Featured

Monday, March 17, 2008

Tugasan terbaru!

Salam semua.. musim pilihanraya telah pun berlalu.. samala juga dengan aina, alhamdulillah berjaya menjalankan amanah yang diberi dengan jayanya... buat kali kedua (dan mungkin juga untuk kali terakhir, aina pun tak pasti) menggalas amanah sebagai ketua tempat mengundi, banyak juga cabaran perlu dilalui namun semuanya ditempuhi dengan sabar + ikhlas..

Bergambar sementara menunggu rakan-rakan lain habis mengira..

Seminggu berlalu, sempat juga menghabiskan masa bersama hubby yang balik ke kl, menemani beliau menyiapkan lambakan tugasan yang terlalu banyak. Kesian melihat hubby dan kawan-kawan yang menyambung pelajaran ke kpli.. demi sebuah harapan, sanggup bergadai untuk mencapai cita-cita mereka. Doakan semoga Cikgu Hanizal dapat menyiapkan kursusnya ye! dan didoakan juga buat kawan-kawan seangkatan aina yang sedang bertungkus lumus studi space utm... semoga semuanya berjalan lancar i.Allah!

Thursday, March 06, 2008

erti keberkatan hidup...

sesuatu untuk difikirkan... sering kita melihat kejadian ini disekeliling kita namun mungkin kita tidak kisahkannya.... saya dapat cerita ini dari sumber terdekat, mungkin boleh membantu kita menilai diri...

Kisah-1
Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin dan dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

1. Salleh bekerja makan gaji dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan.
5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur dan kemas.
7. Pelik tetapi benar, bil elektrik dirumahnya kurang dari RM20 sebulan sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang dari RM10 sebulan.
8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan dia yang patut di contohi;

1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang kecil seperti nak membeli mesin basuh.
3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba. Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
5. Buat baik kepada Ibu bapa dan Ibu Bapa mertuanya.
6. Suka menolong orang dan memberi derma
7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik dan jarang kena sebarang penyakit.
8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah rosak atau menyusahkan nya.
9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah dan cepat.

Kisah-2

Ketika saya bujang dahulu saya sering menziarahi kawan saya, Norizam (bukan nama sebenar) yang tinggal di Masai Johor. Pada hari Ahad itu saya sampai di rumah Norizam selepas waktu Asar. Norizam memperkenalkan Abang dia, Rashid (bukan nama sebenar) yang baru sampai dari Kuala Lumpur. Rashid berkunjung ke rumah Norizam kerana untuk menghadiri temuduga pada pagi Isnin di Johor Baru.

Kawan saya Norizam ini, dalam beberapa hal dia tidak berpuas hati dengan abangnya. Kadang kala saya tidak suka mendengar dia merungut tentang abangnya. Petang itu Norizam merungut lagi iaitu abangnya datang untuk temuduga kerja sebagai Pengurus Besar (General Manager). Gaji Rashid sekarang ialah RM10,000 sebulan. Katanya tidak mencukupi. Dia akan minta gaji sebanyak RM14,000 sebulan untuk tempat baru ini.

Saya pun berasa hairan gaji RM10,000 sebulan tidak mencukupi sedangkan hanya mempunyai dua orang anak sahaja. Beberapa tahun kemudian baru saya tahu kenapa gaji abangnya RM10,000 tidak mencukupi. Ini ada kaitan dengan tiada keberkatan hidup.

Perkara-perkara yang pada pandangan saya menyebabkan Rashid jadi susah ialah seperti berikut;

1. Banyak sangat terlibat dengan sistem Riba. Pinjaman Kereta, Kad Kredit, Pinjaman Rumah, Akaun Simpanan semuanya Sistem Konvensional (Riba)
2. Menggunakan banyak kad kredit konvensional kemudian bayar pokok sahaja. Bermakna memakan riba yang berterusan.
3. Sering bertukar kereta sebab kereta selalu bermasalah walaupun kereta baru (Masalah kena curi dan kemalangan jalan raya)
4. Sering bertengkar dengan isteri.
5. Isteri sering masuk hospital kerana penyakit misteri.
6. Anak perempuan sulungnya yang di tingkatan tiga kena tangkap basah.
7. Suka menengking jika ada orang mintak derma.
8. Soal sembahyang lima waktu dipandang sebelah mata sahaja.

Kedua-dua kisah ini adalah sesuatu yang lumrah berlaku di sekeliling kita. Kadang kala kita tidak sedar langsung atau tidak menghiraukan langsung untuk mencari keberkatan hidup.

diari minggu ini...

salam... lama tak menulis blog.. asik2 masukkan artikel.. saban hari banyak artikel yang diperoleh, kisah dan idea pun pelbagai, jadi banyak yang ingin dikongsi, cuma kekangan masa dan keadaan line internet yang kurang memuaskan membataskan saya untuk menulis dan mengemaskini artikel.

hari ni aina cuba untuk selesaikan semua tugas di pejabat memandangkan hari esok akan bercuti. cabaran kerja semakin hari semakin meningkat, kadang timbul rs putus asa dan lemah semangat. tuntutan kerja yang semakin menimbun kadang membuatkan kita tenang dalam tekanan... cuma proses melangsaikannya menuntut pengorbanan yang lebih dari kita! betul tak??... terfikir tentang kata-kata idola saya, Dr Irfan Khairi tentang karier / kerja dalam artikelnya.. :-) sememangnya saya masih cuba mencari sesuatu yang boleh dijadikan karier dan kerja saya!

lusa hari pilihanraya, sejak hari penamaan calon hingga hari ini, dan semestinya sampai bila2.. (kisah yang tidak akan tamat) sana sini sibuk memperkatakan tentangnya. masing-masing cuba mempertahankan tanda sokongan padu terhadap parti dan wakil rakyat tempat mereka membuang undi.. juga tempat mereka menginap kini. dengan hujah, alasan dan kata-kata balasan satu sama lain.

lain pula dengan saya yg kini mula membaca dan cuba mengkhatamkan 5 buah buku, semuanya sebagai persediaan untuk menjalankan tugas sebagai ketua tempat mengundi-KTM. buat kali kedua, saya bertugas sbg KTM dibawah kawasan P.122, parlimen Seputeh. besar tanggungjawab yang akan digalas, oleh itu kami semua yang akan bertugas telah terlibat dengan taklimat oleh pejabat pegawai pengurus sejak bulan Julai 2007 lagi. kali kedua taklimat diadakan pada hari rabu minggu lepas. esok (jumaat) aina dan mereka yang terlibat akan berkumpul di sekolah sri mega seawal jam 9 pagi untuk taklimat ketiga dan selesaikan urusan menyusun atur meja dan kerusi sebagai persediaan awal sebelum menjelang hari pilihanraya.

cerita seterusnya.... kelmarin aina dapat panggilan daripada kak ogy, kakak ipar sulung aina. katanya beliau dan famili akan pulang ke perak untuk menunaikan kewajian sbg seorg rakyat m'sia hehe... sambil tu transit kat kl sblm teruskan perjalanan. ye la, dari JB ke Grik mmg jauh.. kali ni rumah aina jadi pilihan untuk menumpang rehat. kali pertama menerima tetamu dari keluarga hubby, risau dan malu juga aina dibuatnya, ye la rumah orang baru berumahtangga, apa lah sangat yang ada. tak keruan juga dibuatnya, malam tadi mengemas rumah tak sedar dah lewat malam :-)

okeihh.. masuk bab terakhir.. ntah kenapa sejak akhir-akhir ni aina rs kurang semangat, rs cepat letih, sensitif, mungkin kerana aina rindu!!!.... ye .. rindu pada Yang Satu... rindu pada si dear... rindu pada kesemuanya !!!

Wednesday, March 05, 2008

Sembahyang antara dua tanduk ibliss...??

Sekadar untuk renungan kita hari ini..

Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud....
" siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam ... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis"

Sesuatu yang mengejutkan tp bukan luar biasa...

Apa nak jadi dengan negara dan kita sekarang....?? siapa yang patut dipersalahkan??

KUALA LUMPUR 19 Feb 2008: Timbalan Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Zainuddin Md Zin, semalam memfailkan saman kira-kira RM5 juta terhadap tiga pembekal dan penjual ayam, termasuk Tesco Stores (Malaya) Sdn Bhd kerana menjual ayam yang tidak disembelih.

Zainuddin, 55, menamakan Perak Duck Food Industries Sdn Bhd, CKL Marketing Sdn Bhd dan Tesco sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga dalam saman yang difailkan menerusi Tetuan M K Othman & Co di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau dalam tuntutannya memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan yang bernilai RM5 juta kerana defendan pertama dan kedua berlaku khianat dengan membekalkan makanan berlogo halal kepada semua umat Islam.

Di samping itu, beliau turut memohon mahkamah untuk menghalang ketiga-tiga defendan untuk menjual, mengedar, memasar atau menyebabkan produk itu berada di pasaran.
Plaintif juga meminta mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan memohon maaf kepada semua umat Islam di negara ini berterusan selama tiga hari di muka hadapan akhbar utama bahasa Melayu dengan menanggung segala kos perbelanjaan.

Dalam writ saman berkenaan, beliau juga mendakwa defendan pertama gagal memastikan keadaan ayam yang dihasilkan tidak disembelih mengikut Syara' dan tidak prihatin serta sensitif kepada kehendak umat Islam.

Defendan kedua pula didakwa secara cuai menyelia pengeluaran produk yang berlogo halal pada bungkusan itu, manakala defendan ketiga gagal melakukan sebarang pemeriksaan bagi memastikan keselamatan halal produk itu sebelum dipasarkan.

"Pada 28 Oktober tahun lalu saya membeli tiga ayam selasih di Tesco dan mendapati ayam yang dilabelkan logo halal tidak disembelih dengan betul mengikut prosedur penyembelihan.
"Sangkaan saya ternyata betul apabila PPIM mengesahkan ayam yang dibeli tidak halal kerana urat leher ayam yang disembelih itu tidak putus," katanya.

Monday, March 03, 2008

Renungan... Sekadar Menyampaikan...

Mohon maaf kepada pembaca yang tersinggung.. sekadar menyampaikan apa yang patut sahaja...



17 tahun bukan waktu yang pendek
17 tahun juga bukan waktu yang panjang
Tetapi 17 tahun cukup untuk mencipta 100 fakta
Bukti kewibawaan Islam agama memerintah
Mentadbir dan membangun negara..








17 tahun rekod mentadbir negeri tanpa rasuah, tuan-tuan
Di zaman manusia sanggup apa saja untuk hidup senang
Menipu mencuri merasuah membunuh memurtad sekalipun
Zaman materialisme hiburan gila-gila di kemuncak ini
Di Kelantan kerajaannya bersih rasuah dan kroni
Di Kelantan tiada judi untuk mempersia-sia ikhtiar manusia
Di Kelantan tiada nite-club untuk menghina wanita
Di Kelantan kadar jenayah paling rendah
Di Kelantan aktiviti ekonominya di tangan Islam



100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Kerja lima hari seminggu di Kelantanlah bermula
Cuti bersalin 60 hari di Kelantanlah bermula
Insurans kematian untuk seluruh rakyat warga emas juga
Di Kelantan bermulanya -Takaful Kifalah





100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kota Bharu pasar basah paling besar dan cantik
3000 wanita berniaga semuanya santun menutup aurat
Dinamakan nama isteri Rasulullah, Siti Khadijah



Di Kelantan ekonomi riba tidak diiktiraf
Biar kita rugi, kata Tok Guru, asalkan tidak dimarah Tuhan
Tetapi mereka tak rugi, kerana mengumpul wang dan harta
Nak senang sementara di dunia bukan tujuan.
Tujuan ialah mengumpul pahala untuk bahagia abadi di syurga
Bagi mereka akhirat adalah nyata




100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Di Kelantan tuan-tuan, menteri besarnya seorang Tok Guru
Tiap-tiap pagi menjadi imam subuh dan memberi tazkirah
Tiap-tiap pagi sebeleum ke pejabat




18 tahun masih tinggal di rumah kampung berkembar masjid
Tak ada pagar tak ada pengawal tak ada orang gaji pun
Siapa-siapa boleh masuk dan berjumpa
Dia seorang yang warak dan zuhud
Gaji tiap bulan dipotong 45 peratus untuk parti dan kerajaan
Sejak dulu, elaun rumah tak pernah ambil, elaun keraian tak pernah ambil
Elaun buka puasa tak pernah ambil, elaun hari raya pun tak pernah ambil
Dan tangannya sentiasa ringan memberi sedekah
Itulah Menteri Besar Kelantan

Baru-baru ini BPR datang ke pejabatnya
Bukan kerana dia rasuah, tetapi kerana dia tak buat report ada orang cuba beri dia rasuah
100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Waktu mula-mula dulu mereka kata tiga bulan saja
Kerajaan PAS akan bankrap tak ada duit nak perintah negeri
Kemudian tambah sedikit 6 bulan, kemudian jadi setahun
Sekarang 18 tahun dan ekonomi Kelantan semakin segar

Walau diskriminasi kerajaan pusat bermacam helah
Ditakut-takutkan dan dihalang pelaburan
Namun 17 tahun tanpa riba tanpa rasuah tanpa maksiat
Ekonomi Kelantan meningkat mengatasi lima negeri lain
Dulu nombor dua termiskin sekarang nombor enam di Malaysia
Dan di Kelantan tuan-tuan, tak ada tol,
nampak maupun tidak harga barangan dan makanan pun kekal murah dan harga nikah pun masih murah



100 fakta Kelantan
100 bakal mengubah Malaysia
Belajarlah daripada Kelantan tuan-tuan
Belajarlah daripada Tok Guru
Belajarlah berfikir sebagai insan merdeka
Bebaskan minda, bebaskan minda!


Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates