Featured

Thursday, November 19, 2009

Cita-cita baru


Alhamdulillah... dengan IzinNya hari ni (setelah sekian lama) akhirnya aina menjadi pengedar kepada produk muslim terlaris, HPA. mmg sejak dl lagi duk pakai produk HPA ni... tp ntah kenapa sejak akhir2 ni niat utk jadi usahawan semakin menebal, jadi alang-alang dah melabur biarlah buat pelaburan yang tul2 punya.. :)

Untuk permulaan pembukaan kedai kecil-kecilan ni... (dan jugak kesempitan fulus ini heheh) aina hanya berli 7 produk.. iaitu :

- radix koko : sangat sedap, lbh sedap drpd milo!

- kopi radix : yg ni tak yah gitau la.. hampir tiap kedai makan ade kan.. dan yg best fungsinya yg bantu memperbanyakkan air susu ibu :) selain dpt kurangkan rs mengantuk n tambah tenaga :)

- body scrub : haa.. nk tau rs pelembab dan 'penghakis' yg bagus, bolela cuba hehe

- Evening Primrose Oil (EPO) capsul : mmg sblm ni dh pernah makan yg produk lain, mmg terbukti keberkesanannya. drpd segi emosi, kulit, kitaran haid dsb. cubalah!

- Habbatussauda’ Softgel : bnyk sgt dia punye kelebihan. sume orang tau kan.. yg paling menggembirakan sy dpt bantu memperbanyak air susu!

- minyak bayi : menghilang senak / kembung perut.. boleh jugak dijadikan krim sblm pakai lampin! mmg terbukti. insyirah x de rashes sejak pakai minyak ni. alhamdulillah :) terbukti juga dpt tenangkan baby yg menangis waktu malam (sapukan pd dada baby)

- Ubat Gigi Herba HPA : bantu mereka yg ade mslh karies gigi, dan sakit gigi / gusi (sapukan pd gigi / gusi yg sakit)

oklah. kalau nk dptkan info boleh terus ke laman web produk hpa kat sini ataupun hubungi aina :

Norul Aina
019-260 0581
wlw_micro@yahoo.com


note : ada berita baik untuk anda....... nantiii... :)

Wednesday, November 18, 2009

Tangan yang indah

terima kasih emak..
kerana sentiasa menemani ku...


Saja saya semak2 email pagi ni... terdiam seketika saat baca email dari seorang sahabat.. saya paste kat blog ni agar boleh dimanfaatkan bersama...

" Ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut. Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu.


Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerana ketidaksabaran saya, maka untuk kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat dilupakan dari ingatan ..

Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya, sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu..."

Wednesday, November 11, 2009

Demam ada makna :)

entry sblm ni cite psl insyirah demam kan.. rupa2nya demam untuk membesar rupenye.. pg isnin tu, ms insyirah dh tido, ummi naik atas bilik nk kemas2... kemas la sekali barang2 dlm beg yg nurse bg ms kita dh dibenarkan keluar pas hari kelahiran tu nak.. terjumpa artikel tentang tumbesaran baby.. dlm tu ada tulis, kalu baby nk beralih bulan akan demam, beralih tahap pembesaran akan alami selsema, batuk2, demam dan alahan.. ummi ade la jugak terdetik mungkin anak ummi nk meniarap.. rupe2nya betul.. ayah tak sempat nk tgk peristiwa bersejarah tu mlm takdi jam 11.55 mlm, tp tak pe la ayah tgk gamba insyirah yee..

insyirah dh pandai beraksi dpn kamera :)

alhamdulillah insyirah tak nangis.. mukanya tak tersembam sbb sblm ni dia mmg suka angkat muka. kuat semangat anak ummi ni.. terima kasih ya Allah.. :) semoga anak ummi sll kuat smgt smpai bile2 ye nak..

try to talk and maintain.. :)

Tuesday, November 10, 2009

mampukah aku?

dakapan anakku..

salam.. dari minggu lepas saya cuba untuk menjawab beberapa pertanyaan dan soalan yg sering diaju kepada saya untuk dijawab.. "...boleh ke.." "...sanggup ke.." kebanyakan soalan ada patah kata tu.. kadang sy jawab.. kadang saya lebih suka ambil pendekatan senyum dan diamkan diri sahaja..

ramai mempertikaikan tentang keputusan saya untuk fully breastfeeding dan berCD's.. pertikaian itu atas dasar-dasar (yg bagi saya kurang munasabahnye) berikut :

1. saya masih belajar
jwpn sy : masih ramai ibu yg masih sibuk dari saya dan belajar dihujung minggu tp berjaya! malah pelajar cemerlang mempunyai 6 org anak dan beliau breastfeed! dgn kekuatan dan support yg diberi suami beliau sanggup turun naik tangga dr kelas ke tmpt anak2nya menunggu utk susukan babynya! jadi.... takkan saya tak bole?

2. hubby jauh dr pandangan
jwpn sy : owhh... itu bukanlah alasan.. malah bg sy inilah jalan untuk saya selesa fully susu & ber CD.. sbb tidak akan dipertikaikan oleh sesapa! bila hubby tgk sy berjaya.. br dia percaya, tul tak wahai kaum Adam? hehe.. alhamdulillah dapat support sepenuhnya dari hubby walaupun dia pernah kata "tak yah la wat pelik2 dr org lain..." "tul ke baby tak yah makan benda lain sampai 6 bln? kenyangnye?" heheheh.. kira ok la sbb sy pun pernah terpk gitu ;-)

3. kat opis bz
jwpn sy : org lain pun bz... lebih bz dr saya.. sekurang2nya saya dapat belajar untuk manage dan disiplinkan masa dan diri saya .. alhamdulillah.. :-)

4. kelebihan berbanding kekurangan?
jwpn sy : mana ada kekurangan dalam berCD dan susu ibu! kalau anda bijak dan pandai mengira, tentu tahu betapa jimatnye berCD dan fully breastfeed. nak susun sume kelebihan saya tak sempat nk tulis.. jadi bacalah kat blog pengasas lunatots ni.. dlm blog tu jugak bole tahu kelebihan2 menyusukan baby..

dan... persoalan paling besar... ketidakhadiran hubby di sisi.. mampukah saya?
jwpn saya : erm... sukar untuk digambarkan tentang perasaan saya. namun saya akur kehendak dan ketentuan Ilahi dan percaya dugaan hidup berjauhan ni.. ade hikmahNya.. saya yakin dan percaya dengan usaha yang berterusan insyaAllah kami akan dapat hidup bersama membesarkan Insyirah dan adik2nya dengan baik.. amin... :)

sekadar jenaka dan tambah kekuatan diri.. saya suka baca email dari seorang warga MARDI ni...

"....
Saya juga sekadar berkongsi cerita lama sedikit!

Saya mula bertugas dengan MARDI Cameron Highlands pada April 1973,
selepas mendapat Diploma Pertanian dari Kolej Pertanian Malaya (batch terakhir
sebelum dinaiktaraf kepada Universiti Pertanian Malaysia). Saya adalah RA kepada
En. Koh Weng Wah (RA) dan Dr. Lim Guan Soon (RO di Serdang). Buat penyelidikan
kawalan biologi diamond backed moth. Kerja empat bulan (tak sempat nak confirm)
dapat biasiswa untuk melanjutkan pelajaran B.Sc. di University of California @ Davis
dan M.Sc. di Iowa State University (ISU) in Ames. Tengah-tengah buat M.Sc., MARDI
offer buat Ph.D. dan saya teruskan program Ph.D. di universiti yang sama.

Balik penghujung tahun 1980 join MARDI sebagai RO di Stesen MARDI Bumbong Lima.
Kahwin dengan pensyarah UPM pada Julai 1983 (dia baru aja balik dari ISU). Maka
bermulalah kehidupan saya sebagai Weekend Husband! Isteri saya tinggal di Lorong
Gurney, KL dan saya balik jengok isteri saya 2 minggu sekali, sebab seminggu lagi saya
balik jenggok kedua orang tua saya di Alor Setar, Kedah.

Mintak pindah ke Serdang, tak dapat. Pada September 1984, saya dipindahkan ke Stesen
MARDI Tanjong Karang sebagai Ketua Stesen menggantikan Dr. Joseph Samy. Isteri saya
semasa itu tinggal di Bandar Baru Bangi, di sebelah rumah arwah Dr. Md. Isa Awang.
Di Tanjong Karang saya balik 2 kali seminggu (petang hari Rabu dan hari Sabtu - kerja
sekerat hari).

Saya dipindahkan ke Bahagian Buah-buahan, Serdang pada Februari 1991. Tapi malangnya
isteri saya sudah pergi balik ke ISU untuk membuat program Ph.D.nya bersama sepasang
anak-anak kami dan seorang gaji, sehari selepas Christmas 1989.

2 tahun kemudian barulah saya dapat melawat mereka setelah diberi peluang oleh
pihak MARDI untuk menjalankan attacment dengan Corn Insect Laboratory, USDA @ Ankeny,
Iowa (lab yang saya gunakan semasa membuat Ph.D. saya) selama 2 bulan, tapi saya tinggal
sana 3 bulan (sebab projek tak sempat siap). Selepas isteri saya balik dengan Ph.D. pada
penghujung 1992 (2 hari sebelum Christmas), maka barulah kami tinggal sebagai keluarga
di No. 2, Jalan 3/6J, Bandar Baru Bangi sehingga ke hari ini! Hampir 10 tahun berjauhan
baru dapat bersama! Hasilnya dapat seorang anak lelaki lagi.

Sebab itulah No. 2 membawa banyak makna bagi diri saya (2 minggu sekali, 2 kali seminggu
& 2 tahun sekali, 2 bulan di Ankeny, Rumah No. 2 dll...... Tapi isteri he.. he... masih satu juga!
Saya bersyukur yang saya berjauhan semasa saya muda dan bertenaga lagi. Tapi kalau
sekarang ini, dah berumur, saya rasa tak larat lagi.

Saya tahu ramai pegawai-pegawai MARDI yang berjauhan dengan pasangan/keluarga
masing-masing. Bersabarlah. Saya percaya pihak pengurusan MARDI sedang berusaha
untuk membawa anda semua bersama keluarga, terutamanya mereka yang mempunyai
pasangan yang juga bekerja di MARDI. Yang bekerja dengan agensi lain juga, saya percaya
mesti ada jalannya. Hendah seribu daya.. Takpa... absence makes heart grow fonder.
Sesekali jumpa...... ada ummph!! "

note : doa2kan rayuan permohonan pertukaran hubby dr perak ke selangor diluluskan dan berjaya ye..

godek almari gambar :)

hari ni ummi masuk keje.. nk wat keje tp tak mo wat keje.. sbb memikirkan tentang bnyk perkara .. dan paling penting rindu kat insyirah.. tak sabo nk balik.. smlm ummi tak keje.. ayah pun sama balik lewat ke kg sbb menjaga insyirah yg terkena demam panas.. kalut & risau jugak kami dibuatnye memandangkan inilah kali pertama insyirah demam..

rs rindu kat insyirah.. teringat kat dia so pam susu hadiah utk dibawa pulang untuknya.. dh ok skit.. tp godek pulak gamba.. tu dia teruknye ummi teringatkan baby hihi :) tak pe la .. tengok2 je la gamba insyirah ni ek :)

kaki & tgn insyirah yg tak pernah diam :)

ummi suke tgk insyirah tido.. tomei.. :)

haa.. kan dh terbukak matanye?
Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates