Sebulan berlalu....
Salam... aina mohon maaf kepada pembaca setia blog ni.. terutamanya en hannan yang setia menunggu utk berita2 terbaru.. bukan apa, sejak pindah umah baru ni masih belum berkesempatan utk update. kebetulan baru je masuk kije ari ni.. kenduri sebelah pengantin lelaki baru saja dijalankan pd 23hb yg lepas, a.lillah semuanya berjalan lancar...Mengingati majlis kenduri yang lepas, gembira rasa hati bila rasa diri disayangi... terkejut juga kalangan rakan taulan bila tahu mereka hadir 2 kali ganda daripada yang dijangka! kejutan juga untuk aina bila dapat tahu rombongan pengantin perempuan ke gerik mencecah 80 orang! dari sekecil2 baby hinggalah sedewasa tok sepupu (2-3 pupu) a.lillah rasa diri disayangi semua... sanggup mereka redah highway dan jalan yg tak berapa ok dari kl/selangor dan kelantan.... terima kasih banyak2.... tentu saja menjadi kenangan utk kami berdua terutamanya aina :-)
Majlis kenduri berakhir awal, dapatlah pengantinnya berehat sementara menunggu malamnya untuk majlis potong kek dan buka hadiah. Terima kasih ya Allah kerana menganugerahkan keluarga baru yang ceria dan hepi.. bertuah rasa diri kerana punya keluarga, suami dan keluarga mertua yang sangat baik :-)
Hari raya aidiladha yang lepas merupakan hari raya pertama bersama suami... rasa syukur dan gembira ke hadrat Ilahi atas kurniaanya-Nya.. walaupun mengambil masa yang lama utk sampai ke kelantan.. (18 jam tu) tp segala penat lelah hilang begitu saja, mana tak nya sesampai je kat kelantan adik dah heboh mek sediakan bilik pengantin utk kak na! hehehe..
Dua hari selepas kenduri di gerik, kami berangkat pulang. Kebetulan kak ogy dan keluarga nak ke kuantan, ajak kami ikut konvoi sekali. Malamnya kami singgah di genting.. berehat seketika sementara meneruskan perjalanan masing2 keesokan harinya....
3 komen blog nie:
Sebulan berlalu...xkan berlalu mcm tu jek kot ..???
alhamdulillah...
kite tumpang bahagia :)
hehehe.
kak na, make sure kak na menang perfume kat blog ane tu!
to murni : hehehe... no komen.. :-)
ane : ma kaceh.. nnt kak na check ok!
Post a Comment