Featured
Showing posts with label ummi's life. Show all posts
Showing posts with label ummi's life. Show all posts

Wednesday, February 23, 2011

Rindu si kecil

Entah kenapa rasa rindu pada si kecil ummi sorang ni.. malam tadi insyirah tak boleh tido..
Dia sakit perut rasanya.. merengek2.. tapi sesuai dengan sifatnya yang kuat semangat dan matang, tertidur lena juga dalam dakapan ummi..

Rindu kat insyirah..

Monday, January 17, 2011

insyirah dh 1 tahun 6 bulan 1 minggu dan 6 hari

salam..

nampak sgt tajuk kat atas tu menggambarkan perasaan seorang ummi.. hehe.
gundah gulana..
risau tak menentu..
dan.. pening..
bercampur baur.. memikirkan anak yang disusukan sekarang..

bekalan susu insyirah.. setiap hari cuba pastikan level atas mesti penuh dgn botol..
kalau tak ummi nangis puas2 dan usaha pam n perah susu
walau tahu kalau stress susu malu-malu nak keluar..

insyirah dh hampir setahun 7 bulan, maka usianya akan tinggal beberapa bulan lagi untuk genap 2 tahun.. bermakna, ummi dan insyirah akan melalui proses cerai susu.. ummi sendiri tak pasti perasaan ummi untuk melalui saat itu.. sebab tiap hari, walau ke mana saja insyirah pergi, dia akan cari 'sarang'nya kembali.. saat dia sedih, saat dia gembira, saat dia nk bergelak ketawa, dengan ummi ada 'cara'nya sendiri..

ummi harap ummi akan kuat dan tabah.. ummi halalkan setiap titis susu ummi untuk insyirah..

dilema ummi lagi.. beberapa bulan ni.. mampukah ummi tampung keperluan susu insyirah.. erm. proses mengepam susu agak tak memberangsangkan, sekali pam paling tinggi pun 2.5oz.. paling teruk 0.5oz.. paling selalu 1.5-2.0oz.. tak menentu. 4kali pam paling tinggi dapat pun 8oz.. apapun ummi bersyukur, dan berharap pemberian Allah ini berpanjangan untuk insyirah hingga dua tahun .. dan bakal adik-adik insyirah nanti..

Nota : air mata sgt mudah menitis bila fikirkan tentang susu anak ummi.. namun penguat semangat itu ada disekeliling, terima kasih semua!

Thursday, January 13, 2011

Suara hati ummi..

Hari ni aina cuti rehat, dilanda sakit perut dan berulang bilik air sejak petang semalam.. pagi ni rasa melayang-layang, lantas ambil keputusan untuk berehat di rumah. Bila kerja, rasa nak cuti, tapi bila cuti, rasa tak best pulak. Badan dah mula rasa segar skit, mulalah rindu nak menulis hehe.

Sesi sekolah dah mula, tahun ni abang diberi kepercayaan untuk pegang kelas darjah 1. Besar tanggungjawab dan pengorbanan yang aina lihat.. budaya kanak-kanak dan ibu bapa zaman sekarang yang sangat berlainan dari zaman dulu-dulu membuatkan cabaran kerjaya sebagai guru sangat besar.. hari pertama dah nampak, kasihan abang bila terpaksa handle kanak-kanak yg dh berani melawan dan buat perangai, juga ibu bapa yang seolah-olah tidak percaya pada guru. Rasa kekok dan bersalah menyelubungi guru bila gerak geri diperhati, tambah teruk bila ditegur itu salah, ini salah.. namun aina tak boleh menolak rasa risau, bimbang yang timbul di hati ibu bapa, tapi apalah salahnya memberi kepercayaan kepada guru untuk mendidik sementara kita mencari rezeki? sebab bila kita dh hantar anak ke sekolah, bermakna kita dh cari tempat dan mereka yang kita percaya untuk mendidik anak kita, yang kita patut fikirkan adalah selain daripada waktu itu, adakah kita telah peruntukkan masa kita dengan berkualiti untuk turut sama mendidik anak kita menjadi insan berguna? sama-samalah kita fikirkan eh..

Persoalan tentang anak ni telah lama aina fikirkan.. dulu2.. sebelum kahwin, pernah terfikir tak mahu anak, risau kalau aina tak mampu jadi ibu yang baik dan dapat menghasilkan anak yang soleh solehah, bakal mewarisi sifat-sifat mahmudah dan tergolong dalam khalifah Allah yang kamil.. terbawa-bawa sifat sedih dalam diri bila melihat galaknya ibu bapa di luar sana libatkan diri anak-anak dalam rancangan realiti yang tak sewajarnya sedari kecil, dan macam-macam lagi.. bagaimana agaknya negara kita zaman akan datang jika kita lihat generasi sekarang ye..

Namun fitrah setiap insan bila berkahwin tentu ingin punya anak.. tanda dunia lengkap sempurna. Cuma tak ramai menyedari bahawa disebalik 'perasaan sempurna' itu, terletak satu beban dan tanggungjawab yang perlu dipikul ibu bapa. Perkara ini lah yang selalu aina fikirkan.. bagaimana untuk lengkapkan diri dengan ilmu keibubapaan supaya anak yang akan dikandung dalam perut lahir menjadi insan soleh solehah.. Alhamdulillah walaupun tiada dedahan ilmu, kerana hasrat itu ada, aina gali dan cari sedaya upaya dan cuba implikasikan dalam diri dan keluarga kami.. semoga insyirah bakal menjadi anak solehah pewaris ilmuan islamik yang akan memakmurkan agama Islam di masa hadapan.. amin..

Nota : Untuk abang, sayang bersyukur dan bertuah kerana bertemumu kerana Allah, semoga rumahtangga yang dibina, anak-anak yang dilahirkan dan berpisaha dunia kita juga kerana Allah... aminn..

Saturday, January 01, 2011

free honeymoon part-2

salam..

seronok rasanya bile dapat cuti free. sejak sblm cuti sekolah smpai mg lepas, tiap2 kali hari minggu asyik ada kat luar berjalan2, penuh dgn aktiviti, termasuklah honeymoon free hihi. ckp psl honeymoon free ni ms cite episod pertama ritu sepatutnya ending kejap kat bangi, rupanya2 tak... esoknya terus bersambung hehh..

citenya, jumaat mlm tu dpt call dr ayah, katanya adik2 ajak jalan, aina yg dh tak berapa nk larat kata ok lah kalu dkt2, dan tak amik port ayah ckp sbb pk mungkin mg dpn ke bile2.. rupa2nya esoknya jam 1 petang ayah telefon lagi.. diorg dh ada kat kg janda baik! siap ckp ngan menantu ajak g sane. nk kata penat mmg penat, tp tak smpai hati bile hal libatkan org tua ni.. jd kami pun yg agak keberatan sepakat la untuk pulang ke kl dan terus ke janda baik ptg itu juga.

ding.. dong.. ding.. dong.. akhirnya jam 3 ptg kami bertolak dari skudai menghala ke teratak D'Ark di janda baik.. perjalanan sepatutnya ambil masa 4 jam, tp kami kena singgah di bangi untuk beli barang2 keperluan sblm meneruskan perjalanan dan smpai di sana jam 8.30 mlm,.. tak pernah smpai di sana, sunyi sepi dan sgt menggerunkan tp rupa2nya pemandangan sgt cantik bile pagi dh menjengah. mlm tu sempatlah join famili wat barbeku dan esok pagi mandi sungai tepi teratak tu..
bergambar 1 famili lepas barbeku

temankan hubby mkn ms rehat mandi

bergambar di hpdn teratak sblm pulang

alhamdulillah seronok.. pada sesapa nk cari tempat kedamaian jauh dari keriuhan bandar, bolehlah singgah kat teratak ni.. sgt berbaloi sbb harga murah, ruang bilik besar, tempat pun luas, dpt hirup udara segar dan air yang bersih. jarak dari kl hanya 16 km.. tak jauh, kan? lain kali bolehla kita pergi lagi ye, bang? hihi

Nota : selamat tahun baru hijri dan masehi :) semoga azam baru tahun ni berjalan lancar dan dimakbulkan Allah.. aminnn :)

Monday, July 26, 2010

Cabaran dan tekanan kini...


Alhamdulillah.. usia insyirah dh menjangkau 1 tahun lebih, dan aku masih lagi mampu untuk menampung keperluan susu insyirah walaupun tidak susu perahanku tidak 'semeriah' dulu2.. ye.. insyirah kini dah mula makan makanan pejal.. segala jenis makanan orang tua dia nk makan.. dan dengan itu bila dia ingin tido, bila masa dia mengada2 nak bermanja n bila dia rasa gatal2 gusi baru dia berlari2 anak dtg padaku..

Saja ingin mencoret catatan ntah apa-apa... aina kini kembali bergelar pelajar.. pelajar yang menuntut pengorbanan masa untuk menggali ilmu.. jauh 25km, 2 minggu sekali perlu hadir ke kelas menuntut ilmu. Hati sebenarnya rasa gundah gulana.. rentetan kehadiran diri ke kelas yang lepas tanpa selang waktu rehat yang lama menyebabkan diri berkejar ke sana kumari untuk mengepam susu dan hasilnya.. kurang memuaskan..

Dan kini.. perasaan tu datang kembali.. walaupun membuat keputusan untuk tidak hadir ke kelas pertama sebelum ni kerana hal penting yang perlu diuruskan, hujung minggu ni tetap kena hadir juga.. kelas pagi hingga malam.. adakah diri ini mampu untuk menyimpan stok perahan susu..

Tekanan.. kini bertambah lagi, kerana tuntutan sebagai umat Islam akan bermula dalam 2 minggu lagi.. puasa.. harapanku sebagai ummi... semoga aku tabah n kuat dan hasil perahan susuku seperti sediakala...

"Ya Allah Ya Tuhanku...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, perbanyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan... Aku halalkan setiap titis air susuku yang mengalir ditubuhnya, jadikanlah dia seorang anak yang solehah dan beriman... aminnn ya rabbal alamin....."

Nota : semoga ibu-ibu berkerjaya di luar sana kuat n tabah menjalani amalan puasa... kuatkan semangat, positifkan diri, bahawa susu perahan anda akan tetap seperti sediakala... insyaAllah!

Wednesday, July 07, 2010

34 Tips Keibubapaan


Salam..

Dipanjangkan daripada email yang saya dapat untuk pengetahuan dalam kita mendidik anak-anak...

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.

2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.

5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.

7) Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).

9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.

10) Peluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (anda faham).

11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan (teachable moments) adalah seperti berikut:-;
· Sebelum tidur
· Semasa tidur
· Selepas tidur
· Selepas riadah
· Selepas solat
· Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “ Nak, solat jangan ditinggalkan ” dan bukannya “ Nak, jadilah anak yang cemerlang ” (umum).

13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.

14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).

15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.

16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.

17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. Pastikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.

18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)

19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.

20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.

21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.

22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.

23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).

24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.

25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.

26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.

27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.

28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.

29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.

30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.

31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.

32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.

34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

Sunday, June 20, 2010

Selamat hari bapa!

salam..

pagi2 buta bangun2 rasa nk update blog dl hehe.. ada cerita menari last 2 days tp nk cite pasal hari ni dl.. tanggal 20 jun, hari bapa.. selamat hari bapa ayah, selamat hari bapa ayah mertuaku.. dan selamat hari bapa buat abg tersayang..

bercakap tentang bapa ni.. insan lelaki bergelar ayah, ayah mertua dan hubby, kewujudan mereka mmg memberi impak yang besar dlm hidup aina.. bermula dgn ayah, alhamdulillah sy dapat seorang ayah yg sgt2 bertanggungjawab.. untuk ayah, walaupun tau ayah tak baca blog ni, tapi k.na nk ucapkan khas utk ayah, terima kasih kerana;

- menjaga k.na selama 29 tahun ni.. dan tahun2 akan dtg
- protect k.na, mak dan adik-adik yang lain daripada segala gangguan
- tlg selimutkan k.na ms k.na nk tido.. (ms kecik2 dl heheh..) kalau ms besar dia jerit aja "dah tido ke?" :)
- tlg k.na hadapi kesusahan hidup..
- bg k.na peluang utk buat kptsn sendiri lepas bg cadangan pd satu2 mslh..
- ssh2 tlg k.na bukakan pintu dan pagar rumah, panaskan motor kapcai pg2 buta tiap2 kali nk pegi sekolah..
- tlg ajar k.na bljr al-Quran smpai k.na terpilih jadi qariah ms sklh dl..
- tlg ajar k.na subjek math n sains smpai k.na dpt pelajar feveret utk tiap2 thn..
- ulang-alik tiap2 minggu dan tiap2 hari ke asrama ms k.na duk asrama n ms k.na demam n exam..
- ulang-alik amik k.na 2 minggu sekali hantar tuisyen ms sekolah2 dl..
- temankan k.na, mak n adik-adik shopping n pilihkan barang n kain utk kami :)
- ayah la idola k.na dlm menjadi insan dan khalifah Allah dimuka bumi ini... terima kasih ayah...

buat hubby tercinta... dan ummi insyirah.. terima kasih kerana;
- menemani, memahami, memberi semangat syg sewaktu syg dlm keadaan tak 'menentu'... -> termasuklah emosi tak tenang, ms nk bersalin dl..
- menjaga n uruskan syg luar n dalam ms pantang dl..
- menjaga n uruskan insyirah dr kecil hingga skrg..
- tak merungut temankan ummi shopping n berjalan2 berjam2..

buat ayah.. dr anak tersyg (biar ummi jd translator insyirah ehh) terima kasih kerana;
- tlg jaga insyirah sejak kecil dlm pantang smpai sekarang..
- sanggup berjemur panas nk suruh insyirah sihat dr demam kuning
- berjaga malam sepanjang ummi berpantang..
- tlg mandikan, suapkan makan, salin lampin n tidokan insyirah..
- tlg ummi kemaskan beg perkakas susu utk ummi bwk gi keje..
- tlg jaga insyirah ms ummi ade keje atau pegi belajar..
- tak malu utk dukung insyirah dlm beg kangaroo, salinkan lampin n mandikan insyirah bila pegi jalan2..
dan, buat ayah mertua.. walaupun tahu ayah tak pakai laptop baca2 blog ni, still nk berterima kasih kerana;
- menerima aina seadanya sbg menantu..
- menerima mak ayah dan keluarga aina seadanya..
- menjaga aina sewaktu pantang
- menjaga insyirah sewaktu pantang
- dan memberikan yang terbaik sbg ayah tiap kali berjumpa...

teringat kata-kata seseorang.. hari bapa ke.. hari ibu ke.. tu tak penting.. tak payah bertungkus lumus waktu tu jer nk wish.. sbnrnya tiap2 hari tu hari bapa, hari ibu, hari ulangtahun.. yg penting hati kita.. tentu kita tak boleh terima ms hari tu je anak2 tungkus lumus buat kad etc.. tp hari lain? di mana anak dan kita berada? ehhe..

Note : famili first.. then u will be success in the world :-)

Sunday, May 30, 2010

Bulan bersejarah..

salam, alhamdulillah syukur.. di kala tirai senja bulan Mei 2010 hendak melabuhkan tirai, sempat juga saya mengupdate blog. rasa mcm bersalah pun ada asik duk tempek ayat orang.. apapun harap pembaca tak marah dgn perbuatan2 itu.. bukan lah disengajakan, bnyk yg nk diceritakan tp bila jumpa artikel yang lebih sesuai / penting / berinfo rasanya eloklah didahulukan artikel-artikel itu...

mei 2010.. sekejap saja masa berlalu.. terlalu bnyk cerita yang nk diceritakan.. tup... tup... dh nk akhir bulan.. bnyk ucapan selamat, tahniah, takziah dan sebagainya saya terima. bukanlah apa, terlalu bnyk peristiwa menarik yg membuatkan kehadiran bln mei setiap tahun membuatkan saya ternanti2... sgt istimewa... :)

oklah dimulakan dgn bismillah, kita mulakan dgn berita gembira dulu yee.. berita selamat yang pertama.. alhamdulillah tanggal 2 mei yang lepas, bertambahlah usia anak sulung m. ashaari dan pn noriah ni... dah naik satu lagi anak tangga tanda saya dah bertambah usia, pemikiran sepatutnya lebih matang (alhamdulillah terlalu bnyk peristiwa dilalui menyebabkan saya lebih matang drpd perangai saya heheh) dulu2 masih di bawah pemerhatian mak ayah, kini tinggal sebumbung dengan suami alhamdulillah, syukur ya Allah... terima kasih utk ucapan-ucapan dan terima kasih juga kepada hubby sudi belanja makan.. amat bermakna bila berpeluang meraikan hari bersejarah bersama teman hidup kita heheh.. :)

di hari perkahwinan kami.. bersama kedua-dua emak tersayang..

ucapan selamat yang seterusnya.. selamat hari ibu.. khas utk ibu dan ibu mertuaku, kedua-duanya ku panggil 'emak'... ralat rasanya tidak dapat berikan hadiah special & mahal cuma dapat belanja makan (itupun tapau) kerana hal-hal yang tidak dapat dielakkan... namun aku takkan lupa jasa emak yang kandung dan membesarkan aku... dan kini masih lagi membimbingku walaupun dah bergelar isteri orang.... 2 tahun sudah aina berumahtangga, maka dalam tempoh itulah juga aina mempunyai seorang lagi ibu yang dipanggil dengan panggilan 'emak', emak mertua.. alhamdulillah kehadiran aina dalam hidup anak kesayangannya tidak langsung menggugat kedudukannya sebagai ibu namun dianggapnya saya dan menantu yang lain sebagai anaknya sendiri.. dulu... sblm kahwin, isu ibu mertua bukan lagi mainan tidur, tapi mainan bualan rakan-rakan dek kerana layanan yang kurang enak diberi, namun itu tidak terjadi dalam hidup saya alhamdulillah.. walaupun saya tau kedua-dua emak saya tidak membaca entry ini, namun saya ingin sekali mewar-warkan jutaan terima kasih kerana memberikan kasih sayang sebagai emak, yang terbaik tidak tertanding kasih sayang lain di dunia ini.. terima kasih, emak...

bersama anakku Annur Insyirah..

selamat hari ibu... saya tujukan juga untuk diri saya... alhamdulillah segala perancangan diatur, dengan kehendak Allah s.w.t yang Maha Berkuasa, saya dan hubby dikurniakan seorang anak yang comel, Annur Insyirah... sejak mengandung dan membesarkan insyirah, saya semakin mengerti betapa besarnya pengorbanan seorang yang bergelar ibu.. saya rasa bersyukur kerana pada kali pertama Allah berikan saya rezki utk merasai perasaan itu, menyambut hari ini bersama-sama suami tercinta, serta diwarnai dengan keletah puteri sulung tercinta. sedaya upaya saya telah merancang dan mencuba untuk memberikan yang terbaik utk puteri saya.. anakku Annur Insyirah, ummi sangat sayang padamu, engkau adalah permata hati dan hasil cinta suci ayah dan ummi, kehadiranmu mmg ummi terima gembira, semoga engkau dapat menjadi anak yang solehah, aman bahagia hidupmu, tercapai cita-citamu, semoga engkau dapat mendidik bakal adik-adikmu kelak... darah dagingmu terhasil daripada susu ummimu, ummi halalkan setiap titis susu ummi untuk mu.... (owh sebak sendiri bila taip entry ni.. huhhh)

gaya seorang guru..

oklah ... utk ucapan selamat yang seterusnya... iaitu pada minggu seterusnya... ditujukan khas buat hubby tersayang, selamat hari guru, abang.. :) sejak menjadi guru, saya merangkap setiausaha tak perbadi nilah yang akan get ready bekas dan tempat untuk simpan segala hadiah-hadiah yang beliau dapat.. aina dapat bayangkan keseronokan hubby tiap kali student dapat berikan reaksi atau respon dan kejayaan yang baik dengan setiap pelajaran yang diberi. yee... saya tidak menafikan bahawa hanya mereka yang berhati kental dan bersemangat waja sahaja akan dapat jadi guru yang baik di zaman ini, kerana cabaran menjadi guru, cara mendidik, beban kerja dan tugas yang dipikul amat berat berbanding zaman-zaman kita dahulu... semoga abang dapat menjadi guru pendidik yang terbaik utk anak kita dan juga bangsa ye abang :)

habis sudah cerita-cerita gembira.. skrg ni giliran cerita sedih pulak.

nak dijadikan cerita, anak kami, annur insyirah itu, pada satu malam si kecil molek ni dengan kelajuan maksima (bak kata pak teh mcm tentera!) telah masuk ke bilik stor a.k.a bilik barang a.k.a bilik lipat kain a.k.a bilik menggosok baju.... ummi yang tengah duk ralit membungkus stok barang yang perlu dihantar dan pos kepada klien esok terkejut terkedu dgr jeritan anak kecil..... ya Allah anak aku! owh.. menjerit n melihat, cuba kuatkan hati, menjerit minta abang ambilkan ubat gigi / minyak gamat. minyak gamat tak dijumpa, ambil ubat gigi sapu banyak2.. insyirah menangis tahan sakit dan seperti biasa, tiap kali insyirah menangis, susu ummi lah jadi penawarnya.. alhamdulillah insyirah menangis sekejap saja, akhirnya tangisan itu kembali reda bila ubat gigi hpa menyeliputi ruang tangannya dan dia dah boleh tersenyum..

gambar luka pd hari ke-2

nk tau sebab apa? ... sebenarnya insyirah terkena seterika a.k.a iron panas.. dah cuba letak ditempat terbaik tapi boleh juga dicapai oleh si kecil yang comel lote ni.. mujurlah x terkena kat bahagian lain.. kalau terkena tempat lain cthnya punggung atau muka? owh... pening kami suami isteri. last2 terus ambil seterika itu dan letakkan di tempat yang agak2 paling selamat .. huhh...

close-up skit...hari ke-3

latest.. dh nk sihat daa..

hari ni.. nampaknya tgn insyirah dah semakin ok dan sihat, kami tak lah risaukan dirinya yg tak kenal erti sakit sbb dr malam dia kena lagi pas nangis nk minum susu dia kembali ok, takut2 lah lukanya termasuk debu n asap2 n dijangkiti bakteria sekeliling pulak so tiap2 hari dan masa bila teringat je terus sapu minyak gamat alhamdulillah sume kembali ok.. bila ummi dan ayah tunjuk dan pegang tangan tengok, insyirah seakan paham yang tangannya 'tak sihat' dan akan tunjukkan jarinya ke arah bilik iron tu. mm sian anak ummi, lain kali tak yah la pegang alat2 letrik ni sayang ehh..

oklah sampai di sini sahaja.. mata dah mula mengantuk sbb jam dh menunjukkan hampir ke 3 pagi... kena tido sbb kejap lagi insyirah akan cari biasalah nk isi perutnye hehh.. selamat malam..

nota : ku mencari... ku mencari... di manakah seseorang yg bergelar ibu menjagaku satu tika dulu... namun ku tak pasti di mana ia sekarang.. berdosakah aku walaupun jagaanku dibayar .. teringin sekali berjumpa dengannya...

Friday, May 07, 2010

" Kenapa susah2 berniaga? "

salam.. haaa lama betul tak mengarang, rindu kat blog ni. bukan tak mo, tp masa yg tak mengizinkan. dgn kata lain, kepadatan masa. dh gian nk mengarang ni, so curiklah sikit masa untuk lepas rindu.. hehe.



oklah cite psl diri sendiri dl... "selamat hari jadi kak aina..".. wah2.. dh tua dah diri ku ni.. hitung punye hitung usiaku dh melonjak 29 rupanya! waa.. sekejap je rasa ms berlalu .. br je rasa mcm habis sekolah, habis kolej.. skrg dh punya anak (walaupun org lain dah berduyun2 anak heheh). apapun time kasih pada sahabat saya, org pertama yg wish (walaupun 2 hari awal dr besdaykuu...) dan kepada suami dan famili saya terima kasih banyak2.. terima kasih juga kepada sahabat2 dan orang sekeliling yang sudi ingat tarikh lahirku (walaupun kadang2 kealpaan tu jelas kelihatan bile sll lupe nk wish time tiba besday orang lalalalalla).

haa.. baru2 ni sempatlah lancarkan laman blog baru utk aina berbisnes dgn lebih rapi n rancak (chewah..) alhamdulillah jualanku laris selaris goreng pisang (tp masih menang tgn) tp syg sbb tak sempat nk update sgt blog n tak bape user friendly... insyaAllah laman yg lbh friendly akan menjelang ye, wahai customer2 setia aina sekalian.. pada yang tahu, dah lama dah berniaga, tp br saje ada laman sendiri untuk memudahkan customer dptkan info n paling penting promosi dan diskaun yg akan selalu diadakan.

cumaa.... ada beberapa soalan daripada beberapa orang menerjah saya.. saya rumuskan sume soalan kpd soalan yg satu ni.. : "kenapa susah2 berniaga padahal dah ada gaji tetap?" "kenapa pilih maajun dan barang lunatots yg mahal itu?" haa.. jwpn saya adalah seperti berikut.. hehe :-

sebab saya berniaga :
  • memang dh suke @ minat beniaga sejak kecik2.. drpd jual pensil picit, pen, barang2 avon etc.. masih mencari dan terus mencari produk yang dekat di hati, akhirnya terjumpa dan terpakai dan terimplemen lah MAB dan lunatots...
sebab saya jual MAB :
  • saya nk memartabatkan kaum wanita dan mengurangkan risiko perceraian di kalangan kaum melayu umumnya dan Islam khususnyaa..
  • saya nak wanita kuat, sihat, segar dan cantik selalu agar dapat jalankan tugas sebagai seorang wanita, isteri, ummi, pelajar dan gelaran-gelaran lain secara langsung @ tidak langsung..
sebab saya jual produk lunatots :
  • saya nak pelihara alam sekitar.. tgk sajalah bumi kita yg semakin hari semakin panas walaupun hujan sepanjang hari tapi tetap berpeluh kepanasan di malam hari...
  • saya nak kepentingan memberikan susu ibu yakni susu terbaik di dunia ini disebarkan dan diambil perhatian dan diberikan ilmu dan semangat untuk para ibu di dunia ini.. kerana lunatots bukan sahaja mementingkan jualan CD bahkan menitikberatkan penyusuan susu ibu, menjadi ahli sokongan susu ibu semalaysia, dan menyebarkan ilmu tentang keibubapaan..
  • lunatots MAHAL? oo... itu adalah tersalah anggapan yg paling besar.... kerana servis dan kualiti produk kami adalah terjamin, terbagus dan terelok dibandingkan dengan pesaing2 kami. kalau tak caya, anda boleh nilai sendiri CD dari seluruh produk yang ada di pasaran dengan CD lunatots bila berkunjung ke showroom kami :-) produk lunatots juga mementingkan kualiti dengan selalu menambahbaik dan mengupgrade produk tanpa menaikkan harganya :) tak caya juga? sayalah antara pengguna awal CD lunatots.. anda boleh lihat sendiri perkembangan produk dr awal hingga skrg di showroom kami juga! :-)

dan yang paling... paling penting... saya nak yang terbaik untuk kaum wanita dan anak-anak ... kerana anak-anak bakal pewaris bangsa kita.. dan wanita adalah tonggak kehidupan seorang lelaki dan tonggak kemaslahatan dunia ini..

harap-harapnya semua soalan terjawab yee... saya tahu ramai di luar sana, termasuk rakan sahabat saya yang masih belum dapat cahaya mata, hubungilah saya, saya akan cuba bantu anda... dan saya juga tahu ramai di luar sana masih tertanya-tanya tentang kewanitaan mereka yang semakin terancam rumahtangga tunggang langgang cubalah untuk bertanya saya... juga kepada mereka yang telah menjadi ibu masih ada anak kecil namun masih ragu-ragu tentang penggunaan CD (cloth diaper), kelebihannya berbanding DD (disposal diaper), serta ragu-ragu dan tidak yakin tentang penyusuan susu ibu.. hubungi lah saya, saya akan cuba membantu sedaya upaya saya... marilah kita sama-sama memartabatkan institusi kekeluargaan kita...

segala perbualan dan hasil pertemua saya dengan pelanggan adalah rahsia dan tidak akan didedahkan kepada mana-mana pihak... itu polisi syarikat saya... :)

oklah.. ini sahajalah termampu untuk saya coretkan lepaskan rindu dan menjawab semua soalan, segala persoalan lain boleh terus diajukan kepada saya, selamat memajukan diri ye semua!

Monday, April 26, 2010

Result exam dh keluar.. alhamdulillah!

pagi ni rasa tak sedap hati, resah jer... selalu kalau hati rasa mcm ni, ada la sbb nye... br je tadi, hati terdetik nk bukak portal pelajar space. dan ke ruang sistem maklumat pelajar.. tetiba pulak rasa nk klik satu... satu... last sekali "Keputusan Peperiksaan".. risau juga bila fikirkan tentang cabaran-cabaran dan cubaan tatkala ujian menimpa waktu nk final exam hari tu. alhamdulillah... syukur ke hadrat Ilahi target ku mengena walaupun rezki itu bukanlah di tahap tertinggi tapi masih di tahap cemerlang untuk ku. mana taknya dengan terformat laptop hingga kesemua projek sarjana muda 2 ku terdelete.. dan mcm2 lagi masalah. alhamdulillah...

nk cerita seperkara tentang perkembangan insyirah.. sesuatu yang diluar jangkaan ku berlaku. dalam pada insyirah sentiasa di sisi menunjukkan reaksi nya, aina masih tidak pasti dengan yang satu... "adakah anak memahami dan mengerti perasaan kita?" mmg insyirah sering menunjukkan reaksi apabila diajak bergelak ketawa.. tp tentang persoalan ini selalu menergah ke ruang fikiran ku. akhirnya persoalan terjawab bila hal ini terjadi...

satu hari minggu yang lepas, aku menangis kesakitan.. terguling2... terpusing kiri, terpusing kanan. insyirah biasalah, main 5 minit, dia akan tegedek2 datang hampir kepada kita untuk memanjat tarik perhatian minta dipeluk dan dicium. tapi lain pulak jadinya dengan dia kali ni. dia datang mendekati, dekatkan muka ke muka aina mungkin cuba untuk mengerti keadaan umminya ketika itu. sungguh rasa tidak mampu tahan tangis (mmg nangis tp hujan makin lebat! hihi) bila si anak kecil yang baru saja berusia 9 bln 3 minggu tu tetiba memeluk dan mencium saya! Allah Maha Kaya.... Subhanallah.. terjawab persoalan saya selama ni... saya semakin sebak dan terus menangis sambil balas kembali pelukan insyirah.... insyirah pulak dalam dua hingga 3 kali memeluk dan menepuk2 bahu saya... tak pasti kenapa.. mungkin dia meniru cara ayahnya yang suka dukung, peluk sambil tepuk bahunya... sungguh saya amat kagum dgn ciptaan Allah ini... alhamdulillah terima kasih ya Allah!

Friday, April 23, 2010

Peritnya hati seorang ibu...


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.


Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.


Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.


Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin

Friday, February 12, 2010

sayang anak ummi demam...

insyirah... cahaya ketenangan hati,
yang selalu tenang walau dlm apa jua keadaan...

salam semua.. lama tul tak update blog ni dekat 2 minggu.. hampir semua jadual dan kerja-kerja aina terbantut dek kerana si kecil diserang demam campak minor... alhamdulillah insyirah dh beransur sihat, ummi pun dh bole masuk keje since dh bercuti hampir seminggu di rumah. perasaan bile kena masuk keje tu... hmm... tuhan je tahu dlm hati rs nk jadi surirumah dan bekerja dari rumah jer.. sonok dpt jaga n tgk anak membesar dpn mata ni.. w.pun kadang2 tu kita pun tak menang tgn dibuatnya! heheh :)

nk dijadikan cite.. insyirah tak pernah demam sebegitu lama sblm ni. bila nk masuk fasa pertumbuhan yg baru tu biasalah tubuh panas skit tp kejap je... org kelate kata 'jerlung' tubuh tu.. pastu ok la.. sblm ni paling teruk insyirah dmm ms dia nk mula meniarap... ms tu ummi, ayah n nenek mmg tak dpt tido... saling berganti perhatikan insyirah dan 'jerlung' = 'tuam' insyirah.. soknye alhamdulillah ok.

kali ni insyirah lain mcm... mlmnye demam makin panas tp diri makin lasak bermain. kadang sejuk, kadang panas.. panasnya tak tahan kita yg baring kat sblh dia pun terasa bahangnya. bayangkan suhu mencecah 28.5 darjah! panas... sian anak kecil tu.. tp sebab dia tak merengek dan asik bermain... kami ummi dan ayah asik konpius... akhirnya ternaiklah bintik2 kemerahan kat tubuh.. tiga kali insyirah dikejar ke klinik.. hari khamis, sabtu pagi dan sabtu malam yg lepas.. last2......

sabtu malamnya.. doktor biasa kata insyirah disyaki terkena denggi... ms tangan dan kaki insyirah kena perlu dicucuk... ms operasai tangan dan kaki insyirah digodek oleh doktor (rsnya doc locum jerrrr) main tarik2 jarum tu... insyirah nangis smpai akhirnya lena keletihan... bayangkan ms nangis smpai angkat muka... apa tandanya tu?.. cuba fikirkan... sakit kannn..... semata2 nk dptkan darah... tp dikata darah tak mo kuar... bila dh kuar sikit.. bila wat check suspect denggi... pastu doc terus wat keputusan utk warded insyirah...

tp apa yg memeranjatkan kami semua... sblm dimasukkan ke wad insyirah diperiksa oleh pakar kanak-kanak.. mujurlah pakar kanak2 kat situ mmg pakar .. hanya sekali cucuk.. darah mencurah2 keluar... insyirah tak sakit tp tetap menangis dan cuba utk tarik tgn tanda takut / fobia dgn peristiwa yg baru saja dia rasa tadi. akhirnya insyirah ok dan cuba senyum setelah ummi tenangkan dia... sedih dan peritnye hati ummi kenangkan peristiwa yg insyirah kena takdi... bayangkan bila ujian dibuat ke atas darah yang diambil oleh doktor pakar mengatakan insyirah sihat walafiat! darahnya ok.. hanya virus je ada skit yg menyebabkan dia demam....... bayangkanlah... 3 orang doc dan HA buat kerja... mcm dh biasa tp nampak seolah LANGSUNG tiada pengalaman......

apa yang dikongsi di sini.. hanya sekadar untuk berkongsi.. luahan rasa seorang ummi... rasa geram + sedih anaknya dibuat begini... sy berhasrat untuk bertukar sahaja hospital tapi hati saya kemudian tenang kerana memikirkan doktor pakar kanak2 tu mmg pakar dlm kendalikan mslh kanak2... saya sedih kerana tidak diterangkan sblm ni bhw kami boleh terus dapatkan rawatan pakar tanpa berjumpa dengan doc biasa dl (a.k.a doc locummm)

bukanlah saya nk rendahkan mana2 pihak, saya mohon maaf... tapi ini sekadar luahan rasa seorang yg bergelar ummi.... bayangkan kalau anak kita yg kena... tak payah anak kita, kita sendiri yg terkena... sedih kan... semua orang yg saya jumpa suruh saya saman doctor dan HA tu... tp saya tak mau... ntah kenapa saya pun tak tau.. tp saya mmg tak akan jumpa doktor biasa kalau ada apa2 lagi... saya rela berhabisan ringgit berjumpa dengan doktor pakar semata2 untuk kesihatan diri dan keluarga...

Note : bekerjalah secara amanah kerana Allah... walau dalam apa pun bidang yg kita ceburi...


Monday, February 01, 2010

cd terkumpul

stok cd insyirah utk 3 hari...

salam semua.. saje je nk tunjukkan n beri semangat kat kengkawan yg masih ragu2 nk guna cd or tak... mm... dl aina sgtlah buta perihal cd etc... ms mula2 bc blog k.tini psl cd, puasla memikir ape ke benda alah la tu... puas cari kat internet pun x jupe.. rupe2nye cd = cloth diaper! hehhh..

apepun dah mula rasa keajaiban penggunaan cd ni... rasa bersyukur ambil langkah drastik pakaikan insyirah fully cd, walaupun ade tahap2nye (tahap ke arah penggunaan fully cd daripada disposal diaper) sbb ummi insyirah ni hanya benarkan ayah / sesapa yg jaga insyirah or willing to belikan diaper insyirah yg jenama m***y p**o jer... haha. nape? bukan sbb nk biasakan anak dgn brg2 mahal tawwww... tp sbb ingin jaga kulit anak kesayangan ummi ni... nk jauhkan anak ummi drpd terdedah dgn bahan2 yg tak tau ( ntah recycle agaknye ) puncanya...

pakai cd mmg berbaloi... ade yg mengusik "baju insyirah mahal ek" "baju insyirah cantikk.." haha. rs nk tergelak pun ada. jwpn umminye simple jer... "sbb insyirah pakai cd n fully breastfeed" okeylah nk sambung kije.. heheh

Tuesday, December 29, 2009

penantian berakhir :)

"terima kasih ya Allah...
berkatilah perjalanan rumahtangga kami hingga akhirnya.."

salam ya salam...

skrg ni aina otw balik dari JPN Selangor kat shah alam... alhamdulillah akhirnya penantian itu berakhir jua... rayuan hubby untuk tukar ke negeri selangor diluluskan.. dan paling menggembirakan bila hubby akan ditempatkan di SK Bdr Baru Bangi..

terima kasih kepada semua yang sudi mengambil berat dan menjaga aina selama ini.. tak terkata betapa gembiranya hati setelah perjalanan cinta jarak jauh yang kami lalui selama 2 tahun ni bakal berakhir.. banyak suka duka kami telah lalui... semoga takdir yang mendekatkan kami ini bakal mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga... aminn.. ya rabbal alamin.. :)

Tuesday, October 27, 2009

buku baru

dah lama tak berborak2 psl buku. bukan dah lama tak beli dan tak baca buku... tp sejak2 kabel kamera hilang rs malas nk amik gamba dan mcm2 alasan lain la kan.. hehe. kali ni dh ade kamera lain yg baru (walaupun resolusi tak bape best tp ok la) bole la amik gamba bile2 ms dan dimana2 saje :)

ptg kemarin lepas selesai urusan di anjung putrajaya singgah sebentar kat mph bookstore alamanda, nak cari flash cards utk insyirah.. biasalah kalu dh masuk bookstore sorang2 mata akan mula la melilau tgk buku yg lain.. kali ni ade 2 buku yg menarik perhatian, walaupun dh lama kuar tp br sempat beli skrg. hehe. ini lah dia buku2nya..

1. Anakku Hebat Anakku Soleh karangan Ustaz Zahazan Mohamed

semoga buku ni bermanfaat utk sy dan hubby dlm proses mendidik anak kami.. amin..

2. Buku Cakar Harimau Tips Kebahagiaan Rumahtangga karangan Ustazah Siti Nor Bahiah

dah lama dah nk beli buku ni... tp tak jugak terbeli.. tak pe la lmbt skit asalkan pas bc bole dimanfaatkan ilmunya :-) mmg best.. siap bergambar.. disarankan utk sume para suami isteri :-)


3. Majalah Pa&Ma keluaran Nov 2009


majalah yg kini jd pujaan dan perhatian sy setiap bulan.. hehe. ade hasrat nk langgan je sbb geram kalu nk beli asik perkataan "habis" "stok br lum smpai lagi dik / kak" je yg dgr kat telinga niee.. :-) juga bagus dan disarankan utk sume ibu dan bapa.. sebaiknya yg bakal masuk kelab mata merah pun amatlah disarankan ..

ok.. last sekali... pilih flash cards utk insyirah.. punyela lama nk cari yg terbaik utk dia.. so ni la dia.. dgn 36keping kad tebal berwarna warni, real picture (gamba lukis tak elok ssh utk proses pengecaman) mmg berbaloi.. harga br RM 9.90 :-)

Tuesday, October 20, 2009

dpt hadiah baru!

ari sabtu lepas ade wat makan skit kat umah ayah, merangkap kenduri kesyukuran dan rumah terbuka. plan kami anak beranak berjaya bila semua makanan dan minuman habis tanpa ade yang dibuang.. hadiah ikhlas dr kami sekeluarga utk semua :) tp syg tak de sapa sempat nk amik gamba .. yg ingat main menunye mestila nasi dagang (air tangan mak), laksa dan laksam kelantan (air tgn ati & mak) dan lain-lain mknn ade murtabak, laksa penang, mee goreng, kek coklat, kuih sari ayu, kuih koci dan koktail. tq pada sume yg sudi hadir memeriahkan majlis.

angkatan sepupu sepapat yg hadir

insyirah dgn mak uda ms kenduri ritu (sori gamba blurr)

ok... bukan nk cite tu sbnrnya.. yg sebenarnya nk cite psl hadiah baru.. bukan utk insyirah tp utk umminye hehe. tua2 pun dpt hadiah ek :p tp takpe utk insyirah jugak haha. lambat tul nk update entry smpai empunye tuan dh update dl kat blog nye. tak sangka dpt hadiah dr kak tini lg, memandangkan terlalu bnyk dah insyirah dpt dr mak long tini ni.. hehe. ni lah dia hadiah nye.. nursing cover : (sorry kak tini celup gamba dr blog kak tini je la ek!)

a cute nursing cover.. love it :)

sangatlah come.. sgtla cantik.. suke sgt.. sbb pe tau.. sbb ummi insyirah ni mmg suke warna pink! haha. alhamdulillah nursing cover ni mmg sgt2 membantu memandangkan insyirah sgtla suka makan dan minum spjg masa.. pasni adela tmpt utk insyirah menyorok n minum puas2 ek! hehe.
anyway tq bnyk2 to mak long tini.. doakan semoga hajat na utk fully breastfeeding berjaya k!

Friday, October 16, 2009

Alhamdulillah.. hikmah dr demam :)

susu isyirah..

alhamdulillah setelah puas menangis pk camne nk bnykkan air susu pas demam + stok habis + perahan susu merudum .. akhirnya.... sekali perah dpt 4.5oz! waaauuuuwww .. br tau perasan ibu2 yg lain hehe.. so kpd mommies2 yg lain, jgn putus asa. think u can do it! itulah journey yg sebenarnya :) syukur pada Allah .. moga2 sampai bila2 la perahan susu akan bnyk :)

Thursday, October 15, 2009

demam oh! demam

demam melanda 1672/16!

haa.. skrg ni musim la kot.. musim demam selesema. mula2 ari jumaat lepas sakit tekak, then biasalah batuk, pastu selsema.. pastu demam.. br saja nk kebah demamnya, insyirah pulak wat perangai tak mo tido malam (dgn kata lain berjaga malam) so secara tak sengaja demam tu bersambung. 2x cuti minggu ni.. alahai... nk wat camne.. :(

mula2 ritu tak mo makan ubt.. then sbb tak tahan sgt dan hajat nk cepat sembuh (sbb nnt sume keje tertangguh - ari sabtu ritu pun mak tlg basuhkan sume kain - thanks mom.. luv u hehe ) makanla ubat... ntahlah sbb tak perasan & tak tau la plak kesannya pada susu EBM... sedih.. kadar perahan susu tiba2 jadi merudum! sedihnye.. hari isnin pegi keje dpt perah 1oz je.. menangis tak tahan bila teringatkan insyirah. bila mak ckp "makan ubat mmg susu akan merudum.. kena minum bnyk air dan mkn oat & susu bnyk2" br la sedar kesilapan iteww.. rupa2nya ubat batuk & selesema la penyebabnya. huwaaa.. sedih. terus tinggalkan segala ubat-ubatan itu... serta bertungkus lumus makan segala benda.. sayur sawi... oat.. susu.. dan air utk perbanyakkan susu.

... dan hari ini.. setelah bertungkus lumus alhamdulillah stok EBM dah ade 12 botol, alhamdulillah.. demimu insyirah.. ummi lakukan segalanya utk berikan yg terbaik...

permata hatiku ...

note : gambar sekadar hiasan semata :)
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates