Featured

Friday, September 28, 2007

Teladan Bagi Bakal Pengantin

CERITA UNTUK TELADAN BAGI LELAKI/WANITA YG INGIN MENDIRIKAN MASJID.........

Hayatilah......... Antara persoalan yang sering bermain di fikiran ialah sejauh mana kita pasti bahawa kita telah memilih individu yang sesuai sebagai pasangan hidup? Bak kata orang puteh "How sure are we that he or she is the right person for us?" Yang susahnya, berupayakah kita untuk menilai perwatakan seseorang sebelum berkahwin? Seringkali kita terdengar rungutan bagaimana suami berubah menjadi seorang yang panas baran dan cepat tangan sedangkan semasa bercinta dahulu, pijak semut pun tak mati. Ada juga situasi di mana si isteri bertukar menjadi seorang yang paling selekeh sedangkan dahulu beliau sering berdandan rapi semasa hendak keluar berdua. Ada pasangan yang benar-benar percaya bahawa cinta adalah segala-galanya. Benarkah begitu? Entahlah... saya sendiri kurang pasti.Seseorang pernah menasihati saya bahawa cinta itu boleh datang dan pergi.Mungkin hari ini anda dicintai dan dibelai sepenuh hati, tetapi bolehkah anda jamin bahawa sidia tidak akan berubah hati 20 atau 30 tahun dari sekarang?


Tentu sukar kerana ini bukan cerita Hindustan tetapi realiti. Memang benar kita tidak boleh memaksa mahupun menjamin kasih sayang seseorang tetapi sekurang-kurangnya anda telah meneliti segala aspek personaliti dan tolak ansur pasangan sebelum anda berkahwin.

1. Pegangan Agama. Bagaimanakah pegangan agama pasangan anda? Jika isteri memerlukan tunjukajar, adakah anda sanggup mendidik serta memberi semangat? Lebih-lebihlagi jika beliau saudara baru. Bagi yang wanita, adakah anda pasti bahawa pasangan anda boleh menjadi ketua keluarga yang baik dan seterusnya mendidik anda ke jalan yang benar?

2. Menyayangi Pasangan. Adakah anda menyayangi pasangan yang bakal dikahwini? Jikalau ianya atas pilihan keluarga, adakah anda redha dengan pasangan yang telah dipilih? Bagaimana jika setelah sebulan berkahwin, anda terjumpa wanita atau lelaki idaman? Jika pernah berkasih dengan orang lain sebelum ini, sanggupkah anda melupakan segala-galanya dan mulakan hidup baru?

3. Kesihatan. Adakah anda pasti tentang tahap kesihatan masing-masing? Pastikan bebas daripada pengaruh dadah atau penyakit jangkitan kelamin. Jika pasangan mempunyai rekod penyakit genetik yang mungkin menimpa anak-anak, adakah anda telah bersedia dan sanggup dari segi mental? Tanya diri sendiri samada sanggup untuk menghadapi risiko. Jangan tinggalkan keluarga kala malang menimpa.

4. Zuriat. Bagaimana jika pasangan tidak dapat memberikan zuriat. Bincang perkara ini sedalam-dalamnya, adakah anda berdua sanggup mengambil anak angkat atau bagi yang wanita, mengizinkan suami berkahwin lain. Memang kelihatan sukar untuk dibincangkan tetapi bukankah lebih baik jika anda mengetahui perdirian pasangan mengenai perkara ini sebelum berkahwin?

5. Kewangan. Perkara ini mungkin kelihatan remeh tetapi akan menimbulkan masalah besar jika tidak dipersetujui dari awal. Anda berdua harus berbincang bagaimanakah perbelanjaan keluarga patut dibahagikan. Adakah suami menanggung 70% manakala isteri 30% atau masing-masing 50%. Atau adakah suami sanggup menanggung 100% perbelanjaan manakala isteri menyimpan wang gaji sebagai simpanan keluarga. Jika suami mahukan isteri menjadi suri rumahtangga sepenuh masa, pastikan anda telah berbincang mengenai wang kocek ataupun elaun. Yang penting, tanya semua aspek tentang kewangan. Mungkin ada diantara pasangan yang akan bertengkar semasa sedang berbincang mengenai perbelanjaan keluarga tetapi sekurang-kurangnya anda akan tahu sifat serta prinsip hidup pasangan mengenai wang SEBELUM anda berkahwin.

6.Kerjaya dan Cita-cita. Adakah anda pasti tahap cita-cita pasangan anda? Bagi wanita, sudahkah anda berbincang dengan pasangan mengenai cita-cita serta kemahuan kerjaya yang ingin anda kecapi? Adakah pasangan sebagai suami mendorong serta bersetuju untuk memberikan sokongan atau sebaliknya? Bincang dengan hati terbuka lebih -lebih lagi jika anda bercita-cita tinggi. Bagi lelaki yang bercita-cita tinggi, elok jika anda memberitahu pasangan tentang peranan yang anda harapkan daripada seorang isteri supaya pasangan anda boleh membuat keputusan yang sewajarnya.

7. Kesesuaian. Adakah anda berdua sesuai untuk masing-masing? Adakah anda seorang yang peramah manakala pasangan pula seorang yang pendiam? Atau andakah anda seorang yang pembersih dan dia pula seorang yang selekeh? Sesuaikah anda? Anda sendiri yang pastikan kerana kadang-kala "opposite attracts" tetapi ada juga dari awal-awal lagi sudah tidak sesuai sikap tetapi mungkin tertarik diantara satu sama lain kerana faktor lain seperti rupa paras ataupun kedudukan.

8. Persefahaman. Sudahkah anda berbincang mengenai jadual pulang ke kampung semasa hari raya? Mungkin kelihatan remeh tetapi jangan terkejut jika topik balik kampung menjadi punca pasangan suami isteri bermasam muka di pagi raya!

9. Keluarga Mertua. Kesuaian serta persefahaman dengan keluarga mertua adalah sangat penting untuk menjamin kebahagiaan rumahtangga. Adakah anda serasi dengan keluarga pasangan? Jangan lupa bahawa apabila berkahwin, anda bukan sahaja "berkahwin" dengan anak perempuan atau anak lelaki mereka, malah dengan keluarga mereka juga.

10. Keperluan Seksual. "Absolutely no testing here!!". Maksud sebagai keperluan seksual adalah... bolehkah pasangan anda memenuhi citarasa seksual anda? Maksudnya, wanita atau lelaki yang bakal anda kahwini mestilah sekurang-kuranngnya menarik minat anda dari segi seksual kerana keperluan batin adalah sebahagian daripada kehidupan berkahwin. Hadapilah dengan berani!"

Tuesday, September 25, 2007

Nilai RM5...

Jalan di situ berlopak-lopak besar,terhinjut-hinjut toyota ini dilambung graviti. Ery duduk disebelah sudah berapa kali bangun tidur, dengkurnya makin menjadi. Siaran radio sekejap berbunyi, bercampur-campur. Sekejap radio perak, sekejap kedah mengikut lambungan kereta lagaknya.

Aku terpaksa memperlahankan kereta melalui satu perkampungan nelayan yang kotor, beberapa budak-budak kecil dengan muka yang comot dan hingus kering di muka berlari-lari. Seorang daripadanya tidak berseluar langsung,geli.

Ada orang tua berbasikal mengangkat tangan memberi salam. Aku menaikkan cermin kereta, melepaskan rengusan garang.

Ery sudah bangun, mengesat-ngesat mata, menggeliat kasar. Mengeluarkan bunyi seperti kerbau. Perempuan sial, sopannya cuma didepan jantan,tersipu-sipu dan bersimpuh malu. Hipokrit ini cuma tahu bersolek dan berdandan bila mahu keluar, di rumah dia seperti perempuan baru beranak,t-shirt goboh dengan kain pelekat senteng dan rambut usai seperti orang gila, mengeluarkan bau hapak dan masam.

Ada sebuah jeti buruk disitu. Beberapa nelayan baru sampai dari laut disambut peraih-peraih buncit.

Memunggah ikan. Ery sudah separuh menggelepar diluar meliar mata mencari Shafik, tunangnya. Aku duduk sahaja di dalam kereta. Aku bencikan pantai hanyir seperti ini. Beberapa gadis bertudunglabuh lalu dengan menaiki basikal dan memberi senyuman. Aku menghempas pintu serta merta. Memang benar. Perempuan kolot seperti mereka itu, patutdijerukkan saja di tempat busuk ini.Tolol!

Kemudian, datang seorang tua menghampiri tingkap belakang. Aku sedikitmarah, mengetap bibir.

"Nak apa?!" A

Dia terketar terkejut, sedikit berundur.

" Assalammualaikum nak, pakcik ambil upah cuci kereta.."

Dia bercakap dengan pandangan yang tumpah ke kakinya, tertib dan seperti takut. Di tangannya ada satu baldi buruk air sabun dengan tuala koyak di bahu. Baju kemeja kusam koyak di poket, cuma dibutang dua menampakkan dadanya yang leper ditolak tulang selangka. Seluar hijau pudar senteng. Tidak berkasut dengan kuku hitam dan kaki yang reput. Menjijikkan!

" Basuh sajalah, tapi, awas!! Kalau calar kereta aku,tahulah macamana aku nak ajar kau!!"

Berkata sambil meliarkan mata pada Ery yang tengah tersengih-sengih meramas-ramas tangan dengan tunangnya itu. Duduk pula bersimpuh,membelai-belai rambut. Boleh pula kaki yang asyik duduk terkangkang di rumah itu di tutup rapat.

Orang tua itu tertunduk-tunduk mengucap terima kasih.

Ah, miskin seperti ini tunduk-tunduk meminta simpati, tiada maruah. Terus saja dia menggosok satu demi satu tayar kereta. Memberus sambil terbatuk-batuk, meludahkan kahak hijau. Pengotor, sial! Aku mengalihkan mata ke pantai. Peraih berdekah ketawa menepuk-nepuk belakang nelayan kurus itu. Menyerahkan beberapa ringgit. Nelayan itu tersenyum pahit.

Menyelitkannya di celahkopiah. Itulah, siapa suruh kecil-kecil tidak mahu belajar pandai-pandai,masuk universiti dan kerja besar.

Tidaklah hidup susah seperti itu. Bodoh!!

" Sudah nak!!" Pakcik itu datang setelah 20 minit. Aku sudah malas hendak memandangnya, dan kuhulurkan sahaja RM 5. Aku rasa itu sudah cukup lumayan untuk fakir seperti dia. Cepat-cepatlah dia pergi. Tapi, sebaliknya dia memegang lama duit itu. Tunduk dan menangis tersedu-sedu. Menambahkan kerut dan mengelapmata dengan hujung kemejanya.

"Kenapa ni? Gila?!"

" Nak, seumur hidup pakcik hidup susah ini, pakcik kerja memetik kelapa,mencuci tandas di restoran, kemudian mencuci kereta, belum pernah pakcik terima upah sebanyak ini. Paling banyak pun hanya seringgit."

Dia bersungguh-sungguh melihat ke dalam mata aku.

Timbul pula sedikit simpati, sedikit sayu. Rasa yang tidak pernah bertakung dalam hati keras aku selama 25 tahun ini. Dia melipat kecil wang itu diikat simpul di dalam sapu tangan biru muda. Pergi dengan terhinggut menangis dengan baldi buruk ke arah sekumpulan nelayan. Aku memandangnya dengan pandangan kosong. Ini warna kemiskinan, aku tidak pernah lihat. Aku membesar dalam hutan batu, di kota lumpur. Keras diselaput wang kemewahan, kemudian keluar dengan segulung ijazah.

Bekerja seperti orang gila untuk duit. Biarlah,kalau aku mahu bantu, ramai lagi diluar sana. Lupakan saja..

Ery memanggil aku dari sebuah kedai makan di situ.

Hampir 10 minit aku melayan meluat- melihat Ery yang tersipu-sipu menggagau mee dengan sudu dan garfu.

Kemudian, kelibat orang tua itu melintasi kami, menjinjing dua beg besar hitam berisi barang. Hairan, takkanlah dengan wang RM 5 dia boleh membeli barang sebanyak itu. Mustahil. Atau dia memang ada duit tapi,berlagak seperti fakir. Mungkin..

Dengan rasa ragu, aku menghapirinya. Dia memberi senyum lembut dan akudengan rasa curiga bertanya terus.

" Eh, pakcik. Tadi saya bagi lima ringgit, takkan dapat beli barang sebanyak ini?" .

Bunyinya seperti meninggi. Pakcik itu seperti terkejut.

Dia diam dan tunduk seketika. Pahit menelan air liur.

Meletakkan dua beg plastik di atas tanah, membukanya satu satu, perlahan-lahan dan terketar.

Aku terkedu. Terkejut dan malu. Pakcik itu mengeluarkan sapu tangan tadi dan membuka simpulannya.Wang aku tadi, masih terlipat kemas.

" Nak, pakcik tahu. Kami ini orang susah, nak. Hidup seperti najis, dibuang dan ditolak-tolak. Kalian pekup hidung melihat kami. Ambillah ini semula. Pakcik juga punya maruah. Kadang-kadang maruah kami lebih tinggi dari kamu orang kaya yang hidup berpura-pura, menipu orang. Harga diri kami masih kuat. Bila anak menyoal pakcik seperti tadi, anak telah memijak harga diri pakcik. Anak seperti menghukum pakcik sebagai orang tual sial yang berpura-pura susah.Ambillah semula,nak."

Pakcik itu meletakkannya di atas tangan aku, dan aku menolak, berkali-kali. Aku sudah menangis, meminta maaf, berkali-kali. Tidak mahu menyentuh langsung wang itu, hingga jatuh di hujung kaki.

" Lihat, itulah tempat duit. Di tapak kaki. Duit itu perlu, tapi jangan sampai ia lebih tinggi dari harga diri. Jangan sampai duit menjadikan kita angkuh dan bongkak. Pakcik ke sana tadi, tempat nelayan memunggah ikan.

Pakcik kutip ikan-ikan kembung pecah perut ini yang sudah dibuang ke tepi.Dengan bangkai busuk ini pakcik sambung hidup anak-anak pakcik, jangan sampai kelaparan, jangan mati."

Mendatar sahaja suara orang tua itu berkisar-kisar dengan pukulan ombak.

Dia terbatuk-batuk berjalan, meninggalkan aku dengan wang lima ringgit di hujung kaki, dua plasik berisi ikan busuk yang sudah mula dihurung lalat.

Aku terduduk menangis semahu-mahunya. Aku mempunyai wang yang boleh membeli segala kemewahan dunia. Cuma aku belum mampu membeli sesuatu yang ada dalam diri orang tua itu.



*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah utk menyukai apa yang kita dapat.."

*SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs....

Monday, September 24, 2007

Memandangkan kes adik Nurin heboh diperkatakan, saya nak share doa yang diberi oleh rakan saya. Moga-moga ilmu ini dapat dimanfaatkan untuk kita dan keturunan kita.

Doa tersebut dibaca oleh Siti Sarah semasa zaman Nabi Ibrahim. Siti Sarah baca doa tersebut ketika berkali-kali cuba dirogol oleh Raja Zalim ketika itu. Menurut Ustaz Wan Sohor Bani Leman (dlm kuliyah yang rakan saya hadiri) doa tersebut boleh diamalkan untuk mendapatkan perlindungan dari dianiaya oleh orang kafir.

Mudah-mudahan Allah makbulkan doa hambanya yang meminta pertolongan dariNya. Amin...

1. Doa Mengelakkan Diri Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


2. Doa Mengelakkan Anak Dari Dirogol :

Terjemahan : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


Nota:
Kalimah yang bergaris menandakan perbezaan antara doa untuk diri sendiri dan doa untuk anak perempuan.


Thursday, September 20, 2007

Hati-hati! Tak semua cheese diperbuat dari susu lembu


Terima kasih kpd mr a... berikut petikan dari email yang saya dapat hari ni....

Email #1

Sharing info on CHEESE which is used most in our local food operators & bakery (melalui Ceramah Ust Badrul Amin) last Sunday @ UIA :
Susu memerlukan sejenis bahan yg diperolehi dari perut mamalia (lembu & khinzir) utk membolehkan ianya 'beku' - separa 'beku' dipanggil keju manakala 'beku' jadi 'whey powder'. Both ingredients are used widely in our daily food intake - pizza(s), cheese cakes, tart cheese or anything with cheese, cookies etc.
The big Q - even if bahan dari perut 'lembu' being used to make the cheese - how do we know 'lembu' tu disembelih mengikut syariah Islam? How do we know the same 'lembu' being used in our food intake?

Unless, we (muslim) produced our own cheese - is there any in our local market? Pls share.

Conclusion - even tho memang payah, cuz kena explain panjang-lebar ngan my kids, InsyaAllah, Pizza Hut, Domino, anything contains CHEESE - gonna be NO NO from now on.This is not boikot but - menjaga akidah kita, semampu kita, within our control/power kerana ALLAH melalui penjagaan makanan kita yg akan menjadi darah daging.

Email #2

Talking about cheese, as said by ustaz, memang betullah untuk bekukan cheese tu, they need bahan dari perut khinzir atau lembu. Masa di States dulu, I studied Human Nutrition and my Jewish Prof. memang every now and then masa tu kept reminding me to check cheese yang I beli untuk class commercial food production, cos dia jewish pun tak makan khinzir, I mesti pastikan dari ingredients cheese tu yg bahan pembekunya must be pepsinogen [lembu]rennet[khinzir] . Kalau di States, 70% cheese guna rennet ( ni masa I check dulu, hundred years ago, hehe, taulah skarang).

Note : hati-hati lah semua dalam memilih makanan yang akan jadi darah daging kita... yg akan membentuk hati kita, sikap dan perilaku kita... yg akan menentukan di mana kita... ya Allah , jauhkanlah kami daripada segala unsur-unsur ke arah kebinasaan hati dan peribadi... amin ya rabbal a'lamin...
dan bukan

Tuesday, September 18, 2007

selamat berjuang!

alhamdulillah hari ni masuk hari ke-6 berpuasa, walaupun banyak dugaan namun masih diberi kekuatan oleh Allah untuk menunaikan salah satu rukun islam yang lima ini. syukur juga kerana tahun ni dapat berpuasa ngan famili, pe sj yg terlintas pasti tertunai dgn adanya chef kat umh hehehe...

dalam keghairahan menyambut ramadhan, hari ni aina diuji dengan satu ujian yg plg ditakuti walaupun dh jd rutin kalu tak jaga makan.... sakit peyot... hehe... penangan ikan keli masak asam pedas ditambah pulak dgn sambal udang mmg la dgr menyelerakan tp akhirnya jadi tetamu jemputan tetap kat toilet hehehhe... pepun setelah 2 jam menunggu (ujian kesabaran) di klinik, akhirnya dapatla berehat di rumah kembali kumpulkan tenaga untuk msk ptg td... dan alhamdulillah juga telah sembuh dari ujian kesihatan dapatla menunaikan ibadah puasa dan solat terawikh td...

hari ni solat kat msjid kg .. dh masuk 3 mlm solat kat sini. rindu pulak nak pi solat kat putrajaya.. kelebihan solat kat kg ni, nak pi masjid jalan kaki, sekitar 40-50 meter, dapatlah keluarkan peluh, segarkan badan.. betul tu. mula-mula mmg la lenguh tp masuk hari ke-2 dh tak rs.. itulah nikmat ramadhan, tanpa kita sedar, dapatlah jugak bersenam hanya dgn berjalan kaki dan menunaikan solat terawikh setiap hari. di bulan lain, bersenam sekali seminggu pun belum tentu, apatah lg lain-lain.

bumi kita semakin panas, masa semakin suntuk, ambillah peluang untuk memperbanyak amalan bekalan kita di kemudian hari... jadikan ramadhan kali ini, satu titik permulaan untuk jadikan kita lebih baik dan lebih baik daripada bulan-bulan terdahulu... selamat berjuang!

Friday, September 14, 2007

selamat berpuasa!

asm.... lama sy tak update blog.. agak bz before puasa sbb bertungkus lumus siapkan keje-keje yg urgent... kalu bole nak berehat la skit bln pose.. simpan tenaga utk masak dan solat hehehe....

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.

Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.

Oleh itu, sempena bulan pose ni, aina nak mohon ampun dan maaf kepada semua andai kata tersilap kata dan perlakuan... sama-samala kita doakan semoga perjalanan puasa kita kali ini diberkati oleh-Nya...

note : sonok tgk mereka yg br pertama kali puasa bersama-sama setelah bergelar suami - isteri.... :-)

Monday, September 03, 2007

Berhati-hati dengan cermin dua arah!

BAGAIMANA MENGENAL PASTI CERMIN 2 ARAH ?

Ketika kita masuk ke toilet, bilik mandi, bilik hotel, ruang ganti pakaian, dan lain-lain, seberapa besar anda yakin bahawa cermin yang tergantung di dinding dan kelihatannya seperti cermin biasa itu memang benar-benar cermin biasa, atau sebenarnya itu adalah cermin dua arah(orang di belakang cermin boleh melihat anda, sementara anda tidak dapat melihat mereka).

Banyak tempat di mana orang memasang cermin 2 arah di dalam ruang ganti pakaian wanita, namun tidak menutup kemungkinan juga di ruang ganti lelaki. Adalah sangat sulit untuk secara jelas mengindentifikasi permukaannya hanya dengan melihatnya saja.

Saatnyalah kita untuk berhati-hati. Jadi, bagaimana kita dapat menentukan dengan pasti apakah cermin tersebut adalah cermin biasa atau cermin 2 arah?

Kalau di bilik polis, iaitu di ruang soal siasat, sudah dapat dipastikan cerminnya 2 arah tapi untuk di Public Area do this thing:

LAKUKANLAH TEST SEDERHANA (TEST KUKU JARI)

Letakkan ujung kuku anda di atas permukaan cermin. Jika ada jarak (gap) antara kuku anda dan bayangan kuku anda di cermin,dapat dikatakan bahwa cermin itu adalah cermin biasa (selamat).

Tetapi, jika kuku anda terus menyentuh bayangan kuku anda di cermin, hati-hatilah, kerana benda itu adalah cermin 2 arah !
Kerana itu ingatlah selalu, setiap kali anda melihat cermin di tempat-tempat umum seperti disebutkan di atas, lakukanlah TEST KUKU JARI. Tidak perlu membayar.

Mudah dilakukan, dan ini mungkin bisa menyelamatkan anda dari PERKOSAAN VISUAL" !

Note : psn kat sume kengkawan selalulah bawak kain basahan kalu pi mana-mana....
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates