Featured

Thursday, October 01, 2009

selamat hari raya!

raya tahun ni insyirah sonok sgt beraya smpai tak sempat nk bergambar hihi..
tengoklah dapat amik gambar hari terakhir kat kg .. ms kenduri cik nik ritu..

insyirah dgn ummi dan ayah..
tgkla sy suka spoilkan gamba hehe :)

insyirah dgn maklong ogy

tambah lg sorang, dgn along aqif

dgn ummi & ayah.. waa.. kami merasmikan katil pengantin ke ni? hehe

br smpai kat umah.. tgh penat nie..
tp nape jelir lidah? ummi la ni kaco hehe


ummi.. sudah2le tu.. insyirah dh penat nie.. :)

ok.. last picture :)

Wednesday, September 30, 2009

saya dh berumur 2 bln :)

umur insyirah ms ni dh 2 bln 5 hari.. ms 1/9 ritu gi checkup kat klinik kena cucuk 2x, alhamdulillah insyirah ok.. ummi dh cuak risau kalu insyirah nangis ke pe.. ape la ummi ni risau tak bertempat ek :)

makin tembam anak ummi nie :)

ni aksi pe ni? hehe

dh pandai beraksi dpn kamera ye anak ummi ayah nie :)

gambar feveret ummi...
permata hati ummi ni :)

ayahnye ok lg.. insyirah yg tak ok dh penat ..

Monday, September 28, 2009

Rambut Insyirah kena cukur!

18 ogos 2008, rambut insyirah kena cukur ngan tok wan.. nampak lain sangat muka hihi.. pasni kepala anak ummi ni dah bersih, nnt tumbuh rambut baru ye...



selamat hari raya!

salam ya salam..

"selamat hari raya! maaf ye salah silap.." sambil tersenyum tulah ungkapan yg kita dengar sehari dua ni. alhamdulillah, raya tahun ni amat berharga bagi diri saya..... selain masih berpeluang menyambut lebaran bersama kedua-dua keluarga aina dan hubby, kami diberi kesempatan utk meraikan hari mulia ni dengan cahaya mata permata hati, insyirah..

selamat hari raya!
dari kami : aina, hubby dan insyirah


atas sebab-sebab teknikal (mungkin baru bergelar ummi dan ayah), mgkin kami masih lagi dlm proses belajar utk meraikan lebaran bersama si kecil, plan punye plan pakai baju sedondon tp tak berkesempatan amik gambar bertiga.. hanya dapat bergambar masa kenduri rini yg lps, alhamdulillah mujurlah insyirah ok hehe.


antara kegembiraan saya yang agak ketara bila kali ni adalah turn aina sekeluarga berhari raya kat kelantan. perjalanan balik mengambil masa 11 1/2 jam mmg memenatkan namun itulah 'raya' yg sebenar, kan! kalu tak jem tu mmg tak raya laa.. :) masa raya ni ramai yang wat perkara yang disunatkan e.g kahwin dsbnya. samalah seperti keluarga kami, ipah selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, nuar pada hari raya ketiga, maaflah x dapat raikan bersama, tp doa kami tetap utk kalian :) gambar-gambar kat bawah ni masa akad nikah, curi drpd blog kak ha hehe

perkahwinan sepupuku ipah
menyarungkan cincin pd suaminya yg tercinta


perkahwinan sepupuku ipah
serahan mas kahwin perkahwinan

kat sebelah grik pun sama.. keadaan insyirah ok maka kami sekeluarga berkesempatan pergi ke kuala ketil kedah utk raikan majlis menghantar adik ipar saya, rini. oklah selamat berbahagia utk sepupu kami ipah dan adik perempuan ku, rini ... selamat berbahagia juga kepada semua pengantin-pengantin di luar sana :)


aina dan suami bersama pengantin, rini dan kholid

Thursday, September 10, 2009

lagak tido

hehe... tgkla insyirah tido ms kecik2 dl ... mcm2 ragam :)

tomeinyeee...

haa.. ni gambar penuhnya
habis longgar bedungnya hehe

ni lagak pe pulak ni?

hehe i'm free :)

mendapat kebebasan sepenuhnya dr ummi :)

ni kiranya nyenyak la niee

hehe.. cik ti kata "ala tomeinyeee.."

i'm back!

salam semua.. dh lama tak update blog ni, sempat menjenguk je.. alhamdulillah selamat sudah aina jalani tempoh dan saat-saat yang mendebarkan. skrg dh jadi seorang ummi, kesibukan uruskan anak dan rumahtangga tu terasa la sgt2.. mcm2 perasaan berlegar kat dlm diri namun alhamdulillah berkat kekuatan dan pertolongan dariNya serta sokongan hubby dan keluarga membantu saya menguruskan segalanya dengan lancar.

tanggal 4 julai yang lepas, alhamdulillah aina telah selamat lahirkan seorang bayi perempuan, diberi nama Annur Insyirah dengan berat sebanyak 3.0kg. terima kasih kepada semua yang sudi memberi pertolongan, mendoakan keselamatan dan melawat aina dan insyirah.

permata hati... Annur Insyirah Mohd Hanizal

ramai yang bertanya tentang pengalaman dan perasaan bersalin... mmg betul hanya org yang merasa dan melihat shj yg tau kesusahan itu.. kini aina dpt rasa betapa besarnya pengorbanan seorang yang bergelar emak.. betapa besarnya anugerah yang Allah berikan kepada seorang yang bergelar perempuan. terima kasih ya Allah kerana memberikan kesempatan untukku rasai semua ini.. hasrat aina untuk ditemani oleh suami dan mak tersayang dikabulkan, alhamdulillah..

oklah.. atas permintaan, beginilah ceritanya... 4 julai yg lepas, jam 8.30 pg aina ditemani hubby ke klinik spt biasa untuk check-up appointment. ms jupe doc tu saje je la bercerita yg tido malamnya tak lena sbb rs tak sedap perut. doc pun terus buat pemeriksaan CTG.. didapati bukaan serviks dah cecah 4sm dan terus minta aina disorong masuk ke bilik bersalin. memandangkn keadaan diri yg masih belum bersedia nk terima hakikat akan bersalin.. perasaan ms tu.. takut, gementar.. semua ada.. namun jam 9.30pg aina dibenarkan rehat di wad kerana ada pesakit yg perlu bersalin ketika itu. alhamdulillah aina tak ada rasa sakit tapi boleh tertidur kerana terlalu mengantuk, akhirnya jam 11.30 bilik bersalin dh ready, nurse bawa ke bilik bersalin.. memandangkan tiada apa yg berlaku, jadi jam 12.30 doc masukkan air.. br la terasa sedikit senak di perut. jam 1.30 petang, doc bantu aina dengan memecahkan air ketuban. ms tu br la sedikit demi sedikit terasa kesakitan tu. rasa tak tertahan sakitnya bila memasuki jam 2.45 petang dan akhirnya alhamdulillah jam 3.37ptg aina selamat bersalin.

terima kasih aina ucapkan kepada staff nurse yg melayani karenah 'takut' tahap serius sewaktu bersalin.. terima kasih kepada doktor yg merawat aina, Dr Noraini.. dan warga klinik yg membantu aina selama berada di sana.

satu pengalaman yg tak dapat aina lupakan.. satu kenangan yg tak dpt aina gambarkan kerana kini bergelar seorang ibu.. namun bagi mereka yg belum ada rezeki, jgn kecewa, jgn sedih, kerana Allah buat sesuatu tentu ada hikmahNya.. anda & pasangan masih boleh berbulan madu.. kerana bila dh ada baby ni, bnyk yg perlu dikorbankan..

Note : nk tgk gambar Insyirah lagi... klik kat sini ye

Wednesday, September 09, 2009

Main dengan ayah

Insyirah mmg suka main ngan ayah. Ms ni ayah dah nak balik, so main-main kejap ngan Insyirah sblm ayah bertolak. Insyirah kuat, tiap kali ayah nak balik Insyirah sedih tp still maintain tak tunjuk.. huhu



Wednesday, July 15, 2009

Majlis cukur rambut

Alhamdulillah dengan IzinNya hasrat untuk menama dan mengisytiharkan nama penuh Insyirah telah sempurna dijalankan pada 10 Julai 09 bersamaan hari Jumaat yang lalu.

Satu majlis kesyukuran kecil-kecilan diadakan kat umah tok ayah dan nenek kat kajang.. ni gambar-gambarnya..

Majlis dimulakan dengan bacaan selawat ke atas nabi Muhammad dan bacaan yasin oleh tok ayah, ayah dan ayah ngah serta barisan-barisan kaum wanita kat umah tu..

Tok ayah memulakan upacara mencukur rambut Insyirah

Diikuti dengan ayah

"alamak ayah, nape ni?" wat suspen je... hehe

Tok ayah cuit sikit air zam zam dan buah kurma tanda pecah mulut.
Insyirah makan apa saje yg disuap.. yummy.. hehe

Ayah ngah pulak amik peluang cukur rambut Insyirah..

Pastu cik ti la pulak..

Nenek pun cukur rambut Insyirah gak, tp gambar tak dapat disiarkan atas sebab-sebab peribadi.
Semoga Insyirah selalu diberkati oleh-Nya.. amin ya rabbal alamin!

Tuesday, July 14, 2009

memek2 muka Insyirah

hehe.. ummi ngan ayah paling suke tgk insyirah wat muka.. main-main mata. auntie2 sume suke.. tp kadang sempat kadang tak sempat nk amik gambar bile dh ralik .. thanks cik ti sbb suke amik gamba insyirah! hehe

ni muka maintain :)

haa.. jeling ummi yee... ker insyirah mrh sape tu?

"ayooo! ape tu?" - muka kagum / tekejut

ni agaknye muka sedih ke sayu ni? hehe

senyum sayang...
ssh nk tgk insyirah senyum ni

senyum lg.. :)

hehe muka nk tergelak

ni br tul2 gelak.. tu pun lokek je gelaknye.. pemalu kann..

insyirah sorok muka dr sape tu?


Monday, July 13, 2009

04 Julai 2009 - Lahir ke dunia!

Salam...

Alhamdulillah dengan izin-Nya.. permata hati yang ditunggu-tunggu lahir jua.. jangkaannya akan dilahirkan pada 07 Julai 09, namun ketentuan Ilahi tetapkan bayi kami bernama Annur Insyirah Mohd Hanizal lahir 4 hari lebih awal. Dengan berat sebanyak 3.0 kg, Insyirah dilahirkan secara normal tepat jam 3.37 petang.

Ni gambar-gambar Insyirah dari hari pertama dan seterusnya...

05 07 09 : hari kedua Insyirah

06 07 09 : Insyirah dh dpt blk umah nenek.. bestnye :)

07 07 09 : muka Insyirah dh naik ruam2...
so kena tempek ngan bedak kanji bnyk2 nk suh sembuh.. comotnyeee... hehe

08 07 09 : lenanya Insyirah tido...

09 07 09 : tgkla ummi tempek bedak kat muka Insyirah..
habis hilang kecomelan Insyirah huhu

10 07 09 : time Insyirah ok mmg suka tido..
wat ms ni berbantalkan kain lampin je la ek..

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates