Featured

Monday, June 29, 2009

salam..

salam semua.. ni mungkin entry yang terakhir sebelum aina bercuti panjang daripada menulis hehe.. minggu lepas perut dh rasa tak bape sihat, jadi doc sarankan aina berehat sepenuhnya daripada bekerja dan apalagi dapatla bercuti hehehe... :)

bila dah cuti ni tau-tau je la... payah skit nk online.. kat umah pun ade satu je komputer gunasama hehe. so kena la bg peluang pada adik2 yang memerlukan :)

apa-apapun doakanlah semoga aina dapat jalani proses lahirkan baby ni dengan mudah dan doakan agar semuanya selamat yee... amin...

bye.. byee....

wassalam...

Tuesday, June 16, 2009

back dated pictures :-)

salam.. hehe utk hari ni pun saya upload gambar2 lama tersimpan kat dlm kamera ni yeee... gambar2 yang diambil masa konvo hubby ritu kat IP Perlis.. ms ni kandungan aina br berusia 7 bln, tak bape sihat tp smgt nk tgk suami konvo tu yg wat jadi kuat hehe... alhamdulillah hubby berjaya juga habiskan studi (tak dpt pelajar cemerlang tp pd kami abg tetap cemerlang :-) ) dan akhirnya menggulung diploma pendidikan. sonok akhirnya dpt lihat impian suami kita tercapai :-) selamat hari guru ye syg :) so kepada all readers.. hepi viewing :-)

ngan hubby kat dalam dewan

aiyoo.. angin kuat sampai senget tudungku!

dengan salah sorang bestfriend hubby, puan hanan

tomei tak bear yg aina bg? simpan elok2 arrr.. hehee

hubby dengan sume best friend yg dpt dtg ritu.. tak cukup 2 org jee..

Monday, June 15, 2009

gambar terbaru

salam semua.. seperti yang dijanjikan sblm ni.. ni lah gambar terbaru aina dan keluarga hehehe.. terima kasih bebanyak kat cik zaireen atas kesudian tolong copykan sume gambar dr kamera ke lappynye.. pasni bolela mintak tlg lagik hehehhe :-) gambar-gambar ni diambil ms kenduri adik rini kat kampung ritu. tahniah jugak utk beliau dan suami.. bnyk2 sabar ye dik nasib kita serupa perkahwinan PJJ hehe.. tappe.. Allah buat semua tu ade sebab dan hikmahNya :) so all readers yg nk tau / agak2 pertambahan berat ku.. inilah gambar2nyee.. :) maaflah gambar kurang kualiti memandangkan masing2 dah kepenatan.......

bersama kedua-dua mak dan ayah, terselit sorang adikku cik dayah...

excited lebih sbb tak penah bergambo atas pelamin kannn... hehehe

bersama pengantin, adik rini & mr kholid

Friday, June 12, 2009

iktibar untuk semua..

KEBAHAGIAAN SEORANG SUAMI

Seorang lelaki telah berumah-tangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan, kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera..


Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beribadah, ia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan ta'ziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: " semoga tidak ada sesiapapun dari kamu yang mengucapkan ta'ziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kata ku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu.. Si suami meneruskan kata-katanya: " Demi Allah yang tiada AIlah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah Ta'ala, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana ia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga ia telah mendidik anak-anakku dengan sempurna.. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi (salla 'Llahu 'alayhi wa aalihi wa sallam); "Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redho kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Tatkala akan meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redho kepadanya, maka redhoilah ia." Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku..

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat ku gambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang ku rasakan ini. Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan ta'ziah kepada ku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redho kepadanya.. Semoga Allah Ta'ala menerima isteriku dengan keredhoan-Nya. "

Masyaallah… Alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami mcm nie… Adakah kita mampu lakukan seperti yg dilakukan terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahgiakan suaminya…. Kebanyakkan sekarang nie ramai gak suami-2 yg redha dan bahagia jika isteri mereka meninggal dunia.tetapi bahagia kerana boleh kawin lagi…

Thursday, June 11, 2009

salam ya salam..

Baru-baru ni pulang ke grik.. penat tp sonok. k.ogy ngan abg e yg tlg amikkan. blk kg sbb nk jupe 'doktor2 kampung' dan berkebetulan meraikan adik perempuan kesayangan famili hubby, rini berkahwin. sonok bile tgk kenduri anak bongsu pompuan ni, yg tak dibuat jadi buat, yg ingat nk wat kecik2 jd besau2 sbb bnyk sponsor hehe alhamdulillah... tp gambo nye tak leh nk upload dgn sbb yg biasalaa... kabel kamera yg tak jupe2 lg smpai skrg huhu :-( apapun slmt pengantin baru buat adik rini, semoga tabah mengharungi dunia berumahtangga ye.. :)

Lbh kurang seminggu pas tu (2-3 hari lepas laa) aina kena g outstation kat mardi seberang perai. alhamdulillah mr hubby cuti, so dptlah dia bawakkan ke sane. kalu tak, maybe x dpt g kot.. ye la time2 perut yg dh makin besar dan dh kurang tenaga nie... nk citenye atas sebab-sebab teknikal, kami menginap di Sg Petani. tp tu la kan.. pe2 hal jadik mesti ade hikmahnye. mlm tu dptlah aina dan suami merasa makanan yg dh lama diidam2kan... RFC. sedapppppp...... berbaloi la hubby beratur pjg dan aina menunggu lama menahan lapar. bayangkan ms pegi ke kompleks tu sume kedai dh tutup tinggal kedai RFC je yg bukak... tp deretan kete yg penuh kat sume tempat parking tu rupenye pelanggan2 RFC.

RFC cwgn Sg Petani : suasana wktu malam

cuma yg jadi ralatnye sbb kami hampir2 putus asa cari kat mana sebenarnya lokasi kedai RFC ni. takde apa2 petanda spjg jalan, yg ade dlm 1km tanda jalan yg kecik je... kalu restoran lain tentu dh besar kannn... pastu akhirnya jupe la tanda yg digantung sekali ngan lampu jalan, itupun kira 1km dh hampir sampai kat premisnya... begitulah nasib kalu produk bumiputra.. ssh dan jarang sekali nk dikomersilkan...

menu malam tu : kami makan rice delight dan amik side dish radix nuggets :)

baru2 ni dpt tau cawangan RFC akan dibuka di Bangi, didoakan cepat2la buka... bukan ape, produk yg dh tentunya halal dan suci... ayam nya nk mkn bnyk pun tappe sbb bukan ayam cucuk tp ayam organik hehe.. sbg penggemar jalan2 cari makan, sape2 yg g ke alor star / sg petani amatlah disarankan singgah ke restoran ni. smg produk islamik mcm ni akan mendapat tempat di hati kita sume insyaAllah :) apa2 cite psl RFC ni bole la lawat website dia kat sini ye

note : promote tu mcm duta RFC pulak heheh!

Tuesday, June 02, 2009

Kisah Jam


Alkisah, seorang pembuat jam tangan berkata kepada jam yang sedang dibuatnya. "Hai jam, apakah kamu sanggup untuk berdetak paling tidak 31,104,000 kali selama setahun?". "Ha?," kata jam terperanjat, "Mana sanggup saya?". "Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?" "86,400 kali? Dengan jarum yang ramping-ramping seperti ini?" jawab jam penuh keraguan. "Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?" "Dalam satu jam harus berdetak 3,600 kali? Banyak sangat tu" Jam tetap ragu-ragu dengan kemampuan dirinya.

Tukang jam itu dengan penuh kesabaran kemudian berkata kepada si jam. "Kalau begitu, sanggupkah kamu berdetak satu kali setiap detik?". "Naaaah, kalau itu, aku sanggup!" kata jam dengan penuh antusias. Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetak satu kali setiap detik. Tanpa terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam itu sungguh luar biasa kerana ternyata selama satu tahun penuh dia telah berdetak tanpa henti. Dan itu bererti ia telah berdetak sebanyak 31,104,000 kali.

Moral of the story:

Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas pekerjaan yang begitu terasa berat. Namun sebenarnya kalau kita sudah menjalankannya, kita ternyata mampu. Bahkan yang semula kita anggap mustahil untuk dilakukan sekalipun. Jangan berkata "tidak" sebelum Anda pernah mencubanya.

Note :

Teringat pulak aina pada seorang rakan bernama Sheha Said, semasa di tingkatan 3 dl beliau pernah kata kalau orang minta tlg kita selesaikan masalah matematik walaupun kita tak tau jgn kata tak tau selagi tak cuba.. sejak dari hari tu cuba implemen apa yg beliau kata ternyata berjaya hehe :-)


Monday, June 01, 2009

Nak Tahu Sebab Anda Pilih Pasangan Anda??

Salam semua.. baru-baru ni saya dapat satu artikel yang mengudi minda psikologi saya.. sy mmg seronok dan cita-cita asal mmg mengarah ke bidang kaunseling. skrg jadi 'kaunselor bawah tanah' je laa hehe.. benda-benda yang berkenaan dgn permainan minda ni kadang ok, kadang mitos kadang kebetulan tapi ada manfaaat yang boleh kita peroleh daripadanya.. kpd semua readerss... trylaa.. uji diri anda! jawab soklan ni hehe..

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.
4.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.

Fikir...

Fikir...

Fikir...
Fikir...

Fikir...

OK, dah habis fikir dan buat keputusan? -sejujur2nya listkan keputusan anda...
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : mungkin menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : mungkin menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : mungkin menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : mungkin menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : mungkin menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda? Bagus? Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.

note : nak tau jawapan saya? hehe.. ni lah jawapan aina : 3-1-2-4-5.. anda pulak mcmana?

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates