Friday, November 23, 2007

tinggal 9 hari lagi...

jam telah menunjukkan jam 1.55pg, tp mata masih lg belum mengantuk... aina br sahaja siapkan beberapa perkara yg berkait dgn kenduri nnti... badan terasa penat, tp kepala masih lagi ligat berfikir apa yg akan jadi dalam masa terdekat ni.... hati dan perasaan bercampur-baur, memikirkan pelbagai perkara.... dah nak dekat majlis, macam2 dugaan dan cabaran mendatang.... dgn final exam yg dh tertangguh dua kali akibat dibatalkan.... hinggakan aina rs inilah paper yg paling kelakar hehehehe.....

kdg2 bila dipikirkan betul juga apa org kata, mental dan fizikal kena kuat dalam menghadapi hidup dan status sbg tunangan org.... tp setelah melalui itu semua, tiba masa bakal jadi seorang isteri, perkara itu akan berulang lagi, malah mungkin memaksa diri jadi lebih kuat dan matang berhadapan dgn situasi yg pelbagai... perasaan dan emosi sendiri tak boleh dilayan, tetapi perlu ditepis dgn kekuatan utk hadapi situasi sekeliling....

aina masih lg dlm proses hadapi semua itu... kadang rs tak sabar nak tunggu hari kenduri disebabkan terlalu banyak berfikir dan melakukan aktiviti dan persediaan yg patut semata2 utk kelancaran majlis yg sekali sahaja merasainya dalam hidup ini...

tp kadang hati aina rasa takut dan resah bila fikirkan hari semakin dekat, memikirkan mampukah diri ini menjadi bakal isteri dan menantu yg baik, juga mampukah diri masih lagi menjadi pelajar yg dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran, anak sulung walaupun tidak menjadi kebanggaan tapi cukuplah setakat dapat menjaga keluarga-ibu bapa terutamanya.. tidak ketinggalan mampukah menjadi pekerja yg cemerlang dalam menjalankan tugasan yg diamanahkan oleh pegawai saban hari... masihkah diri mampu utk menjadi kawan yg baik terhadap rakan-rakan nya... masihkah diri mampu untuk semua ini.... berlegar2 di fikiranku sekarang....

doakanlah yang baik-baik sahaja utk kami, ye.... semoga segalanya berjalan lancar... hanya kepadaNya hanya mampu kami pohon, wallahu'alam.....

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates