :)
Skrg bertambahlah seorang lagi menantu mak ayah, menjadi tiga orang semuanya..
Bukan mudah untuk mencapai tahap begini..
Dan mengajar saya betapa beratnya tanggungjawab pabila dah bergelar isteri dan ibu..
Meriah dan gamat sungguh bila semua ahli keluarga berkumpul bersama :)
"Suami saya anugerah dari Allah untuk saya, takdir Allah menemukan kami dan menjadi isteri kepadanya membuatkan hidup saya lengkap dan bahagia..
Bertemu dan berkahwin dengannya mengajar saya erti cinta Allah sebagai punca cinta sesama manusia..
Dan saya mula percaya bahawa meletakkan sepenuh kepercayaan pada Allah memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam melayari cinta setelah berkahwin dan dalam apa jua keadaan di hadapan..
Terima kasih Allah... Alhamdulillah.. :)"

Untuk ida,
Menjadi seorang isteri, tidak sukar tetapi mencabar emosi dan fizikal..
Mengembalikan nostalgia pabila detik2 berkeluarga kembali dalam kehidupan kita bersama orang lain..
Usahlah mengeluh, tabahlah dan kuatkan semangat,
Kerana.. dibahumu terletak terlalu banyak tanggungjawab yang perlu digalas
Demi memastikan suami dan bakal anak-anakmu menjadi khalifah Allah yang 'alim dan mulia akhlaknya..
Selamat Pengantin Baru.. Semoga Bahagia dan Tenang Menghadapi Dunia Baru :)

Nota Ummi : kebahagiaan itu bukan datang sendiri.. didiklah diri untuk banyak memberi kerana kebahagiaan akan mengiringi .. :)

Salam,
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates