Juadah berbuka puasa..lala masak sos dan sup sayur
Puasa kali ni saya keseorangan, bukan tak ada yang nak menemani tapi saya memilih utk berbuka di rumah sendiri sahaja. kadang tu luangkan masa berbuka bersama keluarga di rumah mak ayah.Sabtu lepas sepupu2 sebelah mak datang berbuka kat umah, aina rasa seronok dapat panggilan daripada ida gitau abe norshan dan abe mie sekeluarga nk dtg umah. ms dpt panggilan tu hari selasa, so tak saba nk tunggu hari sabtu menjelang. rindu kat anak-anak sepupu pun ye gak... lama tul tak dpt jupe tambah2 lg dgn anak sepupu yang paling latest, Faid..
umar dan imah duk main2 dgn faid
Berjanji akan siapkan kuih utk juadah berbuka, dgn pertolongan cik dayah dptlah aina siapkan puding roti, onde-onde dan butir nangka (biarpun tak sama spt butir nangka yg lain spt yg abe kata heheheh)
tak perasan diintai kamera abe mie hehe
Aina sedikit sibuk dgn pelbagai job yang perlu disiapkan menyebabkan lewat sampai kat umah. org dh azan maghrib br sampai. "..tgk tu bertuahnye anak mak.... org pakat duk tunggu dier.." bak kata mak laa.. hehe. aina tersenyum simpul je la bila mak kata gitu. dlm hati syukur alhamdulillah kehadiran aina ditunggu-tunggu dan kasih sayang sesama sepupu itu masih sama cam waktu kecik2 dl... hehe. tapi sayangnya tak ada gamba yg aina dpt ambil sbb cik na imah, umar, aisyah, ain dan faid ni tertinggal kamera kat umah laa hehe. dpt amik gamba dr blog abe mie je.. hehe.Kpd rakan-rakan yang setia menggunakan resipi2 aina utk memasak, time kasih .. maaflah sebab tak sempat nak masukkan resipi dan gamba lauk pauk since bulan ramadhan yang mulia ni mcm2 pulak aktiviti. insyaAllah hari-hari berikutnya aina cuba ye. ok hari ni aina teringin nak makan masakan laut, so aina masak 2 jenis juadah : lala masak sos dan sup sayur. campur dgn daging masak black pepper yang dah dimasak semalam sudah cukup utk kami berdua..
Lala masak sos
bahan-bahan
lala - setengah mangkuk
1 biji bawang putih - dimayang dadu halus
1 biji bawang merah besar - dimayang dadu halus
1-2 batang serai - ditumbuk
cili kering - digiling @ dikisar
cili api - diketuk (mengikut selera masing2, kalu nk pedas masukkan bnyk2)
3 sudu besar sos tiram
5 sudu besar sos cili
2 urat kacang panjang - dipotong panjang2
garam dan air secukupnya
cara masak
bawang merah, bawang putih, digoreng hingga kekuningan. masukkan cili api, kemudian cili kering yang telah dikisar. setelah naik bau @ garing, masukkan serai. masukkan air sedikit bagi mengelak hangit. kemudian masukkan sos tiram, sos cili api, garam dan air secukupnya. bila sos dan mendidih dah betul2 masak, masukkan lala dan kacang panjang, goreng sekejap sahaja dan terus tutup api.
Sup sayur
bahan-bahan
1 ulas bawang putih - dimayang halus
1 ulas bawang merah - dimayang halus
serbuk lada hitam
segenggam ikan bilis - diketuk (tak perlu sampai lumat)
segenggam cili padi - diketuk
garam dan air secukupnya
tumis bawang putih + bwg merah + cili padi + ikan bilis. setelah naik bau masukkan serbuk lada hitam. masukkan garam dan air dan sayur2, kuatkan api utk elak sayur hilang zat + layu. sekali mendidih dan boleh angkat dan hidangkan.
2 komen blog nie:
na.. berdoa lah moga2 awak dpt anak mcm faiq tu.. sgt comei n senang dijaga.makan semua.termasuk la baju!
aminn... tp tiap kejadian tu kan mesti ade sebab dan hikmahnya, tul tak? k.tini sabar ye.. ade hikmahnye tu.. (at least badan leh maintain cantik bnyk exercise :-) )
Post a Comment