Jom Pergi MAHA 2012 :)
Acara yang ditunggu-tunggu MAHA 2012 kembali.. hehe :) (Seronok sebab dah plan nak borong bnyk barang ;) )Alhamdulillah setelah beberapa kali penganjuran MARDI, akhirnya MARDI diberi peluang untuk menjadi penganjur MAHA bagi tahun 2012.
Banyak produk pertanian dan macam-macam aktiviti yang akan diadakan, layari laman web MAHA untuk maklumat seterusnya ok..
Kepada mereka yang nak datang tu, nasihat saya..
- Pakai kasut / selipar yang selesa, tidak bertumit tinggi..
- Bawa barang-barang keperluan seminima yang mungkin (payung lipat, purse kecil sahaja, air botol mineral dll)
- Rancang perjalanan anda....
* sebolehnya datanglah awal untuk mendapat parking dan tidak tersekat dalam jammed..
* anak-anak diberi makan dan minum secukupnya terlebih dahulu untuk mengelak terlampau letih sesampai ke tapak MAHA,
* lihat dan download map sebelum datang... rancang nak pergi mana dulu untuk mengelak keletihan dan rungutan :)
Saya menyarankan agar lawatan dibuat dalam 3 hari.. rancanglah aktiviti yang anda ingin sertai dan tapak pameran yang anda ingin lawati..
Paling penting, hormatilah dan ikuti arahan petugas, petugas-petugas adalah kalangan warga MARDI, fahamilah keletihan yang mereka alami, dan cuba bertolak ansur sekiranya ada apa-apa masalah, kerana dijangkakan pengunjung MAHA 2012 kali ini adalah 3 juta orang :-) Jujurnya saya tabik kepada semua petugas-petugas MAHA 2012 di atas komitmen dan kerja yang telah dilakukan oleh mereka.. :)
Jom pakat ramai-ramai pergi MAHA...! :-)
Assalam,
0 komen blog nie:
Post a Comment