Tuesday, October 19, 2010

updated!


salam semua.. alhamdulillah akhirnya punya kesempatan utk update blog yg agak2 usang ni.. dah lama tak berceloteh.. bnyk yang nk dicerita tp kekangan hati dan juga kekangan2 lain menyebabkan hanya sempat forward info2 yang ada dalam fb dan juga email.. harapnya info-info sblm ni dapatlah dimanfaatkan bersama..

oklah.. meh la aina update apa yang berlaku sejak dua menjak ni.. hehe.

1. Berita gembira
Alhamdulillah adik perempuan aina, ati telah selamat melangsungkan perkahwinan nya dengan suaminya bernama iwan, seminggu selepas hari raya idulfitri.. dh dapat adik ipar dah.. lepas ni kalau aina balik umah mak dh tak sebebas dl la.. kena pakai tudung, hehe. kepada rakan taulan yang tak berkesempatan dijemput, mohon maaf banyak2.. jemputlah utk sertai pasukan kami semasa majlis menyambut menantu sebelah lelaki di melaka, 25 disember ni..

2. Berita sedih
Dalam kesempatan aina hendak menyambut puasa... malam pertama kita semua nak berpuasa, aina dah rakan-rakan sekolah menengah terkejut dengan berita kematian sahabat a.k.a ketua tingkatan kami, Asydi... terkedu.. sedih tak dapat menatap wajah sahabat dan menziarahi isterinya yang juga sahabat sekelas kami dan anaknya yang masih kecil kerana keuzuran, namun dari jauh tetap mendoakan agar rohnya selamat disemadikan..

Dan dalam keriuhan kita semua menyambut raya... aina dan sahabat-sahabat space utm terkejut dengan berita kematian seorang sahabat yang disayangi dan dikenali Syed Nasrul Faisal Syed Mahmud.. penceria kelas dan keadaan...pada hari Jumaat, 24 September 2010 bersamaan 15 Syawal 1431H, jam 10:30 malam akibat kemalangan jalanraya.. pada yang tonton berita tentu ingat berita kemalangan ngeri di jalan Mahameru yang melibatkan kereta toyota harrier yang terbabas dan melambung ke atas separuh badan kereta honda arwah yang pada waktu itu berada di jalan sebelah menghala ke arah bertentangan..

sedih bila kenangkan derita sahabat ini sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir.. sekarang ni.. banyak yang menjadi mangsa keadaan.. yang melanggar tiada apa.. sama-samalah kita berdoa semoga kita semua dijauhkan daripada segala keburukan.. amin...

3. Bisnes
Alhamdulillah berkat doa semua rezki dalam berbisnes ni semakin ok.. kepada para ibu yang baru, anda dijemput untuk menyertai seminar penyusuan susu ibu di cawangan lunatots putrajaya pada 30 oktober ini.. dan kepada para wanita.. ada hadiah misteri dan pelbagai keistimewaan menanti di laman web butikna sekarang.. so .. keep update eh.. :)

Bercakap soal lunatots.. hari jumaat lepas, singgah sebentar di lunatots putrajaya untuk berjumpa dengan k.haz... tak sangka team pa & ma pun ada bersama. hehe. dan paling tak sangka dapat berjumpa dengan suraya, pengasas dan owner lunatots. sangat berbesar hati dan gembira dapat jumpa suraya. ye.. beliau seorang yang comel lote... dan paling best humble person.. sukar utk aina jumpa dengan keglamouran yang ada, beliau dengan ramah tamah menyapa, sesi soal kenal pun berjalan antara kami mcm dh pernah kenal! hehe.

4. Kehidupan
Alhamdulillah.. semakin ok dan semakin hepi dan bahagia dengan apa yang ada disekeliling, hehe :p mak ayah mertua telah selamat sampai di Mekah mengerjakan haji, seronok tengok anak-anak dan hubby tersenyum meleret tanda kepuasan bila dapat hantar mak ayah kerjakan haji hasil titik peluh mereka.. doakan semoga mak ayah mertua sihat sentiasa dan dapat haji yang mabrur serta selamat pulang ke M'sia ye..

oklah.. smpai sini dulu celoteh aina... :)
Nota : ehem.. bile la bole dapat gambar potret raya ni.. org lain sume dah upload ni :(

0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates