Featured

Tuesday, August 28, 2007

ilham...

salam.... lately agak sibuk menyiapkan kerja yang berlambak dek kerana rs jatuh ... a.lillah saya rs syukur kini dapat bangkit kembali.. dalam hidup ni adakala kita akan rs zaman kejatuhan, amik dan cari peluang utk bangkit kembali... cuba fikir dan senaraikan kelemahan dan kekuatan diri... tangkis kelemahan tingkatkan kelebihan diri.. itulah sebaiknya... tak ada gunanya menyesal / rs sedih / rs risau / fikir macam2... jauhkan semua itu kerana ia hanya memakan diri sendiri! musuh hanya akan menepuk tangan bila lihat kita jatuh.... pada sesiapa yang ingin tau di mana saya cuba mencari kekuatan selain berdoa kepada tuhan, ikutilah tip setiap hari selama 1 minit melui karya seorang jutawan di web ni... http://www.irfankhairi.com/blog/ .sekian lama blog ini menjadi inspirasi saya utk terus maju. walaupun saya tak dapat jadi usahawan lagi, seronok rsnya dapat baca info dan maklumat terkini yang beliau ajukan... iklas dan jujur....

Friday, August 24, 2007

Cara simple beramal jariah...

Sesuatu yang bagus utk diamalkan;

Rasulullah SAW bersabda, "Bila seorang anak Adam wafat, maka amalnya terputus kecuali tiga hal: [1] Shadaqah jariah , [2] Ilmu yang bermanfaat dan [3] Anak shalih yang mendoakannya. (HR. Muslim, Abu Dawud , At-Tirmidzi , Nasa'i dan Ahmad )

SADAQAH JARIAH - KEBAJIKAN YANG TAK BERAKHIR

1. Berikan al-Quran pada seseorang, dan setiap dibaca, anda mendapatkan hasanah .
2. Sumbangkan kursi roda ke hospital dan setiap orang sakit menggunakannya, anda dapat hasanah .
3. Berbahagi bacaan yang berfaedah dengan seseorang.
4. Bantu Pendidikan seorang anak.
5. Ajarkan seseorang sebuah do'a. Pada setiap bacaan do'a itu, anda dapat hasanah.
6. Berbahagi CD Quran atau Do'a.
7. Libatkan diri dalam pembangunan sesebuah masjid tenaga atau harta.
8. Letakkan pendingin air di tempat umum
9. Tanam sebuah pohon. Setiap seseorang atau binatang berlindung dibawahnya, anda dapat hasanah.

dan yang paling senang....
10. Ajarkan dan turunkanlah ilmu kepada sesiapa sahaja yang memerlukan, selagi dimanfaatkan, selagi itulah kebajikan akan akan mendapat hasanah.....



Note : subhanalllah..... pemandangan Masjid Omar Ali di Brunei Darussalam......




jam 12.45 malam...

salam.... sekarang jam menunjukkan pukul 12.45 malam, mata dh mengantuk tapi cuba gak utk upload gambar2 ms pi jb ari tu.... tapi tak berjaya. tak pe la, kalu ade rezki bolehla aina upload pg esok, tgkla mcmana hajat awlnya nak ikut rombongan pegi karnival dan pameran buku kat bernama. kata nya ada jualan best sy pun tak pasti... nak kembali cam dl, sehari ade saja buku yg akan dibaca walaupun beberapa helai. cuma sekarang ni tak sempat bnyk aktiviti lain. tp bila difikir2kan, tak sepatutnya semua tu dijadikan alasan. kadang2, 'alasan' diguna utk selamatkan keadaan tp kalau kita terdedah dgn 'ada saja alasan' tak kah memudaratkan kita sendiri??? kadang2 terjerat, kadang2 tertipu, kadang2 juga menjadikan kita lebih 'manja'.....

ok... berbalik pada cerita malam ni, lain yg dirancang lain pula jadinya. apapun tq kat ati sbb belanje famili makan2 ek... hehe bnyk abis tu. tp tak pela sekali sekala dpt 1st gaji pe salahnye kan... hehe. kitorg makan kat anjung serdang, masing2 kemain lagi memesan... last2 perut pun kenyang, balik msg2 solat isya' dan tido... mata saya pun dh mula merah2... sok risau pulak kalu tak larat nak bangun sbb badan masih lemah kerana demam yg dah menjenguk 3 minggu.... tp a.lillah aina masih bersyukur demam tp 'serangan' demam tu hanya menjengah waktu malam.. waktu siang tubuh masih ok, masih stabil w.pun agak pening2...

ok renung2 kan lah apa yang aina cuba bincangkan tentang alasan tadi... mmg alasan perlu untuk menyelamatkan diri, tapi awas, jgn sampai menjerut diri.... :-)

note : teringat kat kata2 akhir Ustaz Wan Sohor dalam ceramah nya kat Sg Ramal Dlm yg lepas, jauhkan diri kita dari 4 perkara (aina hanya ingat 2 perkara hehe) : jgn berbohong-walaupun utk tujuan kebaikan(kononnya), jgn terikut2 dgn budaya barat semasa, dan jangan ??? (nanti aina update ek)

Thursday, August 23, 2007

Tips hadapi musibah

Cuba setkan dalam minda..Jadikanlah musibah tu sebagai permainan dalam hidup. Permainan yang menghiburkan. Cukuplah sekadar sekejap saja berseronok dengan hiburan itu, lepas hiburan itu berakhir..tak perlu lagi dikenang. Ingat, satu hari nanti, kita akan dihiburkan lagi..dengan hiburan yang lain pulak yang lebih menyeronokkan.

Allah menguji hamba-Nya dengan macam-macam ujian. Itu salah satu tanda Allah menyayangi hamba-Nya. Kita sebagai hamba-Nya pulak, perlu anggap sebagai Sang Kekasih ingin bergurau senda atau bermain dengan orang yang dikasihi-Nya. Jadi, layanlah ia sebagai permainan dan hiburan saja.

Cuba fikirkan, kalau kekasih mencuit..melentingkah anda? Sang kekasih usik, mengamukkah anda? Itu semua kan hiburan daripadanya untuk kita..

Cukup indah kalau kita dapat setkan minda macam tu. Bila sakit pun kita mampu tersenyum.

Ingat musibah itu hanya hiburan..

Tuesday, August 21, 2007

cium sebelum kerja (bagi pasangan berkawin)

Pagi ni saya sempat membelek email dari kawan2, satu email menarik perhatian saya untuk direnung bersama...Berikut petikan email tersebut:

" .... Dalam Majalah Seri Dewi dan Keluarga keluaran tahun 2004 (gambar muka depan Siti Sharizah), ada dimuatkan tulisan yang mengenai ciuman 10 saat untuk suami.

Di dalam artikel itu, dinyatakan mengikut kajian yang dilakukan oleh pakar, para2 suami yang dicium oleh isteri mereka sebelum pergi bekerja mempunyai peratusan yang tinggi untukmendapatkan kenaikan pangkat. Bukan setakat itu sahaja, suami yang dicium isteri mengikut kajian dapat memanjangkan jangka hayat umurnya sebanyak 5 tahun.

Dan ada satu lagi fakta yang lebih menarik, proses berulangan diwaktu pagi ini dapat mengurangkan risiko suami mengubah haluan ke arah wanita lain.

Ini adalah satu fakta yang menarik dan dikeluarkan atas dasar kajian yang telah dilakukan. Sudah pastinya, kesahihannya tidak dapat disahkan secara100% peratus tetapi ianya adalah satu fakta yang harus diambil kira.

Terutama kepada para2 isteri yang tidak menganggap perkara ini adalah suatu perkara yang membantu dalam hubungan rumahtangga. Saya tidak nafikan, ramai pasangan suami-isteri yang menunjukkan pasangan bahagia dan romantik sebelum mereka berpisah untuk ke tempat kerjamasing-masing.

Kebanyakannya mencium tangan suami mereka, ada juga yang mencium pipi suami dan ada dengan berbagai gelagat lagi.

Tapi saya yakin tidak semua pasangan yang melakukannya. Lebih2 lagi bab mencium pipi suami ini. Dan yang disarankan adalah selama 10 saat. Dalam kes ini, saya ingin menceritakan kisah saya. Setelah membaca
artikel tersebut (yang ditulis oleh seorang lelaki), hati saya begitu berkobar-kobar untuk menpraktikkannya, lebih-lebih lagi apabila mengenangkan kelebihan2 ciuman ini.

Namun, saya agak malu dan tidak pasti samada suami boleh menerimanya atau tidak. Kerana pada anggapan saya, orang lelaki ni ada yang tak begitu suka menzahirkan hubungan kasih sayang dengan isterinya especially di hadapan orang. Suami saya ini bukanlah seorang yang romantik, sebab itulah saya sedikit musykil.

Walaubagaimanapun, memang setiap pagi saya akan mencium tangan suami sblm ketempat kerja dan ciuman itu akan dibalas semula oleh suami saya. Tapi pada tangan jugalah, bukan pipi.Itu pun telah cukup untuk membuatkan hati saya kembang kerana kesudiannya membalas ciuman saya.

Namun, misi saya yang terbaru ini masih belum dapat saya lakukan kerana saya tidak mengetahui tindakbalas dia terhadap keinginan saya.

Walaubagaimanapun, saya tetap meneruskan niat itu dengan menanyakan pendapat beliau tentang perkara ini. Dan yang pastinya saya menyenaraikan segala kelebihan yang bakal diperolehinya dengan tindakan tersebut( tapi yang cari lain tu saya tak sebut, hehehe...malulah).

Yang membuatkan saya gembira sesangat ialah kerana dia bersetuju dengancadangan itu. Macam tak percaya! Seronok rasanya. Maka saya rasa berjaya membawa perubahan dalam kehidupan kami. Walaupun nampak tidak besar mana, tapi ianya penting.

Maka pada hari-hari yang seterusnya (sekarang dah masuk satu minggu kot) saya akan mencium tangan dan pipi suami sebelum ke tempat kerja. Harap hatinya berbunga-bunga dan kerjanya pun berjalan lancar kerana pagi-pagi lagi dia sudah dibelai manja oleh isteri tercinta.

Di dalam buku psikologi yang saya baca, anak-anak akan mengikut apa dilakukan oleh ibubapanya. Kalau baik yang dilakukan, baiklah tingkahnya.

Kalau tidak baik yang dilakukan, maka tidak baiklah juga hasilnya. Apa yang ingin saya katakan ialah, pada Sabtu yang lepas saya terpaksa bekerja.Jadi suami dan anak perempuan saya yang berumur 3 tahun menghantar saya ke stesen LRT.

Sebelum kereta berhenti, saya telah mengambil inisiatif untuk mencium anak saya dan berpesan padanya agar jangan nakal2 sepanjang saya tiada dirumah. Sebaik saja kereta suami berhenti di hadapan stesen, saya terus mencium tangan dan pipinya dan membuka pintu kereta untuk keluar.

Keajaiban berlaku( pada pandangan sayalah ), anak saya yang berumur 3 tahun itu melihat perlakuan ayah dan ibunya lalu dari seat belakang, dia beralih seat depan sambil menghulurkan tangannya pada saya yang sudah berdiri di luar pintu kereta.

Lalu setelah saya hulurkan tangan saya,dia ambil dan diciumnya serta meminta saya mencium pipinya.

Hati saya sungguh tersentuh dengan perkara ini. Maksudnya anak-anak yang dididik dan ditunjukkan kasih sayang di hadapan mereka akan cuba menirunya juga. Ini akan menerapkan nilai-nilai kasih sayang dalam diri mereka semenjak mereka kecil lagi.

Oleh itu,para pembaca ...yang tidak pernah melakukan perkara ini, apakata anda mengambil inisiatif untuk melakukannya sekarang. Untuk menyuburkanlagi kasih sayang antara suami isteri, untuk memberikan variasi baru dalam perkahwinan, untuk menambahkan lagi rencah kebahagiaan dan memanjangkan lagi umur suami tersayang. Tak rugi sekiranya mencuba sesuatu yang baru. Selagi anda tak cuba selagi itu anda tak tahu kesannnya. Bagi saya ini satu pencapaian kerana saya telah melakukannya. Tidak bertangguh, namun pada pasangan yang telah agak lama mendirikan rumahtangga..jangan rasa anda telah terlewat untuk mencuba. Dalam rumahtangga, harus ada kelainan sepanjang masa, barulah lebih bermakna.

Takkanlah hari-hari nak makan lauk sardin aje....betul tak? Saya yakin para suami akan sukakannya, maklumlah sapa yang tidak suka di belai dan diberikan kasih sayang, benarkah begitu wahai para suami?

Bersetujukah anda dengan pandapat ini? Dan dalam artikel itu juga, dinyatakan bahawa penulis itu mengakui yang beliau tidak melakukan perkara tersebut walaupun bercium tangan sebelum ke tempat kerja dengan isterinya dan merasa rugi kerana tidak mengetahui fakta ini terlebih dahulu.Sekiranya beliau tahu, pastinya beliau juga akan mempraktikkan perkara ini. ....."


Kepada mereka yang masih bujang dan akan berkahwin, ambillah manfaat daripada artikel ini... kepada yang dah berkahwin, apakata dipraktikkan... saya agak bimbang bila mengetahui kes-kes perceraian di kalangan muslim kian menular dan berleluasa... bersama-samalah kita membina dan mempertahankan institusi penting ni dalam pembentukan umat islam yang akan datang... amin....

Monday, August 20, 2007

18 & 19 September...


Banyak cite disebalik kedua-dua tarikh keramat ni... almost every year ade shj cite menarik disebalik kedua-dua tarikh ni. thn ni, tahniah buat ati yg meraikan konvokesyen yg kali ke3 ( hehe.. plg banyak konvo dlm famili :-p ) utk master nye... loni dh dpt kije, jgn lupe belanja arrrr... hehehhehe :-)

bercakap psl pengembaraan ke jb, mmg sonok :-) ari jumaat ptg blk dr kije terus siap2 bertolak, sampai jb dh kul 10 malam, ntah pe yg dibuat borak2 sampai kul 1 tak tido lg:-) sudahnye msg2 liat nk bgn pg hehee.... seb baik berkonvo jugak mek tie.. ingat dh tak jadi hehe.... na, ida, adik ngan aru tak masuk dewan, sonok sambung tido kul 10 pg br bgn hehehe... pastu siap2 menapak dr hotel goodhope ke jalan utama, naik cab menuju ke tapak pesta konvo. kemain membeli belah sambung sampai ke malam hehe... bnyk la jugak pelaburan nyee....

ari ahad tu ingat nak bertolak dr jb kul 9, tip top tip top kul 12 t.hr br bertolak dr jb hehehe... kul 3.30 ptg br smpai umah... mmg letih tp menyeronokkan!

nak tgk gambar lg tgk kat sini la ek : http://naslinna.fotopages.com

Note : selamat hari ulangtahun perkahwinan yg pertama utk en azwal hehehe... :-)



Friday, August 17, 2007

keje... keje.. dan keje....

salam... petang ni a.lillah akhirnya saya dapat gak siapkan kerja spt yg dikehendaki, walaupun bnyk rintangannya.. kadang2 kita harus menerima kelemahan individu lain yg kadang2 tidak percaya / perasan / buat-buat tak perasan dengan apa yang kita alami... apa yg kita perlu buat adalah bersabar.. hehe.... ingat Allah selalu ada bersama kita... walaupun kadang2 apa yg kita nak / agak / perlukan tidak seperti yang disangkakan..... jika tiada ujian, maka tiada perubahan.... ujian merupakan titik perubahan yang paling penting dalam diri kita andai kita menerima dan menilai dari sudut positif.... fikir-fikirkan laa....

Note : tak sabar nak gi jb.... hehe..

Thursday, August 16, 2007

Sejarah Ayat Kursi

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang
dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari
godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;
"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah
sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya..

Maintainkan badan anda .... :-)

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:-

1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

2. Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur ( iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat
kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang
menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan
usus kita.

5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)

Note : thanks abg bg tips ni :-)

Tuesday, August 14, 2007

Nasihat Untuk Wanita...

Praktikkan nasihat di bawah, insyaAllah andalah wanita yg hebat! Aminn..

  • Untuk membentuk bibir yang hebat... ucapkanlah kata-kata kebaikan
  • Untuk mendapatkan mata yang indah... carilah kebahagiaan pada setiap orang yang anda jumpai
  • Untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing... berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan
  • Untuk mendapatkan rambut yang indah... mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari
  • Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah... berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.....

Dalam kata lain.....

  • Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.
  • Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia. Kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
  • Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya. Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan.
  • Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu..........

Anda dewasa dan matang bila...

  • Dapat bertenang & bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
  • Mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka & tersinggung oleh seseorang dlm kumpulan dan berlaku sbg biasa.
  • Tidak merasa iri hati bila melihat org lain dipuji & disanjung.
  • Dpt menghadapi kebencian org yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
  • Mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
  • Dapat menahan rasa sakit hati & malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
  • Terus berlaku adil & saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
  • Dapat menerima kritikan atau salah faham tanpa memperbesar-besarkannya.
  • Memandang jauh ke hadapan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan.
  • Memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
  • Berbahagia sendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
  • Mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
  • Menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha menimbulkan kesan-kesan negatif.
  • Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
  • Dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda merasa tidak senang kerananya.
  • Boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang anda tidak sukai.
  • Anda dapat mewujudkan rasa kasih sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
  • Sekiranya wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
  • Sekiranya lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang menjadi idaman setiap wanita.
  • Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur.

Monday, August 13, 2007

lei dh dpt run :-)


alhamdulillah lei dh dpt run... sukanya hati.... :-) sonok wat kerja-kerja admin ni.. bnyk ilmu psl nk trouble shoot dpt :-) tp bile nk dpt tu sshla.. jenuh rsnya.. .kena explore itu ini. tp bile dh dpt tu rs puas.... cam wat programming :-)


Saturday, August 11, 2007



lei down lg.... tulunnn......

Thursday, August 09, 2007

alhamdulillah...

setelah sekian lama saya bertanya dan meminta tlg, akhirnya wardah setuju untuk tlg upgrade kan blog saya ni ke 3 column.. makaceh2.. hehe. bile gaknye saya leh jadi seorang yang kreatif dan pandai explore internet? dulu bos saya pun pesan suh rerajin explore internet, malangnya sifat saya yang static tak pandai nak explore.. sudahnya saya wat kerja pun hasilnya lebih kurang sama.... jarang sekali dapat idea baru..

ari sabtu lps saya mula kembali belajar, dah lama bercuti ( dalam sebulan lebih ) perasaan bercampur baur. hepi rsnya sbb nak cepat2 habiskan studi ( kepenatan heheheh ), malas2 ckit pun ade hehhehe... belajar network, fuh... kena catch azim ngan kengkawan lain ni.. hehe.

ari isnin ngan selasa lepas aina tak masuk opis, dapat rezeki ikuti kursus admin + developer lotus notes, bestnye... bnyk perkara br yg aina dpt belajar. dpt kenal dengan en shahril dr interxs mmg best, seorang yg rendah diri walaupun bnyk ilmu. thanks a lot!. sepanjang dua hari kursus tu pun best gak dpt masuk menara IBM, kenal tv3 dan juga OU ( yang selama ni merasa nak masuk tp bila masuk biasa je hehe )

semalam mc, bukan sebab pe terjangkit demam ngan ati. musim pun ye gak. tekak rasa kering, selesema sampai ke kepala sakitnya... itulah kalu tuhan dah tarik nikmat... baru skit je tu.... ari ni masuk kije cam biasa, walaupun rs tak selesa coz selesema lum hilang tp redah je la... berjam lamanya meeting hrmis kat jpa, rs puas hati dpt jupe ngan pihak bertanggungjawab hrmis ni, so pasni mardi leh pakai hrmis je la ek... menggantikan sistem2 sediaada huhu....

note : hati tengah pening + risau ni... bos dh nak sambung belajo ... :-(

Thursday, August 02, 2007

ari minggu kat kelate...

ari ni br sempat menulis.... bnyk cite terkumpul tp tak sempat nk bercerita hehe... bermula dgn ari jumaat malam, kul 9 naik bas balik ke kg kat kelate.. dh lama tak naik bas sonok bangat hehe.. tp sediynye tak leh tido sbb sejuk yg teramat sgt... sampai ke tulang rs sejuk tu. tp b4 naik bas tu cam biasa la.. kalu nk blk kelate bnyk citenye. ari jumaat tu mmg bz sgt.. setelkan sume keje yg patut. sbb ari isnin ngan selasa cuti kan.. t.hari lak rushing pi alamanda beli brg keperluan dan bekal naik bas, tak smpai 45 mnt dh sampai kat opis. ptg tu dh la sampai umah lewat, sampai ptg siap2 tgk dh kul 8.45. siap2 solat terus berkejar ke stesen bas. a.lillah sempat la naik bas.. ko tak nangis la aina tak sempat ....

sampai kelantan kul 6 pg, tul2 dpn wakaf che yeh. nurul ngan mama dier amikkan. sampai umah dier borak2 then solat subuh pastu tido... janji asal ari sabtu tu nk round kb, ari ahad nk pi rantau panjang, pastu nak gerak kul 9 so tido la ngan nyenyaknye hehehe... sedar2 dh kul 9.30 pg :-) pastu rancangan diubah, kitorg tukar gi rantau pjg dl... lama tul tak gi rantau pjg, sonok..... sume benda murah2... kalu der duit mmg best. mmg la org kate kelate syurga membeli belah... org kelate ade kuasa membeli hehehehhee.... jln punye jln, sampai la kul 3 ptg, pastu gi kb, pi makan kat berek 12, best makan beso.. pastu pi masjid muhammadi (tempat yg plg aina suka pegi waktu tensen) solat... habis solat kitorg masuk bdr kb jejalan cari makan kat kelantan silk, ngan beli brg2 lain kat beberapa kedai. habis cite kat kb, hantar Da kat umh sbb dia dh penat sgt... terus pi wakaf che yeh ( sakan nye pi JJCM ek hehe) . jejalan kat SAT sat, beli kain, pastu pi pasar malam. ngan ujan nyee... lecak habis kotor baju hehe.. sampai umh dh dekat kul 11, a.lillah sume brg yg nak dicari dijumpai :-) blk tu sian mama nurul dh masak utk kitorg, borak2 makan solat pastu tido...

pagi ahad tu, bgn dlm kul 6.30 siap2 sume kuar umah ngan nurul ngan mamanye sekali dlm kul 7.30. aina ngan ati nurul kat stesen bas kb, dr kb naik bas pi pasir puteh umh mak long. bila turun bas tu ade ke kena tanye ngan org kitorg jual ape. mana tak nye, aina ngan ati bawak plastik besar tu. cam tok peraih pulak hehehe..... sampai umh mak long borak2 ngan dier pastu gi umah mek. best nye dpt makan ikan selayang rebus goreng ngan ulam+budu. sedap...... :-) t.hari tu kuar dr umh mek pi blk umh mak long antar kete. thanks to ane tlg antar k.na ngan ati pi kb... sampai kat kb kami dh keletihan, masih paksa diri jejalan hajatnye nak cari blouse, last2 aina sakit kepala kepenatan... so melangok jer tunggu kul 5, sbb dh janji ngan mama nurul nak jupe diorg kat stesen bas... sampai umah ilek2... pastu mlm tu kul 9 naik bas kat jln hamzah bertolak blk kl.... yang pasti percutian kat kelate mmg best.... sesangat... walaupun letih hehehe.... tak sabo nak blk lg hehehhee....



Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates