Contoh bahayanya wirid yang bukan dari Nabi S.A.W
Para pengamal tarekat kesufian, persilatan, rawatan perbomohan dan lain-lain boleh ambil cerita ini sebagai ikhtibar:Quote :
Kesan zikir silat dan rawatan kaedah Reiki
Saya pernah menulis keadaan di mana apabila saya merawat, saya terasa bahagian belakang bawah leher saya yang terasa sedikit kebas dan bergetar. Saya simpulkan simptom ini sebagai kehadiran jin saka semasa merawat.
Apabila saya isytiharkan perang besar-besaran terhadap jin saka pada bulan Januari yang lalu, saya agak kecewa dengan R&D saya kerana masih ada lagi getaran berkenaan.
Setelahmana saya ditemukan dengan teknik tarik dan perlunya melepaskan engagement saya lakukan kepada diri saya sendiri. Semasa merawat puan K belakang saya bergetar. Saya minta izin puan K untuk transfer getaran dibelakang saya kepadanya. Mula2 saya declare yang saya bersumpah bahawasanya saya hanya bergantung harap bantuan dan pertolongan ALLAH sahaja. Saya juga katakan saya melepaskan diri dari sebarang amalan yang membolehkan jin berada di badan saya.
Selepas declaration saya tarik dan transfer kepada puan K. Puan K kerasukan dan tingkah-lakunya menunjukan dia dia dirasuk jin yang gagah. Saya tanya dia siapa, dia kata dialah yang menjadikan saya gagah dan kuat selama ini. Tersentak saya! saya katakan saya tak gagah dan tak kuatpun. Dia kata "awak lupa bagaimana awak boleh lompat 20 orang semasa bersilat dulu?"
Barulah saya teringat pesanan guru silat saya semasa bersekolah di Ipoh dulu. Guru saya menyuruh saya membaca surah al-Ikhlas sebanyak 10,000 kali untuk kuat. Saya amat tidak menyangka zikir yang sepatutnya memberikan saya pahala yang banyak berakhir dengan jin pendamping yang tak boleh dikeluarkan sebelum ini.
Saya teringat semasa menuntut hemeopathy, saya ponteng kelas bersama beberapa rakan lain kerana kursus sehari dalam rawatan Reiki peringkat advance. Saya masih ingat tentang teknik membayangkan tulisan-tulisan reiki dan amalan sedut warna di waktu pagi dan petang.
Saya sekali lagi declare "jika amalan reiki saya mengundang jin... saya berputus dengannya". Kemudian belakang saya ada getaran yang kecil. Saya transfer masuk botol dan minta puan K lihat jin dalam botol berkenaan. Puan K nampak jin dalam botol berkenaan sedang menggerakan tangannya seperti amalan reiki, sahlah itu jin reiki.
AlhamduliLLAH, saya sudah sebulan tidak ada denyutan lagi. Mudah2an itulah yang terakhir.
Sumber: AKRINE
AWAS! Terdapat beberapa amalan perawat ini yang dikuwatiri merupakan suatu amalan yang ditegah dalam agama walaupun tidak disebut secara khusus. Sila jangan dapatkan rawatan daripadanya.
Semoga beliau menginsafi diri dan mendapat keredhaan Alloh nantinya. InsyaAlloh.
0 komen blog nie:
Post a Comment