Semanis Kurma...
Salam semua... di bulan puasa ni, macam2 rancangan menarik yang disiarkan kat tv tapi satu rancangan yg paling menarik perhatian aina dan juga rakan-rakan adalah Semanis Kurma, disiarkan secara langsung pada setiap hari Khamis jam 11.00 malam di tv9.Alhamdulillah rasa syukur kerana pada waktu tersebut yang selalunya mata aina dh mula lali tanda mengantuk dan hanya tunggu disorongkan bantal akan segar dan ceria, tanda kegembiraan bertemus secara maya dengan pasangan idola romantis, Ust Bahiah dan Ust Wan Akashah yang juga merupakan host rancangan tersebut.
Sebenarnya secara tak sengaja terlihat iklan kat tv... ms tu iklannye cpt lantas aina cpt2 buka website tv9 untuk sahkan. Alhamdulillah setakat ni dah 2 episod tak miss, banyak ilmu tentang rumahtangga yang aina dapat.
Berikut adalah sedikit bingkisan yang aina dapat daripada episod ke-2, bertajuk Kahwin : Kerana Tuntutan Nafsu atau Tanggungjawab... (episod 1 tak sempat nk amik bingkisannye...)
Tetamu Undangan:
Pasangan Cat Farish & Hartini dan pasangan Juliza Adzlizan & Iskandar
Isi perbincangan:
> Sesebuah perkahwinan sepatutnye merangkumi perkara-perkara berikut, dan tanpanya akan timbullah masalah;
- ketenangan
- kasih sayang
- kasihan belas
> Setiap suami isteri perlu bertindak sebagai pembimbing, pelengkap, pelindung dan segala-galanya kepada pasangan masing-masing..
> Berkahwin muda amat digalakkan kerana bnyk perkara positif daripada negatif yang boleh ditangani.
> 5 thn pertama - proses mengenali diri sendiri dan pasangan
- setiap pasangan perlulah belajar ttg keistimewaan, kelemahan, kekuatan si dia
- akan berlaku banyak konflik untuk serasikan diri
- muzakarah antara suami isteri bnyk membantu menyelesaikan masalah
> Lelaki dan perempuan sama sahaja, punya pelbagai jenis nafsu namun jika tak dibendung boleh jadi parah.
> Kata-kata Iskandar, suami Juliza Adzlizan, yang aina sgt suka dengari;
- Senyum isteri senyumlah kita, duka isteri dukalah kita, hilanglah senyum hilanglah serinya dan resahlah hati kita
- Kita anggap isteri sebagai sahabat maka kita tidak akan mencari orang lain utk berbincang segala masalah.
- Haruslah kita praktikkan dalam rumahtangga (menganggap sebagai sahabat).
- Jika kita anggap isteri adalah isteri, maka akan timbullah jurang antara suami isteri.... kerana isteri tetap menjalankan tugasnya menjaga keperluan makan minum dan seks kita tapi hatinya penuh rasa sedih tetapi bila kita anggap isteri adalah sahabat,tanggungjawab akan berjalan seiring dengan perasaan kasih sayangnya....
Panggilan penonton yang mendapat perhatian saya:
Kes 1 :
Seorang pesara telah mempunyai isteri yang mempunyai beza umur 10 tahun lebih tua daripada isteri, dengan usia perkahwinan 30 tahun dan telah mempunyai 9 orang anak, setelah bersara mendapat kerja di seberang, dan berkahwin lain (orang seberang). Dengan alasan untuk mencari kelainan. Namun kini umurnya telah menjangkau 61 tahun, beliau mengabaikan tanggungjawab zahir dan batin kepada kepada kedua-dua isteri dan anak-anak mereka..
Kes 2 :
Seorang suami yang telah berkahwin, berumur 35 tahun telah mempunyai 7 orang cahayamata kini meninggalkan isteri tanpa kata putus, dan melakukan perzinaan dengan perempuan lain.
Sayu, sedih, bercampur-baur masa aina dengan kedua-dua kes ni. Malah menurut ustaz dan ustazah, banyak lagi panggilan yang cuba masuk namun masa tidak mengizinkan, cuma kita lihatlah sendiri betapa.... niat untuk mendirikan masjid itu menentukan segala-galanya...
Menurut Ustaz Wan Akashah, kenapa susah untuk mencari lelaki yang bertanggungjawab;
kerana kita kini di akhir zaman, tidak perlu dipertikaikan. yang perlu disoal adalah kepada lelaki itu sendiri... Ustaz juga menyarankan agar perkahwinan itu dijalankan secara baik, maka bercerai pun biarlah cara baik.
Dan rumusannya, berikut adalah ringkasan yang perlu ada pada suami dan isteri
I- idaman - jadilah isteri idaman kepada suamimu
S- sayang dan setia kepada suami
T- tabahlah... dalam menghadapi segala rintangan dan cubaan berumahtangga
E- elok - elokkanlah dan baiki selalu pakaian dan akhlakmu
R- rendah diri dan malu kepada suami, rahsia suami disimpan
I- ilmu - jadilah seorang isteri yang berilmu .. penuhi dadamu dgn pelbagai ilmu rumahtangga
S - sabarlah... dalam menempuhi alam dan menghadapi karenah isteri, anak-anak dan keluarga
U- (tak sempat nk take note - will be update later..)
A - akhlak dengan Allah, isteri, anak2, jiran tetangga, mak ayah, rakan taulan dan semua..
M - mimpin - tidak jemu memimpin isteri dan anak2
I - ikhlas - dalam menjalankan tanggungjawabmu...
Tajuk kali ni mengenengahkan sifat bakal / suami tu sendiri dalam niatnya mendirikan dan melayari rumahtangga yang dibina. Selaku nakhoda kapal, beliaulah yang akan menentukan samada rumahtangga itu didasari oleh tuntutan nafsu ataupun tuntutan tanggungjawab... jadi kepada suami2 sekalian... tepuk dada, tanyalah iman....
Kepada isteri-isteri pula, berikut adalah doa-doa yang diberikan oleh Ustazah Bahiah untuk amalanmu...
> Surah Ali Imran ayat 31 - amalan utk isteri - amalkanlah selalu
> As-Syura ayat 19 - lembutkan hati suami yang ego......
Oklah... itu sahaja dapat aina bingkiskan daripada episod ke-2 yang lepas, bagi sesapa yang tak termiss dua-dua episod ni bolehlah tgk kat website tv9, http://www.tv9.com.my atau kat sini
Semoga kita semua tabah dalam mengharungi onak duri alam rumahtangga... aminnnn... Ya Rabbal Alaminnn.....
3 komen blog nie:
shieda pon ade tengok semanis madu tu kak na... best la... daripada host sampaila ke tetamu jemputan semua sporting and best... and isi2 yg dibincangkan pon mmg cukup bermakna la...
shieda pon ade tengok semanis madu tu kak na... best la... daripada host sampaila ke tetamu jemputan semua sporting and best... and isi2 yg dibincangkan pon mmg cukup bermakna la...
hehe.. bagusla tu.. lengkapkan diri dgn ilmu rumahtangga before kawen ek :-) tahniah sbb shieda bakal jadi isteri solehah insyaAllah... :-)
Post a Comment