Anda dewasa dan matang bila...
- Dapat bertenang & bersabar seandainya hajat anda tidak tercapai.
- Mampu menyembunyikan perasaan anda yang luka & tersinggung oleh seseorang dlm kumpulan dan berlaku sbg biasa.
- Tidak merasa iri hati bila melihat org lain dipuji & disanjung.
- Dpt menghadapi kebencian org yang anda benar-benar merasa tidak sewajar dengan mereka.
- Mampu menguasai nafsu gelojoh walaupun anda ingin mendapat perkara yang anda fikir boleh dapat.
- Dapat menahan rasa sakit hati & malu seandainya anda tidak dapat hidup setaraf dengan rakan sejawat anda yang lain.
- Terus berlaku adil & saksama walaupun suasana sekeliling menghalang maksud anda.
- Dapat menerima kritikan atau salah faham tanpa memperbesar-besarkannya.
- Memandang jauh ke hadapan, umpamanya dengan sabar menanggung kesusahan demi kepentingan masa depan.
- Memberi persetujuan kepada pendapat-pendapat yang anda tidak setujui dalam perdebatan tanpa merasa sakit hati atau tidak senang.
- Berbahagia sendirian dengan mempunyai satu kegemaran atau hobi yang benar-benar anda minati.
- Mengaku dengan jujur tidak tahu bila anda betul-betul tidak tahu, tanpa merasa malu.
- Menghadapi orang-orang tua atau orang-orang yang lebih berpengaruh tanpa sentiasa berusaha menimbulkan kesan-kesan negatif.
- Anda akan cuba melakukan sesuatu dengan sederhana bukannya berlebih-lebihan untuk menunjukkan bahawa anda dapat melakukannya dengan lebih sempurna.
- Dapat mendahulukan kepentingan orang lain walaupun anda merasa tidak senang kerananya.
- Boleh berlaku wajar dan saksama terhadap orang-orang yang anda tidak sukai.
- Anda dapat mewujudkan rasa kasih sayang, cinta atau boleh bersahabat tanpa mendapat tempat yang utama dalam hidup mereka.
- Sekiranya wanita, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan orang lelaki secara jujur.
- Sekiranya lelaki, anda dapat bekerjasama atau bersahabat dengan wanita tanpa berfikir bahawa anda adalah lelaki yang menjadi idaman setiap wanita.
- Sekiranya anda wanita, anda mampu disukai wanita-wanita lain sekurang-kurangnya mempunyai tiga orang sahabat wanita yang jujur.
0 komen blog nie:
Post a Comment