Featured

Friday, September 26, 2008

Selamat Hari Raya Idulfitri....


Untuk semua pembaca, selamat hari raya idulfitri, maafkan segala salah dan silap, halalkan segala yg dah termakan dan terminum...


Sepanjang cuti ni jaga diri baik-baik, pesanan untuk saya, suami dan juga semua, bawa kete hati-hati.. oklah.. jupe lagi pas raya insyaAllah....

Note : alhamdulillah, syukur atas rasa kesabaran yg tinggi akhirnya berjaya juga mengharungi onak duri bulan Ramadhan alhamdulillah... :-)

Monday, September 22, 2008

Analogi Rumput dan Kasih Sayang


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada mulanya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. kecualilah jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.


Tuesday, September 16, 2008

Juadah berbuka puasa..lala masak sos dan sup sayur

Puasa kali ni saya keseorangan, bukan tak ada yang nak menemani tapi saya memilih utk berbuka di rumah sendiri sahaja. kadang tu luangkan masa berbuka bersama keluarga di rumah mak ayah.

Sabtu lepas sepupu2 sebelah mak datang berbuka kat umah, aina rasa seronok dapat panggilan daripada ida gitau abe norshan dan abe mie sekeluarga nk dtg umah. ms dpt panggilan tu hari selasa, so tak saba nk tunggu hari sabtu menjelang. rindu kat anak-anak sepupu pun ye gak... lama tul tak dpt jupe tambah2 lg dgn anak sepupu yang paling latest, Faid..

kak tini, wife abe mie dan kedua anak mereka
umar dan imah duk main2 dgn faid

Berjanji akan siapkan kuih utk juadah berbuka, dgn pertolongan cik dayah dptlah aina siapkan puding roti, onde-onde dan butir nangka (biarpun tak sama spt butir nangka yg lain spt yg abe kata heheheh)

cik da sibuk siapkan air utk berbuka,
tak perasan diintai kamera abe mie hehe

Aina sedikit sibuk dgn pelbagai job yang perlu disiapkan menyebabkan lewat sampai kat umah. org dh azan maghrib br sampai. "..tgk tu bertuahnye anak mak.... org pakat duk tunggu dier.." bak kata mak laa.. hehe. aina tersenyum simpul je la bila mak kata gitu. dlm hati syukur alhamdulillah kehadiran aina ditunggu-tunggu dan kasih sayang sesama sepupu itu masih sama cam waktu kecik2 dl... hehe. tapi sayangnya tak ada gamba yg aina dpt ambil sbb cik na imah, umar, aisyah, ain dan faid ni tertinggal kamera kat umah laa hehe. dpt amik gamba dr blog abe mie je.. hehe.

lauk pauk utk berbuka pada hari tu

Kpd rakan-rakan yang setia menggunakan resipi2 aina utk memasak, time kasih .. maaflah sebab tak sempat nak masukkan resipi dan gamba lauk pauk since bulan ramadhan yang mulia ni mcm2 pulak aktiviti. insyaAllah hari-hari berikutnya aina cuba ye. ok hari ni aina teringin nak makan masakan laut, so aina masak 2 jenis juadah : lala masak sos dan sup sayur. campur dgn daging masak black pepper yang dah dimasak semalam sudah cukup utk kami berdua..

Lala masak sos
bahan-bahan
lala - setengah mangkuk
1 biji bawang putih - dimayang dadu halus
1 biji bawang merah besar - dimayang dadu halus
1-2 batang serai - ditumbuk
cili kering - digiling @ dikisar
cili api - diketuk (mengikut selera masing2, kalu nk pedas masukkan bnyk2)
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
2 urat kacang panjang - dipotong panjang2
garam dan air secukupnya

cara masak
bawang merah, bawang putih, digoreng hingga kekuningan. masukkan cili api, kemudian cili kering yang telah dikisar. setelah naik bau @ garing, masukkan serai. masukkan air sedikit bagi mengelak hangit. kemudian masukkan sos tiram, sos cili api, garam dan air secukupnya. bila sos dan mendidih dah betul2 masak, masukkan lala dan kacang panjang, goreng sekejap sahaja dan terus tutup api.

lauk ptg ni, lala masak sos, sup sayur dan daging black pepper

Sup sayur
bahan-bahan
1 ulas bawang putih - dimayang halus
1 ulas bawang merah - dimayang halus
serbuk lada hitam
segenggam ikan bilis - diketuk (tak perlu sampai lumat)
segenggam cili padi - diketuk
garam dan air secukupnya

tumis bawang putih + bwg merah + cili padi + ikan bilis. setelah naik bau masukkan serbuk lada hitam. masukkan garam dan air dan sayur2, kuatkan api utk elak sayur hilang zat + layu. sekali mendidih dan boleh angkat dan hidangkan.

Monday, September 15, 2008

Semanis Kurma...

Salam semua... di bulan puasa ni, macam2 rancangan menarik yang disiarkan kat tv tapi satu rancangan yg paling menarik perhatian aina dan juga rakan-rakan adalah Semanis Kurma, disiarkan secara langsung pada setiap hari Khamis jam 11.00 malam di tv9.

Alhamdulillah rasa syukur kerana pada waktu tersebut yang selalunya mata aina dh mula lali tanda mengantuk dan hanya tunggu disorongkan bantal akan segar dan ceria, tanda kegembiraan bertemus secara maya dengan pasangan idola romantis, Ust Bahiah dan Ust Wan Akashah yang juga merupakan host rancangan tersebut.

Sebenarnya secara tak sengaja terlihat iklan kat tv... ms tu iklannye cpt lantas aina cpt2 buka website tv9 untuk sahkan. Alhamdulillah setakat ni dah 2 episod tak miss, banyak ilmu tentang rumahtangga yang aina dapat.

Berikut adalah sedikit bingkisan yang aina dapat daripada episod ke-2, bertajuk Kahwin : Kerana Tuntutan Nafsu atau Tanggungjawab... (episod 1 tak sempat nk amik bingkisannye...)

Tetamu Undangan:
Pasangan Cat Farish & Hartini dan pasangan Juliza Adzlizan & Iskandar

Isi perbincangan:
> Sesebuah perkahwinan sepatutnye merangkumi perkara-perkara berikut, dan tanpanya akan timbullah masalah;
- ketenangan

- kasih sayang
- kasihan belas

> Setiap suami isteri perlu bertindak sebagai pembimbing, pelengkap, pelindung dan segala-galanya kepada pasangan masing-masing..

> Berkahwin muda amat digalakkan kerana bnyk perkara positif daripada negatif yang boleh ditangani.

> 5 thn pertama - proses mengenali diri sendiri dan pasangan

- setiap pasangan perlulah belajar ttg keistimewaan, kelemahan, kekuatan si dia

- akan berlaku banyak konflik untuk serasikan diri
- muzakarah antara suami isteri bnyk membantu menyelesaikan masalah

> Lelaki dan perempuan sama sahaja, punya pelbagai jenis nafsu namun jika tak dibendung boleh jadi parah.

> Kata-kata Iskandar, suami Juliza Adzlizan, yang aina sgt suka dengari;
- Senyum isteri senyumlah kita, duka isteri dukalah kita, hilanglah senyum hilanglah serinya
dan resahlah hati kita
- Kita anggap isteri sebagai sahabat maka kita tidak akan mencari orang lain utk berbincang
segala masalah.
- Haruslah kita praktikkan dalam rumahtangga (menganggap sebagai sahabat).
- Jika kita anggap isteri adalah isteri, maka akan timbullah jurang antara suami isteri.... kerana isteri tetap menjalankan tugasnya menjaga keperluan makan minum dan seks kita tapi hatinya penuh rasa sedih tetapi bila kita anggap isteri adalah sahabat,tanggungjawab akan berjalan seiring dengan perasaan kasih sayangnya....

Panggilan penonton yang mendapat perhatian saya:

Kes 1 :
Seorang pesara telah mempunyai isteri yang mempunyai beza umur 10 tahun lebih tua daripada isteri, dengan usia perkahwinan 30 tahun dan telah mempunyai 9 orang anak, setelah bersara mendapat kerja di seberang, dan berkahwin lain (orang seberang). Dengan alasan untuk mencari kelainan. Namun kini umurnya telah menjangkau 61 tahun, beliau mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin kepada kepada kedua-dua isteri dan anak-anak mereka..

Kes 2 :
Seorang suami yang telah berkahwin, berumur 35 tahun telah mempunyai 7 orang cahayamata kini meninggalkan isteri tanpa kata putus, dan melakukan perzinaan dengan perempuan lain.

Sayu, sedih, bercampur-baur masa aina dengan kedua-dua kes ni. Malah menurut ustaz dan ustazah, banyak lagi panggilan yang cuba masuk namun masa tidak mengizinkan, cuma kita lihatlah sendiri betapa.... niat untuk mendirikan masjid itu menentukan segala-galanya...

Menurut Ustaz Wan Akashah, kenapa susah untuk mencari lelaki yang bertanggungjawab;
kerana kita kini di akhir zaman, tidak perlu dipertikaikan. yang perlu disoal adalah kepada lelaki itu sendiri... Ustaz juga menyarankan agar perkahwinan itu dijalankan secara baik, maka bercerai pun biarlah cara baik.

Dan rumusannya, berikut adalah ringkasan yang perlu ada pada suami dan isteri

I- idaman - jadilah isteri idaman kepada suamimu
S- sayang dan setia kepada suami
T- tabahlah... dalam menghadapi segala rintangan dan cubaan berumahtangga
E- elok - elokkanlah dan baiki selalu pakaian dan akhlakmu
R- rendah diri dan malu kepada suami, rahsia suami disimpan
I- ilmu - jadilah seorang isteri yang berilmu .. penuhi dadamu dgn pelbagai ilmu rumahtangga

S - sabarlah... dalam menempuhi alam dan menghadapi karenah isteri, anak-anak dan keluarga
U- (tak sempat nk take note - will be update later..)
A - akhlak dengan Allah, isteri, anak2, jiran tetangga, mak ayah, rakan taulan dan semua..
M - mimpin - tidak jemu memimpin isteri dan anak2
I - ikhlas - dalam menjalankan tanggungjawabmu...

Tajuk kali ni mengenengahkan sifat bakal / suami tu sendiri dalam niatnya mendirikan dan melayari rumahtangga yang dibina. Selaku nakhoda kapal, beliaulah yang akan menentukan samada rumahtangga itu didasari oleh tuntutan nafsu ataupun tuntutan tanggungjawab... jadi kepada suami2 sekalian... tepuk dada, tanyalah iman....

Kepada isteri-isteri pula, berikut adalah doa-doa yang diberikan oleh Ustazah Bahiah untuk amalanmu...
> Surah Ali Imran ayat 31 - amalan utk isteri - amalkanlah selalu
> As-Syura ayat 19 - lembutkan hati suami yang ego......

Oklah... itu sahaja dapat aina bingkiskan daripada episod ke-2 yang lepas, bagi sesapa yang tak termiss dua-dua episod ni bolehlah tgk kat website tv9, http://www.tv9.com.my atau kat sini

Semoga kita semua tabah dalam mengharungi onak duri alam rumahtangga... aminnnn... Ya Rabbal Alaminnn.....

Thursday, September 11, 2008

Pertengahan Ramadhan...

Salam... pagi ni baru sempat mengupdate blog. dah beberapa hari buka tp hanya sempat 'simpan draft' je. rs kerdil dan bersalah pulak tak sempat nk update, lagi2 bila ade teman yang menegur ".. aik, dpt award je diamkan diri?..." aisey, bukan mendiamkan diri, tapi tak sempat wahai teman2 dan rakan2 pembaca setiaku sekalian.. maafkan sy andai tak layak dapat award ini.. masa agak membataskan aina utk update minggu ni, kerana kesibukan kerja dan tugas2 lain .. tak berani berjanji, tp aina akan try naikkan kekerapan utk update blog ni utk akan datang erk :-)

Hari ni baru 11hb, kejap je rasanya, tp rata-rata rakan taulan kini sedang sibuk bicarakan tentang bulan yang ditunggu-tunggu semua, hari raya Idulfitri. masing-masing dah sibuk buat preparation itu.. dan ini... aina pun terasa jugak kemeriahan itu, tapi lebih memikirkan tentang janji aina yang patut dilakukan pada bulan yang mulia ini, serta ketakutan terhadap peristiwa yang akan berlaku selepas raya, final exam! skrg pun bahang final exam tu dh terasa.... mana tak nya, subjek yang diambil utk sem ni dua-dua susah. cuba je lah.. and wish me luck ek! (hehe.. padahal lambat lg :-))

Ada satu perkara menarik tentang raya tahun ni. Pagi takdi, sambil2 bersiap nk ke ofis biasalah saya akan buka tv sebagai peneman utk bersiap. Tgk MHI, tertarik dengan lelongan tiket2 bas yang ditawarkan oleh mereka. Destinasi2 yang paling glamour mcm Kelantan, K.Terengganu, Alor Star, J.Bahru antara destinasi yang ditawarkan. Mula-mula tu ingatkan tiket pergi je, rupa2nya tiket pergi balik! waaaa... best tu... bagi sesapa yang masih mencari2 tiket utk pulang ke kampung, bolehla tel, jawab soklan cepumas (mmg soalan2 yang mudah) dan pas tu akan dapat tiket yang dikendaki. Boleh amik seberapa banyak tiket, dan paling best bole amikkan tiket utk orang lain! ada tu siap amik 16 tiket balik kelantan utk 3 buah keluarga hihi... mmg best :-)

Oklah nk sambung keje.... selamat bekerja utk semua, kerjalah dengan penuh amanah dan dedikasi :-)

note : teringat pulak kat tiket bas ke grik... huhu

Monday, September 01, 2008

first ramadhan...

malam ni tergerak hati nk belek2 blog sepupu aina, kak tini. rindu nk tgk muka imah dan umar sebenarnya! hehe.. tp tak sangka pulak rezeki lain yang datang, alhamdulillah.. tak pernah terfikir akan dapat blog / web award sepertimana rakan-rakan blogger dan 'webber' yang lain - kalu salah eja mohon rakan-rakan betulkan- bila saya baca entry kak tini tentang anting2 yang baru imah dpt daripada nendanya. alhamdulillah, ade jugak orang yg mengiktiraf karya blog saya walaupun entry aina tak lah sebagus mereka dan orang-orang lain. namun award ni dah membuatkan aina semakin suka utk berkarya (walaupun tak sebest manapun entry itu!) hehehe... terima kasih juga kepada rakan-rakan yg sudi menjenguk dan memberikan maklumbalas.. semoga blog ni akan terus dapat memberikan manfaat kepada semua... :-)

blog award

memandangkan mana-mana blogger yg dh dpt award kena jugak bg award kepada 5 orang rakan-rakan blogger yang lain, aina senaraikan mereka-mereka ini utk dapat award tersebut;

1. Pn Wardah
2. En. Hannan
3. Baby kak emi
4. Cik Dayah
5. Cik Nazifah

tahniah to u alls.. :-) kpd mereka2 yg dh dianugerahkan award yg sama tu... terima jelah utk kali yg keduanya yee.. hehehe..

oklah. habis bab award. sekarang nk masuk bab yg sama dengan sume orang.. cite tentang bulan pose :-) tahun dan kali ni aina menyambut puasa dengan gelaran baru, seorang isteri.. namun kemeriahan tu sama saja seperti tahun-tahun lepas, tiada yang lainnya sbb dear tak de kat sini. tuntutan studi beliau tak memberikan peluang kami sambut puasa bersama-sama, tapi tak apelah lain kali insyaAllah jika diizinkan Ilahi :-) sedih juga tapi semua kesedihan tu terhapus dengan situasi aina yg sangat2 sibuk mengejar dateline keje opis dan membersihkan rumah.

1st puasa.. hari ni... aina bukak pose kat umah mak, sementara cik dayah berbuka di luar. cuma semalam aina bermsg2 dgn aru pesan kat mak dan adik2, tak yah buat kuih sbb aina dh amik part tue.. jadi diorg sediakan makanan lain selain manisan. aina memilih utk buat roti goreng dan puding jagung aje utk berbuka hari pertama ni.. dan lauk pauk yang ati buat sume sedap2.. menu juadah berbuka utk permulaan ramadhan kali ni ialah kerabu sarang, ketam masak gulai lemak, sambal udang, dan udang masak paprik..

aina juga masih ingat, tiap2 tahun ahli keluarga kami akan alami masalah pertambahan berat badan (termasuklah diriku) di bulan ramadhan. orang lain semakin kurus, kami pula semakin bertambah berat hihi... sebab pe tau.. sebab lalu makan.. dan yang pasti tiap kali berbuka dan bersahur mesti bertambah makannye hihi :-) tak taulah tahun ni mcmana hopefully masih sama seperti tahun2 lepas... nnt nmpk kurus kering tak bermaya pulak ms raya nnt :-)

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates