Monday, October 06, 2008

Kembali ke rumah dan bekerja...

Salam semua.. mcmana raya kali ni? harap-harap semuanya gembira dan bahagia menyambut lebaran kali ni. teringat pulak aina kat insan-insan yang tak bernasib baik. bagi aina pulak, sepertimana rakan-rakan lain yg baru alami alam baru, samalah juga dengan aina, syukur alhamdulillah aina panjatkan pada Ilahi kerana berpeluang beraya bersama dear tercinta.. ntah kenapa seminggu off menulis hati tak sabar nk on laptop dan mengarang. bnyk cite yang dikongsi bersama... pg ni badan masih rasa letih skit so datang ofis pun lambat skit..

oklah mula2 cite pasal persiapan raya. actually persiapan bermula pun berkat kehadiran sahabat aina, fizah ke rumah. atas sebab-sebab yang tak dpt disengajakan kami kena rombak susun atur perabut kat ruang tamu umah tu (tulis tu mcm 'perabot' tu bnyk je hehe) maka terjadilah episod membeli dan mengemas umah. dear msg akan balik umah jumaat terakhir puasa so seminggu before raya tu kerana terlalu excited tak saba menghitung hari tunggu gaji masuk, then bila gaji dah masuk seawal jam 11 pagi dh kuar dari opis utk soping beli barang2 keperluan rumah dan raya. (bahaya ni kalu bos baca hihi!) tahun ni aina tak berapa titikberatkan soal kuih muih sbb bila pikir tahun2 lepas kuih muih x bape dpt sambutan drpd tetamu. so duit bnyk dihabiskan utk soal2 lain..

ragam persiapan open house

raya kali ni alhamdulillah syukur pertama kali aina dpt rasa beraya dengan gelaran baru, seorang isteri dan beraya bersama dear dan keluarga mertua. sepertimana rakan-rakan, tentunya kenangan ini akan terpahat selamanya dlm ingatan aina hehe. kami sepakat utk blk ke kampung hari selasa, sempatlah berbuka bersama famili mertua dan merayakan hari raya pertama dan kedua di grik, perak. suasana raya di perak samalah meriahnya di kelantan, cuma dari segi masakan jer yang lain. kalau kat kelantan masakan utama ketupat palas dan tapai, tapi kat perak pulak rendang dan lemang. apa2pun alhamdulillah sebab keempat2 tu mmg feveret aina hehe. cuma aina rs terkilan skit la, sbb sampai skrg still x dpt rs ketupat palas :-( raya ketiga rumah mertua ada rumah terbuka, jadi pd petangnya barulah kami dpt berangkat ke kelantan.

agar-agar kek yg dibuat oleh adik ipar saya paling laku pd hari open house tersebut :-)

namun agak mengecewakan sebab masa kami hanya terbuang di tengah jalan. perjalanan yang hnya perlu memakan masa selama 2-3 jam, melarat sampai 6 jam setengah dek kerana jem di jeli dan tanah merah. letih semua ada.. sedih juga kerana hanya sempat lawat mak long dan makcik di kampung, selain tido di rumah mek jupe ngan mak ayah dan adik2.

tempat lain br lepas musim buah, kat kampung aina kelantan lain pulak.. tunggu kami semua balik kot ;-)

raya keempat (sabtu) kami ke kampung sebelah ayah (ketereh) itupun hanya dapat singgah sekejap saja sbb zohor kami dh kena berangkat ke grik semula.

our memories at puncak titiwangsa...

keesokan harinya aina kembali ke KL dan dear balik ke perlis sambung pengajian... walaupun mmg rasa penat dan letih ke sana sini dan sibuk dengan beraya, dan sedikit terkilan kerana x dpt arrange masa yang lebih utk bersama famili di kelantan, tp kepuasan beraya sebagai isteri, menantu dan bersama dear tersayang tu amat bermakna.... titisan air mata terharu ini akan ku ingati sampai bila2.. hihi :-)

note : insyaAllah hajat rakan2 utk makan di rumah terbuka dimakbulkan, will be update soon insyaAllah... doa2kan yerk!


0 komen blog nie:

Copyright © 2015 Nasnizal's Sweet Love..
| Distributed By Gooyaabi Templates