Wednesday, June 06, 2012

Bayi Tidak Mahu Minum Susu Dari Botol?

Gambar ihsan Mr. Google
Assalam,

Sedang asyik menyusun tajuk nak cerita dalam diary maya ni, saya dikejutkan dengan sms daripada seorang ex-student junior saya semasa di kolej dulu.. "Salam kak..saya ada mslh ni.. bb xnk isap susu btl..padahal susu tu susu sue.. sue perah..akak ade cadangan x?"

Maka inilah jawapannya..

Apa yang beliau(mungkin ibu-ibu lain juga) alami adalah rintangan yang biasa ibu-ibu menyusu alami bila nak train anak guna botol. Mungkin list-list kemungkinan di bawah boleh bantu beliau untuk cuba dan cari kaedah penyelesaian... paling penting ibu-ibu kena banyak sabar, cuba dan kuatkan minda dan hati.. InsyaAllah.. lambat laun ibu-ibu akan dapat jalan penyelesaiannya, ok... :)

So mari kita senaraikan masalah dan teknik penyelesaian yang mungkin

1. Nipple Confussion
Bayi sangat sensitif dengan bau ibu. Sejak dari keluar alam rahim baby akan menangis, bukan kerana lapar (fakta : bayi yang dibuang masih boleh hidup 3-4 hari tanpa bekalan makanan dan minuman.. subhanallah..) tapi kerana manjanya beliau. Sudah biasa dengan alam rahim yang sempit dan bila keluar tentulah hendak didakap mesra oleh ibu.. dulu disuap dengan tali pusat namun kini nipple ibu lah tempat yang paling selamat. Betapa besarnya kuasa Allah, memberi kebijakan sebegitu kepada bayi..

Dan kerana bijaknya baby kita, dia tahu membezakan antara yang original dan tiruan..

Mula-mula, kita kenalah bersyukur jika bayi kita menolak untuk minum dari botol.. itu adalah petanda pertama bahawa baby kita sudah boleh membezakan satu perkara :)

Mungkin teknik-teknik di bawah boleh kita;

a) Elak kita yang bagi EBM
- sebolehnya dapatkan bantuan daripada orang sekeliling seperti suami/ibu/bapa/ kakak atau orang lain yang boleh berinteraksi dengan baby untuk bagi EBM diperingkat awal. 
- sebab baby cerdik.. kenal bau kita, selagi ada bau kita selagi tu dia ngada2 nak direct feeding! ;-)

b) Try guna cup / picagari / sudu / penutup botol ubat (syringe)
- semua alat2 ni diguna sebagai kaedah permulaan untuk anak terima EBM
- ada yang bila dah ok boleh beralih ke botol pula, namun ada juga yang lebih suka teruskan guna alat yang ada tanpa guna botol untuk elak baby nipple confussion lagi.

c) Try n error cari puting yang sesuai
- bagi yang menggunakan botol, recommended puting untuk dicuba : tommie tippie / NUK / MAM/ Avent/ Dr. Brown
- puting-puting ni bentuknya seakan2 bentuk puting kita, cuma bau puting tu yang akan dipilih oleh baby..
beli satu produk, kalau tak boleh try produk seterusnya.. :)

d) Gunakan helah
Helah 1:
- biasanya baby masa dia mamai nak tido tu mungkin dia akan hisap jari, try tarik jari dia dan sumbat dengan botol. 
- ingin diingatkan bahawa kaedah ini perlu dibuat sekali nafas sahaja
- sebab biasanya kalau orang bising atau tegur dia akan lepaskan botol tu..

Helah 2: 
- baringkat baby atas peha, mengiringkan badan menghadap dada kita (posisi seperti nak bagi susu badan) selak baju dan jatuhkan pada area muka dia, then terus sumbat botol (nampak agak kejam tapi ia satu usaha berguna yang boleh diguna). cuba untuk kekalkan position supaya baby 'selesa'.

Macam-macam helah lagi yang boleh dibuat oleh para ibu dan orang-orang disekeliling.. ibu kena kreatif! :)

e) Susukan baby sebelum lapar / mamai
Saya quote cerita cikgu azleen dalam blog nya ok..

"Biasanya bayi akan tidur kan?
Bagi Afiah, biasanya beliau akan tidur lebih kurang 2 jam, dan bangun juga dalam tempoh lebih kurang yang sama.. Maksud saya 2 jam tidur, 2 jam jaga, tidur semula selama 2 jam, jaga lagi 2 jam, dan tidur semula.. Kecuali pada waktu malam , dimana Afiah akan tidur berterusan antara 4 ke 6 jam..
Jadi, apa yang saya lakukan adalah setelah Afiah tidur lebih kurang sejam, saya akan mula panaskan susunya.. Saya gunakan warmer jingle-jungle..
Selepas itu, saya akan memerhatikannya dengan lebih kerap.. Sebaik saja Afiah menunjukkan tanda-tanda yang beliau lapar dan akan tersedar dari tidur, saya akan terus memberikan beliau susu melalui botol..
Oleh kerana pada waktu ini biasanya beliau dalam keadaan separuh sedar, beliau tidak akan perasan bahawa beliau menghisap puting tiruan.. Hahaha..
Afiah kenyang tanpa tangisan.. Yezzaaaa!
Biasanya juga selepas 15 ke 30 minit, saya tetap perlu berikan Afiah breast cuma kali ini bukanlah beliau menghisap kerana lapar sebaliknya cuma menghilangkan ketagihannya saja.. Layan ajerlah.."
2. Tolak EBM .. lebih suka yang fresh

Teknik yang boleh digunakan :

Mulakan dengan memberi bayi minum susu perahan segar / fresh.. maknanya susu yang diperah pada hari yang sama.. jangan terus beri ebm yang beku.. Kerana, rasa ebm bekuk kurang enak berbanding yang segar..

Manfaatnya, ibu boleh dielak daripada bermalas-malasan mengepam yang akhirnya menyebabkan pengeluaran susu berkurangan.

Dan, selepas baby biasa dengan rasa ebm, barulah beransur-ansur memberikannya ebm yang diperah semalam, 2 hari sebelum, 3 hari sebelum dan akhirnya ebm beku.

3. Bau susu

Teknik : periksa peti sejuk / freezer

- Kadang-kadang susu ebm yang disimpan dengan produk-produk beku lain seperti lauk pauk dan makanan lain boleh menyebabkan susu ebm berbau seperti makanan yang kita simpan.
- So make sure makanan dan minuman yang disimpan bersama ebm di seal dengan sempurna. atau simpan dalam bekas yang bertutup rapat seperti tupperware. 

Akhir sekali, jika kita telah melakukan semua yang terbaik untuk baby kita, anak masih tetap tidak mahu minum susu dari botol, usahlah terburu-buru dan risau.. banyakkan berdoa pada Allah, kuatkan dan tabahkan hati dan emosi.

Perhatikan perkembangan anak untuk tempoh 2 minggu ke 1 bulan.. Selagi anak kita sihat, aktif, ceria dan berat badannya maintain (tak semestinya sebab insyirah berat tak naik2 hehhe) tiada apa yang kita perlu risau samada anak minum susu mencukupi atau tidak..

Apa yang anak kita minum itulah yang diperlukan olehnya. Penyusuan susu ibu itu mencukupi tanpa mengambil kira berapa oz yang telah diminum dalam sehari..

Keep on positive thinking, pumping dan simpan stok... insyaAllah.. doa kita akan dimakbulkan Allah kelak... ok! 

Nota ummi : rindu saat2 menyusu... akan cerita tentang macamana insyirah wean-off dengan ummi dia satu hari nanti :)

Assalam,

8 komen blog nie:

miss siti said...

Brp lame tempoh cmni ek..huhu bby sy pn jd cmni..tp sy da stat cmpur susu dr awal lg..dlu die isap elok...lately ni die xnk mnum..smpai nanges2 dipsksa mnum..bby bru nk msuk 3 bln..

norulaina said...

sebenarnya bergantung pada keadaan dan situasi. ibu perlu dapatkan bantuan dan kerjasama daripada bapa dan org2 yang akan menjaga baby untuk bantu dalam perkara ni.

perkara 1 kena buat adalah tak beri susu formula pd baby. jika diberi, bermakna puan ada pilihan lain.

seterusnya puan perlu pastikan setiap perkara yang telah dihuraikan dalam tulisan di atas telah dilakukan, perlu usaha lebih, insyaAllah..

miss siti said...

Huu sy x bjaya bg susu bdn..sbb susu xde..pam dpt 1 oz pn susa..tu sbb tpkse bg susu frmula..:(

Tp skang ni pacifier die nk plak..dlu xnk..skang die mrh kalo ade susu..bile bg pacifier die isap plak..pelik..so tpkse gune helah bg susu time die mamai

norulaina said...

jika puan mau, puan boleh buat perkara-perkara seperti berikut;
- ambil cuti rehat beberapa hari
- belajar untuk menjadi seorang yang tenang dan lapang fikiran
- belajar untuk menjadi seorang yang berfikiran positif
- lakukan power pumping setiap hari (walaupun pam kosong tiada udara, jika puan positif, akan ada hasilnya nanti insyaAllah)

puan perlu tau setiap ibu boleh menyusukan bayi mereka, setiap anak ada rezeki (susu) masing-masing.

jika puan berkata pada diri 'tiada susu', maka 'tiadalah susu'...

tapi jika puan berkata pada diri 'saya ada susu bnyk' setiap masa setiap hari maka 'akan banyaklah susu' satu hari nanti..

setiap ibu yang akhirnya dapat menyusu dan menghasilkan susu yang banyak bermula dengan susu yang 'tiada'

:)

Unknown said...

Salam...,tgh mncari2 info psl anak x mo nyusu btl jmp blog ni... huhu.. anak sy x mo isap susu ibu dr botol.. dh cb mcm2 puting x mo jgk... sedih sbb kesian ank kne tggl n x mo nyusu,sggup nangis2 smpi tertdo.. bile balik kne,die punye lame melekap... aduhaii.. bile mlm try gk main2 tipu2 bg nipple n puting ms die mamai.. tp x brjya jgk.. die trus tercelik mata mcm terkjut bile isap puting tiruan.. dr 1 sdt sy syukur anak nk bf sbb yg 1st dlu 3bln je dh xmo bf.,, sedih rs.. kali ni allah uji mcm ni..hmm sy htp anak pelan2 nk la jgk isap dr botol.. doakan ya... :-)

norulaina said...

w'salam, insyaAllah, gudluck puan..

noob said...

Situasi miss siti sama mcm sy skg ni..sy tgh search google mcmn nk sng berbotol bayi yg usia mcm anak kite..bayi sy lahir 17januari..nk msk 3bln..dr kluo wad dh ajar puting pigeon,die nak je..msk je sbulan lbh,die mnangis sampai tsedu2..akhirny sy kalah bg nenen..sy dh try mam,pigeon kecik dan besar,NUK latex dan mimijumi..

Unknown said...

sama situasi dgn anak sy.rasa nak berhenti kerja.tapi masih terikat dgn contract syarikat.anak skg masih 4kg dah nak masuk 3bulan.sedih..😢😢😢

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates