Featured

Tuesday, December 29, 2009

penantian berakhir :)

"terima kasih ya Allah...
berkatilah perjalanan rumahtangga kami hingga akhirnya.."

salam ya salam...

skrg ni aina otw balik dari JPN Selangor kat shah alam... alhamdulillah akhirnya penantian itu berakhir jua... rayuan hubby untuk tukar ke negeri selangor diluluskan.. dan paling menggembirakan bila hubby akan ditempatkan di SK Bdr Baru Bangi..

terima kasih kepada semua yang sudi mengambil berat dan menjaga aina selama ini.. tak terkata betapa gembiranya hati setelah perjalanan cinta jarak jauh yang kami lalui selama 2 tahun ni bakal berakhir.. banyak suka duka kami telah lalui... semoga takdir yang mendekatkan kami ini bakal mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga... aminn.. ya rabbal alamin.. :)

Monday, December 21, 2009

alhamdulillah... dan semoga dipermudahkan :)

catatan diariku..

salam semua.. dah lama tak berceloteh kat blog ni. rindu tul hehe.. bukan pe, sejak kebelakangan ni agak bz (eh.. buat2 kot hehe). alhamdulilllah cuti sekolah kali ni (walaupun sekolah 'tak rasmi') sgt menyeronokkan... hari jumaat tiap minggu cuti.. dan dengan itu setiap minggu ade la hal nye menyebabkan kami keluar menjejak kaki ke sana sini. insyirah .. alhamdulillah... dia tak mengalami sebarang masalah.. cuma agak keletihan, br je nk hilang rasa letih dah diangkut oleh ummi dan ayah nye jalan2 ke tempat lain :-)

sekarang ni sbnrnya aina berada kat hotel de' palma inn, putrajaya, hadir mesyuarat bahagian... cuba untuk eksperesikan kegembiraan untuk dikongsi bersama berita yg aina baru dapat tadi. alhamdulillah... Allah buka hati pegawai yang bertanggungjawab untuk luluskan rayuan hubby untuk bertukar ke selangor... tiada apa yang dapat gambarkan perasaan aina sekarang ni. sgt2la hepi dan bersyukur :) tapi masih lagi xtau akan bertugas kat sekolah mana sbb nama masih kat kementerian, agihan belum dibuat diperingkat JPN... terima kasih kepada sahabat dan keluarga yang banyak menyokong dan membantu aina selama aina bergelar 'isteri bujang' ni yee.... :-) lama menanti... akhirnya dapat duduk sekali... seronok melalui pengalaman bergelar isteri bujang ni. gaduh pun xde... sayang jer... hehehe. apapun doakan semoga segala urusan kami berjalan lancar ye...

ok. tukar bab lain lak. kalu tgk kat gambar yg aina amik tu sbnrnya gambar diari, penuh dgn segala catatan a.k.a peringatan drpd puan pengarah, sambil2 mencatat job to do hehe. sekarang ni sejak bergelar usahawanita semua jadual kena atur balik. hujung minggu ni aina akan kembali ke 'sekolah', jadi akan bergelar pelajar sekali lagi. semoga segala nya dipermudahkan... aminnn...

Thursday, December 10, 2009

jalan2 kat JB :-)

salam...

umi tengah ade mood nak update blog anak ummi ni... so nak cite sikit ms cuti sekolah akhir tahun ritu ayah ngan mak dapat jemputan daripada mak long ogy.. utk bertandang ke JB .. bersempena dengan pak long sekeluarga berpindah ke rumah baru...

alhamdulillah.. insyirah sihat dan badan pun cergas... so ummi dan ayah dengan senang hati menerima pelawaan pak long n mak long ogy utk ke sana...

kami gi sane 041209 smpai 071209.. meh kita tengok gambar anak dara ummi kat sana...


ms ni bawak insyirah jalan2 kat danga bay... come anak ummi.. ayah kata mcm anak kangaroo.. smpai hati ayah :-)

satu perangai baru insyirah... sgt suke melihat dan menengok benda2 sekeliling.. hehe

last2 bertukar tgn ngan tok wan... lena di tengah2 kepanasan matahari..

Wednesday, December 09, 2009

insyirah dlm kenderaan2 nyee...


kali ni entry tentang insyirah dlm 'kenderaan2' nye.. hehe.. tgk tu.. seperti biasa... ummi sgtla suke amik gamba insyirah tido.. nape ntah hehe. nyenyaknye anak ummi ayah ni tido dlm car seat a.k.a seater a.k.a ape ntah.. dh lupe namanya... gambar ni sbnrnya ms insyirah umur lbh kurang 3 bln lebih... membesar bagai johan berkat susu ibu... alhamdulillah :)


ok... next gambar dlm stroller pulak.. hehe.... yg ni antara gambar latest insyirah.. br je amik ari tu.. diambil ms ummi dan ayah kuar belanja makan famili kat restoran feveret ayah, restoran perantau hehe. nyenyak tul anak ummi ayah ni tido.. orang masak bising kemain x jejas pape.. kalu kat umah tu... tersalah skit pun dh terkejut anak ummi sowang ni.. tp tak pe laa.. as long ummi dan ayah ngan auntie2 sume dpt menjamu selera dgn senang hati :-)

2 years already.. :)


salam.. sebenarnya dah lama dah entry ni berkebuk.. banyak cerita yg nak dikongsi tapi tak berkesempatan.. mana tak nya, tiap kali nk add entry jer hati ni asik jer nk wat rearrange layout hehe. hasilnya tgklaa... dah berubah sume.. drpd 2 column -> 3 column, warna dah berubah and etc... tp tak tau la cantik ke tak dipandangan orang lain, almaklum sajalah aina mmg kureng skit bab-bab kreatif so x pandai sgt bermain dgn warna.. apepun hopefully sume enjoy and bole surf blog ni dgn ok heheh..

30 11 09.. 2 tahun sudah aina dan hubby hidup bersama. perasaan bila dpt fetch gambar kat atas tu.. mcm2 la hehe. hepi + takut + perasaan lain. hepi sbb dpt seorang hubby yg teguh pegangan agama, penyayang, bertanggungjawab, sgt memahami .. dgn kata lain penuh dgn ciri-ciri idaman isteri lah hehe :) dan hepi juga dapat seorang ayah yg bertanggungjawab kpd annur insyirah, anak kami.. utk hubby tersayang, "terima kasih kerana sudi berkongsi susah payah dgn syg ye.. paling terharu dan menyentuh hati bila abang sanggup jaga sayang ms berpantang... terima kasih bnyk2... hopefully present yg syg bagi (walaupun tak semahal org lain bagik) dpt gembirakan abang.. :-)" tp perasaan takut tu tetap ada... takut diuji Allah dgn dugaan-dugaan hidup berumahtangga di masa akan datang... semoga kekuatan dan ketabahan itu milik kami.. dan semoga kebahagiaan itu milik kami ... aminnn...

ada orang kata, 2 tahun berumahtangga adalah waktu paling manis, 5 tahun berumahtangga mula nampak kekurangan pasangan, jika makin bahagia maka bahagialah 10 tahun dan tahun-tahun akan datang, begitulah sebaliknya... namun bagi aina, setelah melalui semua pengalaman pahit manis hidup berumahtangga, jika percaya dan yakin dengan Allah, semua akan dapat dilalui dengan ketabahan dan kebahagiaan hati.. tiada tempoh untuk membuat penilaian terhadap rumahtangga yang dibina.. yg penting adalah hati dan diri sendiri.. jadi fikir-fikirkanlah...

terima kasih ya Allah dgn dugaan dan cabaran lalu yang telah Engkau berikan kepada kami, kerana itulah hubungan ini semakin kuat dan erat, terima kasih kerana Engkau telah menguatkan kata hatiku bahawa insan bernama suami yang Engkau kurniakan adalah yang terbaik untukku.. alhamdulillah...

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates