Featured
Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Friday, March 07, 2014

Menu minggu ini

Entry untuk diri sendiri..

Bila-bila kalau dah blurr nak masak apa boleh rujuk sini semula :)

Hari / Jenis Menu
Sarapan

Athiyyah
Isnin :
Roti canai + kari daging
-Sup ayam + brokoli + saderi
-Bread potato baked
Selasa (tuisyen) :
Nugget
Rabu :
Roti sosej telur
Khamis (kelas) :  
Roti bakar with meatloaf
Jumaat (kelas) : 
Dim sum
Sabtu :
- nasi lemak
- spagetti tomyam goreng

Ahad (tuisyen) :

Hari / Jenis Menu
Lunch / Dinner
Snek

Athiyyah
Isnin :
Kari daging /ayam
- Creamy pasta
- Bubur nasi + sup sayur + protein
Athiyyah :
- biskut
- roti cicah jem strawberi
Selasa (tuisyen) :
Ayam goreng pedas
Rabu :
Kari ayam
Khamis (kelas) :  
Tomyam campur
Jumaat (kelas) : 
Sup ayam
Sabtu :
-Nasi ayam
-Nasi bukhori
-Siakap 3 rasa

lasagna/kek batik/
laksa/mee kari / spagetti
Ahad (tuisyen) :
Assalam,

Monday, March 03, 2014

Healthy Juices


Carrot + Ginger + Apple - Boost and cleanse our system.

Apple + Cucumber + Celery - Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.

Tomato + Carrot + Apple - Improve skin complexion and eliminate bad breath.

Bitter gourd + Apple + Milk - Avoid bad breath and reduce internal body heat.

Orange + Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.

Pineapple + Apple + Watermelon - To dispel excess salts, nourishes the bladder and kidney.

Apple + Cucumber + Kiwi - To improve skin complexion.

Pear & Banana - regulates sugar content.

Carrot + Apple + Pear + Mango - Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization .

Honeydew + Grape + Watermelon + Milk - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and str engthen body immunity.

Papaya + Pineapple + Milk - Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.

Banana + Pineapple + Milk - Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation 


Assalam,

Monday, February 17, 2014

Resipi di hujung minggu : Ikan siakap masak tiga rasa



Bahan-bahan:
1) Untuk perap ikan
Tepung jagung
Serbuk kunyit
Garam
- Campur kesemua dan lumur pada ikan, perapkan seketika.

2) Untuk sos
Bawang putih - ricik / cincang halus
Bawang merah - cincang halus
Halia - potong halus
Lada kering yang telah dikisar / ditumbuk
Air asam jawa
Nenas (rendam nenas dalam air, airnya guna semasa masak nanti)
Sos tiram
Sos cili
Sos thai
Gula
Garam
Sayur-sayuran : kubis bunga, brokoli, tomato, saderi

3) Hiasan (hiris halus, taburkan atas lauk selepas letak dalam pinggan)
Daun bawang
Daun sup
Cili merah / hijau / capcicum

Cara-caranya:
Goreng ikan siakap hingga garing, toskan.
Ambil sedikit minyak yang diguna untuk goreng ikan tadi, tumis bawang putih, bawang merah (kalau nak sedap lagi guna bawang holland), halia. Bila dah kekuningan masukkan lada kering. Bila dah betul2 kering, masukkan air asam jawa, air nenas. Masukkan kesemua sos, dan sayur-sayuran. Masukkan gula dan garam, rasa dan boleh tutup api. Curah atas ikan yang telah digoreng tadi.
Hiaskan pinggan dan boleh hidangkan bersama dengan nasi panas :)

Assalam,

Thursday, October 27, 2011

Resipi : begedil daging

Assalam,

Begedil ni sepatutnya entry waktu iftar hari tu... sebab buat masa tu, tapi tak sempat nak masukkan dalam entry, hari ni belek2 banyaknya draft blog yang tak tersentuh.. sambil-sambil fikir nak masak apa petang ni, meh la update kejap entry blog nie..
Resipi :Begedil Daging

Bahan-bahan:
A. Begedil
Daging hancur (yang telah siap dibeli atau dikisar atau dicincang. boleh juga diganti daging ayam hancur)
Tepung gandum
Ubi kentang
Daun sup
Garam

B. Untuk Goreng
Telur
Garam
Minyak masak

Cara penyediaan :
Ubi kentang tu buang kulitnya, kemudian rebus dengan air dan secubit garam hingga empuk.
Potong ubi kentang dalam saiz kecil untuk mengurangkan masa merebus.
Bila dah empuk, keluarkan, pastu lenyek2kan ia. Bagi yang nak rasa kentang masa makan, tak perlu lenyek hingga penyek.. sekadarnya saja. Tapi yang suka begedil rasa lembik-lembik gitu bolehlah lenyek hingga kesemua ubi nya penyek. :)
Rebus / goreng daging kisar / cincang hingga masak. Toskan, kemudian masukkan dalam bekas kentang tadi.
Hiris nipis2 daun sup, masukkan bersama sedikit tepung dan gaul hingga sebati.
Buat bulat2 kecil (saiz ikut kesukaan masing-masing), pastu letak atas tapak tangan dan tekan untuk dapatkan permukaan sekata.

Begedil yang dah siap di bentuk

Boleh disimpan dalam peti sejuk, kalau nak goreng je keluarkan, pastu celup dalam bancuhan telur dan sedikit garam.
Boleh diangkat dan ditoskan bila dah nampak kekuningan.
Sedia untuk dimakan :) dengan meehun sup atau nasi, atau makan begitu saja :)

Assalam,

Monday, August 15, 2011

Menu Iftar : sambal ikan masin

Salam,

Lama tak update blog, selamat berpuasa semua..
Alhamdulillah kita dah sampai ke peringkat pertengahan bulan puasa, semoga kita semua dapat jalani ibadah ini dengan sebaik-baiknya ya.

Ada sedikit masa terluang, saya ingin berkongsi resipi iftar yang tak pasti dibuat pada hari keberapa. Jarang-jarang sempat ambil gambar menu yang dibuat, sebab jarang-jarang menu dapat disiapkan awal waktu. Tapi alhamdulillah setakat ini masuk waktu berbuka saya dapat duduk di meja makan dengan sebaiknya.

Abang sangat suka makan nasi berlaukkan sambal, dia suka sambal ikan masin mak, jadi saya cuba untuk buat kali ni, harap dapat kurangkan sedikit rasa teringinnya. Saya buatkan sambal ikan masin untuknya..

Bahan-bahan:
Ikan masin - basuh dan direndam sekejap dalam air
1 ulas bawang putih - dicincang halus
2-3 ulang bawang merah halus - dicincang halus
2-3 sudu lada kering - ditumbuk atau diblend dengan sedikit air (kalau tak ada guna pes kedai pun ok)
1 sudu kecil sos tiram
1 ulas bawang besar - dimayang halus
1 ulas lada besar - dimayang halus
air asam jawa
garam dan gula

Cara penyediaan:
- tumis bawang putih, bawang merah hingga kekuning-kuningan, masukkan lada kering, tumis hingga naik bau (atau pecah minyak), masukkan sedikit air jika hampir kering, masukkan sos tiram
- masukkan air asam jawa.
- imbangkan dengan garam dan gula (garam kena sikit aje sebab ikan kering dah masin)
- setelah kuah menggelegak, masukkan ikan kering, bawang besar, lada besar.
- kacau seketika dan boleh dihidangkan.

Enak dimakan bersama sup sayur :)
Salam,

Wednesday, July 06, 2011

Sayur-kulat masak lemak cili api

Saya sangat suka makan masak lemak cili api. Tapi bukan kuahnya, isinya saja. Sebab pedas. Kalau tak pedas, tak sedap pula. hihi.

Minggu lepas pergi pasar tani, beli sayur pucuk rm1 seikat, puas hati dapat makan 2 kali (termasuk bawak bekal hari ni hehe)

Buat entry hari ni, mana tau boleh dijadikan rujukan anak-anak nanti..

Bahan-bahan:
*1 cm kunyit
*1 ulas bawang putih
*1 ulas bawang merah besar (kalau kecil 2,3 ulas)
*2 tangkai cili besar
*10 tangkai cili api
serai - diketuk
asam keping
air
santan
garam

Cara-caranya:
Kisar atau tumbuk bahan-bahan bertanda *.
Panaskan periuk, jerang atas api.
Biarkan menggelegak, tambah sikit ari lagi kalau boleh hingga 2,3 kali menggelegak, masukkan serai, asam keping, garam secukup rasa.
Masukkan sayur dan kulat.
Masukkan pati santan 1 senduk.
Boleh dihidangkan bersama nasi panas-panas dengan ikan goreng, atau ikan pekasam goreng, sedap :)


Salam,

Monday, January 24, 2011

Resipi brokoli goreng ikan bilis dan daging masak sos

Sudah 2 hari demam selsema, tak tau terjangkit dari mana atau siapa.. tapi tak mengapalah, sakit itu petanda Allah sayang kat kita, kifarah dosa-dosa kita yang lalu.. hari ni mc, tq abang tlg bawakkan ke klinik, berat je rasa kepala pagi tadi, lepas abang pegi keje, makan ubat dan terus tido.. 3 jam tak sedar apa! ni dah bangun rasa oklah skit..

Perkara pertama lepas basuh muka dan mkn.. ngadap komputer. sambil check2 email dan apa yang patut. teringat lama aina tak buat entry pasal resipi dan menu.. gambar menu2 bnyk dlm hardisk tp tak sempat dibuat entry. jadi aina pick satu gambar untuk dikongsi, pada sahabat blogger yang nak amik resipi ni silakan eh..

gambar ni menu makan petang; ikan pekasam goreng, sayur brokoli goreng ikan bilis, dan daging masak sos

resipi 1 : sayur brokoli goreng ikan bilis - 2 org makan

bahan2:
1 ulas (saiz kecil) bawang putih (dimayang dan potong halus dan kecil)
2-3 ulas bawang merah (separuh dimayang, separuh dipotong halus dan kecil)
cili api (ditumbuk, ikut kegemaran lagi bnyk lagi pedas)
ikan bilis (basuh, toskan, dan diketuk perlahan)
sayur brokoli (dipotong kecil) @ sayur2 lain pun ok jugak
cili merah (dimayang halus)

penyediaan:
tumis bawang putih, bawang merah, cili api, ikan bilis.. bila dah garing dan naik bau, masukkan sedikit air dan secubit sos tiram. bila air dah menggelegak masukkan sayur brokoli dan cili merah. jgn masak lama takut sayur layu. dan.. sedia untuk dihidang! :)

resipi 2 : daging masak sos - 2 org makan

bahan2:
daging (anggaran 2 org makan) - basuh, potong kecil2 sesuka hati, gaul dengan garam kunyit
2 ulas bawang merah - dipotong dan mayang halus
2-3 ulas lada kering - tumbuk
cili besar - hiris halus
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos cili
0.5 sudu kecil kicap manis

penyediaan:
daging direbus hingga betul2 empuk dan airnya hampir kering, asingkan dalam mangkuk. tumis bawang merah, lada kering apabila naik bau masukkan daging yang telah direbus tadi. masukkan sos tiram, sos cili dan kicap manis. gaul rata. masukkan hirisan bawang merah dan cili besar yang telah dihiris halus sebagai hiasan.

ok... selamat mencuba ye :)

Nota : hati ummi insyirah ni tersentuh lagi.. bila baca entry sahabat ibu ni.. baru je tadi lihat insyirah melambai tangan pada ummi tanda faham dia perlu pergi ke sekolah dan lepaskan dakapannya dari tubuh ummi.. ermm.. Maha Suci Allah Yang Maha Penyayang..

Wednesday, October 29, 2008

Jamuan makan dan resipi puding roti

mlm ni rasa sunyi, try tido tp tak leh, mata pun dh naik lebam2 sbb ngantuk tp tak leh tido. tiba2 teringat kat blog ni dh lama x update hehe. bukan takde cite menarik tp tak sempat, so sorry to all readers! biasalah kalu hubby blk tu agak bzlah skit.. ada gak yg kata nnt bila hubby dh duk sama tak pi mana2 nmpknya takde dunia lain la kot.. ala.. hopefully tak la.. sbb aina mmg suka berkarya.. hobi yg satu ni hrpnye tak ke mana la ek.. doa2kanla ek.. aminn... so sambil2 tgk lappy dan insert gamba2 baru yg diambil, teringat pulak ms siang takdi...

antara kengkawan hubby kat opis lamanya, LLM..

actually siang takdi wat makan2 skit utk kengkawan hubby kat LLM dan teman rapat aina. so sorry sbb tak dpt nk ajak ramai coz keadaan tak mengizinkan.. insyaAllah ada rezki lain kali aina wat mkn lagi dan jemput semua yee... so inilah gamba2 nyee..

sonok & puas hati bila kengkawan makan dgn berselera apa yg kita masak hihi

tgk tu sy suka menyempit nk amik gamba ngan hubby hihi

utk jamuan kali ni aina masak simple2 jer.. wat nasi ayam, spaggeti dan puding roti je... utk resipi nasi ayam aina dh bg kat entry sblm ni... utk entry kali ni aina bg resipi utk puding roti je dulu ok... cubalah.. sedap insyaAllah... :)

ini je lah yg tinggal ms jam dh hampir menjengah ke pukul 3 ptg hihi :)

Puding roti* ( thanks to cik dayah)

Bahan2:
1 bungkus roti bersaiz jumbo
2 tin susu cair
2 sudu margerin
10 sudu gula
2 biji telur
beberapa titis esen vanila

Cara:
Blenderkan sume bahan tersebut
Masukkan dalam loyang disapu marjerin
Bakar dlm oven suhu 180 darjah celcius dalam lingkungan 40 minit

*sesuai dengan saiz loyang 25cm x 20cm. kalau nk sikit bahagiakan dua je semua bahan2 tersebut ok...

Tuesday, September 16, 2008

Juadah berbuka puasa..lala masak sos dan sup sayur

Puasa kali ni saya keseorangan, bukan tak ada yang nak menemani tapi saya memilih utk berbuka di rumah sendiri sahaja. kadang tu luangkan masa berbuka bersama keluarga di rumah mak ayah.

Sabtu lepas sepupu2 sebelah mak datang berbuka kat umah, aina rasa seronok dapat panggilan daripada ida gitau abe norshan dan abe mie sekeluarga nk dtg umah. ms dpt panggilan tu hari selasa, so tak saba nk tunggu hari sabtu menjelang. rindu kat anak-anak sepupu pun ye gak... lama tul tak dpt jupe tambah2 lg dgn anak sepupu yang paling latest, Faid..

kak tini, wife abe mie dan kedua anak mereka
umar dan imah duk main2 dgn faid

Berjanji akan siapkan kuih utk juadah berbuka, dgn pertolongan cik dayah dptlah aina siapkan puding roti, onde-onde dan butir nangka (biarpun tak sama spt butir nangka yg lain spt yg abe kata heheheh)

cik da sibuk siapkan air utk berbuka,
tak perasan diintai kamera abe mie hehe

Aina sedikit sibuk dgn pelbagai job yang perlu disiapkan menyebabkan lewat sampai kat umah. org dh azan maghrib br sampai. "..tgk tu bertuahnye anak mak.... org pakat duk tunggu dier.." bak kata mak laa.. hehe. aina tersenyum simpul je la bila mak kata gitu. dlm hati syukur alhamdulillah kehadiran aina ditunggu-tunggu dan kasih sayang sesama sepupu itu masih sama cam waktu kecik2 dl... hehe. tapi sayangnya tak ada gamba yg aina dpt ambil sbb cik na imah, umar, aisyah, ain dan faid ni tertinggal kamera kat umah laa hehe. dpt amik gamba dr blog abe mie je.. hehe.

lauk pauk utk berbuka pada hari tu

Kpd rakan-rakan yang setia menggunakan resipi2 aina utk memasak, time kasih .. maaflah sebab tak sempat nak masukkan resipi dan gamba lauk pauk since bulan ramadhan yang mulia ni mcm2 pulak aktiviti. insyaAllah hari-hari berikutnya aina cuba ye. ok hari ni aina teringin nak makan masakan laut, so aina masak 2 jenis juadah : lala masak sos dan sup sayur. campur dgn daging masak black pepper yang dah dimasak semalam sudah cukup utk kami berdua..

Lala masak sos
bahan-bahan
lala - setengah mangkuk
1 biji bawang putih - dimayang dadu halus
1 biji bawang merah besar - dimayang dadu halus
1-2 batang serai - ditumbuk
cili kering - digiling @ dikisar
cili api - diketuk (mengikut selera masing2, kalu nk pedas masukkan bnyk2)
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
2 urat kacang panjang - dipotong panjang2
garam dan air secukupnya

cara masak
bawang merah, bawang putih, digoreng hingga kekuningan. masukkan cili api, kemudian cili kering yang telah dikisar. setelah naik bau @ garing, masukkan serai. masukkan air sedikit bagi mengelak hangit. kemudian masukkan sos tiram, sos cili api, garam dan air secukupnya. bila sos dan mendidih dah betul2 masak, masukkan lala dan kacang panjang, goreng sekejap sahaja dan terus tutup api.

lauk ptg ni, lala masak sos, sup sayur dan daging black pepper

Sup sayur
bahan-bahan
1 ulas bawang putih - dimayang halus
1 ulas bawang merah - dimayang halus
serbuk lada hitam
segenggam ikan bilis - diketuk (tak perlu sampai lumat)
segenggam cili padi - diketuk
garam dan air secukupnya

tumis bawang putih + bwg merah + cili padi + ikan bilis. setelah naik bau masukkan serbuk lada hitam. masukkan garam dan air dan sayur2, kuatkan api utk elak sayur hilang zat + layu. sekali mendidih dan boleh angkat dan hidangkan.

Saturday, August 23, 2008

Resipi : kuih keria

Jumaat lepas saya pulang agak lewat, singgah di pameran MAHA untuk beli barang-barang yang telah dilist lepas tengok2 hari ahad lepas. hajat di hati nak jalan2 dengan rakan serumah dan kawan-kawan terpaksa ditangguhkan atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan.

Hasilnya... saya memborong barang-barang hingga mencecah 10 kg! jauh tu nak kena bimbit semua plastik ke tempat kete! tapi demi membelikan barang-barang utk org2 tersayang dan diri sendiri saya kuatkan hati.... nak jadi cite... dalam kesibukan memunggah tu ... saya tak perasan brooch kesayangan saya tertanggal dan jatuh... sedih sgt sebab tak dpt jejak kembali brooch tu... langsung hilang mood nak terus menjelajah pameran MAHA dan terus pulang ke rumah.. bukan apa, brooch tu adalah salah satu barang kesayangan aina dan paling penting ia adalah salah satu barang hantaran waktu kahwin dulu... sedih sgt... :-(

Pulang dengan rasa sedih dan kecewa, sesampai kat rumah cuba berlagak ceria walaupun asik teringat2 kat brooch kesayangan tu.. alhamdulillah, sebaik saja sampai kat umah saya lihat dua orang adik-adik saya tu khusyuk membongkokkan diri sambil buat sesuatu...

bila ditanya, rupa2nya mereka sedang buat kuih keria. salah satu kuih kesayangan aina hehehe.. tp kalu beli kat kedai bukan ubi yang banyk, tp tepung :-( kali ni mmg nmpk cantik, sedap dan buat tak saba nk makan sebab kuih keria kali ni dibuat daripada ubi vitato :-) cik linda yang bawa balik dari ofis... so kepada mereka yang ingin buat kuih keria, ini lah cara-caranya ...

ni dah masuk 2nd phase.. proses membentuk gegelang,
1st face kena rebus dan lenyek2kan ubi tadi, ade bekas2nya jer :-)

tabur2 sikit tepung gandum, untuk mengelak daripada gegelang tu melekat sesama sendiri...

seterusnya, panaskan minyak dan goreng gegelang tadi.
ade orang suka garing, ade orang tak suka. so terpulanglah kepada selera diri sendiri ye..

bila dah agak2 garing mengikut citarasa tu,
sejatkan dan gaul dengan gula yang telah dikisar

geram jer... tgk yg dah siap digaul hehehe...

inilah dia hasilnya.... meh kita makan :-)

bagi mereka yang gemar gula yang banyak mcm saya,
masukkan ajer gegelang tadi dalam gula yang dimasak hehe..


Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates