sekadar luahan...
duk wat keje pk pasal coding rs mengantuk... br nk terlena telefon berbunyi hehe. wat ms ni dh tak larat nk pk pasal coding, so wat la entry blog baru utk berceloteh. ntah nape hati kata nk bercerita pasal punch card... mmm.... rasanya ramai pekerja yg terikat dgn punch card especially gomen officer yg berperasaan macam saya.. tensi pk psl punch card! pagi dan ptg asik terikat dgn punch card hehe
bila dgr sesetengah jwtn dan agensi yang tak pakai punch card, pekerja-pekerja swasta umumnya, seronok dgn waktu flexible kerja mereka. tak terikat tapi hasil kerja yang diberi memuaskan malah kepakaran semakin meningkat. secara jujur saya mmg jeles dgn kebanyakan kawan yang mana waktu kerjanya fleksible jadi mereka bole menyusun atur waktu dan jadual harian selari dgn semua kehendak.
"tidak rasa terikat dan tertekan" antara ungkapan yang sering saya dgr daripada kelompok2 ini. ye, mereka ada masa untuk uruskan rumahtangga, bagi seorang isteri, suami dan anak-anak terurus, ada masa untuk diri sendiri dan kerja yang dipertanggungjawabkan boleh dibuat pada bila-bila masa dan masih boleh disiapkan mengikut tempoh masa yg dh ditetapkan. terutamanya bagi profession yang menuntut penggunaan otak yang maksima. cthnya programmer, tak semua orang boleh buat programming di waktu pagi dan petang! ada yang buat malam, ada pulak kepala fresh di waktu dini hari. mcm budak2 sekolah lah kan, mereka ada masa2 tertentu untuk ulangkaji atau pun buat latihan. tidak sama antara satu sama lain.
ada orang kata punch card ni untuk memastikan pekerja berdisiplin dan menepati waktu. ye saya tak nafikan mungkin elemen punch card ni boleh digunakan utk membentuk pekerja berdisiplin, tapi setakat manakah tahap disiplin tu boleh disemai di kalangan pekerja-pekerja kita? yang saya lihat punch card semua hitam tapi kerja belum tentu boleh buat atau siap seperti yang dikehendaki. apa pula kata anda bila lihat punch card cemerlang tapi... permainan komputer pula yang jadi menu harian pekerja-pekerja ini? heheheh... pelik juga saya bila dapati punch card menjadi salah satu item penting untuk menilai prestasi seseorang pekerja... bagi saya soal disiplin ini hanya perlu timbul dalam perkara yang membabitkan prestasi kerja yang dipertanggungjawabkan. soal di mana ia dibuat itu bukan persoalan yang penting siap dan dapat memenuhi kehendak pelanggan. betul tak?
mmm..... semua ini hanyalah sekadar luahan dan tidak mampu mengubah apa2.... apapun semua benda dan perkara di dunia ini ada pro dan kontra nya... maka perlulah terima seadanya... betul tak?
note : teringat kat cite hubby psl ade sorang lecturer kat salah satu IPT tempatan pecahkan kotak punch card hehehehe..... rupa2nya bagus juga, lecturer di sana skrg dgn rela bole bekerja siang malam dan prestasi masing2 (terutamanya student) semakin meningkat! so ape kata anda?
2 komen blog nie:
my opinion...guna punch card ko, tak guna punch card ko...sebenarnya yang penting tuan empunya diri. bukannya salah punch card. kalau dah tuan empunya diri tu dah memang malas dan tak bermotivasi, guna tak guna punch card pun produktivitinya macam tu gak.
betul tu ha. na dh tgk sendiri fenomena ni pas keje bertahun2. geram jer rasanya....
Post a Comment