2 years already.. :)
salam.. sebenarnya dah lama dah entry ni berkebuk.. banyak cerita yg nak dikongsi tapi tak berkesempatan.. mana tak nya, tiap kali nk add entry jer hati ni asik jer nk wat rearrange layout hehe. hasilnya tgklaa... dah berubah sume.. drpd 2 column -> 3 column, warna dah berubah and etc... tp tak tau la cantik ke tak dipandangan orang lain, almaklum sajalah aina mmg kureng skit bab-bab kreatif so x pandai sgt bermain dgn warna.. apepun hopefully sume enjoy and bole surf blog ni dgn ok heheh..
30 11 09.. 2 tahun sudah aina dan hubby hidup bersama. perasaan bila dpt fetch gambar kat atas tu.. mcm2 la hehe. hepi + takut + perasaan lain. hepi sbb dpt seorang hubby yg teguh pegangan agama, penyayang, bertanggungjawab, sgt memahami .. dgn kata lain penuh dgn ciri-ciri idaman isteri lah hehe :) dan hepi juga dapat seorang ayah yg bertanggungjawab kpd annur insyirah, anak kami.. utk hubby tersayang, "terima kasih kerana sudi berkongsi susah payah dgn syg ye.. paling terharu dan menyentuh hati bila abang sanggup jaga sayang ms berpantang... terima kasih bnyk2... hopefully present yg syg bagi (walaupun tak semahal org lain bagik) dpt gembirakan abang.. :-)" tp perasaan takut tu tetap ada... takut diuji Allah dgn dugaan-dugaan hidup berumahtangga di masa akan datang... semoga kekuatan dan ketabahan itu milik kami.. dan semoga kebahagiaan itu milik kami ... aminnn...
ada orang kata, 2 tahun berumahtangga adalah waktu paling manis, 5 tahun berumahtangga mula nampak kekurangan pasangan, jika makin bahagia maka bahagialah 10 tahun dan tahun-tahun akan datang, begitulah sebaliknya... namun bagi aina, setelah melalui semua pengalaman pahit manis hidup berumahtangga, jika percaya dan yakin dengan Allah, semua akan dapat dilalui dengan ketabahan dan kebahagiaan hati.. tiada tempoh untuk membuat penilaian terhadap rumahtangga yang dibina.. yg penting adalah hati dan diri sendiri.. jadi fikir-fikirkanlah...
terima kasih ya Allah dgn dugaan dan cabaran lalu yang telah Engkau berikan kepada kami, kerana itulah hubungan ini semakin kuat dan erat, terima kasih kerana Engkau telah menguatkan kata hatiku bahawa insan bernama suami yang Engkau kurniakan adalah yang terbaik untukku.. alhamdulillah...
2 komen blog nie:
Alhamdulillah...tahniah!
Kita kena cari kebahagiaan itu..tiada manusia yang sempurna, kita tak sempurna begitu juga dia...jadi masing-masing sebagai pelengkap hidup masing-masing.
InsyaAllah jika kebahagiaan yang kita cari...kita pasti akan jumpa kebahagiaan itu. Apapun, banyakkan berdoa dan bersabar...Allah bersam-sama dengan org yg sabar.
hehe.. time kasih.. ye betul kata awak tue.. :-)
Post a Comment