Soalan terbaru anak kecil ... di usia 3 tahun 11 bulan..
Soalan terbaru Annur Insyirah..
Perbualan berlaku setelah kami selesai solat bersama, dan ummi sedang kemas2 katil ..
Insyirah : Ummi, syirah solat, Allah sayang, boleh masuk syurga, kan?
Ummi : A'a... syg (sambil tersenyum)
Insyirah : Ummi masuk syurga, adik, ayah, blah.. blah.. blah (dan semua nama yang jadi feveret ingatannya hihi)
Mm ummi, syurga tu kat mana?
Ummi : Syurga tu kat atas langit... jauh kat atas..
Insyirah : Syurga tu cantik kan? ada air sungai kan.. air sungai syurga boleh minum tak? air sungai kat rumah kita tak boleh minum kan?
Ummi : mm cantik sgt... ada taman main, air sungai syurga boleh minum syg..
Insyirah : Macam mana nak naik kat syurga, jauh sgt.. kita naik kapal terbang ke ummi?
(Ummi sambil tahan gelak)
Ummi : Tak, (masa ni ummi dah sedikit blurrr.. nak cerita macamana yer.. tp... belum dan ummi jawab, ni insyirah jawab)
Insyirah : Masuk syurga tu lepas meninggal ye ummi.. macam tok gi tok ayah, macam tok gi.. meninggal (mukanya nampak sedikit sedih)
Insyirah : Kenapa tok gi dgn tok ayah meninggal?
(Ummi tak mampu tahan perasaan, tiap kali sebut nama mek dan tok ayah hati ummi sebak nak..)
Ummi : Semua org akan meninggal syg, (kali ni sy tarik insyirah duduk bersama-sama atas katil, serius hendak anak kecil itu tau hakikat kehidupan dunia akhirat...)
Insyirah : Semua meninggal? nanti ummi meninggal, ayah meninggal, adik meninggal, dan nama-nama lain yang diingati..
Ummi mengangguk..
Insyirah : Habis tu?
Ummi : Bakpo (kenapa?) insyirah sedih ko? insyirah syg ummi? syg adik?
Insyirah : Aaaa (air mata anak kecil dah bergenang, mukanya sedih dan tegang...)
Ummi : Oklah.. ummi cerita.. kalau insyirah syg ummi, syg ayah, syg adik, syg semua org, Insyirah kena jadi good girl, jadi budak baik, dengar cakap ummi dengan ayah... nnti bila meninggal boleh masuk syurga dengan ummi, ayah, adik, dgn semua org... ok? (smbil peluk anak kecil.. hati ummi agak sayu tika ini...)
Suasana lengang seketika.. ummi tau anak ummi tengah fikir sesuatu.. tiba-tiba..
Insyirah : Ummi, meninggal tu sakit ke?
Ummi : Sakit sikit kalau Insyirah baik dgn good girl, tapi kalau tak good girl sakit banyak...
Nampaknya Insyirah puas hati dengan jawapan ummi kali ni.. insyirah terus bermain-main..
Dan, nampaknya ummi dan ayah perlu mencari ilmu menjawab soalan ... huhu...
0 komen blog nie:
Post a Comment