Tuesday, March 24, 2009

Petua tambat hati suami

Salam.. email ni baru saja aina dapat dari seorang rakan.. semoga dapat dimanfaat oleh kita bersama :)

Kebahagiaan berumahtangga merupakan impian dan harapan semua pasangan suami isteri. Bukan sahaja kebahagiaan duniawi yang dicari bahkan juga kebahagiaan akhirat sebagaimana keinginan untuk menjadikan rumahku adalah syurgaku. Berikut adalah panduan khusus buat isteri yang solehah...

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita. Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.

2. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari. ( jika suami dalam mood yang sesuai) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

3. Luangkan masa yang betul-betul "berkualiti" sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami.(rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya).

6. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya jika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya.

7. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung )

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. ( sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. ( jika boleh )

12. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas.Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali.

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/ kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian utk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yg memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah ). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh & gunakan perkataan yg sesuai dan lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila out-station. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dgn org lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta: Jangan ganggu suami yang sedang memandu ( walau pun ada jalan yg lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dgn baik.).

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami diketika itu.Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yg disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?"

31. Bila makan diluar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat / meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai ketika disisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap & jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

33. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak. (jika sesuai)

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari semasa-ke semasa:- tali pinggang, kasut,cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi " dating" atau " berbulan madu" sekali sekala.

36. Jika suami melakukan kesalahan / kesilapan, jangan sesekali menempelak atau "pulangkan paku buah keras ".

37. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

38. Urut mengurut suami dari semasa ke semasa

39. Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu.

5 komen blog nie:

sukyme said...

no 38 tu patut benar di amalkan.

norulaina said...

semuanya patut benar diamalkan ;-)

Ummu Mishkah said...

terima kasih kongsi info... nice blog!

auni said...

salam..nk minta pndapat..ms sy dlm pantang suami saya berchatting kat facebook..dia ingat saya takkan tahu tapi Allah Maha Besar akhirnya saya tahu jgk..dia penah kuar dengan salah seorg member chatting dia...dia ckp cuma suka2...dia ckp dh insaf..tpi hati saya tetp tak snang sbb merasakan dia tak hargai pengorbanan saya..kadang2 saya naik angin tgok muka dia..mgkin itu bisikan syaitan..saya sentiasa berdoa supaya saya dpt menerimanya..please help me..

norulaina said...

salam, terima kasih atas kiriman msg dan memberi sy kepercayaan untuk bantu puan. saya akan cuba menjawab dan memberi panduan kpd puan;
1. sbnrnya syaitan mmg dah berikrar akan ganggu hubungan rumahtangga islam.. jadi kita sesama suami isteri perlulah sentiasa berhati2..
2. puan boleh duduk bersemuka berbincang hati ke hati dgn suami tentang perkara yang lalu yang memberi kesan kpd emosi puan. puan boleh meminta kerjasama drpd dia untuk memberikan semula kepercayaan yg telah hilang dl.
3. puan kena bnyk usaha + sabar + doa + tawakkal.. usaha dalam membaiki hubungan, sabar dalam melawan emosi dan perasaan, berdoa kpd Allah dan serahkan segalanya kpd Allah.. hanya Allah yang maha mengetahui yang terbaik untuk kita..
4. jika puan rasa tertekan, puan perlu fikirkan perkara ini, setiap kesakitan itu adalah kifarah kpd kesilapan kita yang lalu.. dan Allah menguji kita dengan ujian yang kita mampu hadapi, dan ada lagi insan yang lebih teruk teraniaya dek perbuatan suami di luar sana..

jika puan perlukan seseorang untuk bercerita, insyaAllah saya ada untuk membantu.. puan boleh tinggalkan pesanan di no hp saya, 019-2600581 untuk saya hubungi semula (seelok2nya malam kerana di waktu siang saya bekerja)

diharap dapat membantu, bnykkan bersabar ye puan..

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates