Featured

Thursday, December 30, 2010

Gambaran hari Qiamat

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa." Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik di hari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
- Pemimpin yang adil.
- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

'Arasy' ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan diadili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

Nota Ummi : Teringat ceramah Ustaz Hassan Din tentang tajuk "Tititan Siradhalmustaqim.."

Monday, December 27, 2010

Insyirah pelengkap gaya..

salam anak ummi..

sabtu lepas, 25-12-2010, insyirah ke Alor Gajah Melaka hadir ke Majlis Bertandang Cik Ti-Ayah Wan.. jam 2 ptg, matahari atas kepala.. tapi tak menjejaskan keceriaan anak ummi, alhamdulillah.. syukur pada tuhan tiap kali bawa insyirah jalan2 ke mana2 letih macamana pun insyirah tak pernah meragam.. ummi dan ayah berharap insyirah akan sentiasa berpekerti mulia begini sampai bila2... tengoklah aksi2 insyirah kat kenduri tu ye nak..

tetiba insyirah jadi flower girl :)

insyirah jadi ketua artis berkumpulan :)
(dari kiri : tok ayah, ayah wan, insyirah, cik ti, nenek)

insyirah ralit pandang kamera besar :)

di sebalik gambar ni ummi terpaksa menari supaya insyirah pun menari!

keluarga besar insyirah sblh ummi..
(missing cik da terpaksa g ganu)

Cabaran penyusuan susu ibu..

insyirah rasa selamat n selesa menyusu dalam karung khas menyusu,
hadiah mak long tini utknya..

Salam, mencari ilham, sempat sekejap menjengah ke blog su lunatots, seronok pula baca artikel beliau lalu aina ambil peluang minta izin copy artikel yang ditulis untuk Majalah Mingguan Wanita kolum Permata Hati Jan 2011 semoga dapat dimanfaat bersama oleh kita semua.. meh baca sama2 ya!

Cabaran:
Menyusun sebaik mungkin tentang susu ibu dalam ayat yang ringkas dalam 2000 patah perkataan (dalam masa 2 jam) dengan niat, ada yang terbuka hati untuk menyusukan anak dan terus menyusukan walaupun kembali berkerja.

Artikel :
Polisi Penyusuan Susu Ibu Dunia dan Malaysia ialah : Semua ibu digalakkan menyusui anaknya dengan susu ibu sahaja sepanjang 6 bulan pertama dan meneruskan penyusuan sehingga usianya 2 tahun. Makanan pelengkap dimulakan pada usianya 6 bulan.

Polisi ini jelas menyatakan HANYA susu ibu SAHAJA makanan bayi untuk 6 bulan pertamanya dan penyusuan masih diteruskan sehinggga anak berusia 2 tahun. Nyata susu ibu sahaja tanpa air suam mahupun susu tambahan mampu memenuhi khasiat yang diperlukan sepanjang tumbesaran bayi.

Bila dinyatakan susu ibu adalah makanan terbaik, ianya memberikan ruang yang longgar untuk ibu bapa untuk memilih susu mamalia lain. Namun apabila ditekankan bahawa hanya susu ibu satu satunya makanan yang sesuai untuk bayi mereka, ramai ibu bapa mula memahami kepentingan susu ibu.

Kolustrum adalah susu ibu awal
Susu ibu terhasil dalam bentuk KOLUSTRUM pada minggu pertama kelahiran. Kolustrum ialah susu awal yang likat dan berwarna jernih malah terhasil dalam kuantiti yang sedikit. Ramai ibu bapa beranggapan bahawa susu mereka tidak cukup untuk bayi namun hakikatnya perut bayi yang kecil (hanya sebesar ibu jari) pada 3 hari pertama tidak memungkinkan mereka minum dengan banyak seperti yang ibubapa jangkakan. Cukuplah kolustrum yang mengandungi antibodi untuk melindungi anak kita daripada jangkitan penyakit. Kurang lemak, tinggi karbohidrat, tinggi protein dan mudah dihadam. Kolostrum juga membantu mengkumuhkan mekonium (najis pertama bayi di dalam kandungan) dan bilirubin serta seterusnya akan mengelakkan jaundis (demam kuning).

Kolostrum mengandungi immunoglobulin A (IgA) yang menyaluti saluran pencernaan bayi untuk melindunginya daripada jangkitan kuman terutama daripada mukus pada trakea, esofagus atau di sepanjang saluran pencernaan atau kuman-kuman daripada persekitaran.

Antara tips untuk menjayakan penyusuan susu ibu ialah ‘menyusukan bayi seawal dan sekerap mungkin pada tempoh awal kelahiran’. Mengikut case study, lebih awal ibu dapat menyusukan bayi selepas melahirkan, semakin panjang tempoh penyusuan tersebut dapat direalisasikan.

Hospital Rakan Bayi juga memainkan peranan yang penting dalam menjayakan penyusuan susu ibu. Hospital Rakan Bayi mempunyai anggota perubatan yang terlatih dan memahami kepentingan susu ibu dimana tiada susu formula mahupun botol tiruan dibenarkan dibawa di hospital.

Kolostrum akan digantikan dengan susu matang dalam beberapa hari kemudian. Ia hanya hadir pada hari hari awal kelahiran sahaja, berikan peluang untuk bayi mendapat imunisasi semulajadinya yang pertama pada hari-hari pertama hayatnya supaya dia dilindungi daripada kuman-kuman yang ada di persekitaran kita ini.
Sebaik sahaja ibu pulang dari hospital, cabaran lain bermula. Sokongan insan sekeliling seperti ibu bapa dan keluarga mertua amat diperlukan pada waktu ketika ini. Bayi yang baru lahir biasanya kerap menangis walau hakikatnya menangis ialah satu satunya cara mereka berkomunikasi. Malangnya kebanyakan tangisan bayi ditafsirkan sebagai lapar dan keadaan ini menyebabkan bayi diberikan susu formula atau makanan tambahan lain (seperti bijirin) bagi membuatkan mereka tidur lena.

Bayi mungkin menangis kerana lapar, takut, sunyi, lampin basah, sakit mahupun mahu mendengar suara ibunya. Susukan bayi sekerap mungkin dan elakkan pemberian minuman atau makanan asing kerana usus bayi yang masih belum matang meningkatkan risiko infeksi dan penyakit sekiranya terdedah awal dengan bendasing. Bayi yang tidur lena dan lama bukan petanda yang baik kerana ia meningkatkan risiko SIDS (Sudden infant death syndrome ) dan boleh menyebabkan bengkak susu terhadap ibu. Susukannya selang 1 ke 2 jam bagi menenangkannya sekaligus melancarkan pengaliran susu ibu yang masih belum stabil.

Cadangan kaunselor : Beri sekurang kurangnya masa 9 bulan bagi bayi menerima keadaan sekelilingnya berikutan 9 bulan beliau berada didalam perut dalam keadaan yang sunyi mungkin menyebabkannya takut dan kerap menangis.

Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Berkerjaya

Bagi ibu yang akan kembali berkerja selepas 2 bulan usia bayi, mereka boleh mula memerah susu pada usia bayi 2 minggu. Susu boleh diperah menggunakan tangan (dengan teknik tertentu) atau menggunakan pam susu bergred hospital. Pam yang baik menyokong ibu untuk meneruskan penyusuan kerana sedutannya yang tidak menyakitkan. Ibu boleh memerah susu semasa anak tidur atau mengepam sebelah payudara semasa menyusukan anak.
Susu yang diperah boleh dilabelkan dengan tarikh dan disimpan 3 oz satu bekas didalam peti sejuk. Susu ibu tahan selama 3 bulan didalam peti ais 2 pintu. Cadangan kaunselor : Ibu mendapatkan sekurang kurangnya 20 botol 3 oz = 60 oz sebelum kembali berkerja.
7 hari sebelum masuk berkerja, ibu boleh mula menghantar bayi ke -rumah pengasuh bagi melatih bayi minum susu ibu perahan (SIP) sewaktu ibu pergi berkerja. Ibu boleh memulakan dengan 3 jam (pada hari pertama) dan jumlah jamnya ditingkatkan hari demi hari.

Untuk hari pertama berkerja, ibu boleh meninggalkan 5 bekas 3 oz = 15 oz susu ibu untuk anak mereka kepada pengasuh. Susu ibu ini perlu direndam didalam bekas air suam sebelum diberi kepada bayi. Bayi yang minum susu ibu akan minum dalam kuantiti yang sedikit namun kerap.

Sepanjang berkerja di ofis (katakan 10 jam), ibu perlu mengepam 3 jam sekali 20 minit sebelah payudara sepanjang di ofis. Pengepaman di ofis ini penting untuk membekalkan susu kepada bayi sekaligus memberitahu badan ibu untuk terus menghasilkan susu. Ini kerana jika tiada (atau kurang) signal yang dihantar kepada badan, badan akan berdikit dikit menghasilkan kurang susu. Signal terhadap badan boleh dihasilkan dalam 2 bentuk iaitu bayi menyusu secara terus dengan ibu dan yang kedua ialah ibu mengepam selang 3 jam.

Jarak yang terlalu jauh antara tempoh pengepaman juga boleh menyebabkan susu ibu berkurangan (seperti mengepam hanya sekali sepanjang 10 jam). Makanan tambahan mahupun suntikan hormon boleh membantu penyusuan susu selagi badan menerima 2 signal yang dinyatakan seperti diatas.

Perbincangan bersama majikan adalah diperlukan bagi menjayakan penyusuan susu ibu kerana ibu perlu keluar mengepam selang 3 jam dan keadaan ini mungkin mengambil waktu berkerja. Kebanyakan majikan semakin menyedari kepentingan penyusuan susu ibu terhadap keluarga amat menyokong penuh tindakan ibu dimana mereka berbesar hati menyediakan bilik penyusuan khas untuk ibu mengepam susu.

Mengikut beberapa kajian yang dijalankan oleh jabatan human resource, ibu yang menyusukan anak lebih jarang mengambil cuti kerana anak sakit berbanding ibu yang menyusukan anak dengan susu formula. Ianya satu kelebihan untuk majikan dan syarikat itu sendiri berikutan produktiviti yang meningkat dengan penyusuan susu ibu.

Penyusuan susu ibu diketahui umum memberikan antibodi yang ada didalam badan ibu kepada bayi. Keadaan ini adalah berfaedah kepada bayi kerana sudah memiliki antibodi tanpa perlu sakit terlebih dahulu.

Ramai ibu susah hati dengan 2 tahun kerana risaukan mereka tidak menghasilkan susu yang mencukupi sepanjang tempoh itu. Sokongan suami, keluarga, pengasuh bayi dan rakan sekeliling amat diperlukan dalam menjayakan usaha ini. Bayi yang minum susu ibu tidak minum susu sebanyak bayi yang minum susu formula. Ini berikutan kuantiti 3 oz yang diminumnya untuk sekali minum adalah mencukupi untuk fungsi normal badannya. Susu ibu yang dihasilkan ibu berubah komposisinya mengikut cuaca dan usia bayi. Kebaikan susu ibu ialah ianya bersesuaian dan berkadaran langsung dengan keperluan bayi pada ketika itu.

Seperti yang dinyatakan diatas, bayi yang baru lahir dengan perut yang kecil hanya memerlukan kolustrum susu ibu yang sedikit. Malah susu ibu akan semakin banyak jika bayi semakin kerap dan banyak menyusu.

Penyusuan melalui botol (sewaktu ibu keluar berkerja) tidak dapat dijadikan kayu ukur dalam menentukan berapa banyak bayi perlu minum kerana biasanya bayi akan minum lebih banyak dari yang diperlukan. Ini berikutan ketidakbolehan mereka mengawal aliran susu daripada botol dan tindakan menggerakkan rahang melekakan mereka (lalu menyebabkan mereka menghabiskan susu dengan banyak).

Cadangan kaunselor kepada pengasuh, elakkan memberikan bayi susu pada setiap kali mereka berbunyi sebaliknya cuba tukar lampinnya, pujuk/tepuk perlahan lahan atau ajar bayi menghisap jarinya.

Pada permulaannya, penyusuan susu ibu akan sedikit rumit apabila ianya masih asing dikalangan wanita berkerjaya namun selepas beberapa bulan, ibu dan keluarga akan mula terbiasa dan merasakan kepraktikalitiannya. Ibu bapa yang sedang menantikan kehadiran cahayamata dicadangkan menghadiri Kelas Penyusuan Susu Ibu yang sering dianjurkan oleh kaunselor dan konsultan laktasi di Malaysia.

Tuntutan kerja rumah & menyusukan anak sering bertembung dan ibu akan lebih cepat berasa letih dan memberhentikan penyusuan susu ibu.

Kerana itu perhatian dan sokongan suami amat diperlukan demi meneruskan penyusuan selama mungkin. Seperti yang dinyatakan didalam Al-Quran mengenai kewajipan menyusukan anak sehingga 2 tahun, kerjasama semua pihak amat dituntut.

Bagi ibu yang tidak dapat menyusukan anak (mungkin atas faktor kesihatan), mereka digalakkan mencari ibu susuan untuk menyusukan bayi mereka. Ini kerana hanya susu manusia yang bersesuaian dengan perkembangan tubuh badan dan otak bayi manusia yang mana susu mamalia lain hanya memenuhi kriteria perkembangan anak mamalia tersebut.

Mengikut Akademi Pakar Kanak Kanak Amerika, bayi yang disusukan dengan susu ibu akan mencapai pertumbuhan yang lebih cepat berbanding jika disusukan dengan susu formula. Ini kerana pertumbuhan bayi dirangsang pada setiap kali proses penyusuan berlangsung. Tahukah anda bahawa bayi menggunakan 44 otot semasa menyusu dengan ibunya berbanding 4 otot ketika menyusu dari botol? Ini menyebabkan bayi yang menyusu susu ibu lebih cepat bercakap, berpusing, meniarap, merangkak seterusnya bertatih dan berjalan. Malah jarak pandangan mata yang tercapai oleh bayi baru lahir ialah antara payudara dengan mata ibu ketika menyusu. Interaksi dan sentuhan berterusan semasa ibu dan bayi sedang menyusu menggalakkan pertumbuhan fizikal dan emosi bayi yang baik.

Penyusuan susu ibu menjadikan anda benar benar ibu bila mana hanya anda yang boleh menyusukan anak anda (semasa ibu dirumah) dan bayi disusukan dengan susu ibu biarpun ibu keluar berkerja.

Selamat Membaca dan Mempraktikkan!

Wednesday, December 22, 2010

Cake Moments Contest by Reza-Nani-Delite

Salam.. dah lama tak berblogging.. saja ummi berjalan2 ke blog kawan2 insyirah, rupa2nya mama emran n edlan wat contest.. ada masa ni.. ummi join laa.. mana tau ada rezeki insyirah kan :)

Syarat2 Penyertaan :

1) Follow blog Reza-Nani-Delite & blog Reza-Nani-Kids (tengkiuuu...hehe) -done :)
2) Like Reza Nani Delite's Fan Page @ Facebook ;-) -done :)
3) Friends dengan Reza Nani Delite nye Facebook ;-) -done :)
4) Letak contest banner yg kt atas tu kt side bar blog masing2...tp resize le ikut side bar memasing nye kesesuaian yer...hehe...then link ke posting ini... -done :)
5) Tinggalkan komen pd posting ini shj utk emy jejak blk penyertaan u all ;-) -done :)

Gambar Penyertaan :

1) Buat 1 posting bergmbr dkt blog memasing dgn tajuk Cake Moments Contest by Reza-Nani-Delite -done :)
2)Letak SATU gmbr u all yg sedang beraksi dgn kek.....tgh mkn kek ker....tgh potong kek ker....
-done :) .. ni dia gambarnya :

~ Kategori Kids ~

3) Mention u all nk join Kategori Kids atau Kategori Adults ..
-done :) oleh kerana birthday anak ummi sayang ni.. so ummi decide untuk calonkan gambar ni untuk Kategori Kids.. ada rezeki insyaAllah dapatlah kerusi yg comel tu untuk insyirah :)

Friday, December 10, 2010

Dapat carseat baru


Anak ummi sekarang ni dah berusia 1 tahun 5 bulan.. semakin tinggi lampai, jadi dah tak sesuai pakai car seat lama... tok ayah pun dah bising2 sbb carseat yang lama tak mampu tampung 'kepanjangan' badan insyirah.. ummi dan ayah ada berhasrat untuk belikan yang baru.. thanks to mak long tini dari bargain berriesse sbb sudi bagi harga istimewa untuk insyirah, siap dapat bantal tido warna merah yang comel lagi! hehe.

Kepada kawan-kawan yang nak dapatkan barang-barang bayi yang sangat cantik dan harga yang sangat berpatutan bolehlah berkunjung ke kedai mak long tini ya! yang duk jauh2 tu bolehlah lawat website untuk special iteam n disc.! :-)

Note : baru terbaca artikel tentang bayi yang terkena kuning di website sarakids.. harap kawan-kawan pun baca, ambil manfaat dan sebarkan ya! jgn cepat melatah wahai kaum ibu dgn memberi susu kambing, air kosong, air kundang, etc....

Free Honeymoon..

Alhamdulillah.. usia perkahwinan dah menjangkau usia 3 tahun.. kejap je.. hehe. kami hanya sempat celebrate makan malam bersama.. then lebih suka cara santai.. berjalan2 di MAHA expo (masa bercinta tak pernah dating kan hihi).

Seperti biasa tiap tahun antara acara menarik pegi berjalan2 bersantai2 kat mana2.. tp tahun ni lain skit caranya. Dapat duk hotel kat banyak tempat, rezeki kami agaknya.. hotel apapun tak kisah.. yg penting masa berkualiti untuk kami sekeluarga :)

Bermula dari hari khamis lepas, selepas kerja bertolak ke penang, dapat penginapan percuma oleh abang ipar... sambil berjalan2 rehatkan diri lepas penat duty kat maha expo.. sambil ambil mak ayah mertua yang baru pulang tunaikan haji pagi hari jumaat tu.. kemudian bawa pulang mak ayah mertua ke grik.. tiga hari di grik, melayan orang2 yg datang melawat.. bukanlah nk kata apa, cuma bagi aina, bila nk melawat org yg br pulang haji, rasanya eloklah ambil masa 3-7 hari selepas mereka tiba.. penat yang ditanggung bercampur dgn tak tido berhari2 kesian pulak bila lihat mereka gagahkan diri untuk melayang tetamu yang datang..

Ok.. back to the story. Dari setelah 3 hari berkampung di grik, bercampur pulak insyirah demam2.. jadinya kenalah bertolak balik ke kl hari isnin, berehat di bangi sambil basuh2 baju semalaman, hari selasa kami ke destinasi seterusnya, kluang.. dapatlah kami melancong lagi sekali :) sapa kata pi kluang tak best... hehe. best rupanya.. dapat makan seafood lauk set makan 2 org ikan kerapu masam manis, kerang rebus, telur goreng, udang tempura, tomyam campur, hanya RM 46! sangat menyelerakan dan puas hati :-)

cuma.. lepas habis sesi kerja di kluang ptg khamis smlm, kami terpaksa cancelkan perjalanan kami utk pulang ke kl memandangkan hubby tak sihat.. cirit birit dan muntah2.. akhirnya termuntah dalam kereta.. aina pula alami simptom mengantuk kerana tak dapat tido semalaman memikirkan untuk memberi ceramah di siang hari.. selepas termuntah dalam kereta kami terpaksa ambil keputusan untuk bermalam di hotel.. namun kerana masalah hotel penuh di hujung minggu, kami terpaksa ambil keputusan untuk pergi ke rumah saudara terdekat yang hanya makan masa 45 minit perjalanan... aina terpaksa mengambil risiko memangku insyirah sambil menyusukan dan membawa kereta kerana insyirah menangis kuat di waktu maghrib hubby dh collapse keletihan.. alhamdulillah segalanya selamat.. terima kasih ya Allah! hari ni hubby dh beransur ok, insyaAllah perjalanan 'honeymoon percuma' kami akan berakhir di bangi untuk berehat seminggu esok, sebelum kembali menyambung free honeymoon untuk minggu2 cuti sekolah seterusnya... nantikan sambungan ceritera ya :)
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates